26 Mei 2016

Kawan Baik PAS, PERKASA Tanya Tu, Boleh Menangkah Tanpa Undi Cina?

Sg Besar: Bolehkah PAS dapat undi Cina, tanya PERKASA

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menjangkakan pertemuan antara PKR dan BN di pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dilihat lebih sengit dan menarik jika dibandingkan dengan parti politik pembangkang yang lain.

Kata beliau, sekiranya kerusi itu ditandingi PAS, beliau khuatir sekiranya undi masyarakat Cina di Sekinchan tidak memihak kepada parti Islam itu.


“Ia pertandingan yang bagus kalau PKR lawan BN. Masa pilihan raya umum ke-13 (PRU13), PAS masih bersama Pakatan Rakyat, PAS meletakkan calon PAS waktu itu dan pengundi-pengundi Cina yang tinggal di Sekinchan mengundi PAS.

"Tapi dalam pilihan raya kecil sekarang, adakah pengundi-pengunci Cina akan undi PAS.

“Saya percaya kalau PAS bertanding, PAS tak dapat undi Cina. PAS juga tak dapat sokongan ahli PAS yang sokong AMANAH.

“Ada ahli PAS yang tolak pimpinan ulama, PAS akan hilang dua punca undi. Jadi bukan sahaja penting untuk satu lawan satu tetapi mesti parti yang betul,”
kata bekas ahli parlimen Pasir Mas itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Ibu Pejabat PERKASA di Kuala Lumpur, petang ini.

Bagaimanapun, pendapatnya berbeza pula di PRK Parlimen Kuala Kangsar apabila beliau melihat PAS lebih sesuai meletakkan calon mereka di situ.

“Kalau di Kuala Kangsar kalau satu lawan satu PAS dengan BN dan parti-parti lain tak masuk ia akan jadi sangat menarik dan rakyat pun boleh buat pilihan yang terbaik,” katanya.

Bagaimanapun Ibrahim berkata, sekiranya pembangkang masing-masing mahu meletakkan calon, ia hanya akan memberikan kelebihan kepada BN.

“Kalau pembangkang semua nak bertanding ia akan beri kelebihan kepada BN.

“Ingat tak kita bagaimana keputusan di PRK Permatang Pauh, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bertanding (satu lawan satu) walaupun by election tapi PKR menang besar,” katanya. -mk


PAS tidak perlu bertanding di PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar - MTRK

BACHOK: Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) menyarankan supaya PAS tidak meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Presidennya, Azmi Ali menjelaskan, bagi menjaga keharmonian dan perpaduan dalam kalangan umat Islam Melayu, PAS sepatutnya memberikan laluan kepada Barisan Nasional (BN) bertanding.

Katanya, ini sebagai timbang balik apa yang dilakukan oleh BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Cempaka, Kelantan pada tahun lepas yang mana UMNO tidak bertanding di kawasan berkenaan.

“Inilah medan terbaiknya (Sungai Besar dan Kuala Kangsar). Melayu sepatutnya tunjuk sikap bersatu seperti saranan Ketua Penerangan UMNO. PAS sewajarnya beri laluan kepada UMNO.

“Beri kemenangan tanpa bertanding sebab pilihan raya ini tak sampai dua tahun lagi. Ia membazir dan lagi banyak perpecahan (berlaku) dalam kalangan Melayu.

“UMNO pernah buat pengorbanan, kerusi Cempaka diberi kepada PAS,” ujarnya.

Katanya, walaupun kerusi Sungai Besar merupakan kerusi diwarisi PAS, namun atas dasar menjaga keharmonian PAS sewajarnya tidak bertanding.

Katanya, Parti Amanah Negara (Amanah), PAS dan UMNO merupakan parti yang majoritinya ahlinya disertai oleh umat Islam Melayu dan jika pertandingan tiga penjuru berlaku sudah pasti ia akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Melayu.

Pada masa kini PAS dan UMNO berdepan krisis perpecahan dalam kalangan ahli mereka dan apabila berlaku pertandingan sudah pasti perpecahan yang berlaku itu semakin merebak.

Katanya sebagai pemimpin Islam, mereka perlu berpandangan jauh dan terbuka dalam menerima saranan demi perpaduan umat Islam.

Azmi berkata demikian kepada pemberita selepas majlis tautan perpaduan di Kampung Teratak Pulai, Jelawat di sini siang tadi.
-astroawani


ULASAN GB

Adik beradik dah bersuara. Pessimis dengan PAS. Boleh menangkah PAS tanpa pengundi Cina? Hanya nak harapkan undi Melayu... pun akan berpecah.

Kaum Cina khususnya DAP sudah membuat pengumuman akan memberikan undi mereka kepada calon AMANAH yang akan mewakili Pakatan Harapan.

Dengan perpecahan undi Melayu kepada 3 atau 4 parti, iaitu BN, PAS, AMANAH dan kemunkinan PKR juga, bererti masing-masing kini perlu mengharap undi bukan-Melayu.

Berdasarkan di atas kertas jika keadaan itu berlaku, AMANAH berada di posisi terbaik jika undi bukan Melayu sudah dapat digenggam dan hanya memerluakn sekitar 15%-20% sahaja pengundi Melayu. Lagi banyak parti nak bertanding lagi bagus sebenanrya untuk AMANAH.

PAS diminta untuk tidak bertanding oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK). Tetapi PAS itu angkuh dan sombong. Dia ingin orang lain laluan kepadanya tetapi dia sendiri tidak akan memeri laluan kepada pihak lain. Itu sikap PAS, sikap yang tak pernah mengenang budi dan yang tak pernah ingat jasa orang lain terhadapnya.

Kini PKR sedang cuba kononnya berunding dengan PAS supaya memberi laluan untuknya bertanding. Ingat PAS akan dengar? Tak mungkin. PKR pun akan turut dikencingkan.

Malah ahli PKR sendiri sudah perasan hal ini.


PAS mendakwa kerusi tersebut adalah kerusi milik tradisinya. Ya betul, tradisi kalah, kata astroawani dalam wawancaranya dengan Pengarah ILHAM CENTER.

Namun PAS tak peduli itu semua. Walaupun katanya tak gila kuasa, tetapi hakikatnya PAS memang sebuah parti gila dan mabuk kuasa. Di dalam partinya sendiri pun disingkir orang-prang yang tak sebulu dengan janggut dan serban mereka seperti yang berlaku di muktamar PAS tahun lalu dimana golongan progrsif diketepikan sekalipun golongan progrsif inilah yang banyak mengangkat martabat PAS sehingga PAS berada di tahap sekarang. Golongan progresif inilah yang membentuk AMANAH yang kini lebih diterima rakyat.
Di fitnah dan dimakinya sebagai BROKER, BARUA, TOLOL, BABI, BALACI dan seumpamanya.
Jadi sebenarnya mereka hipokrit, mereka munafik, tak gila kuasa kata mereka, sednag mereka sendiri takut hilang kuasa sehinggakan masih terus mahu duduk kerusi exco Selangor walaupun Pakatan Rakyat sudah berkubur.

Apa yang disebut di atas, PAS itu parti yang angkuh, adalah benar. Dan hanya menunggu hukum kebenaran dan keadilan berjalan untuk menghumbankan PAS kelaur dari arus perdana politik negara ini.


IKLAN BERBAYAR


20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hadi mesti kata pas kuat hebat dasyat boiboiboy...tp harakah pun dah nk bangkrup...ego hadi mesti ego, lawan la balik Ibrahim ali tu.apa lagi mau tunggu

Unknown berkata...

Dahsyat PKR.. masih berusaha guna talian hayat jumpa harun din.yg wan azizah senyap je..kalau AMANAH menang.. memang rakyat tak pandang PkR dah..byk benar politik dlm PH..silap2 rafizi menyeberang..ke AMANAH..

abrarmujahideen berkata...

Bodoh sombong

Tanpa Nama berkata...

Susah jugak ni. Kalau pas kalah..sudah tentu amanah akan berjawab di padang masyar nanti. Ikut amanat Nik Amar la.....haha.

Sikit pun pas tak salah....hanya org bangang je yg sokong parti yg dipimpin oleh orang tolol!!

Tanpa Nama berkata...

Cerdik tak boleh diikut, bangang tak boleh diajar...

nick berkata...

PAS sekarang ni bekerja keras untuk menjaga air muka Tuang Presidengnya yang bermulut busuk dan celupar. Kepentingan rakyat sudah diletakkan dibawah capal yang mereka pakai dan ini adalah akibatnya mengangkat golongan2 tolol dan ego sebagai pemimpin (PAS sudah menjadi Parti Tuang Presideng dan bukan lagi parti politik yang berjuang demi rakyat).

Semasa PRN Sarawak dulu kesemua pemimpin2 PAS takbur dengan "kekuatan" mereka bersendirian yang "bakal" menimang "anak sulung". Umum tahu yang PAS memang langsung tak ada peluang untuk menang pun tetapi ditambah dengan mulut lancang Tuang Presideng "menghina dan memijak2" maruah rakyat Sarawak serta mengharuskan ketidakadilan kepada kaum bukan Islam MAKA PAS telah di ajar dan dipermalukan oleh rakyat Sarawak. Bukan sahaja PAS telah ditelanjangkan sebagai Parti bermulut busuk malah PAS juga telah terang2 ditolak kerana memakai prinsip bermuka2 dan hipokrit dalam politik (sama je macam UMNO).

Dan sekarang, PAS masih lagi dok takbur dan ego dengan cerita fiksyen "memiliki kekuatan jentera pilihanraya yang ampuh" tetapi asyik kalah aje kat Sg Besar dan Kuala Kangsar. PAS cuba berbohong bahawa mereka ada peluang untuk menang di Sg Besar dan K Kangsar sedangkan umum tahu bahawa dengan duduk diluar PH dan bersendirian (walaupun konon2nya ada blok baru) PAS tak akan mampu meraih undi yang pernah mereka terima sewaktu duduk didalam PR. Malah umum tahu dan UMNO juga tahu bahawa pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS hanya akan menghasilkan kemenangan besar BN (kerana PAS akan ditolak secara besar2 oleh rakyat bukan Islam serta orang2 melayu yang membenci UMNO yang melihat PAS sebagai tongkat UMNO. Manakala orang2 melayu yang menyokong PH dan Amanah memang tak ada selera langsung nak undi lebai2 sombong tu).

Hal ini semua orang tahu! UMNO tahu! PH tahu! Malah pimpinan PAS pun tahu! Tetapi yang masih tak tahu dan masih lagi duduk bawah tempurung adalah kodok2 yang bernama walaun. Semua walaun2 yakin bahawa tok2 guru mereka akan menang walaupun bodoh dan dungu dalam politik. Semua walaun2 yakin bahawa tok2 guru mereka akan dapat pertolongan dari langit (walaupun cakap berbelit2, suka mencaci-maki, memfitnah serta tebal dengan sikap perkauman). Ini adalah kerana walaun sangat2 mengharapkan kejayaan tanpa berusaha mahupun berkorban. Walaun2 sangat yakin bahawa mereka sedang duduk dibawah kepimpinan yang sama martabat seperti "sahabat2" Nabi (walhal walaun2 semua tu jenis lurus bengap yang senang percaya dengan kisah2 dongeng yang selalu dimainkan oleh puak2 serban tu sama seperti melayu2 zaman dulu kala yang percaya dengan cerita dewa2 kayangan). Masih lagi ramai orang melayu yang percaya tentang perkara karut-marut tapi yang bezanya kebanyakan mereka tu semua mengaku sebagai pejuang Islam (yang sebenarnya tak faham sebutir habuk pun tentang Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW).

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

PAS adalah parti assobiyah. Apa yg PAS tujukan selama ini kepada pihak yang lain, sebenarnya adalah hakikat bahawa PAS adalah parti assobiyah tulin. Assobiyah yang sesat dan menyesatkan

Tanpa Nama berkata...

Ibrahim ali pun xyakin Ngan pas cmne pas kata nk lawan umno.hairan btl kepala otak pas berpolitaik

Tanpa Nama berkata...



Takpe. Pd hari mengundi 10 Jun nnt kita tgk Euro 2016 siapa menang.

Perlawanan pembukaan antara France dan Rumania.

Pandai SPR pilih tarikh.


Tanpa Nama berkata...

Politik tidak ada pendirian macam ini lah. Orang buat apa tak kisah. Boleh runding-runding. Jangan peduli siapa orangnya (baik atau tidak), yang penting politik, politik and politik.

Politik hal politik. Kawan hari ini besuk belum tentu kawan. Politik adalah sebahagian dari kehidupan lebih-lebih lagi orang politik. Tidak banyak sikit menentukan siapa kita di kemudian hari.

PAS sekarang bukan PAS yang betul. Masa dulu mana ada pemimpin yang mempertahankan orang seperti Najib. Hasan Ali dipecat mana ada ahli yang keciwa. Husam dipecat ramai yang keciwa. Kerana PAS sekarang tidak ambil peduli pada yang hak dan yang benar.

Agak-agak lah kalau nak berunding dengan PAS. Dua-dua Hj Hadi dan Harun Din adalah orang yang bawa PAS dimana PAS ada sekarang.

Lagi buruk keadaan jika yang bertanding ialah PKR dan bukan AMANAH.

PH menjadi sebuah pakatan yang tidak ada identiti dan tidak mempunyai ciri-ciri yang dapat dinyatakan. Apa itu Pakatan Harapan?

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Kalau mahu mengukur kekuatan Pas sebenar di Sungai Besar, statistik PRU 11 (2004) adalah sampel yang paling sesuai untuk dibuat kajian. PRK Sungai Besar pada 18 Jun 16 ini keaadaan hampir serupa dengan dengan PRU 2004 kerana pada ketika itu dan ketika ini tiada persefahaman antara Pas dengan DAP. Pada PRU 11 Pas mendapat 33% dan BN pula memperoleh 67 % daripada jumlah undi yang dibuang. Jika pada prk ini berlaku pertandingan 2 penjuru, siapa sahaja calon BN termasuk Dato' Jamal Pak Tongkol akan menang bergaya.

Seandainya berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, Pas dan Amanah kebarangkalian pertandingan sengit akan berlaku. Pertandingan sebenar adalah antara BN dan Amanah. Pas hampir pasti tidak akan memberikan saingan. Pengundi-pengundi di Semenanjung pada umumnya hanya memfokus kepada dua parti iaitu BN atau Pakatan Harapan. Pas bakal menjadi parti melukut di tepi gantang. Sebahagian Cina yang pada PRU 11 mengundi BN, akan beralih arah menyokong Amanah kerana isu-isu yang memeritkan kehidupan mereka seperti skandal 1MDB, GST, kejatuhan nilai ringgit dan kenaikan harga barang. Orang Melayu yang dahulunya mengundi Pas sebahagiannya pula akan mengundi Amanah. Ahli-ahli Amanah dan penyokong Amanah majoritinya adalah bekas-bekas ahli dan penyokong Pas. Ahli-ahli Amanah di Sungai Besar terdiri dari kalangan profesional dan celik politik berbanding penyokong-penyokong tegar Pas yang "walaq" secara semberono kepada Hadi Awang.

Jika benarlah andaian Amanah bertanding, cansa kemenangan Pakatan Harapan adalah cerah. Pas bukan lagi menjadi pesaing pada prk ini, tetapi sekadar pemecah undi parti pembangkang sahaja. Jika amanah mampu meraih 25% undi BN, dan 15% undi Pas bermakna Amanah merangkul 40 % undi. BN akan berbaki 42% (67% - 25%), dan Pas pula hanya tinggal 18% (33% - 15%). Amanah mesti bekerja keras untuk mengurangkan undi BN. Desas-desus YB Budiman Zuhdi Adun Sungai Panjang bakal dinobat sebagai calon BN. Track rekodnya bersih. Maka harapan Amanah untuk memenangi prk ini semakin pudar. Apa pun, pengundi-pengundi Sungai Besar akan memberikan isyarat "bye,bye" kepada Pas.

Tanpa Nama berkata...

Betul nick...puak puak walaunta masih lagi tidor bawah tempurung dan tak pernah tengok dunia luar.

Tanpa Nama berkata...

Apa erti pelukan yang diberi oleh Ibrahim pada Hadi?

Tak pernah pulak MCA peluk Gerakan atau DAP...? Apakah cina tidak bersatu macam melayu?

Begini lah juga apa yang Azmin sedang lakukan dan beginilah satu hari nanti jadinya hasil persetujuan dari rundingan yang saling berwaspada yang lebih kepada ragu-meragui.

Melayu tidak akan berubah selagi pemimpinnya 'bermain' politik sesama mereka.


Tanpa Nama berkata...

Ibrahim.

PAS tak risau itu semua sebab PAS ada dewa boleh mari tolong .

Tanpa Nama berkata...

Si Luncai terjun dengan labu-labunya.....biarkan ! biarkan!

Tanpa Nama berkata...

Satu kejutan akan berlaku..PM(najib) akan arahkan BN tarik diri dari bertanding. Ini adalah disebabkan beliau terlalu seronok melihat parti-parti pembangkang berebut nak lawan BN. Jadi beliau akan biarkan parti-parti pembangkang berlawan sesama sendiri. Sterusnya isu pertandingan ini akan digunakan BN utk pilihanraya 14 nanti dengan slogan macamna parti pembangkang nak memerintah asyik berebut saje....

















Unknown berkata...

Mungkin Ibrahim Ali tak perasaan bahawa hampir keseluruhan Bani Cina di Sungai Besar sudah di "KHATAN" oleh pak pak Lebai PAS, PIS, PUS.Yang menyeronok kan bila tok tok mudim ni bersurah bahawa orang lelaki pun boleh "MENGHATAN" para wanita mereka dan sebalik nya. Di sebab kan itu maka ramai lah Tok Tok mudin dan Mak Mak mudin jadi jadian dari kalangan PAS, PIS, PUS muncul. Malah mereka juga telah berjubah dan berserban dan yang muslimat nya berfurdah. Di sebab kan suahsana demikian maka Tuang President tersnyum hingga ke telingga, mentelah setelah dia sendiri berjaya menghatan beberapa orang gadis gadis cina tersebut. Gara gara itu lah PAS, PIS, PUS berterusan mendindang kan lagu bahawa walau pun tiga penjuru PAS, PIS, PUS pasti menang. Pada saya kalau PAS, PIS, PUS menguna kan "VIAGRA" atau "PIL KUDA" lebih dari tiga penjuru pun boleh.

Kalau saudara Ibrahim Ali masih sangsi lihat lah ADUN "SEKINCAN", pada saya dia lebih Melayu dari Bani Melayu sendiri.

Di harap kan PAS. PIS, PUS terus bermimpi dan jangan hirau kan tegoran saudara Ibrahim Ali.

Unknown berkata...

Presiden PERKASA ni dapat tarbiyah lain. PAS bertanding bukan nak menang. Nak cari redha Allah.Kalah menang itu bukan tujuan utama..."

Tanpa Nama berkata...

ULARmak telah merosakkan PAS. AMANAH sekarang menjadi parti harapan rakyat. HIDUP AMANAH.

Tanpa Nama berkata...

PAS akan gendang hudud Umno pun akan gendang hudud untuk menunjukkan kepada rakyat kononnya mereka pejuang Islam. Habis PRK Umno akan mempermainkan PAS pula. PAS ni asyik kena tipu.

AMANAH sekarang pilihan rakyat. Umno dengan hududnya akan lemas apabila orang Cina dan India akan tolak calonnya. PAS juga akan lemas apabila bukan Muslim akan tolak mereka. Hancurlah kedua-dua Umno dan PAS. Melayu dah bosan dengan permainan Hudud dan rasuah dalam Umno. Melayu akan undi AMANAH kali ini. Dalam PKR pun hanya Azmin yang nak sangat berbaik dengan ular-ular dalam PAS. Yang lain dalam PKR akan beri sokongan kepada calon AMANAH. DAP tetap akan bersama calon AMANAH.