16 Mei 2016

Pembangkang Boleh Menang K Kangsar, Sg Besar Asalkan Bukan Calon Pas

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yakin pembangkang akan menawan kawasan parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar dalam pilihan raya kecil (PRK) yang dijadualkan 18 Jun ini dengan syarat yang bertanding bukan calon Pas.

"Situasi politik negara memang tidak memihak kepada kerjaan pimpinan Najib tetapi kalau Pas jadi calon sudah pasti akan kalah," katanya berucap di majlis makan malam Selamatkan Malaysia anjuran Amanah Pasir Puteh malam kelmarin,


Beliau percaya Pas sendiri tahu dalam keadaan sekarang kalaupun mereka turun bertanding mereka turun untuk kalah.

Dalam pilihanraya lalu katanya Pas hampir menang di kedua-dua kerusi kerana sokongan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan kumpulan-kumpulan anti establisment.

"Sekarang parti-parti Pakatan Harapan (PH) tidak akan bersama Pas, malah sebahagian orang Pas sendiri kini bersama Amanah," katanya.

Umno sendiri katanya amat faham situasi ini dan ada yang medesak supaya Pas bertanding, sesuatu yang sukar diterima akal dalam politik.

Sedangkan kata beliau Pakatan Harapan terus kukuh untuk sama-sama membantu dalam PRK ini.Lebih serbu hadir makan malam Amanah Pasir Puteh

"Kalau Amanah bertanding di PRK ini semua parti-parti dalam PH akan sama-sam kerja keras untuk pastikan kemenangan," katanya.

Tambahan lagi sekarang pihak Umno-BN sedang berpecah dua kepada gerakan Selamatkan Malaysia dan kumpulan pro Datuk Seri Mohd Najib Razak," katanya.

Menurut beliau jika semua ini diambil kira peluang untuk jatuhkan BN di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar amat cerah.

Sementara itu Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu berkata Amanah akan membuat keputusan mengenai PRK 18 Jun ini berdasarkan perundingan majlis presiden PH.

"Kalau tanya saya Sungai Besar Amanah wajar, Kuala Kangsar Amanah sesuai untuk bertanding," katanya disambut laungan takbir dan tepukan gemuruh lebih 1 000 tetamu di sebuah resort di Tok Bali. -MD


IKLAN BERBAYAR


20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS tu bukan Pembangkang. Ulama pas suci mulia dah jadi penasihat kepada penerima derma berbillion.

Memang suci mulia betul

Tanpa Nama berkata...

Aku sendiri pun dah tak percaya lagi kat PAS. Apatah Hadi Awang and the group.

mujadid berkata...

Apa yg dinyatakan oleh LKS adalah hakikat yg perlu diterima oleh semua.Sekiranya pertandingan dua penjuru yg disertai oleh Pas,senario spt berikut akan berlaku:
1.Pas boleh meraih paling maksimum 55% undi org Melayu.
2.Sukar utk Pas mendapat sokongan org Cina.
3.Begitu juga dgn sokongan org India.
Kesimpulannya Pas akan tewas dan senario 2004 akan berulang.

usop ali berkata...

pas dah boleh buka sekolah pondok jer..bertanding pun tiada faedah....buang masa rakyat jer..dok diam diam biar amanah yang bertanding...

Tanpa Nama berkata...

Ada umno gaduh dgn mca dan mic kedua-duanya parti uni-bangsa (kira rasis). Ada ? . Kenapa Pas bergaduh dgn Dap yg bukan parti uni-bangsa, malah Melayu yg menganggotainya dikatakan barua! Kenapa? Ini dikatakan bodoh politik! Pembangkang tiada satu parti yg uni-bangsa tetapi masih bersengketa? Ketahuilah Pembangkang gagal membentuk pakatan yang kuat. Harapan Pembangkang dalam Pru 14 untuk menang dan seterusnya mengambil-alih Putrajaya amat tipis. Sia-sia rakyat menyokong!
Imam/Ustaz bersama Sami dan Paderi berjaya menjalinkan hubungan harmoni sesama mereka dalam BN. Ini dinamakan kematangan berpolitik. Oleh itu rakyat jangan menaruh harapan tinggi kepada Perbangkang kerana mereka tidak layak dan saling berbalah dalam banyak soal.
Sudah muak dan rasa diperbodohkan!

Dulu Pembangkang kini BN.

Tanpa Nama berkata...

Pas kata Amanah pengacau, Amanah pula kata Pas calon yg akan kalah, umno diam jea jadi pemerhati pbb...jadi mcm nilah senang...eloklah lawan 3 penjuru ke atau 18 penjuru sekalipun...lepas tu mari kita lihat siapa yg kenaaa..hihihi

Tanpa Nama berkata...

Biar la PAS bertanding, 3 penjuru pun lantak laa, 3-3 tu kan entiti lain-lain. 1. Parti pemerintah 2. Parti pembangkang 3. errr... lalang (sini taknak lepas tapi bercinta dgn yg lain)

Tanpa Nama berkata...

Pas nak lawan umno?? Pas pembangkang ke?? Klu Pas menang... umno seronok. Klu umno menang pas turut seronok tumpang semangkuk!!

Pas lawan umno...umpama isteri lawan suami atas katil. Kalah atau menang dua dua rasa seronok. Begitu le ibaratnya. Dua sahabat karib yg pura2 bergaduh di depan. Berpeluk peluk di belakang rakyat!!!

PKR jgn kacau daun!! Jika pkr sibuk nak hantar calon...dengan umno, pas dan pkr kita humban dlm tong taik nanti!!!

Di mana pas bertanding di situ AMANAH lawan sehingga pru14 nanti...!!!

Kita nak tengok...parti nyamuk (AMANAH) vs parti nyanyuk (PAS). Siapa yg layak jd hero rakyat atau layak jadi punahsihat!!??

Sekian. Tenkiu

lelaki dicermin berkata...

Siapa lah 15 pemimpin pas yg terima dedak dr najib tu.. husam suruh tuang presiden dan harun din tunjuk buku akaun senyap je..rasa husam tahu sesuatu ni..?

Tanpa Nama berkata...

DAP AMANAH berhujah guna statistik dan mood rakyat tidak sokong UMNO.

PAS pulak yang sememang diketahui berkerjasama dengan UMNO, balik-balik kerusi tradisi.

Hj Hadi minta PH ukur baju sendiri. PAS ukur baju guna ukuran lama sedangkan perut dah buncit boroi. Itu yang ramai pakai baju kot nak tutup perut yang boroi.

Tanpa Nama berkata...

Betul

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah dilihat pergolakkan benua arab kesemuanya ada tanda2 campurtangan arab saudi.
Bermula dari iraq dan libya dua negara yang dihancurkan olih orang putih.

Kini perang masih berlanjutan.
Yemen - Tanpa segan malu arab saudi menyerang negara miskin dengan segala kelengkapan orang putih. Motif arab saudi terangan menunjukkan pemimpin yang ditaja telah hilang kuasa terpaksa ia menyerang kumpulan pemimpin yang tidak boleh dibeli.
Syria - arab saudi juga telah merampas peranan qatar sebagai penderma terbesar. Negara itu hancur dan ratusan ribu rakyak terbunuh.

Arab saudi dimana terletaknya tanah suci bagi umat Islam tetapi adakah pemimpin2 kejam betul2 Islam. Negara2 yang dihancurkan menyebabkan kematian sejumlah besar rata2 orang Islam bukan orang putih.

Kalau kehancuran pada sebuah negara disebabkan tajaan arab saudi dengan logistik orang putih serta kewangan kekayaan nya, bukan itu amat kejam. Demi memperluaskan pengaruhnya jutaan umat yang mati seakan ada tanda2 permainan orang putih yakni yahudi.

Sifat sedermikain amat menyerupai Hj Hadi terangan menyokong penzalim. Rakyak merana tiada masalah baginya asalkan dapat pengaruh. Dia timbalan persatuan ulamak dunia tajaan arab saudi sedang dalam giliran jadi presideng, kamu sila ukur baju dibadan sendiri.

Kalau negara Islam diderma kewangan oleh sebuah negara Islam yang bersekutu dengan kafir mempengaruh samada pemimpin ataupun pemberontak bukankah amat merbahaya.

Bukan kita sahaja yang mendapat derma dipilihan raya tetapi yang lain pun dapat:-

https://www.almasdarnews.com/article/panama-papers-data-leak-king-saudi-arabia-sponsored-netanyahus-campaign/

Tanpa Nama berkata...

PAS ni mmg payah org nak faham. Sbb mamat2 dlm PAS berfikir bukan mcm manusia biasa. Mereka adalah org yg hampir dgn Allah. Mereka telah menjadi manusia luarbiasa. Bahasa mereka berada di maqam yg terlalu tinggi. Maka ustat2 perlu bercakap arab semaksimum mungkin. Begitu juga dgn pengikut2. Bahasa percakapan rasmi dirumah dan dikantor PAS adalah bahasa arab. Makanan mereka hanyalah kambing dari syurga. Eh silap, jannatul makwa.

Dalam perjuangan PAS, kalah adalah satu keseronokan beribadah bila berjuang. Kemenangan adalah sesuatu yg ingin sekali dielakkan. PAS tidak suka akan kemenangan. Jika menang, tamatlah perjuangan. Jadi kekalahan adalah sesuatu yg didambakan dan amat2 diperlukan. Sbb itu mereka menjadi ghairah dan berahi benar bila kekalahan berada didepan mata. Kekalahan adalah suatu nikmat perjuangan. Berjuang dan menang adalah peristiwa ngeri dalam PAS. Apabila menang, tamatlah perjuangan, ini kata2 perwira PAS yg lampau. Mereka tidak ada pelan gerak kerja setelah menang. Pejuang PAS tidak mempu berfikir apa nak buat setelah menang. Menang pada PAS beerti, sudah tamat perjuangan dan hidup bersenang lenang spt dalam syurga. 

Mcm alTontonwi melihat porno german, beliau seorang berada di maqam tertinggi. Menonton porno tidak menaikkan syahwat kpd mereka dimaqam tinggi ini. Ini yg sukar difahami kita sbg manusia biasa. Sukar percaya? Ya.. apabila qarib dgn Allah, mereka mempunyai karamah, kebolehan luarbiasa serta setaraf mukjizat.

Kita manusia biasa, tidak mampu berfikir spt mereka dalam PAS yg penuh dgn ayat2 suci di dada dan puluhan ribu kitab dirumah2 utk ditelaah. Hairan lagi? X perlu kawan.

ir berkata...

Kalau puak lebai auta PiS yg bertanding..confirm BN akan menang besar..

wijaya kezuma berkata...

Memang pun politik la ni pun dah haru biru..harap pakatan dah tak pakat..harap harapan dah tak boleh harap..nampaknya tetap pembangkang la..salah org nampak terang..salah sendiri butakayu..
Bosan dan buang masa saja...ulama ka ustad ka..tok serbanjubah ka..nampak jawatan projek fulus..hancus..
Rakyat yg diperbodoh dan dipermainankan..
Amanah Allah didepan khlayak bermain dilidah saja..

Tanpa Nama berkata...

Terbaik kali ni bkn Amanah lawan umno shj tp lawan umno + pas..susah juga nk lawan 2 lwn satu ni tp xpe kita usaha dulu yg terbaik,xmustahil Amanah blh memang sbb kedua2 lawanya bermasalah,umno masalah rasuah terbesar didunia,pas masalah sbb membodek umno sama je 2x5..tabek spring utk Amanah

Tanpa Nama berkata...

Pas bukan dapat 55% undi melayu tapi hanya antara 25% -30% saja. Sebab 60% pengundi melayu adalah penyokong tegar umno, walaupun presiden dia jahay, rasuah mereka tetap pangkah unmo. Baki 40% pengundi melayu bukan semua pas tapi pecah lagi 20% PAS, 15% pkr dan 5% amanah. JADI KESELURUHAN UNDI MELAYU YG PAS BOLEH DAPAT IALAH 20% HINGGA 25% MAKSIMA.
JANGAN HAPAR CINA DAN INDIA NAK UNDI PAS.

Pemuda parit kings berkata...

Wow!!!hebatnya kamu...semoga kamu boleh jadi kayaraya DLM BN...hahaha...pembangkang hanya berbalah...BN jelas merosakkan negara kamu sokong?!??hahaha...beballah kamu ni...

Tanpa Nama berkata...

Tuan, jgn bakar kelambu kerana marahkan nyamuk...nyamuk azmin n the geng tu nanti kita akan sembur dgn ridsect 2 botol...ada paham ke tuan...hihihii...

Tanpa Nama berkata...

Tapi yang PAS punya hujah... kerusi tradisi !

Ukur baju .... tapi guna kerusi tradisi.

Apakah... pastikan selepas ini bukan lagi kerusi tradisi tapi jadikan keranda tradisi.