25 Mei 2016

Lagi Sokongan Untuk Mat Sabu Sebagai Calon PH PRK Sg Besar

SAMM sokong Mat Sabu jadi calon

SUNGAI BESAR - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor menyatakan sokongan penuh kepada Parti Amanah Negara (Amanah) meletakkan Presidennya, Mohamad Sabu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Penyelarasnya, Azhar Achil berkata, parti itu harus menghantar panglima perangnya untuk meraih sokongan pengundi sekali gus mencerahkan peluang Amanah untuk merampas kerusi itu yang dimenangi BN sebelum ini.


“Parti Amanah dengan imej progresif Islam serta latar belakang calon tokoh nasional yang kuat dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat mampu memenangi kawasan ini,” katanya dalam kenyataan medianya di Facebook.

Sehubungan itu, katanya, SAMM Selangor meminta semua pihak memikirkan kewajaran cadangan itu memandangkan dua PRK yang diadakan serentak pada 18 Jun depan diandaikan yang terakhir menjelang PRU14.

“SAMM Selangor telah mengadakan beberapa siri pertemuan di peringkat negeri bagi mempersiapkan kekuatan termasuklah di Sungai Besar dan sekitarnya yang merupakan antara kubu kuat SAMM di negeri ini,”
katanya.

Beliau berkata, SAMM Sungai Besar telah melaksanakan beberapa gerak kerja termasuk pertemuan dengan jentera parti pembangkang dan pemimpin penduduk tempatan yang berpengaruh.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, Mohamad Sabu atau lebih mesra disapa Mat Sabu antara nama yang disenaraikan sebagai calon parti itu pada PRK Parlimen Sungai Besar.

Selain itu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga disenaraikan sebagai calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. -SH

SAMM SELANGOR SEDIA BANTU CALON PH HADAPI PRK SG.BESAR

Umum telah ketahui PRK Sg.Besar dan K.Kangsar akan diadakan serentak iaitu 5 Jun untuk penamaan calon dan 18 Jun hari mengundi, berikutan kematian dua ahli parlimen Barisan Nasional yang mewakili kawasan tersebut.

SAMM Selangor telah mengadakan beberapa siri pertemuan di peringkat negeri bagi mempersiapkan kekuatan. Kawasan Sg. Besar dan sekitarnya juga adalah merupakan antara kubu kuat SAMM di negeri Selangor.

SAMM pernah mengadakan perbagai aktiviti anak muda di kawasan tersebut, justeru itu adalah menjadi tanggujawab kami bersama jentera rakyat memastikan calon Pakatan Harapan yang mewakili aspirasi rakyat menang di kawasan Parlimen Sg. Besar.

Selepas kerusi ini dikosongkan, SAMM Sg Besar sudah membuat beberapa gerak kerja termasuk pertemuan dengan jentera parti-parti pembangkang dan pemimpin penduduk tempatan yang berpengaruh.

SAMM Selangor juga tanpa berselindung menyatakan sokongan kepada parti Amanah untuk mencalonkan Md Sabu (presidenya) bagi bertanding di Parlimen Sg. Besar. Parti Amanah harus menghantar general perang terbaiknya dan sosok Md Sabu adalah pilihan tepat.

Peluang kemenangan dengan meletak calon tokoh nasional ini amat cerah. Parti amanah dengan imej progresif islam serta latar bekalang calon yang kuat dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat mampu memenangi kawasan ini.

Sg. Besar yang bakal diwakili tokoh nasional ini pasti nanti akan menjadi tumpuan kerajaan negeri dan pusat. Kesan positifnya tetap pada rakyat di Sg Besar.

SAMM Selangor meminta semua pihak memikirkan kewajaran cadangan ini dan mengambil serius kerana ini PRK terkahir menjelang PRU akan datang. PRK kali ini juga menjadi medan yang menguji kekuatan, kemenangan PH di Sg. Besar dan Kuala Kangsar akan menjadi pemangkin penting kemenangan PH pada PRU-14.

SAMM Selangor sudahpun mengaktifkan jentera dan akan membuka bilik gerakan serta menggerakkan sepenuhnya jentera bagi memastikan kemenangan PH. Saya selaku penyelaras SAMM Selangor juga merupakan pengundi di Parlimen Sg Besar.

Azhar Achil
Penyelaras SAMM Selangor
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)





IKLAN BERBAYAR


22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Azmin je yg xsokong

Din berkata...

Setuju 1000% MAt Sabu menjadi calon di Sg Besar..berpengalaman luas di parlimen. Org Selangor tak de masalah jika org luar dicalonkan sbg MP yg penting isu rakyat diketengahkan. Jgn jadi pak hanggukkk

Tanpa Nama berkata...

Dua tu dah gila nk jd PM,,,apapun dia bole buat lani,,,

abrarmujahideen berkata...

Bn ade Azalina di Parlimen..kita Mat Sabu utk goncangkan Parlimen

Malaysiabaru berkata...

Malaysia sekarang Ada dia ayoh ping

Ayoh hadi ping marang

Ayoh azmin ping gombak

Mana rakyat Malaysia yang sayangkan negara Jom sokong amanah Dan naik martabaf amanah. Sebab Salam amanah tidal Ada kona kona uturn tali barut umno mcm pas Dan pkr

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Sesiapa pun layak menjadi calon PRK Sungai Besar, asalkan berumur 21 tahun ke atas dan warga negara Malaysia. Pendokong-pendokong parti sememangnya igin membawa tokoh-tokoh besar dari luar bertanding di prk ini. Para pengundi Sungai Besar pula mahukan anak tempatan yang berwibawa pula menjadi calon. Biasanya akar umbi mahukan calon anak tempatan yang bermastautin, agar mudah ditemui dan meminta pertolongan.

Majoriti pengundi di Sungai Besar tidak celik politik. Mereka tidak tahu isu-isu seperti 1MDB, GST, pengangguran graduan-graduan universiti, hutang negara, kenaikan harga barang, perumahan rakyat, salah urus Tabung Haji, KWSP, KWAP dan banyak lagi. Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) mampu mengalfakan pengundi-pengundi yang tinggal di pedalaman. Bantuan yang bakal datang mencurah-curah selepas hari penamaan calon mampu melupakan penderitaan mereka. Majoriti pengundi di sini tidak mengundi ketokohan calon, tetapi memilih parti mana yang memberikan fulus.

Siapa pun calon BN, pasti BN menang. Kalau BN meletakkan calon yang bergraduat dari Universiti Bahagia Tanjong Rambutan sekali pun, pasti BN yang menang. BN akan menggunakan segala media, kemudahan dan kewangan kerajaan pusat untuk mengeksploitasi undi. Tokoh hebat seperti Jokowi dan Mahathir pun akan kalah di PRK Sungai Besar jika bertanding menggunakan tiket parti pembangkang. Najib pun akan kalah pada prk ini jika beliau bertanding menentang calon BN. Jika Mat sabu bertanding, bermakna Mat Sabu bertanding untuk kalah.

Tanpa Nama berkata...

Kalah belum tentu.

Semasa PRU yang lepas jumlah undi hampir-hampir mengalahkan BN.

Jangan pandang rendah orang-orang Sungai Besar. Khir Toyo dengan gelarannya. Jamal dengan kurang ajar nya tapi cina jugak yang kaya (Jho Low)

Tanpa Nama berkata...

DAP sokong.
SAMM sokong.

Jangan Azmin potong peruntukkan untuk Parlimen Sungai Besar sudah lah.

Jangan mengundi untuk ubah Sungai Besar sahaja. Undi lah untuk menyelamatkan Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Orang kenal AMANAH sebab Mat Sabu.
Orang kenal Mat Sabu sebab AMANAH.

Walaupun ramai pemimpin AMANAH yang hebat-hebat bersama Mat Sabu, Mat Sabu lebih sesuai untuk di beri penghormatan tersebut kerana yang mengangkat Mat Sabu ada kalangan pemimpin AMANAH yang bersedia memajukan AMANAH.

Sama seperti orang kenal PAS sebab TGNA. Orang kenal TGNA kerana PAS.

AMANAH jangan jadi macam PAS. Orang kenal PAS tapi tak kenal Hj Hadi. Kerana orang telah menjauhkan diri dari Hj Hadi. PAS lain. Hj Hadi lain.

Tanpa Nama berkata...

Betul..realiti.. kaw kurang celik politik.. jgn letak calon ikut semangat penyokong parti sendiri..ikut kehendak pengundi.. isteri pengundi di sg besar.. mmg point tuan ada benarnya... faktor arwah MP ada kesannya.. ADUN skrg pun baik rekod penerimaan masyarakat..

Tanpa Nama berkata...

SEJAHTERA,
KAMI YAKIN ABANG MAT AKAN DAPAT JUA SOKONGAN DARI PKR TERUTAMA
KAK WAN DAN RAFIZI.
UNTUK PKR DGN MB NYA PULA.
TENTANG RASUAH.
BIASANYA RAFIZI BERKATA DAN ADA BUKTI YANG JELAS.
MOGA PKR DAPAT GUNAKAN PELUANG YANG ADA UTK KELUARKAN AZMIN.
INI AKAN LEBIH MEYAKINKAN PEMBANGKANG DISUATU HARI NANTI UNTUK
PRU14.
HARAP KAK WAN PERGUNAKAN PELUANG YG ADA DGN SEBAIK MUNGKIN.
SELEPAS INI SORANG LAGI DALAM PAS PERLU DI KELUARKAN..???

JIKA 2 ORANG INI KELUAR DARI BLOK PEMBANGKANG.
SAYA YAKIN PAKATAN BOLEH DIUJUDKAN SEMULA.
MOGA DI BERKATI...

Tanpa Nama berkata...

Sesiapa yang menyokong Najib .. tak kemana baik nya.
Itu sebab kena letak calun peringkat nasional sebab negara dalam keadaan tenat. Calun tempatan setakat lebarkan sungai yang dah besar boleh lah tapi sebagai Timbalan Meteri apa sumbangan nya?

Jangan macam Sarawak untuk Sarawak. Itu apa yang Perdana Menteri buat tak kisah. Jangan jadi melayu makan dedak. Melayu makan dedak yang berkira macam itu.

PAS pun mencari calun peringkat nasional.

Tanpa Nama berkata...

BN tidak akan berani letak poster Najib.

Taktik atau nak perdaya orang melayu Sungai Besar?

Unknown berkata...

Sokong Abg Mat sebab rindu nak tengok abang Mat berentap kat parlimen.. good Amanah

Tanpa Nama berkata...

Azmin tu usahkan PM,jadi MB pun dah gagal.dia ni sebijik mcm perangai umno.

Tanpa Nama berkata...

Setuju..azmin memang tak boleh pakai..

Pemuda parit kings berkata...

Saya setuju dgn apapun keputusan parti amanah...yg penting baik utk rakyat...Abg mat menang terbaik...auranya perlu ada diparlimen...

Tanpa Nama berkata...

Ada pro n kontranya utk letak mat sabu sbg calon...pronya adalah amat bertuah jika menang kita boleh lihat dan dengar suara mat sabu di parlimen, manakala kontranya pula, jika mat sabu kalah, pagi ptg siang mlm amanah akan lunyai dikerjakan oleh jentera daulah umngok...apapun, berani lawan mesti perlu berani tanggung risikonya...

Tanpa Nama berkata...

Aku orang sg besar...walaupun aku sokong amanah tapi aku harap amanah tak letak mat sabu sebagai calon. penerimaan mat sabu diklangan org perempuan agak berbelah bagi. dikalangan keluarga aku yang sokong pembngkng dari dulu pun x berapa suka dgn mat sabu.. pegi tanya makcik2, emak2 apa pendapt diorang pasal mat sabu...banyak yg x suka..aku pun tak tahu sebab ape.

Jgn pilih sebab syok sendiri. Kalau ada calon tempatan yang rakyat kenal lagi bagus.walaupun disini dikira luar bandar...kebanykan penduduk sini bukan org susah sangat walupun bekerja sebagai petani dan nelayan dan aku rasa kerajaan negeri pun dh menjalnkan tugas yg ok dekat sini.infrastruktur terjaga, bnyk pelung perniagaan diwujudkn,pbt pun buat keje. Jadi penduduk sini just nak someone yg boleh buat kerja jgn nak syik berpolitik sepnjg masa. kene ingt arwahnya juga x de kontroversi, byk orng suka kt dia and reputasi die diklangn pengundi memng ok.

Jadi Amanah kene letak calon yg betul2 sesuai.




Tanpa Nama berkata...

SATU UNDI BAGI PAS = SATU UNDI BAGI UMNO.

Makan TOLAk PAS dan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Mat Sabu jadi calon Prk Sungai Besar dan kalah.
Dia kalah kerana dedak yang ditaburkan oleh Bn/Umno.
Kata Kadir Jasin: Dedak makanan itik, ayam dan Babi.

SuJeng berkata...

Aku rasa yg paling sesuai calon dr AWAN..... Wan Aisyah Wan Ariffin... Rasanya majority org Malaysia knl dia.. Makcik makcik, akak akak tntu x der mslh nk sokong dia.....