17 Apr 2016

[VIDEO] Bodohnya Peguam, Bela Najib Tandatangan Dokumen Tanpa Membacanya

Alasan Najib tandatangan tanpa baca dokumen, bodoh – Muhyiddin

MUAR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas kenyataan Peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun bahawa tandatangan Perdana Menteri pada dokumen 1MDB adalah semata-mata memenuhi keperluan tadbir urus korporatnya justeru beliau tidak bersalah.

Muhyiddin menyifatkan alasan bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak semestinya mempunyai pengetahuan dalam menandatangani dokumen 1MDB sebagai kenyataan ‘bodoh’.


“’Bodohnya peguam… kalau saya, saya tidak akan memilihnya jadi peguam saya, kerana akan kalah. Mana boleh kita tanda tangan dokumen transaksi penting sambil lewa?

“Najib perlu mendalami segala dokumen yang ditanda tangan dan bukannya meluluskan sesuka hati,” katanya di forum ‘Pidato Selamatkan Malaysia’ yang dihadiri 1,000 peserta di sini semalam.

Forum itu dianjurkan oleh badan bukan kerajaan, NGO Gabungan Selamatkan Malaysia.

“Semua dokumen dalam transaksi 1MDB perlu kelulusan Perdana Menteri (Najib). Mana poleh tandatangan sahaja seperti ‘sign’ buta?

“Najib tidak boleh terlepas kerana dia individu yang membuat kelulusan. Perkara itu juga telah disebut di dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” katanya lagi.

Terdadulu, Hafarizam berkata majlis menandatangani dokumen tidak semestinya bermaksud perdana menteri mempunyai pengetahuan mengenainya atau membuat keputusan mengenai perkara berkaitan 1MDB.

Ekoran itu, Muhyiddin sekali lagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meletakkan jawatannya berikutan tindakannya menandatangani dokumen berkaitan 1MDB tanpa membacanya.

Katanya, Najib tidak boleh terlepas dan perlu bertanggungjawab ke atas segala tindakan itu yang telah menyebabkan syarikat di bawah kementerian kewangan itu menangung beban hutang yang banyak.

Perkara 117 dalam memorandum dan artikel penubuhan syarikat (M & A) menyatakan bahawa Perdana Menteri perlu menandatangani semua keputusan penting. -FMT

8 ulasan:

Timnajib Jomfikir berkata...

Najib dan kawan-kawan nya MEMANG, siang-siang lagi dah rancang nak buat SALAH untuk songklap Duit dalam penubuhan 1MDB ni. Apabila, kegiatan mereka telah terbongkar....geng2 jahat laknatullah tu...Memang tak boleh lawan lah ...antara Fakta Vs Auta.

Dari awal lagi...geng laknatullah ni niat mereka sudah tidak betul.setiap kali, mereka beri alasan yang Auta....In Shaa Allah bukti dan Fakta dari pihak Pembangkang akan mengagalkan hujah mereka, geng jahat.

Kita semua, memang tidak sabar menanti PRU ke 14. Tapi, pastikan semua pembangkang bersatu hati dan jentera kita sudah bersiap sedia dengan segala kemungkinan,ancaman penipuan licik dari geng jahat ni.

Tanpa Nama berkata...

Sejahtera semua.
Kpd TSMY ...
Saya rasa apa jua penerangan yg tuan beri semuanya tak menarik minat kami.
Program anda dan Tun Mahadir hanya jadi bahan lawak.
Sekadar memenuhi masa lapang .
Bagai mendengar cerita di kedai kopi saja.
Pedang samurai yg tuan gunakan semuanya tumpul..
Tidak menyengat macam cili padi...
Kenapa????
Saya rasa selagi anda semua tidak menghormati orang
yang telah 20 tahun memperkatakan soal ketelusan
dalam takbirurus negara ..selagi itulah kami
yang berada di luar pentas merasakan semua hujjah
anda tawar dan tumpul..tidak bertenaga.
Inilah hasilnya bila kamu tidak menghargai
malah menghina perjuangan yang dilakukan oleh
Dsai..
Percayalah apa yang saya katakan ini.

Tanpa Nama berkata...

Maklumat terkini dari The Guardian, UK



Saudi Arabia said on Thursday that $681m (£479m) transferred into Malaysian Prime Minister Najib Razak’s personal bank account was a “genuine donation”.

Najib faced corruption allegations after the transfer was discovered last year. Fighting for his political life, the premier was cleared in January by the Malaysian attorney general, who said the cash was a gift from the royal family in Saudi Arabia.

Asked at the summit of the Organisation of Islamic Cooperation in Istanbul if he was aware of the details of the political donation, Saudi foreign minister Adel al-Jubeir said: “It is a genuine donation with nothing expected in return.

“And we are also fully aware that the attorney general of Malaysia has thoroughly investigated the matter and found no wrongdoing,” he added.

“So, as far as we are concerned, the matter is closed,” he said, without elaborating on who donated the money or why.

Tanpa Nama berkata...


Peguam Hafarizam Harun n Azalina Osman dulu mula bekerja bawah Zaid Ibrahim.

Hafarizam dapat projek Kidex Highway dan Azalina dulu ada kes bawah KBS membeli pusat latihan sukan di UK dll.

Dedak punya penangan, jadi pekak, bisu dan buta.

Mereka tidak boleh berfikir mcm bekas boss mereka dulu Zaid Ibrahim.



Tanpa Nama berkata...

Siratol MUSTAQIM... LURUS Ber CAHAYA
IQRA' dan IQRA'... "MIRACLE"nya Mem BACA
Bukannya yg Mem BACA... Tajwid SARAF nya
Bukannya yg Mem BACA... "KULIT" dan Rupa
Bukannya Peng HAFAL... Yg "KACANG" Di Auta
Be BUDAK yg Ter Sedak... "Dedak" dan GLAMOR
Budak HINGUSAN... Yg Ter Lompat Ter KINJA
Ber Jubah Ber SORBAN... Ber Topengkan Agama


Siratol MUSTAQIM... LURUS Ber CAHAYA
Dapat Mem BACA... Firasat "NALURI"
Peka Mem BACA... Gerak dan "GEMA"
TEPAT Mem BACA... Yg Akan Ter JADI
ILHAM dan Idea Nya... Mendahului MASA
Yg TAK Perlukan Kpd... MA dan PhD
Yg TAK Hinginkan NOBAT... Puja dan PUJI
Sbnr7 HAKIKAT "Mem-BACA"... Nabi dan WALI


Wahai Sahabat... AMANAH Sejati
LURUS lah Sprt... Nabi dan WALI
Kelak Kau kan KASEH... Kaseh Mem-BERI
Kaseh Mem-BERI... Dan Kaseh Ber BAKTI
Kaseh Mem-BERI... Yg TAK Pentingkan DIRI
Yg TAK Akan Khianat... RASUAH Men CURI
PONTENG U-Turn... FITNAH yg Jijik

Tanpa Nama berkata...

Ulamak Jebon akan kata pula, perlu empat orang saksi yang adil ketika tandan tangan itu dibuat.

Anti Fitnah berkata...

Hanya manusia yang akalnya bantut shj dapat terima alasan peguam ni. Kesian melihat orang Melayu cuba memperBODOHkan orang Melayu. Tak kan salahkan Cina lagi. Sijil Tinggi tapi akal kontot.
Hidup Malaysia. Malaysia Boleh.
Haramjadah Haramjadah Haramjadah dah patah balik kepada tuannya.

Tanpa Nama berkata...

Apa-apa dokumen dan perjanjian yang telah ditandatangani menjadi sah setelah di tanda-tangani tidak kira lah yang punya tanda-tangan tahu atau tidak di beritahu mengenai isu kandungan perjanjian tersebut. Mahkamah akan membatalkan perjanjian tersebut sekiranya terbukti orang yang punya tanda- tangan pada ketika itu hilang akal atau tidak berakal.

Lesen Peguam tersebut hendak lah ditarik kerana kenyataan nya boleh mengelirukan orang ramai.