13 Mei 2016

PRK K Kangsar & Sg Besar: AMANAH Bertanding Untuk Wakili PH

AMANAH beri gambaran pertandingan 3 penjuru di Sg Besar

Pemimpin kanan Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad memberi gambaran akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara Pakatan Harapan, PAS dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Katanya, Pakatan Harapan akan menghantar calon mereka dan berkemungkinan dari PKR, AMANAH atau DAP.

“Ada kemungkinan tiga penjuru. Kalau tiga penjuru membuktikan ia sokongan kepada Pakatan Harapan, bukan pada parti-parti sendirian yang bertanding.


“AMANAH akan bermesyuarat pada 15 hari bulan untuk bincang perkara ini, akhirnya kita berpandangan calon yang nak diturunkan mesti calon Pakatan Harapan,” katanya kepada Malaysiakini.

Khalid berkata, meskipun membawa nama Pakatan Harapan, beliau turut berharap supaya calon dari AMANAH yang bertanding dalam PRK tersebut.

“Tapi bagi AMANAH, kalau boleh kita nak lah (bertanding), kita akan berhujah (dalam mesyuarat Pakatan Harapan), bertemu dan berbahas tapi tidak ada makna kalau kita tidak tonjolkan Pakatan Harapan,” katanya.

Kerusi Parlimen Sungai Besar menjadi kosong ekoran penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lepas.

Khalid, ketika ditanya tentang kemungkinan akan kalah kerana pertandingan banyak penjuru sepertimana yang berlaku di pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, berkata:

“Terpulang pada PAS lah kalau dia yang nak tiga penjuru. PAS sendiri nak buat blok ketiga, jadi terpulang pada dia.

“Rakyat kena pilih. Nak blok ketiga yang ada Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) atau Pakatan Harapan yang ada AMANAH, PKR dan DAP," katanya.

Sementara itu, beliau yang juga ahli Parlimen Shah Alam ketika ditanya mengenai pertembungan antara Pakatan Harapan dan PAS tidak akan menjatuhkan BN dalam PRK itu berkata:

“PRK ini matlamat bukan jatuhkan BN, nak jatuhkan BN masa pilihan raya umum (PRU). Jadi kita nak manfaatkan PRK ini untuk PRU, itu yang penting.

“Kita juga nak manfaatkan PRK untuk PRU, jadi kita perkenalkan Pakatan Harapan,” katanya.

Pada PRU13, Allahyarham Noriah memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar dengan menewaskan calon PAS, Mohamed Salleh M Hussin dengan majoriti 399 undi. -mk

ULASAN GB

Tiada sebab untuk PH menerusi AMANAH tidak bertanding.

Persiapan ke arah Putrajaya ialah memasuki dan memenangi kerusi-kerusi Parlimen melalui PRK-PRK yang ada sebelum berhadapan dengan PRU14.

Dan PH merupakan pakatan pembangkang terbesar untuk berdepan dengan BN.

Pakatan pembangkang yang satu lagi, PASIK namanya, tidak perlu dihiraukan. Itu hal mereka.

Di PRN11 Sarawak ketara PASIK merupakan pengkhianat dan pengacau. Mereka meletakkan calon di tempat-tempat dimana calon-calon PH ada bertanding, termasuk dimana PKR bertanding walaupun kata mereka mereka ada bertahalluf dengan PKR.

Seperti di PRN Sarawak, kini di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAS sudah awal-awal menyatakan mereka akan bertanding, tanpa memperdulikan parti pemangkang lain.

Jadi nak bermuafakat dan berkompromi macam mana dengan parti nagkuh dan sombong jenis itu?

Hukum kebenaran dan keadilan akan pasti menghukum pihak yang angkuh dan sombong.

Apatah lagi blok PASIK kalau menang pun tidak berupaya untuk memerintah. Berapa peratus agaknya kerusi yang mereka dapat? Lebih-lebih tujuan mereka untuk menang sekadar untuk menjadi Penasihat UMNO BN.




IKLAN BERBAYAR


27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Go AMANAH GOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!

We go for AMANAH!

Unknown berkata...

Kedua-dua kawasan AMANAH wajib masuk bertanding.

Azmin Ali mau pujuk, kawtim, runding dengan PAS sampai kiamat itu dia punya pasal!

Tanpa Nama berkata...

Amanah perlu jadi wakil PH utk masuk bertanding, jgn pedulikan PASIK, ikutlah nak lawan berapa penjuru pun, rakyat semenanjung tak bodoh sgt rasanya nak buat pilihan...ingat tak prk bukit selambau dulu?
So, Amanah jgn sia siakan peluang yg ada ini...lawan tetap lawan...

Tanpa Nama berkata...

Pasik tidak sesuai disebut sbg pakatan pembangkang.. lebih sesuai disebut sbg 'golongan'.. golongan pasik..

Tanpa Nama berkata...

Tuan ibrahim tuan man bertegas bahawa pas tetap akan bertanding di kedua dua kerusi tersebut dan berkata jika ada blok pembangkang lain (PH) yg turut bertanding maka itu adalah spt menjadi tongkat kpd umno bn utk menang...

Saya nak tanya Tuan ibrahim, jika Pas bertanding satu lwn satu dgn umno bn sekali pun, adakah tuan yakin pas akan menang? Sedarkah tuan sebahagian besar penyokong pas yg dulu sudah beralih arah. Tolonglah sikit berpijak pada bumi yg nyata, pas yg dulu bukanlah pas yg skrg.

Tanpa Nama berkata...

Yes...go Amanah go...lawan tetap lawan...

Mat Safian berkata...

Syabas AMANAH, syabas YB Khalid.

Kita perlu ingat, 3 penjuru bukan bermaksud AMANAH pengkhianat & pemecah undi, ia bermaksud PH sedang berdepan dgn 2 musuh yg berkawan. Tiada soal ego di sini. 3 penjuru tidak bermaksud ego. Istilah ego adalah istilah yg selalu didengdangkan oleh Azmin dan koloninya utk melemahkan PH.

Dgn secara tiba2 di Selangor, si Iskandar nak sepentas dgn Deklarasi Rakyat pun blh dah kita baca, ia strategi nak menghasut penyokong PH supaya menganggap PAS masih sbg pembangkang padahal mereka sekutu UMNO.

Merekalah yg membuang pimpinan AMANAH di muktamar lalu hasil strategi dedak & kaedah dr UMNO. Mgkin duduk sepentas dgn Tun M tu blh dianggap dpt melembutkan hati Mat Sabu agar tidak meletakkan calon AMANAH di K. Kangsar.

Org dah pusing satu Malaysia ceramah, dia baru teringat nak masuk, bos suruh kot?

Tanpa Nama berkata...

Puok ostad ni mana la pandai buat bacaan politik semasa. Ilmu mereka dicedok drp kitab kitab yang berumur ratusan tahun tanpa diedit. Jd macamana mereka nk berfikir secara kontemporari?
Ostad2 ni ramai yg menghafal tapi sikit sangat yg pandai apply ilmu mereka di alam nyata.
Maaf la ya wahai pak lebai pas!!!

Tanpa Nama berkata...

anda boleh bermimpi lg 50 tahun utk tawan putrajaya...
kalau ni pegi , tak jauh pun....
selamat maju jaya...

#rasanya_PKR_yg_bertanding

Tanpa Nama berkata...

Nak berunding ke, nak merisik ke, tidak ada masalah.

Tapi apa benda yang nak di rundingkan sampai khiamat?

Nak runding siapa kah yang layak bertanding? Jika di beri PAS bertanding satu kerusi dan AMANAH pula satu kerusi serta dengan syarat masing-masing tidak boleh kacau kawasan satu lagi bermakna lebih baik bubarkan sahaja Pakatan Harapan. Biar semua perkara Azmin yang rundingkan.

Ini, sekarang ini, siapa pulak yang bagi Azmin berunding dengan PAS sampai khianat ?

Memang selagi pembangkang tidak bersatu selagi itulah UMNO berkuasa. Keutamaannya sekarang ialah Pakatan Harapan perlu bersatu. Jangan dok sibuk pasal PAS.

Jangan jadikan Pakatan Harapan tempat politik sampah kerana berjaya menunjukkan pembangkang (PH - PAS) mengenepikan perbezaan untuk menumbang UMNO sedangkan cara PAS tidak diterima rakyat.

Apa yang Azmin buat sekiranya kedua-dua kawasan di tandingi oleh Pakatan Harapan yang di wakili oleh AMANAH?

Unknown berkata...

Aku mengharap AMANAH bertanding di 2 kerusi tu.. aku doakan dua2 kerusi tu menang. Aku dpt rasa rentak politik malaysia akan berubah jika AMANAH menang di dua kerusi itu.. salah satunya lagu ramlah ram akan sentiasa berkumandang..SELAMAT TINGGAL RIMEO..eeeh salah PAS..

Tanpa Nama berkata...

UMNO tak perlu bagi tongkat lagi sebab tongkat UMNO yang Hj Hadi bagi masih kuat.

Ini kerusi UMNO yang punya. Masa itu UMNO tak langsung bertongkat tapi UMNO menang juga

Mengapa kalau kali ini AMANAH pun bertanding dan UMNO juga yang menang, kata AMANAH bagi tongkat kepada UMNO untuk menang ?

Dalam Parlimen PAS buat apa? PAS sokong belanjawan yang kemudian di bentang semula, PAS selamatkan Najib dari undi tidak percaya dan PAS buat bodoh apabila pembangkang angkat plakad mengenai 2.6 billion.

Suara wakil PAS dalam Parlimen tidak kedengaran, dari dulu PAS berkecuali sahaja.

abrarmujahideen berkata...

Inilah perancangan ALLAH utk wajah2 sebenar sebelum pru 14 agar onar duri dicabut segera dan tunjukkan sape pengkhianat sebelum terlambat. Biar kalah asalkan bukan ditipu semasa PRU 14 nnti. Daulat Rakyat!!!!

Unknown berkata...

Bertanding la..kata demokrasi..20 penjuru pun apa mslhnya..pan @ pas @ bn biar pengundi yg tentukan..

Tanpa Nama berkata...

Azmin ni macam sokong pas dan ketepikan
ph.taksub dengan hj hadi lebih dari orang
pas.dah tahu pas pengkhianat masih nak
tidur sebantal dengan pas.politik untuk
kepentingan diri.

Tanpa Nama berkata...

Anwar Ibrahim pernah berjumpa dan berunding mengenai hal Pakatan Rakyat dengan Lebai Hadi tetapi Lebai Hadi telah memarahi Anwar Ibrahim.

Sekarang macamana Azmin mengadakan rundingan dengan PAS sedangkan ketika itu PAS, Lebai Hadi belum terang-terang lagi bersama Najib UMNO?

Ini Azmin yang muda dari Anwar Ibrahim nak berunding dengan Lebai Hadi ? Yang mana sekarang Lebai Jadi jadi Penasihat UMNO, biar betul ...

Tanpa Nama berkata...

Kalau kita perhatikan dan teliti betul-betul, hubungan UMNO dengan PAS sekarang ni, macam pasangan jantan dan betino yang nikah kat Siam.

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik utk tidak bertanding. 1) mengalah bukan bermakna takut. inilah keterbukaan pakatan harapan utk mengutamakan kepentingan rakyat. Amanah dpt kredit di mata rakyat.
2) inilah masanya pas membuktikan mereka bertambah kuat slps pemutihan. Kalau tak menang jgk, tak ada sebab utk amanah tidak bertanding di semua kawasan ditandingi pas.
3) kalau kalah, kita tak rugi apa pun. Itu kawasan dimenangi umno sblm ni.

Sekadar cadangan.

Tanpa Nama berkata...

Alasan PAS supaya PH jangan bertanding tidak kuat.

Hakikatnya ialah hari ini bukan lagi ada 2 gabungan politik tetapi 3 iaitu BN, PH dan PASIK. Ketiga-tiga mempunyai satu tujuan iaitu menjaga negara dan berkhidmat untuk rakyat. Alasan musuh PASIK ialah UMNO dan musuh PH ialah UMNO juga tak boleh di pakai. Jika guna tujuan sama-sama hendak tumbangkan UMNO, mengapa PAS tidak minta UMNO jangan bertanding kerana PAS atau UMNO, kedua-dua nya mahukan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Malah pakar strategik PAS, Zuhdi dah buat kiraan jika UMNO PAS bergabung boleh bentuk kerajaan Selangor dan seterusnya pecah sempadan supaya PH di kuburkan, perlu di ambil dengan serious.

Apalagi sebelum ini PAS umumkan akan bertanding di semua kerusi dalam PRU.

Bodoh lah pemimpin dalam PH jika tidak bertanding dan sebab ikut politik cara lama. Nak menang punya pasal berunding. Bila berunding menipu. Dah kena tipu pun nak berunding lagi.

PAS akan bertambah angkuh dan kemenangan PAS akan membuat UMNO PAS terus mengadakan hubungan.

Memang tidak di nafikan untuk menang, salah-satu kena mengalah sebab UMNO akan tabur dedak sebanyak yang boleh dan guna cara menipu tetapi PH tidak ada pilihan.

Tanpa Nama berkata...

Habisla.dpt info terkini Azmin berunding dgn pas supaya pkr btanding dslgor dan pas bertanding dperak..1 lawan 1...kalau btl,bn akan menang besar la nampaknya...Azmin bertindak spt ketua pembangkang. Wan Azizah dah jadi tunggul kayu ke???

Tanpa Nama berkata...

Azmin Ali ,Azwan Ali pah ada sekor lagi tino bt Ali mereka ni dari spesis yang sama berkongsi hormon dan DNA yang sama.Jadi jangan wat kiro sangat dengan si Azmin ni.Akan punah ranah HARAPAN RAKYAT.PKR pun akan soyak rabak kalu wi ko dia ni jadi ketua.KakWan ore tino tak rak cetong.Kalu lagu ni nayo ko AMANAH.Ambo ghoyat ni hak betul .Kalu AMANAH nak gerak maju coba fikir cara mana hak baik molek ubah straeji.Kekuda kena kuat kemas ,Jurus kena tajam tepat.Elak kiri elak kanan terus mara.GO AMANAH GO.

Pemuda parit kings berkata...

Saya doakan semoga part I amanah DPT bertanding Dan menang...insyaAllah saya akan tyrun utk bantuan...

Tanpa Nama berkata...

Bagus jugak kalau pas dan amanah masuk bertanding di kedua dua tempat tu, paling tidak kita boleh tengok reaksi azmin mcmana...ke kanan kah atau ke kiri kah...atau menyorok dlm gua...kihkihkihh...

Tanpa Nama berkata...

Setuju...kat indon nun x cukup kertas nak tulis senarai calon...elok jea diaorg buleh pilih...takkan pengundi semenanjung kolot sgt kot...

Tanpa Nama berkata...

Hok masaloh sekare nih...takdok pemimpin dale PH yg auranyo samo mace arwoh nik aziz dan pok nuar brahim...tu yg payoh tu...tu yg napok azmin beso palo tuh...pah guano kito...kena mikir samo2...

Tanpa Nama berkata...

Saya pun akan turun volunteer utk bantu amanah... in shaa Allah...

Chey Lahh Cheko berkata...

YANG PASTI KITA NAK WAKIL DARI PH. TAK KISAHLAH 3 PENJURU KE?? 4,5,6 PENJURU KE?? PH WAJIB MASUK BERTANDING!!! KALAU DAP BERTANDING PUN AKU SOKONG!!!