7 Apr 2016

[VIDEO] MP Pakatan Harapan Berarak Serah Memo Bantah Penahanan Rafizi

Memorandum bantahan penahan Rafizi diserahkan ke Bukit Aman pagi ini

Lebih 40 Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan dan Pas berarak menuju ke Bukit Aman dari perkarangan Parlimen pagi ini, lap[or Malaysia Dateline.

Solidariti penahanan Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) oleh Ahli Parlimen pembangkang bermula jam 9.10 pagi ini dengan laungan "Bebas Rafizi", "Daulat Parlimen" dan "Undur Najib" mengiringi perarakan sejauh dua kilometer ke Bukit Aman.


Perarakan itu diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Antara yang turut serta adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin serta beberapa lagi ahli parlimen lain.

Ahli Parlimen Pas yang turut hadir ialah Datuk Mahfuz Omar, Datuk Nik Mazlan Nik Mohamad, Ahmad Baihaqi Atiqullah dan Siti Zailah. Mereka adalah dari kalangan "harum manis" yang masih berada di dalam PAS.

Manakala ahli parlimen Pas yang lain ketika ini dikatakan masih berada di Sarawak memandangkan semalam pengiystiharan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak sekaligus mempengaruhi MP dari Pas yang turut serta pagi ini.

Selain Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Pas, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Datuk Zaid Ibrahim dan NGO seperti Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) turut kelihatan menghantar wakil mereka, Nashita Md Nor.

Kumpulan perarakan dikalangan Ahli Parlimen, ikon rebel Umno dan aktivis tiba di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman jam 9.25 pagi ini.

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul telah menyerahkan memorandum kepada DSP Rizal Abdul Rahman mewakili Bukit Aman yang menerima penyerahan memorandum itu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana menerima penyerahan memorandum sebentar tadi.

Walau bagaimanapun seorang pegawai polis memaklumkan kumpulan perarakan itu menyalahi undang-undang.

3 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

MEMALUKAN!!!


keluar berita cnn bbc abc new York London tokyo moscow dubai abu dhabi africa.....

Anjing anjng memyalak di belakang depan bukit amman sudah laaa...

Mana pg MP pas... Cabut lariiii dah ...menyalak d bukit bukan dalamnya ada babi yg ada y.a.b dato seri najis dan sekor lagi... Macainya

Awanama berkata...

Tahniah...semua YB. Masa semakin singkat untuk berihat dan bernostalgia. Tinggalkan mereka yang tengah diulit mimpi dan janji manis UMNO...

Awanama berkata...

Rafizi mempunyai tujuan tertentu.

Mudah-mudahan selepas ini pihak berwajib jangan sesuka hati mengklasifikasikan mana-mana dokumen yang ada kepentingan awam di jadikan sebagai Rahsia.

Mahakamah diharapkan memutuskan apa yang layak di istiharkan sebagai Rahsia yang boleh mengancam keselamatan negara sekiranya di dedahkan.