28 Mei 2016

PAS Semakin Cauvinistik Semenjak Rapat Dengan UMNO

DAP Memusuhi Islam - Hadi Awang

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan beberapa Anggota Parlimen DAP yang mempertikaikan usul yang dibawanya mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat kelmarin adalah tidak beradab dan ingin memusuhi Islam.

Abdul Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang menegaskan tindakan DAP yang terus melenting sebaik usul itu dibentang semalam menunjukkan sifat mereka yang biadab dan anti Islam.


Sedangkan katanya, terdapat parti bukan Islam seperti MCA, Gerakan dan MIC juga kadangkala tidak bersetuju dengan agenda orang Islam namun mereka lebih tertib dan beradab jika mereka tidak bersetuju dengan hal berkenaan.

"DAP telah menunjukkan sikap anti Islamnya. DAP tidak ada adab dan dia terus melenting dan menentang (usul berkenaan). Pada hal usul ini tidak berkait dengan orang bukan Islam pun.

"Saya turut kesal dengan PAN (Parti Amanah Negara) yang digunakan DAP dalam hal ini kerana telah melanggar sempadan agama sendiri demi kepentingan politik," katanya kepada pemberita di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia di sini, Jumaat.

Semalam Abdul Hadi membentangkan usul berkenaan di Dewan Rakyat dengan tujuan memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini.

Dalam rang undang-undang ahli persendirian yang kali pertama dalam sejarah dibentangkan oleh wakil pembangkang itu, Abdul Hadi mencadangkan supaya Seksyen 2 rang undang-undang berkenaan digantikan dengan seksyen baharu.

Dengan pindaan itu, Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Undang-undang Persekutuan.

Bagaimanapun, sebelum ia dibentang oleh Abdul Hadi, beberapa wakil pembangkang termasuk Anthony Loke (DAP-Seremban), Teresa Kok (DAP-Seputeh), Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching), Khalid Abdul Samad (PAN-Shah Alam) dan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput) bangkit untuk mempertikaikan mengapa usul yang dibawa Abdul Hadi itu didahulukan sedangkan ia berada di kedudukan ke-15 atau terakhir dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat semalam.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia seterusnya membenarkan ia dibentang atas budi bicara beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ditanya adakah tindakan membentangkan usul tersebut sebagai gimik politik menjelang pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Abdul Hadi berkata ia tidak ada kena mengena dengan politik.

Abdul Hadi berkata ini bukan kali pertama usul itu dibentang kerana beliau pernah membawanya ke Parlimen sebelum ini.

"Kalau ini satu gimik politik sudah tentu ia akan menakutkan PAS sebab mungkin akan kehilangan undi orang bukan Islam.

"Tetapi ini tidak ada kaitan dengan pilihan raya sebab ia pernah dibawa ke Parlimen pada tahun 1995 dan seingat saya titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini pernah menyatakan perlunya peranan Mahkamah Syariah dimartabatkan," jelasnya.- Bernama




DAP Tentang Hudud tetapi Tidak Anti-Islam - Kit Siang

DAP tidak bersikap anti Islam apabila menentang hudud dilaksanakan di negeri Kelantan kerana bantahan itu dibuat berdasarkan pertentangannya dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Lim Kit Siang.

Beliau juga mengakui DAP berusaha memahami isu hudud dengan menghantar rombongan ke negara Islam di Timur Tengah dan beliau sendiri membaca buku tulisan sarjana dan ulama Islam mengenainya.

"Kami ke Jordan dan Mesir berjumpa pelajar-pelajar kita di sana serta berbincang dengan tokoh-tokoh Islam.

"Di Jordan dan Mesir juga, yang majoriti umat Islamnya sangat tinggi, tidak ada hudud. Dan ada debat di sana (mengenai) patutkah utamakan hudud atau tidak," katanya di Kota Baru malam tadi.

Ketua ahli Parlimen DAP itu berkata demikian pada satu program ceramah anjuran PAS Kota Baru yang turut dihadiri timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan setiausaha agung PKR Rafizi Ramli.

Lim berkata, DAP menolak pelaksanaan hudud kerana ia tidak sesuai di Malaysia yang bermasyarakat majmuk dan ada perlembagaan yang perlu dipatuhi.

Katanya, selain beliau, turut serta dalam rombongan ke Timur Tengah itu ialah tiga lagi ahli Parlimen DAP iaitu Zairil Khir Johari, Teresa Kok dan Sim Tze Tsim.

Beliau berkata, difahamkan dari pembacaannya, ramai sarjana dan ulama Islam yang berpendapat hudud hanya sebahagian kecil undang-undang syariah, dan ada syarat yang perlu dipenuhi sebelum melaksanakannya.

"Dr Yusof Qardawi, ketua ulama Islam sedunia juga ada berpendapat kalau semua undang-undang syariah tidak boleh dilaksanakan, maka hudud belum sampai masanya untuk dilaksanakan," kata Lim.

"Kita bersetuju mengenai dasar bersama mengenai masa depan menyelamatkan Malaysia, iaitu mengembalikan demokrasi, keadilan dan mendapatkan negara yang adil dan makmur," katanya.




ULASAN GB

PAS sudah jauh dari kebenaran dan keadilan. Semenjak berpisah dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan (dahulu Pakatan Rakyat), dan merapati dirinya dengan UMNO, PAS sudah menjadi menjadi parti perkauman. Malah ada ketikanya lebih cauvinistik dari UMNO sendiri.

Di dalam isu penolakan DAP terhadap usul RUU EKJS, (EJKS bukan hudud tetapi para pascai menggembar-gemburkannya sebagai hudud, sejarah tercipta kata mereka) bukankah sebelum ini Haji Hadi sendiri menyatakan bahawa DAP berhak untuk menolak hudud?


Jadi mengapa tuduh DAP anti-Islam, memusuhi Islam? Yang MCA, Gerakan, MIC, SUPP tidak pula diserang walaupun mereka telah membuat pendirian tegas menolak usul berkenaan.



PAS telah gagal di dalam menjaga keharmonian kaum di dalam negara. Slogannya dahulu PAS FOR ALL sudah hancur berkecai. PAS kini hanya untuk orang Islam, itu pun hanya yang taksub kepada presidennya. Yang lain habis dimakinya dengan barua, brokoer, tolol, anjing, babi, penkhianat dan sebagainya.

PAS menjadi semakin cauvinistik semenjak berkawan rapat dengan parti yang dhulu dituduhnya berjuang di atas dasar "assabiyah" iaitu UMNO. Sekarang PAS saling tak tumpah dengan UMNO.

Di media sosial lebih parah lagi. Para ahli dan penyokong PAS lansung tidak mempamerkan akhlak Islam. Mereka senada dengan Presidennya memfitnah dan memaki hamun AMANAH kerana AMANAH meneruskan tahaluf dengan DAP.

AMANAH akan tetap bersama-sama dengan parti-parti bukan Islam, bukan menjadi khadam mereka seperti yang dituduh oleh Presiden PAS. Dahulu UMNO pun turut menuduh PAS khadam dan balaci DAP apabila PAS berbaik dengan DAP di dalam Pakatan Rakyat. PAS terlupa? Sekarang PAS menggunakan modal UMNO untuk menghentam AMANAH.

AMANAH akan tetap meneruskan tahaluf dengan DAP dan PKR di dalam PH. Masa depan Malaysia tetap berada kepada keharmonian ketiga-tiga kaum yang terbesar di negara ini. AMANAH memegang kepada kata-kata Syeikh Yusof Al-Qardhawi yang memberi fatwa "tegakkan kehidupan dan kebajikan Islam dahulu, bukan hudud."

Dr. Zakir Naik sewaktu diajukan soalan mengenai hudud di Malaysia sewaktu berceramah di UTEM menjawab:

Kita sibuk nak buat hudud, sedangkan tuntutan Allah supaya umat islam bersatu dan jangan berpecah belah tak nak dilakukan.


Apa yang disarankan oleh kedua-dua tokoh ulama besar antarabangsa itu, itulah yang dilakukan oleh AMANAH sekarang, perkara-perkara yang telah diabai dan tinggalkan oleh UMNO dan PAS.



16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


Di akhir zaman ni Nabi saws mengingatkan akan ada mereka yang imannya hanya lah sampai ke halqum sahaja. Au kama qal.

Persamaan PAS membawa private bill ni hingga terjada perbalahan yang tak sepatutnya boleh lah di umpamakan seperti mereka yang menziarahi Masjidilharam dan ingin mencium hajar aswad untuk medapat pahala hinggakan sanggup bertumbuk dan memijak kepala hujjah lain untuk sampai ke hadapan hajar aswad.

Sedih melihat keadaan kerana ruginya kita semua

Dol berkata...

hahaha sudahlh hadi

najib dh pecah lobang kt ruu bukan hudud. najib kt ramai yg keliru termasuk ahli2 pas taksub hadi.

so tkkn pas nk diam najib kt ruu bukan hudud. kita dh lama tau tp penyokong pas sokong semata2 kerana wala ulama kununnya. tkperlu ambik tau apa ulamak buat... sokong saja buta tuli janji dpt syurga.... semudah itu ye.

klu dr dulu ruu tidak dilabel berlebihan sebagai hudud tkde lah timbul isu.

hudud telah mendapat imej buruk kerana serangan musuh islam barat dn media.

so istilah hudud tk penting. yg penting laksanakn hukum islam takat mampu yg sesuai dhn hudud... simpan dulu perkataan hudud.

klupun puak yg tolak hudud tu mungkar..tp pihak yg melabel ruu sebagai hudud juga bersalah.

contoh nya hukuman gantung sampai mati telah ditrima semua pihak sbb tk dicanang sebagai hudud. walhal dlm hudud juga ada hukuman mati... bunuh balas bunuh dll.

bila ruu bukan hudud diperjuangkn hingga sanggup memusuhi pemimpin sendiri(amanah) dn memusuhi parti majoriti bkn islam.. mk yg dilihat mmperjuang ruu dgn label hudud semata2 utk politik.

adapun utk laksana hudud yg sebenar..hendaklah mengikut sunnah nabi saw... dimulakn dulu dgn pengistiharan penguasa ikut sunnah iaitu..jika anak sy pun mencuri sy akan potong tangan dia.. atau

jika ahli kepimpinan saya pun pun mencuri balak sy akn potong tgnnya.

klu konsep keadilan begitu berani ditegakkn maka kita yakin bkan islam pun akan kagum n sokong hudud sebenar.

kita tidak mahu hudud dilaksana p keadilan tidak dipraktikkn mcm sebuah negara kecil yg laksana hudud tp ada klausa yg mengatakan ...tidak mungkin baginda sultan pasir dua butir akan melakukan perkara2 yg ada peruntukan hudud.

itu undang2 berat sebelah yg tidak ada roh keadilan islam. itu dinamakn demokrasi terpimpin.

anyway tq najib kerana perjelaskn yg ruu itu bukan hudud. hj hadi jgn marahh nnti tuan hamba kena jual.

Tanpa Nama berkata...

1. Saya pun Muslim. Saya tak setuju dengan Hudud Pas. Malah hukuman yang tidak boleh diterima akal manusia yang hidup di zaman tamadun ini tidak boleh dipakai lagi. Contoh: baling batu sampai mangsa mati; potong tangan kerana mencuri; hukum bunuh terhadap yang murtad.
2. Ciri-ciri yang bersifat universal yang ada dalam Islam boleh diterima pakai. Ini boleh dilakukan. Begitu juga dengan ciri-ciri universal yang baik yang terdapat dalam semua agama. Asal jangan menyentuh sentimen mana-mana penganut agama.
3. Agama harus bersifat flexi. Yang salah boleh dihukum secara tertib. Jika hukuman itu tidak memberi kesan, maka boleh dipertingkatkan hukuman itu. Perasuah, pembunuh, perogol, perompak harus dihukum berat supaya ia menjadi deteren pada orang lain. Malah hukum bunuh pun harus jika jenayah yang dilakukan itu keterlaluan. Ini tidak dinamakan kejam. Potong tangan dan baling batu hingga mati takpayahlah zaman ini. Bunuh yang murtad pun tak payahlah.
4. Wahai saudara2ku, tunjukkanlah sifat mulia agama kita kepada masyarakat bukan Islam supaya mereka tertarik dengan agama kita. Bukan dengan cara hudud PAS atau kekerasan sehingga boleh meninmbulkan kebencian orang lain terhadap agama Islam.
5. DAP tak salah. DAP tidak anti Islam. Malah ramai Muslim dalam DAP. Dari segi kepimpinan tokoh DAP lebih berjaya daripada tokoh PAS. Allah memberi jalan yang betul kepada mereka walau pun kebanyakan anggota DAP bukan Islam. Tokoh PAS hanya tahu teriak dan melolong sana sini. Apabila diberi perintah Terengganu dan Kedah, GAGAL. DAP perintah P Pinang dan sekarang dah masuk penggal ke dua. Berjaya. Habis PAS tak payahlah cakap besar.
6. Sekarang MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen BN dah juga resah. Mereka BANTAH. Hadi ingat mereka ini sokong PAS dan kerenah Hadi Sdn Bhd. Sorry. Mereka tak mahu apa-apa yang berkait dengan Hudud. Malah ramai juga orang Melayu yang tak mahu hudud PAS. Tetapi mereka tetap beristiqamah dengan Islam.
7. Isu hudud yang dibawa Hadi tidak akan berjaya. Orang ramai dah sangat benci dengan Hadi sekarang......PAS turut terpalit dengan kerenah ketidak warasan Hadi.

Tanpa Nama berkata...

Hukuman huhd hanya berjaya dilaksanakan dgn adil (bukannya dgn sandiwira) hanya pd zaman Imam Mahdi akan datang. Masa tu sistem negara tak pakai demokrasi lagilah. Ni pemimpin2 Islam jgn dok berlagak nak jd Imam Mahdi, khususnya PAS, utamakan kebajikan rakyat dan penambahan ilmu agama dikalangan ahli2. Jgn emosi mendahului ilmu.

Tanpa Nama berkata...




DAP sgt benci kpd rasuah sedondon @ PENCURI

DAP sgt benci kpd jubah sorban brtopengkan Islam ttpi MENCURI

Apatah lg yg sedondon MENCURI berbillion & juta2 dgn 'helah' hudud yg sgt2 jijik sekali



DAP tentu skali terpegun seandainya Islam itu dpt menangkap PENCURI2 yg merembat balak diKelantan...dan Islam yg syumul itu dpt menangkap bapak2 pencuri "sedondon" yg tlh MENCURI 2600juta/2.6b kdlm akaun peribadi!

DAP tentu akan jatuh hati kpd Islam, seandainya bapak FITNAH pilkuda dpt diadili semula dgn "hakim" yg bnar2 berjiwa-UNIVERSAL dgn seadil2nya..

Ddlm sejarah/hadis nabi SAW...Islam itu sgt benci kpd tabiat "berHUTANG", dan DAP pasti akan tunduk akur kpd Islam sekiranya negara ini dpt bebas drp "HUTANG" akibat bapak2 PENCURI trmasuk IMAM2 yg brjubah & bersorban!


DAP sesekali tidak benci kpd nilai2-SUCI-uniersal yg azali tetapi DAP bahkan semua org pasti sgt benci skali dgn PENCURI..lebih2 lg siPENCURI yg konon2 suci brlagak sbg IMAM sorban jubah yg sgt2 bejat dgn FITNAH dan belit yg amat2 jijik skali didonia ini


Klu bukan PENCURI kenapa lebai2 anti sgt dgn Anwar & DAP, nape tak anti dgn MCA dan MIC?

Adakah ssape lg yg bengong yg leh caya dgn 'hudud' bapak FITNAH yg MENCURI!?


abrarmujahideen berkata...

Mane Azmin Ali kahkahkah... Pas dan Umno da bekerjasama pun...pui kartel Azmin sanggup tikam PH

Unknown berkata...

Pas akan kembali ke landasannya jika tiada ularmak lebai munafik yg diketuai oleh tuang presideeng pil kuda

Tanpa Nama berkata...

Hmmmm. Sejak rapat dgn umngok n perkasa. Dan nasihat ding ayam. Menantu abahhh kau. Jadi lah hadi spt skrg. Huhuhu. Sedihnyer. Pas now jadi paschai. Husam yg nk mati dlm pas pon dibuang. Tiada lagi kebijaksanaan dlm pas. Yg ada bodohhan melampau.

Tanpa Nama berkata...

Memusuhi pas = Memusuhi Islam??
Pas = Islam??

Dah paham kenapa kami Cina Tak berani dekati Islam ? Atau Nama burul yang sebut Oleh ulama pas: Cina kapir yang hina agama ??

Green boc, do you want to lebel the same in uk or Singapore when dealing with Christian people????

Dah paham kenapa Cina TAKUT nak dekat Islam?

Pas, jawapannya

Tanpa Nama berkata...

Hadi, what we Chinese done to allow you insult Chinese?

Just because you are ulama Islam you can openly attack insult Chinese??

Malaysiabaru berkata...

Pas tidak boleh di harap membela melayu

Kawan baik YaHadi chri xuit 2.6b dan lebih pun dia kata tak logic

UNDI PAS MACAM UNDI UMNO
UNDI UMBO MACAM UNDI PAS

pas sokong najis curi duit rakyat azalkan hudud xan hukum islam lulus parlimen

Tanpa Nama berkata...

tu yg heran tu bole pulak bela mic mca gerakan ppp

Tanpa Nama berkata...

Hadi Awang tunggu sampai hari terakhir baru nak bentang RUU pindaan EKJS 355 supaya boleh buat alasan tak cukup masa. Jika dia ikhlas, sepatutnya setiap sesi parlimen dia akan bersedia dengan private bill itu. Kita tengok dalam video, nada Pandikar Amin bercakap adalah seperti mencadangkan secara halus agar Hadi buat permohonan tangguh, iaitu dia lead Hadi. Macam leading question atau leading statement dalam perbicaraan mahkamah; sudah tentu peguam terus bangkang dan hakim membenarkan bangkangan itu.

Sepatutnya kalau Pis (tulis jawi baru Pas) dan Umno ikhlas mereka boleh mulakan perbahasan dan cepat2 luluskan hari itu juga seperti yg BN selalu lakukan. Tentu boleh lulus pasal mereka bawa cara ambush dan tentunya tak ramai MP bukan islam yg hadhir. Itu kalau Pis dan Umno betul2 mahukan RUU itu luluslah! Saya suka kalau lulus, tak dapat buat semua jgn tinggal semua. Amanah kena ambil stand ini, jgn tunjuk anti RUU itu. Yang ditentang adalah kaedah matlamat menghalalkan cara yg digunakan oleh Pis (mempolitikkan hukum islam utk menang pilihan raya, bukan ikhlas dan ada kemungkinan ditipu oleh Unmo lagi di sesi parlimen akan datang). Hadi tak serik untuk ditipu Umno lagi.

Dalam PRK Sg Besar dan Kuala Kgsr, expect the unexpected – jangkakan yang tidak terjangka! Selepas isu RUU tersebut, saya kuat terasa bahawa UMNO AKAN BERI LALUAN KPD PIS! Pis dan Umno sudah menjadi satu dan sama (one and the same). Mereka akan canangkan dlm PRK apa gunanya mereka bertentangan kalau sama-sama nak hudud.

Tanpa Nama berkata...

Harap selepas ini Hj Najib jadi Naib Presiden Ulamak SeDunia. Harapkan yang sekarang mana hudud mana enakmen pun dia keliru.Habis semua di bantai nya hudud.

Lagi tinggi ilmu Najib sebab dia yang perbetulkan salah-faham hudud.

iswara berkata...

Sdn tunggu ulasan tuan rumah pasal RUU yg dibentang. Sdn berhari hari tunggu tak keluar pun.
Biasanya setiap isu panas mcm ni secepat kilat ulasan tuan rumah keluar.

Pencolekhangek berkata...

Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, sesiapa yang berjaya 'membunuh' karier politik Hadi dan gerombolan bererti akan berjasa besar kepada pejuang-pejuang Islam akan datang terutama di Malaysia. Hadi dan gerombolan telah menjual ugama, mereka telah memperlekehkan usaha, penat lelah dan pengorbanan pejuang-pejuang, pengikut-pengikut dan penyokong-penyokong terdahulu. Mereka telah memberi gambaran yang buruk dan menjijikkan kepada rakyat yang bukan Islam. Bahkan ramai juga orang Islam di Malaysia yang jijik dengan tingkah laku mereka. Ada orang kata mereka ini patut duduk di masjid, surau dan pondok. Pada saya ini lagi merbahaya. Jika diberi peluang berceramah mereka akan menyebarkan fahaman Islam mereka yang berwajah huduh dan sama merbahaya dengan fahaman sekular kerana mereka juga 'berbaju' sekular.