DAP nyatakan sokongan terbuka Amanah tanding PRK Sungai Besar
Di sebalik kebuntuan 'rundingan' siapa yang akan bertanding mewakili Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, DAP secara terbuka telah menyatakan sokongan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding.
Sokongan tanpa belah bahagi itu dinyatakan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua pada Majlis Ceramah Perdana dan Pelancaran Jentera Amanah PRK Sungai Besar di Sekinchan malam tadi.
"Saya hari ini 10 jam turun bertemu dengan jentera DAP. Dap menyokong calon Amanah bertanding di Sungai Besar," katanya disambut sorakan hadirin yang memenuhi Dewan Sri Sekinchan malam tadi.
Pada majlis sama malam tadi turut berlangsung majlis pelancaran jentera Amanah bagi PRK Sungai Besar yang telah disempurnakan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim serta bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan.
Terdahulu pada Majlis Makan Malam Amanah Selangor malam semalam, Tony yang juga setiausaha publisiti DAP berkata beliau akan turun berkempen tiap-tiap malam jika calon Amanah bertanding.
"Saya akan turun berkempen tiap-tiap malam jika amanah bertanding di Sungai Besar," katanya.
Tun Mahathir akan turun kempen Amanah
Sementara itu, Khairudin antara penggerak utama Deklarasi Rakyat ketika berucap pada majlis malam tadi turut menyampaikan komitmen bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut akan turun berkempen untuk Amanah pada PRK kali ini.
"Tun Dr Mahathir telah berikrar dan bersetuju turun berkempen untuk parti Amanah yang mewakili Pakatan Harapan pada pilihan raya kali ini," katanya.
Isu siapa yang akan bertanding mewakili Pakatan Harapan pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar belum dimuktamadkan dan masih di peringkat perbincangan ketiga-tiga parti Pakatan Harapan.
Pertemuan Majlis Presiden Pakatan Harapan bagi tujuan itu yang sepatutnya dibuat Jumaat lalu telah ditangguhkan ke hari ini.
Bagaimanapun desas-desus menyebut bahawa pertemuan hari ini juga sekali lagi bakal ditangguhkan sekaligus meletakkan isu siapa yang akan bertanding masih menjadi tanda tanya.
ULASAN GB
Secara tidak rasminya, AMANAH sudah mendapat mandat mewakili Pakatan Harapan untuk bertanding di PRK Sungai Besar apabila DAP secara terbuka menyokong AMANAH di Majlis pelancaran Jentera AMANAH PRK Sungai Besar malam tadi,
Jadi sudah tidak sepatutnya timbul lagi tuntutan terhadap kerusi tersebut dari PKR yang khabarnya ingin turut bertanding di situ. PKR tidak ada sokongan dari komponen PH yang lain.
Tentang PAS pula, seperti GB nyatakan sebelum ini, itu hak mereka. Dia di blok ketiga. Nak jadi Penasihat BN.
AMANAH seluruh negara sudah boleh melakukan kerja-kerja bagi mempastikan kemenangannya di PRK Sungai Besar, malah di Kuala Kangsar juga.
Segera orenkan kedua-dua kawasan tersebut!
IKLAN BERBAYAR

22 ulasan:
Tun M,DAP sudah beri sokongan.
Mesyuarat Majlis Presiden PH nanti...jangan, ada yang nak cuba-cuba tikam belakang kawan!
Jangan banyak ceritalah. Amanah mesti letakkan calon. Kerja kuat, insyaallah tentu ada kejayaan. Jangan percaya kepada mereka yang kerap belot. Jangan percaya kepada kaki kencing. Semoga Amanah membuka lambaran baru.
Kami, rakyat yang meletakkan haapan pada PH tak nak dengar lagi cerita tentang perundingan dengan PAS! PAS bukan parti komponen PH. PAS sudah bermusuh dengan Amanah dan DAP, dua parti komponen PH maka PH tidak harus membuang masa berunding dengan pihak yang sudah menjadi musuh. PKR sudah sepatutnya menyerahkan persoalan tentang calon PRK ini kepada pimpinan PH. Ianya bukan lagi masalah parti PKR bahkan ianya adalah urusan PH. PKR tidak berhak untuk bertindak tanpa persetujuan pimpinan PH.
What about PAS? Who cares about them! Let them be UMNO's cow herder or sheep herder or donkey herder or whatever. PAS as livestock herder? Couldn't ask for a more perfect job for PAS! PAS politicians as ADUN and MPs? It's like asking a frog to be a princess! It only happen in fairy tales and dongeng2 dulukala! And Malaysian don't need politician who believes in fairy tales and works of fiction such as "PAS is Islam and Islam is PAS" or "PAS for all"! PAS is PAST! Leave them alone and they will rot!
Nick.
Cape Tiger.
Mari lah uji kekuatan masing2 sebelum pru14-:umno pas amanah pkr dap ..masa terba3k utk muhasabah parti sebelum cakap2 angkuh bongkak bangga diri.
Amanah patut menegaskan dengan sekeras kerasnya bertanding di Sg Besar and K.Kangsar dan meminta sokongan DAP. PKR sudah tidak boleh dipercayai dan di harap untuk mengambil tindakan yang waras dan betul.
PKR sanggup dipermainkan oleh Hadi yang telah berkeras akan meletak calon PAS di kedua2 PRK ini. Jadi nak berbincang apa lagi. Wan azizah yang kurang tegas and Azmin yang pembelot tidak boleh diharap mengambil keputusan yang baik bagi pihak PH. Jika perlu, Amanah and DAP keluar saja dari PH.
Saya percaya pengundi china yang berjumlah 33% di Sg.Besar dan 23% di KlKangsar akan memberi sokongan padu kepada Amanah dan bukan PAS atau PKR, itu saya sangat pasti.dan peluang Amanah di kedua2 PRK ini adalah cerah.
Saya merasa sangat marah dengan pemimpin atasan PKR yang bermatian matian hendak berbincang dengan PAS tentang PRK diSg.besar and K.Kangsar walaupun Hadi telah menegaskan tidak akan berkompromi, PAS tetap akan letak calonnya.
Selain dari itu, bukankah Hadi sekarang menjadi penyokong kuat najib. Takan pemimpin PKR begitu bodoh sehingga tidak boleh baca niat si hadi ini.buat apa rela sangat dipermainkan oleh si hadi ini.Sebenarnya hadi takut sangat jika Amanah yang bertanding kerana peluang untuk Amanah menang adalah sangat cerah,kerana pengundi2 bukan Melayu, terutamanya pengundi cina yang berjumlah 33% di Sg.Besar dan 23% di K.Kangsar tidak akan undi PAS lagi kerana Hadi.
Pada hari ini,presiden PKR telah mambatalkan perjumpaan PH kerana hendak tunggu keputusan PAS, bukan kah PAS telah menyatakan dengan kerasnya tidak akan berkompromi dalam isu calon.
Azmin boleh lupakan hantar calon pkr.
musuh dalam selimut pakatan harapan.
rasa lebih betkuasa dari presiden wan
azizah.hapuskan kartel azmin.amanah
terus maju.azmin boleh masuk pas sebab
taksub dengan hj hadi.
Org mabuk bole undi pasumno
Kalo mesyuarat di tangguhkan lagi memang haramjadah ..geram
Kartel Azmin tgh sibuk dok canang AMANAH ni org suruhan DAP. Biaq la kat depa, usah pedulikan kartel Azmin. AMANAH teruskan kempen dr rumah ke rumah, sehari pun jgn cuti.
Pas sudah tidak boleh dipercayai 10000%..pas adalah ajen @proksi umno dikalangan pembangkang..pemimpin pkr tiada keyskinan diri dan tidak percaya diri sendiri terutama si azmin keluarga tunggang terbalik...teruskan Amanan..Go Amanah Go..
Salam:
Secara logiknya,jika pertandingan 3 Penjuru:BN Terbelah 2,PAS Terbelah 2.
RESULT pilihanraya 14 duhulu Sungai besar/Kuala kangsar,masa umno/bn dan PR dalam keadaan tak berpecah tapi PAS GAGAL JUGA.
Bagaimana agaknya,jika MADEY and the geng dapatkan 30-50% undi BN untuk PH.(10% pun dah cukup)
Undi CINA SOLID macam biasa 70-80% undi PH,jika ada tambahan 10% lagi undi CINA untuk PH ,Hasil dari LING LEONG SIK support madey/PH.
UNDI PAS datang dari mana AIiikk!!!Ahli PAS sungai besar berapa Aiik!!orang umno/bn nak undi PAS berapa Aiik!!itu tak kira orang pkr/dan harumanis yg malu2 kucing nak undi PH.
LOGIKNYA Amanah bertanding di kedua2 kawasan ini ialah kerana penubuhan Amanah itu sendiri,nak gantikan PAS nak bagi Alternative pada rakyat parti yg berbentuk islam yg tak extreme.Jadi jika ada kekosongan ditempat2 ini,dgn secara sendirinya Amanahlah yg BERTANDING.Begitu juga jika tempat kekosongan itu tempat2 PKR/DAP,dengan sendirinya Amanah akan akur dan patuh dan membantu sahabat2/rakan2 dalam PH di dalam pilihanraya.
INILAH SEMANGAT SETIAKAWAN YG SEJATI,SUSAH-SENANG SAMA2 MERASAI. Dr.D
My suggestion calon sg besar 1. Mat sabu 2.dR.Dzulkifly 3. Ir. Izham dan di kuala kangsar ialah Dato sri ir. Nizar.
Mereka2 di atas adalah PUBLIC FIGURE.
Semoga berjaya hendaknya.
sekian.
Sokong Amanah yg mewakili PH dalam PRK Sg Besar. So kita tolak mana2 parti lain utk meletakkan calon terutama parti auta semalaysia PiS.
AMANAH the show must go on!!! Kalah menang belakang kira....itu adat bertanding.. Saya sokong AMANAH 100% - Ancient Mariner
Perbincangan majlis presiden PH patutnya hanya berkisar kepada pemilihan calon dan gerak kerja PRK. BUKAN bagaimana nak runding dengan PAS. Ini majlis presiden PH, tak ada kaitan langsung dengan PAS. PKR bukan ketua dalam PH, kalau tak setia dengan muafakat PH, sila keluar dari PH. Rakyat dah muak dengan politik kamu wahai PKR.
Ph rosak sebab satu saja iaitu Azmin... Apa tgu lagi.singkirkanla Azmin tu.wan azizah jgnla dok wat xtau saja.awk tu presiden selaku ketua pembangkang. Kalau penakut,letak saja jwtn kasi org lain yg berkelayakan.kami mahu berjuang menegakkan keadilan bukannya bermain tarik tali politik kotor mcm ni
Majlis Presiden PH sepatutnya terdiri dari pemimpin yang tidak mewakiki mana-mana parti. Fokus dan matlamat mereka ialah untuk kerjasama dan masa hadapan PH.
Apabila Majlis Presiden mesti diwakili oleh Presiden sendiri dan Timbalan susah lah nak membezakan antara kepentingan dalam parti dan kepentingan PH.
Sebaik-baiknya Presiden memberi kuasa dengan melantik pemimpin yang di senangi semua pihak sebagai anggota Majlis Presiden. Keputusan Majlis Presiden bukan muktamad sekiranya ada sebab-sebab tidak munasabah dan dipercayai tidak bersesuaian. Dan pada peringkat ini Presiden dan Timbalan mengadakan perbincangan dari hati ke hati tanpa hilang rasa hormat pada Majlis Presiden.
Agak janggal apabila ada pemimpin tertinggi yang tanpa berfikir panjang dan bermain politik sama seperti politik untuk mengalahkan UMNO dalam PH. Ini tidak boleh dibiarkan.
Sebagai contoh, sekiranya Majlis Presiden yang di lantik memutuskan AMANAH yang bertanding tetapi tidak dapat di terima oleh PKR maka ketiga-tiga Presiden perlu melihat sebab-sebab dan faktor-faktor yang diberi oleh PKR dan yang di beri oleh Majlis Presiden yang di lantik.
Ini tidak Azmin yang setuju dalam mesyuarat PH, Azmin jugak yang tidak ikut persetujuan tersebut.
Sekurang-kurangnya kita tahu pemimpin parti mana yang gila kuasa.
Lagi PKR tangguh lagi bagus.
AMANAH dan DAP seolah-olah telah berkempen bagi pihak wakil AMANAH.
Ingat senang ke, setelah harapan tinggi pada AMANAH tiba-tiba kata setuju dengan PAS untuk satu lawan satu.
Pergi mampus lah PAS dengan PKR.
Amanah go ahead....pkr and pas is history. Amanah kena yakin...without anwar pkr is root out. rafizi,nurul please join amanah. Sokongan profesional melayu lebih jelas untuk amanah kerana berjuang atas dasar common interest dan islam. Pkr dan pas terlalu byk politiking, perjuangan yg taksub pada pemimpin, ade kasta politik macam umno, sekarang semua berjuang utk perut sendiri......
Apabila niat kita kurang jelas Dan ada sikap monopoli atau jelasnya tamak.sukar utk kita teguh...rakyat bawahan menunggu pimpinan atasan buat keputusan...tp bukan keputusan yg menjengkelkan...harus diingat...rakyat ingat apapun yg pemimpin umno atau pembangkang sendiri buat utk rakyat...kepada pemimpin yg gila kuasa...gila harta...pangkat...sila la berambus Dari pakatan harapan...jgn kerna kamu...bakal ramai yg derita...pandanglah rakyat yg susah...bukan buat sesuatu demi kepentingan diri...kepada seluruh rakyat Malaysia...beringatlah kamu DLM memilih pemimpin...tiada masa lagi melayan bends remeh temeh parti...hakikatnya rakyat sungguh derita...jgn disibuk dok canang salah siapa...paling penting jlnkan kerna amanah...ingatlah...Allah Maha Melihat setiap perbuatan Dan niat...
Jgn di layan lagilah Pas, Azmin@pkr. Satu jenis tamak sukar di bawa berunding & satu lagi jenis kaki kincing. Paham2 susah lah.....
Jgn di layan lagilah Pas, Azmin@pkr. Satu jenis tamak sukar di bawa berunding & satu lagi jenis kaki kincing. Paham2 susah lah.....
Catat Ulasan