24 Mei 2016

Mat Sabu Disebut-sebut Calon PRK Sungai Besar

Mat Sabu antara nama calon AMANAH di Sg Besar

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu adalah antara nama yang dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar.

Selain Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu, turut dinamakan ialah Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub serta bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad, nama-nama tersebut juga telah dipersetujui oleh DAP Selangor.


Bagaimanapun, Khalid berkata, calon yang bakal bertanding di kerusi itu belum diputuskan kerana pihaknya masih lagi membuat tinjauan terhadap pengundi di Sungai Besar.

"Ya Mat Sabu antara nama calon tetapi selain dia kita juga namakan Salahuddin dan juga Nizar.

"Tetapi kita belum putuskan lagi sebab kita masih lagi membuat tinjauan (berkaitan calon) di Sungai Besar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Malaysiakini ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan mengulas lanjut mengenai kesediaan AMANAH untuk bertanding di dua pilihan raya kecil berkenaan.

Azmin sebaliknya hanya berkata, sebarang keputusan akan ditentukan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

"Kita akan bincang dalam Majlis Presiden," katanya.

Bagaimanapun Azmin memberitahu belum ada tarikh muktamad ditetapkan untuk mengadakan mesyuarat itu. -mk

ULASAN GB

Secara umumnya, akar umbi ahli AMANAH bersetuju menghantar Presidennya untuk menjadi calon di PRK Sungai Besar.

TETAPI, (besar tetapinya itu), AMANAH perlu dilihat tegas di dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan. Nampaknya Majlis Presiden telah gagal untuk memutuskan calon PH. PKR masih sibuk dengan PAS, sedangkan PAS bukan dari PH. Alasan kononnya untuk rakyat. Nak bertanding satu lawan satu. Alasan-alasan ini juga digunakan semasa PRN Sarawak dulu. Apa jadi? Berantakan PH dikerjakan oleh PKR.Sekali lancung ke ujian, seumur hidup orang tak percaya: sekali saja mengkhianati teman maka untuk selanjutnya anda tidak dipercayai lagi.

PH perlu tegas. Sepatutnya hari ini sudah diumumkan pada ini. Ini tidak, nak ikut cakap WAWI dan Azmin, tunggu sampai hari terakhir, hari penamaan calon iaitu 5 Jun.

Sedangkan para petugas perlu dikerah dan digerakkan segera. Parti-parti lawan seperti BN dan PAS sudah pun memulakan tugasnya.

Sebenarnya ada permainan licik dari Azmin dan PKR untuk menepis calon AMANAH, dan PKR sendiri mahu bertanding di situ.

DAP sudah membuat pendirian terbukanya iaitu akan menyokong AMANAH untuk bertanding di Sungai Besar. Jadi ikut konsensus, PH sudah sepatutnya boleh membuat keputusan, tanpa perlu menunggu PKR yang terhegeh-hegeh nak berunding dengan PAS, kononnya.

Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia (KPPHM) sebelum ini telah membuat kenyataan tegas. (Rujuk semula kenyataan media KPPHM di bawah:

KENYATAAN MEDIA KEMBALI KEPADA PERJANJIAN PH, PECAT KOMPONEN JIKA PERLU

Senario yang berlaku mutakhir ini menampakkan di mata umum, Pakatan Harapan (PH) seperti sudah tidak bersepakat di dalam sebarang sesuatu isu dan ini telah dan akan terus menjejaskan sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan.

PRN Sarawak 2016 yang baru berlalu telah meninggalkan kesan yang amat mendalam apabila wujudnya parti yang membelakangkan perjanjian bersama Pakatan Harapan sebaliknya cuba untuk mewujudkan kerjasama dengan blok lain di atas alasan untuk mengelakkan pertindihan kerusi.

Namun apa yang berlaku adalah disebaliknya apabila pihak di blok lain tidak memberikan kerjasama sehingga mengakibatkan Pakatan Harapan berantakan dan menyebabkan parti-parti komponen Pakatan Harapan mengalami luka yang parah dengan penyusutan undi popularnya di Sarawak.

Kami, Kelab Penyokong-Penyokong Pakatan Harapan Malaysia (KPPHM) sebelum ini telah menyatakan parti-parti komponen Pakatan Harapan perlu dilihat bekerja dan bertindak di dalam satu pasukan sepertimana yang . Tidak membelakangkan pandangan dan pendapat ahli-ahli komponen yang lain. "Concentration of force" (kesepaduan dan tumpuan kekuatan) dan "keputusan kolektif" di kalangan ahli komponen PH perlu wujud bagi mempertingkatkan kerjasama di kalangan komponen PH di dalam menghadapi musuh utama iaitu Barisan Nasional.

Ini sejajar dengan Fasal pertama Perjanjian Pakatan Harapan dimana segala keputusan bersama mestilah berasaskan prinsip konsensus iaitu setiap parti di dalam Pakatan Harapan perlulah bersetuju sebulat suara dengan keputusan itu. Justeru itu, KPPHM berpendapat bahawa Pakatan Harapan tidak perlu terlalu mengharapkan parti-parti pembangkang yang berada di luar Pakatan Harapan di dalam menghadapi pilihanraya.

Pakatan Harapan perlu yakin dengan kekuatan sendiri dan sentiasa menggembelengkan usaha dan tenaga untuk memperkukuhkan koalisi sendiri.

Keutamaan hendaklah diberikan kepada rakan-rakan komponen Pakatan Harapan sendiri dan bukan kepada mereka yang di luar Pakatan Harapan di dalam apa juga rundingan, kenyataan dan tindakan demi keutuhan dan kemantapan Pakatan Harapan sendiri.

Sekretariat dan Majlis Presiden Pakatan Harapan hendaklah bertindak tegas dengan mana-mana parti komponen yang dilihat tidak mematuhi Perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini dan disingkirkan jika perlu.


Ia adalah penting supaya ungkapan ‘government-in-waiting’, tidak sekadar gimik politik, tetapi benar-benar diterjemahkan kepada realiti.

Niat politik yang ikhlas sepatutnya menjadi asas kepada kepatuhan parti-parti komponen kepada prinsip yang dipersetujui dalam dasar dan keputusan bersama. Keikhlasan dan kejujuran politik sebegini juga adalah sebahagian harapan rakyat yang perlu dikotakan

Greenboc
Timbalan Presiden
merangkap Pengarah Komunikasi
KPPHM

18 Mei 2016



IKLAN BERBAYAR


26 ulasan:

Unknown berkata...

Salam:

PH kena bagi-kata putus,"Specific date" date line,kalau tidak macamana petugas2 nak buat kerja. PKR nak bertanding??, pkr mana ada petugas lagi dah??yg tinggal kebanyakkanya pemakan dedak kartel azmin sahaja.Silap2 kalau bagi pkr bertanding akan kalah,bukan kerana tewas dgn undi vote rakyat,takut petugas tangkap muat,cari dedakBN dlm PRK nanti.

Siapa lagi pemimpin pkr yg layak bertanding lagi?????Saifuddin nasution??tak mungkin sebab dia orng anwar.Cekgu baD??lagi takboleh,dia musuh ketat azmin..cuma tan sri mat taib sahaja.yg ni mungkin boleh kot sebab ianya warna oren dalam mata.

TAPI SEELOK2NYA KERUSI INI,IALAH TEMPAT Amanah,PKR bayak lagi kerusi di seluruh malaysia Utk PR14 nanti.lagipun berilah Amanah peluang untuk membuktikan rakyat,Amanah ada taring dan kekuatan jentera parti yg boleh buat kerja,dan dipastikan jentera2 parti ini,takkan jual undi semata-mata sesuap nasi.

logiknya disini,kawasan ini bukan tempat kubu kuat pkr dan malah dap lebih mesra alam dgn Amanah.Jika pkr bertanding,tentu luka serawak yg belom habis lagi akan terasa.Jika pkr TAMAK sangat,nak bertanding PKR AKAN MENGALAMI RISIKO yg amat tinggi,terutama sekali,calon2 melayu pkr yg menang dikawasan >40% majority bukan melayu.NAK TANYA SIKIT DEKAT KAK WAN,APA FAEDAHNYA PKR BERTANDING DI KEDUA2 KAWASAN INI???Apakah rakyat tak memerhatikan betapa TAMAKNYA Parti kak wan,di Serawak parti kak wan ganggu dap,tapi disemenanjung ganggu kawan yg lain amanah pula.Jika parti kakwan menang di kedua2 kawasan, apa yg parti kakwan nak buktikan?????kehancuran??
PERSOALANNYA SEKARANG BUKANLAH KALAH -MENANG, ITU ADAT PERTANDINGAN,YG PENTING IALAH,APABILA KITA BUAT SESUATU DASAR/PANDUAN/HALATUJU/BERSAMA di dalam, PH..Kesemua parti kena ikut/patuh/akur..Bukan macam sekarang..
Di sinilah ujian setiakawan bersama.Jika 2 sahaja prk kecil tak dapat,diBINCANGKAN/di mesyuarakan,FORGETLAH PR14 akan datang.Jika nak juga bertanding PR14,PKR kena sack.
SEKIAN.

abrarmujahideen berkata...

Mat Sabu kena pancung hidup2.. Amanah dan DAP pun okay kalo wawi kena cucuk hidung shj aka GOYIM.

Unknown berkata...

Habis BN kalau mat sabu dan nizar menang PRK ni... runtuh atap parlimen. Najib lagi lah.. selalu tak dtg..yg tuang presiden sebuah parti tu..tak pergi jepun gi sandat sotong.aku yakin kedua2 calun tu.. seandainya itu jadi kenyataan.. rakyat malaysia akan mula pandang PKR sebelah mata..

Mat Safian berkata...

Fungsi Azmin dan kartelnya ialah melengah-lengahkn mesyuarat Presiden sekali pun tidak berjaya membiarkan PAS bertanding sendirian. Jalan terakhir Azmin ialah mengadakan pertandingan 4 penjuru di mana salah seorang yg entah dr mana akan mengaku org PKR masuk penamaan calon saat2 akhir.

Azmin dh tipu sekali pasal watikah dr Kak Wan masa di Sarawak, benda tu blh dibuat lg kat PRK nanti.

Tanpa Nama berkata...

Azmin xblh jd pemimpin utk pH sbb die dilihat bias kpd parti dia saja...brbanding anwar...sepatutnya dia mesti ada satu benchmark supaya kesemua pemimpin dlm pH berpuas hati..contoh dibuktikan kwsn prk itu mndpt sokongan majoriti antara ke3 3 parti dlm pH..dan dia kena buat satu formula utk pengagihan kwsn2 utk parti2 dlm pH btanding...cthnye kwsnyg dahulunya milik pas, dserahkan kpd amanah utk btnding..sbb amanah adlh pecahan drpd pas dahulu..selayaknya kwsn sbgitu dberi kpd amanah.biarpun blkau tga pnjuru,sbg suatu parti komponen,trun sama2 bkempen mmenangkan caloh pH..ū

Pemuda parit kings berkata...

Bagi saya...pilihlah yg terbaik sebagai calon amanah..yg boleh tilurun padang..tahu masalah setempat...berbakti pada rakyat...bukan masa pro atau pru sahaja...belajarlah dgn sesuatu yg dah lepas..jadikan pengajaran kenapa rakyat tolak kita PH diserawak...baca baik2...jgn main sarkapjarang jer...kesianlah rakyat...perit rakyat menangung susah payah hidup...saya tak mau pimpinan saat akhir jadi calon...biar dilihat betul2 APA kehendak rakyat dikedua2 tempat prk ni...

Tanpa Nama berkata...

SEJAHTERA.
SELAGI ANUAR DAN HIDUP, PKR TAK BOLEH DI PISAHKAN DARINYA.
INI KENYATAAN.
KALAU SIAPA YG MENGABAIKAN KEPENTINGAN ANUAR DALAM PKR.
ANDA ATAU PARTI ITU SENDIRI AKAN LAYU DAN HILANG KEPERCAYAAN RAMAI.
LEBIH LEBIH LAGI HARI INI..
TAMPA ANUAR DAN NIK AZIZ..
PEMBANGKANG HANCUR SEHANCURNYA.
SEBAB APA..
MEJORITI BANI MELAYU TERIKAT DENGAN PULUSS.
KALAU KATA IKAT DGN AKLAK DAN UGAMA...
MAAF SAYA TAK NAMPAK..
TAMPA DEDAK MELAYU HILANG ARAH.
TERUTAMA PEMIMPIN MASYARAKAT.

Tanpa Nama berkata...

Alasan berunding dengan PAS konon nya untuk rakyat tetapi strategik melingkopkan PH pun tak guna juga.

Jika AMANAH bertanding tumbangkan UMNO, apakah bukan kerana rakyat? PAS sudah terang bukan mahu tumbangkan UMNO. Tindak-tanduk PAS menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Bacaan politik ialah PAS pasti kalah tanpa sokongan pengundi cina apalagi DAP tidak menyokong. Apakah PKR akan bantu PAS semasa berkempen sebab PKR ada ahli cina? Masa hadapan PH dalam bahaya sekiranya ini terjadi.

Rundingan satu lawan satu ialah meminta PAS jangan bertanding. Jika PAS bertanding atas persetujuan PKR dan PAS kalah, PKR menempah penyakit.

Jika tujuan PKR untuk menyatukan PAS bersama PH untuk menghadapi PRU akan datang, bukan ini satu-satu cara untuk tujuan tersebut. Banyak tindakan dan kenyataan PAS yang perlu di bidas dan di balas dengan teguran sepertimana Azmin menyindir Presiden PAS.

Bila ada pilihanraya baru nak berunding, perlu bersatu dan baru lah nak demi rakyat. Selama ini label-melabel, tuduh-menuduh, sindir-menyindir dibiarkan begitu sahaja...

Malaysiabaru berkata...

Min ko ingat masa pru13 ... Pas dan dap tak setuju lantik ko mb

Ko ingat Iskandar semak dan Darul ting lembaga pkns bersama tan Sri gagap pecat ko dan tarik camry ko

Ko ingat min. Baruah punyer Iskandar dan pas.... Ingat min betapa pas benci dgn ko sebab kecerdikan rakus ko

Hari ni ko bagi muka sama itu ajran sesat...

Apa dah jadi dgn ko min

Tanpa Nama berkata...

Lepas nii kena lepas jwtn president

Tanpa Nama berkata...

Mana kak wan ni.sepatah komen pun xda.

Tanpa Nama berkata...

Bukan mudah bagi pemimpin AMANAH membuat keputusan apabila berunding dengan PAS dan Azmin. Apa yang PAS dan Azmin katakan seolah-olah betul. PAS akan kata bukan semua yang setuju dengan Hj Hadi. Ramai yang berusaha membawa PAS kembali kepada yang asal. Azmin pula kata rundingan semakin positif kerana sokongan rakan-rakan dalam PAS yang mahu UMNO di tumbangkan.
Dan Azmin pun janji dalam PRU, AMANAH diberi sekelian banyak kerusi dan begini begitu....

Yang AMANAH dalam masa ini asyik memikirkan tujuan untuk PH dan bimbang tentang harapan rakyat. Jika tidak malaunta dan kartel Azmin kata AMANAH susah dibawa berunding. Bagus juga Khalid Samad keluarkan kenyataan rundingan dikira gagal atas sebab tak mungkin PAS akan mengalah dan masa terlalu lama di berikan untuk membuat keputusan.

Apa yang perlu AMANAH lakukan ialah buat seketika dan hanya dalam rundingan tersebut, AMANAH mesti pinjam sekejap perangai Hj Hadi dan bercakap lepas seperti Hishamudin Rais.

Kemudian bermohon pada Allah di buang perangai dan semua sikap tidak baik dalam diri mereka selain dari yang semestinya iaitu mohon keampunan.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Masih menagih harapan drp pas yg tak sudi? Ini baru prk, agak2 mcm manalah bila tiba pru nanti...
Mengapa PH sibuk dgn parti yg diluar?

abrarmujahideen berkata...

Habis ape bini anuar nie buat....kena maen dgn kartel azmin. Xbole harap!!!!

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya majlis presiden bermesyuarat utk pecat Azmin sekali

Tanpa Nama berkata...

Dapat info terbaru, team Azmin sedang berusaha menjatuhkan rafizi.apa nk jadi pkr ni.lepas satu satu masalah,dulu lagi aku dah kata singkirkan azmin segera cepat selesai mslh.skrg nasi dah menjadi bubur...xda harapan la nmpak nya..wan Azizah pun xtau nk buat apa . Last2 umno juga memerintah 1000tahun lagi. Padan muka kita semua

Tanpa Nama berkata...

Semasa dalam Pakatan Rakyat, kerusi2 Sg Besar dan Kuala Kangsar diperuntukan kepada PAS. Apabila PAS telah keluar dari PR, AMANAH adalah alternatif kepada PAS yang terdahulu.

Untuk itu, secara otomatisnya, kedua2 kerusi Parlimen itu harus ditandingi oleh AMANAH. Tak kiralah samaada PAS turut bertanding atau tidak. Tak kiralah samaada pertandingan itu 2 penjuru atau 3 penjuru.

Rakyat akan memilih samaada untuk menyokong Pakatan Harapan atau pembangkang Blok ke 3 (PAS) atau menyokong kerajaan (BN). Rakyat ada otak. Secara prinsipnya, semua parti dalam PH wajib membantu dan menyokong AMANAH untuk kedua2 kerusi Parlimen ini.

Kenapa dipersulitkan keadaan?

Tanpa Nama berkata...

Betul tu tuan...azmin ingat prk ni masih di sarawak ke? Bangang sgt ke pengundi semenanjung sampai tak mampu nak buat pilihan antara ketiga tiga blok tu?
Jika PH kompromi bagi pas satu lwn satu dgn umno, lepas tu katakanlah pas menang, apa untungnya kpd PH jika pas dilihat kini mesra umngok...

Tanpa Nama berkata...

2 PRK ini merupakan ujian pertama kpd rakyat Malaysia sebelum menghadapi PRU akan datang untuk melihat kecenderungan memilih antara 3 gabungan politik utama dlm negara iaitu PH, PASIK atau BN.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan peletakan calon AMANAH antara mat sabu dan nizar didua kerusi ini, biar PH lebih padu dgn kehadiran dua tokoh politik penting ini di parlimen. Dan kita lihat kontradik antara PAS dan AMANAH dlm memperjuangkan nasib rakyat atau semata sekadar ingin menjadi penasihat kpd govt yg korup.

jgn biar sampai mempengaruhi kptusan solid PH. Soal PAS mahu bertanding atau tidak, Mereka patut melihat bhwa tindakan mereka hanya memberi keuntungan kpd umno, ktikamana mereka hnya sekadar ingin berdakwah dlm pilihanraya dan menjd penasihat umno. Azmin jgn berfikir ini PAS zaman TGNA, ini PAS tuan Hadi yg punya.

Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt.matsabu sungai besar dan nizar di kuala kangsar..jgn ikut kata Azmin, kalau Azmin berdegil nk letak calon pkr.silakan juga lwn 4 penjuru.yg penting Amanah kena masuk btanding.silap gaya undi Amanah lagi tinggi dr pkr dan pas...

Pencolekhangek berkata...

Benar kata Saudara Tanpa Nama 24 Mei 16, 12.47 Ptg. Mengapa dipersulitkan? Amanah perlu bertanding dikedua-dua PRK. Jangan dilayan kerenah pas. Tak perlu berunding. Mengapa Azmin tak berunding dengan bn? Kalau kerajaan negeri Selangor punah, Azminlah jembalangnya dan kalau Amanah dikhianati Azminlah hantunya. Walau apa pun untuk menjatuhkan bn bukan perkara mudah. Seperti kata Saudara Tanpa Nama 24 Mei 16, 6.50 Pg, bani melayu terikat dengan puluss. Tak peduli halal dan haram,tak kisah zalim atau adil, tak ambil kisah kalau ugama larang. Akhlak pemimpin dan rakyat, yang berdarjat atau kuli batak, yang alim dan jahil majoritinya dah rosak. Rosak kerana nafsu perut dan kehendak barang dibawah perut. Itulah bangsa ku yang sedang menuju kepada kemusnahan sebagaimana musnahnya kerajaan champa, patani dan melaka.


Tanpa Nama berkata...

Risiko jugak tuan kalau mat sabu jadi calon...abg mat presiden Amanah, andai ditakdirkan abg mat kalah, ia memberi impak yg agak buruk buat parti Amanah...

Unknown berkata...

Sewajarnya PKR dn DAP mandatkan Amanah bertanding di Sg Besar dn K Kangsar. Berikan mereka peluang bertapak kuat dari sekarang agar PH menjadi kukuh bila PRU14 kelak.

PKR tidak perlu lagi nak berunding dengan PAS. Jangan buang masa dengan PAS. Mereka dah jadi penyokong UMNO/BN walaupun secara tak langsung.

Tanpa Nama berkata...

Dlm politik kita kena berani....kekadang di luar jangkaan..... kita perlu terus menchuba....politik tk bleh berputus harap.

Tanpa Nama berkata...

Tuan yang saya hormati,

Saya berpendapat Saudara Presiden Haji Muhammad Sabu hendak nya usah bertanding di mana mana sekarang. sehingga kukuh Barisan Amanah. Saya sangat sayang Saudara Presiden, agar terus kekal sebagai presiden tanpa implikasi probokasi dari grombolan umno/bn. saya sayang amanah. wassalamualikum wbkth.