28 Mei 2016

Private Bill: Senjata Makan Tuan - Exco Kedah Keluar MCA, UMNO PAS Kelam Kabut

Salah faham besar rakan BN berhubung RUU hudud, kata PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengakui terdapat "salah faham" di kalangan parti-parti komponen BN mengenai rang undang-undang ahli persendirian yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, apa yang dibentangkan bukan undang-undang hudud tetapi pindaan yang menjurus ke arah pemerkasaan sistem hukuman yang tertakluk di bawah Mahkamah Syariah.


“Kita dah bagi tahu kepada rakan kita di BN, pertama ada salah faham yang besar bahawa apabila Hadi bawa rang undang-udang persendirian itu, mereka pandang bahawa dia bawa undang-undang hudud.

“Label dan kaitan dengan Hadi terlalu rapat dengan soal hudud... jadi bila dia bangkit je orang ingat automatik hudud,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno.

Rang undang-undang persendirian Hadi bertujuan untuk meminda Akta 355 mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Dalam satu langkah yang luar biasa di Parlimen semalam, kerajaan mempercepatkan rang undang-undang itu walaupun ia disenaraikan sebagai perkara terakhir di atas kertas perintah Dewan Rakyat.

Ini mendorong tindak balas segera daripada pelbagai parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan SUPP, yang membidas langkah itu.

Najib juga diminta mengulas tindakan Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Leong Yong Kong yang meletak jawatan dan keluar parti sebagai tanda bantahan terhadap pembentangan usul persendirian itu.

"Ini yang nak saya terangkan di sini, bahawa pindaan (yang di bawa) itu bukan hukum hudud.

"Ia merupakan apa yang di katakan sebagai 'enhanced punishment', peningkatan hukuman daripada enam kali rotan kepada beberapa kali, tertakluk kepada kesalahan tertentu," katanya.

Menurut Najib, rang undang-undang itu cuma melibatkan Mahkamah Syariah dan hanya orang Islam serta tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam.

“Kaedah rotan dalam Islam pun tidak sampai nak cederakan, dia punya kaedah yang agak terbatas dari segi cara nak kenakan hukuman,” katanya. -mk


Abdul Hadi selar DAP tak beradab, puji MCA, MIC, Gerakan

Tatkala Presiden Pas dilapor mengecam DAP kerana membantah pembentangan Rang Undang-undang Persendirian mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 oleh beliau di Dewan Rakyat petang semalam, tanpa disedari parti komponen BN khususnya MCA yang dipuji beliau kerana 'lebih beradab' rupa-rupanya turut mengecam tindakan Ahli Parlimen Marang itu.

Presiden MCA Liow Tiong Lai dilaporkan menyerang Umno dan Pas secara terbuka dalam isu pembentangan rang undang-undang berkaitan hudud di parlimen, lapor Malaysiakini.

Dalam wawancaranya dengan akhbar Cina, Liow menuduh Umno bersekongkol dengan Pas dan mengkhianati semangat BN.

"MCA akan bincangkan perkara ini dengan anggota komponen lain BN," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sin Chew Daily.

Nanyang Siang Pau pula melaporkan Liow sebagai berkata anggota komponen BN tidak tahu menahu berkaitan perkembangan itu dan menyalahkan Umno kerana mewujudkan krisis perlembagaan.

Beliau akan membangkitkan isu itu dalam mesyuarat kabinet hari ini dan mengadakan sidang media bersama anggota lain BN bagi menyatakan pendirian mereka, lapor Oriental Daily pula.

Kerajaan semalam memberikan keutamaan untuk pindaan Akta 355 dibincangkan di Dewan Rakyat. Bagaimanapun Hadi memohon ia ditangguhkan ke sesi akan datang kerana kesuntukan masa.

Pindaan itu bertujuan menambahkan bidang kuasa mahkamah syariah.

Usul mempercepatkan perbahasan itu dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Dalam perkembangan berkaitan Abdul Hadi dilapor Utusan Online membidas DAP yang membantah usaha beliau membentangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah dalam Sidang Dewan Rakyat semalam.

Abdul Hadi yang kesal dengan tindakan DAP itu turut menyifatkan parti tersebut sebagai anti-Islam dan tidak mempunyai adab terutamanya dalam urusan berkaitan orang Islam.

Malah jelas beliau, tindakan serta pendekatan ditunjukkan DAP itu berbeza dengan parti bukan Islam lain antaranya MCA, MIC dan Gerakan yang masih mempunyai adab bagi menghormati Islam dan penganutnya.


"Kami rasa kesal kerana DAP menunjukkan sikap anti-Islam. Terang-terang saya sebut di sini, DAP anti-Islam, mereka nak memusuhi orang Islam. Tidak beradab dengan orang Islam.

"MCA, Gerakan, MIC dan banyak parti bukan Islam lain (mungkin) tidak setuju (dengan usul) tapi mereka ada adab. Tapi DAP tidak tunjuk adab. Dia melenting dan terus menentang apa yang berkaitan orang Islam, (sedangkan) tidak berkaitan dengan dia pun," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) di Rusila dekat sini hari ini sejurus selesai mengadakan kuliah Jumaat di Masjid Rusila yang terletak bersebelahan pejabat berkenaan.
-MD


ULASAN GB

Pakat punya pakat, akhirnya tersembur ke muka masing-masing. PAS-UMNO kelam kabut apabila seorang exco MCA di Kedah meletakkan jawatan dan keluar parti terus.

Pindaan EKJS 355 itu memang bukan hudud. Dan oleh kerana ia bukan hudud dan hanya Private Bill mengenai EKJS, maka tidak salah dan tidak berdosa sesiapa menolaknya. EKJS ialah kanun sekular untuk umat Islam. Sebelum ini pun GB telah menyatakan bahawa:

EKJS itu ialah "enakmen" yang digubal sebagai kanun di dalam kerangka perundangan sekular untuk umat Islam Jika demikian halnya, maka tidaklah salah dan berdosa untuk mana-mana ahli parlimen beragama Islam menolak Private Bill berkenaan. Kerana ia bukan rang undang-undang hudud. Dan tidak pula salah dan tidak juga menjadi kesan apa-apa untuk mana-mana ahli parlimen bukan-Islam jika mereka menyokongnya.

Ia hanya punishment enhancement, tiada kaitan dengan hudud kerana tiada hukuman takzir dan qisas di dalam EKJS.

Dihebohkan oleh puak PAS kononnya sejarah telah tercipta. Kononnya hudud akan terlaksana. Dan dihebohkan seantero dunia kononnya AMANAH menentang hudud. Dihebohkan ke satu dunia, kononnya AMANAH ikut cakap DAP, jadi balaci DAP dan sebagainya.

Sekarang baru UMNO dan PAS buka mata, bahawa pakatan yang bertujuan untuk jadikan ia isu PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah tidak menjadi. Ia menjadi senjata yang menikam tuan apabila semua parti bukan Islam, bukan sahaja DAP, malah MCA, Gerakan dan MIC menentangnya. Keharmonian kaum tergugat angkara pakatan UMNO-PAS tersebut.

Nak menjadikan hukum Islam sebagai "barang jualan", nak menjadikan "agama sebagai modal politik" kini bertukar menjadi malapetaka untuk mereka dan negara juga. Keharmonian kaum tergugat.

Semuanya bermula kerana NIAT YANG TIDAK BETUL. Niat UMNO hanyalah untuk memporak-perandakan Pakatan Harapan setelah berjaya menipu PAS yang akhirnya Pakatan Rakyat berkubur. Sememangnya tugas UMNO untuk menghancurkan PR, tetapi yang bangangnya PAS kerana mengikut telunjuk UMNO. Niat yang tak betul di awal perjalanan akhirnya usaha itu akan berantakan di tengah dan hujung jalan, ditambah pula dengan wujudnya gerombolan yang bangang. Hukum Allah nak dipermain-mainkan. Mereka ingat Allah tak tahu niat sebenar mereka itu.

Masyarakat bukan-Islam skeptikal terhadap pinaan EKJS kerana ia dilihat batu loncatan ke arah perlaksanaan hudud. Sepatutnya yang diperlu dilakukan ialah penegakkan hidup di atas dasar Islam. Hapuskan gejala rasuah, tingkat kehidupan dan kebajikan rakyat, kurangkan bebanan hutang negara, tingkatkan penerangan mengenai Islam dan sebagainya. Ketua Ulama Sedunia, Syeikh Yusof Al-Qardhawi sudah menasihat tapi PAS dan UMNO mengabaikannya. Syeikh Yusof Al-Qardhawi menyatakan, tegakkan kehidupan dan keabjikan Islam terlebih dahulu bukan hudud. Pendirian AMANAH adalah betul dengan mengikuti fatwa Syeikh Yusof Al-Qardhawi berkenaan.




IKLAN BERBAYAR


28 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Masyalah ya rabi

Ayoyool


Bukan shj Kedah zabah Sarawak bergegar

Nazri ku li pun tak setuju

Lebih 50% MP umno tak setuju!!!


Hadi Ping Marang nak ckp apa... Jgn salahkan amanah... Umno pun tak nak

Malaysiabaru berkata...

Sebentar tadi selepas mesyuarat tetgempar mt umno

NAJIB MEMGAKU RANG UNDANG YG HADI PAS BAWA BUKAN HUDUD

mca tak perlu risau rang itu bukan hudud cuma perkasa hukuman seperti hudud tapi bukan hudud

Aduh admin pening gue..

abrarmujahideen berkata...

Da lame xbaca buku ttg hudud oleh bekas mufti sabah..arwah... al fatihah

Unknown berkata...

Salam


Kelamkabut Najib dan Hadi dibuatnya,terpaksa buat statement yg ini bukan hudud.Habis tunggang-langgang Malaysia ,sepatutnya Parlimen membahaskan priority dulu,bukan membahaskan issue tangkap muat.

Najib gunakan issue ini,untuk divert attention rakyat berkenaan issue 2.6b nya yg terbaru didedahkan oleh WSJ.

Hadi dan walaon pas yg lain menganngap mereka sudah berjaya,kononnya sudah mencapai matlamat issue hudud dapat diketengahkan di Parlimen.

Tanpa Nama berkata...

Kenapalah bodoh sangat Hadi ni? Dah acap kali dikencing Umno masih belum sedar. Kalau bodh macam ni tak payahlah jadi presideng.... jadi juru nikah kat masjid kampung cukuplah....

Jangan pula ULAMAK nanti digelar ULARmak.....

Unknown berkata...

Semasa di bentang kat dewan negeri kelantan dulu..seblm di bawa ke perlimen.. aku ingat lagi husam pernah keluarkkan kenyataan priveta bill ke perlimen tu bukan hukum hudud.. tp kemas kini undang2 mahkamah syariah. Kurang lebih mcm tu kenyataan husam.tp aku heran.. semua org tak ambil perhatian kenyataannya..agaknya pimpinan pas ckp hudud semua rakyat malaysia ckp hudud.sedang pas ckp hudud sekadar nak bg pembangkang bertelagah.. tp tak seorg pimpinan PH tak ambik perhatian..keyataan husam.

Tanpa Nama berkata...

Bodoh ker Atau derma?

Tanpa Nama berkata...

Amanah cerah peluang utk menang. Umno/pas satu team. Yg berpecah undi ialah mereka. Amanah akan dpt undi dpd org umno yg kecewa dgn umno. Org umno yg kecewa tidak akan undi pas sebab pas/umno satu kapal.

Amanah juga dpt undi dpd org pas yg kecewa dgn dasar caca marba pas. Mereka tidak akan undi umno sb sejak mula pun mereka mmg benci umno!

Amanah juga akan dpt undi dpd org dap dan pkr yg jelas2 mmg anti dgn kerajaan umno bn. Golongan ini tidak akan undi umno atau pas dsebabkan pelbagai isu yg membelit umno dan disenyap sunyi oleh pas. Pas terdiam atas kebobrokan yg dilakukan oleh pemimpin umno.

Amanah akan dpt undi dpd golongan atas pagar yg kecewa dgn masalah yg melanda. Golongan ini tidak berparti. Mereka lebih melihat kpd isu. Sokongan mereka tidak padu kpd mana pihak. Mereka akan mengundi pihak yg dilihat sebagai hero dan mampu menyelesaikan masalah.

Hujah...bahawa pas/ umno satu team ialah...mereka akan bekerjasama membalun amanah dlm setiap sesi ceramah mereka. Mereka tidak akan menyerang satu sama lain.

Kerjasama mereka akan memudahkan pengundi membuat pilihan!! Insyaallah amanah akan menang bergaya!!

Tanpa Nama berkata...

harap lebai aja dikepala..tapi..cakap mcm ulau melengkau

Musafir Berkelana berkata...

Pada aku, bgla peluang kpd kerajaan kelantan nk pinda enakmen tu. Tak jadi masalah. Yg penting lawan BN mesti diteruskan.....

Tanpa Nama berkata...

kenapa setiap perkara yang hendak dibuat untuk pembaikan dasar islam ramai yang tentang termasuk orang islam sendiri sedih bila baca komen diatas nampak sangat terlalu cintakan dunia lupa akhirat. penambah baikan lebih baik dari tidak lakukan apa2 ini untuk orang islam sahaja ikut sangat telunjuk musuh islam sehinggakan dasar berkaitan islam terus ditantang. pan sepatutnya menyokong atau pun diam sebab pan profesional kalau pas gagal laksanakan hudud pan perlu tegas dan bangkit mendesak perlaksanaan hudud dimalaysia kerana umat islam sekarang sudah semakin hanyut dan tidak terkawal psn perlu membawa hudud diperingkat nasionak bukan negeri pan perlu tegas dan berani jangan takut pada tekanan musuh islam yang nyata keluarlah dari kepongpong budak suruhan dap. saya cabar pemimpin pan untuk lebih tegad dalam memperjuangkan islam bukan hanya kata saja seperti sekarang. saya lihat kalid samat bergitu tegas dan garang bila menyerang pas tapi menikus bila dengan dap selagi pan menjadi khadam dap jangan mengaku parti islam.

Tanpa Nama berkata...

Ularmakk...pas parti yang memanipulasi agama. Jelas dan nyata

Tanpa Nama berkata...

Lelaki di Cermin 28 Mei 2016 12:07 PG

Rupa2nya, salah penerangan PAS kpd semua org yang menyebabkan Pakatan Rakyat berpecah.

Itulah, masa mula2 dulu PAS ni sepatutnya berbincang dan bagi penerangan dulu kepada DAP, PKR dan orang2 bukan Islam, tentang apa sebenarnya yang dia nak bentangkan. Bukan main ikut bentang sendiri.

Saya rasa, pemimpin tertinggi PAS dah tau dah yg nak di bawa parlimen ni bukannya hudud pun, sekadar tukar scope mahkamah syariah.

Tapi dia org takkan tak faham s/khabar dan media UMNO seperti Utusan, BH dan media2 sosial upahan unit media baru UMNO manipulasikan berita nampak seperti PAS nak bawak hukum hudud ke parlimen.

Sebab tu PAS sepatutnya bagi penerangan dulu pada anggota pembangkang dan rakyat malaysia.

Best way, tunggu jelah menang PRU, then PAS dapat segala media yg diperlukan untuk beri penerangan tentang apa yg dia nak bentangkan di parlimen sebenarnya.

Macam ni tunggu kiamat atau dijatuhkan secara paksa, barulah UMNO/BN akan turun.

Pasal silap PAS tak nak bagi penerangan, habis semua berpecah.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ini lebih baik kita setuju dengan Hadi yang dibentang ia lah hudud.

Semua orang PAS, yang capek yang tempang, yang jepun nya yang jerman nya, percaya yang dibentang ialah hudud.

Yang kata bukan ialah Najib.

Selepas dibentang ulasan pemimpin UMNO pun ramai yang kata hudud.

Nampak nya bulan Oktober ini ada orang kena pergi ke Jepun laah.

Tanpa Nama berkata...

Sama2 penyamun PENCURI berniat jahat

Tak kan masuk dek akal sang penyamun dan PENCURI nak buat 'hudud'

Lebih2 lagi niat si PENCURI musang brjanggut yg brjubah dan bersorban tu


biarkan dan biar kan..

Lebai jubah sorban itu akan terus hanyut tunggang terbalik "TAK-SEDAR" diri ddlm kegelapan LUBANG yg lebih dlm!

Dari mulutnya akan "terhambur" bangkai-NANAH yg amat busuk yg berupa kesilapan demi kesilapan hatta kuncu2-PENCURI yg sedondon dgn nya pun dah mula berantakan serta merasa curiga!!


Kita tunggu bangkai-NANAH apa lagi yg akan dihamburkan nya slps ini...



Mrk itu menipu ALLAH dan menipu diri tetapi "TAK-SEDAR"..Al-Baqarah

Mrk itu mmbuat kerosakan demi kerosakan tetapi mrk "TAK-SEDAR"..Al-Baqarah


Tanpa Nama berkata...

Cara persembahan di olah begitu baik sehingga ianya diterima sebagai hudud dan EKJS dilihat sebagai batu loncatan ke arah perlaksanaan hudud oleh orang bukan Islam.

Lagi kuat mereka mengatakan ianya hudud kerana sebelum ini bantahan mereka lah menyebabkan ianya gagal di bentang. Kalau EKJS mengapa bantahan mereka diterima?

Tanpa Nama berkata...

Yang jadikan masalah dia orang sendiri jugak.

Kalau lah katakan memang niat untuk ke arah hudud dan EKJS hanya sebagai satu langkah, jangan lah berkompang kata hudud.

Ini yang boleh dikatakan niat nya tak betul, jadi caranya pun tak betul lah.

Tunggu bukan Oktober adakah ianya akan di bentang? Masa itu baru tahu EKJS atau hudud.

Jadi mana pergi Najib tak lepas. Jika EKJS kena lah bentang. Kalau hudud kena lah halang.




Unknown berkata...

yg maki org, tuduh org marxis, pil kuda, munafiq, kata babi, lembu, bersubahat dgn penysmun tu parti islam ke???

Unknown berkata...

hang cakap apa hoi?.....syok sendiri saja.

mesti geng lebai munafik ni

Malaysiabaru berkata...

Terbaru!

Baru sekarang hadi nak mengaku rang tersebut bukan hudud dan menyalahkan dap bikin onar

Kenapa Nik abudoh kata hudud Nik menyamar kata hudud

Tiba tiba semalam di sungai besar hadi kata bukan hudud dan salahkan dap fitnah islam.

Kenapa hadi ikut arahan Najib kata bill hudud supaya bwrgaduh dgn dap dan pecahbelah pakatan?

Tanpa Nama berkata...

Kopi panas berasap. Hitam pekat jadi minuman sarapan pagi.

Sambil memikirkan kenapa lah dah tersepit di seru nama AMANAH. Buat lah bersendirian iaitu berkerjasama dengan UMNO untuk menegakkan hudud..

AMANAH ada caranya.

Iaitu Pendirian AMANAH adalah mengikuti fatwa Syeikh Yusof Al-Qardhawi , tegakkan kehidupan dan kebajikan Islam terlebih dahulu bukan hudud. Hati saudara tertutup. Bacalah berulangkali dengan Bismillah.

Kita lihat permainan Hadi dan Najib seterusnya.

Dan siapa yang ikut telunjuk orang bukan Islam? Dari hudud bertukar jadi EKJS? Jangan pulak PAS nanti bentang EAS.

Saya cabar Hadi teruskan bentang baik EKJS atau Hudud bulan Oktober nanti.

Menghirup kopi panas.

Dan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak.

Tanpa Nama berkata...

7 29, saya minta tuan jangan jadi penghalang untuk AMANAH menegakkan kehidupan dan kebajikan Islam terlebih dahulu bukan hudud yang didahulukan.
Contoh. Cari dan tangkap lah pencuri balak dulu. Kalau ada hudud tapi pencurinya tak dapat di tangkap apa guna hudud.

Nak selamat umat Islam dari terus hanyut bukan dengan hukuman, tetapi tekankan kebajikan Islam. Apa yang diusahakan oleh AMANAH adalah salah satu kebajikan Islam.

Tanpa Nama berkata...

Conclusion nya....memang Pas telah bersama Umno, cuma tak dizahirkan secara nyata...kesian ahli dan penyokong Pas dipermainkan secara tak sedar...
Bermulalah era politik baru...Amanah mesti pandang kehadapan dgn agenda yg telah tersendiri...kami mengharapkan politik amanah, jujur dan adil untuk semua....

Tanpa Nama berkata...




Bahasa badan org yg suka memaki marah2 belit tipu dan buat FITNAH adalah lambang sejati seorg PENCURI

Klu seorg yg mencuri duit tabung mesjid pun ada yg dibelasah sampai MATI!

Mcm mana dgn hal IMAM lebai sorban jubah yg sedondon MENCURI billion & juta2?!!

Lagi mau temberang hudud...alahai wahai simusang brjanggut!


Unknown berkata...

Kepada sesapa yg berkata kena sokong ruu hadi marang kerana kononnya utk memperkasakan mahkamah syariah,aku jawab,ni bukan memperkasakan tp memperkosa hukum syarak.
Tolong jwb wahai lebai alim al walaun,
Contoh: jika sabit kesalahan berzina,hukuman mahkamah syariah adalah denda rm4000 dsb..
Soalannya,jika pesalah bayar denda,adakah pesalah terlepas dari didakwa diakhirat kelak dan tidak kena hukuman diakhirat kelak?
Kalau sini kena denda,sana kena lagi,dimanakah keadilan islam?
Mcm tuan gb kata,ni hukuman sekular utk org islam.
So tak payah la buat gamat.nampak sgt bodo..

Tanpa Nama berkata...

Jangan mabuk ketum. Mcm mana nk kalahkan BN kalau ko bodoh mcm ni. Kalau hudud pun apa masalahnya, ko bukan Islam pun. Fokus utk PRK, yg penting kezaliman BN tu mesti dihapuskan.

Tanpa Nama berkata...

Hadi tau ke privite bill tu?...tak tau pi balik Marang panjat pokok kelapa. Beruk dah tak de ni

Tanpa Nama berkata...

Hadi ni sebenarnya adalah ulamak sesat di akhir zaman..inilah jenis ulamak jahat yg menjaja agama untuk habuan dunia..kalaulah walaun2 ada akal, mereka sepatutnya boleh nilai ciri keislaman hadi melalui tuturkata dan perbuatannya sudah memadai utk mengatakan bagawa hadi sudah terkeluar dari islam...org melayu mudah terpedaya dgn manusia yg bertopeng islam sebgaimana mudahnya yahudi abdullah bin sabaq perdaya rakyat iran dgn ajaran sesat syiah...walaun walaunta walakontol walajubo perlu.muhasabah diri dan kembali ke pangkal jalan.