16 Apr 2016

PAS Yakin BN Menang Besar, Tak Yakin Parti Sendiri

BN bakal menang besar di PRN-11 Sarawak - PAS

KUALA LUMPUR: Kajian Pusat Penyelidikan PAS mendapati Barisan Nasional (BN) bakal memperoleh kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRN-11) Sarawak yang dijadualkan 7 Mei depan.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, berkata kemenangan itu didorong oleh faktor Tan Sri Adenan Satem yang berjaya menunjukkan teladan kepemimpinan yang baik selepas dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak.



"Rata-rata rakyat Sarawak dilihat menyenangi kepemimpinan Adenan termasuk pengundi Cina," katanya kepada BH hari ini.

Beliau diminta mengulas peluang PAS pada PRN-11 Sarawak yang ditetapkan pada 7 Mei untuk hari pengundian, manakala 25 April sebagai hari penamaan calon.

Mengulas lanjut, Mohd Zuhdi yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata, bagaimanapun PAS mempunyai peluang lebih baik berbanding PRN Sarawak sebelum ini terutama di kawasan berlakunya pertandingan tiga penjuru yang mempunyai pengundi Islam.

"PAS semakin diterima oleh pengundi Islam dan masyarakat pribumi di Sarawak, malah parti ini tidak lagi dicurigai selepas memutuskan hubungan politik dengan DAP. "Insya-Allah dengan strategi yang berkesan PAS bakal memperoleh 'anak sulung' di Sarawak," katanya. -BH

ULASAN GB

Amacam?

Hairan betul ya, mula-mula PAS yakin menang, kini Pengarah Pusat Penyelidikan PAS dah ramal awal-awal BN menang besar PRN Sarawak nanti, anehnya PAS masuk jugak bertanding di 11 kerusi di dalam PRN tersebut.


GB tertarikk ulasan TUC.


ULASAN TUC

Parti tok ada ternak sekor pakar penyelidik bernama Dr Zuhdi anak kepada marzuki. Dulu, sewaktu krisis MB Sgor, penyelidikan dia pernah jadi viral dan popular apabila dia sebut "Kalau parti tok bergabung dgn amno, dan Azmin tarik dua tiga orang Adun Pkr lompat parti, maka parti tok akan kuasai Sgor, waktu itu kita boleh jentik gereja di Sgor".

Malangnya, strategi Zuhdi tak mnjadi kerana Anwar lebih licik dengan memecat terus sahak gagap dari pkr, ditambah pula dua Adun parti tok mengada2 pulak sokong Kak Wan. Terbantut perancangan guru tok.

Di PRN Sarawak, parti tok bertanding 11 Kerusi khabarnya untuk menyelamatkan Sarawak dan untuk berdakwah di Sarawak dengan memperkenalkan Islam serta Hudud di Sarawak, di antara lain caranya parti tok letakkan calon Kristian untuk berdakwah di Sarawak bagi memperkenalkan Islam. Itu di antara nasihat sang penyelidik parti tok,

Terbaru, guru tok suruh si Zuhdi ni buat kajian dan selidik kekuatan parti tok di Sarawak kerana guru tok bimbang kesemua calon nanti hilang deposit di Sarawak. Apa yg si Zuhdi buat? Dia punya laporan menyatakan Bn akan menang besar di Sarawak. Guru tok bukan suruh analisis parti orang, tapi parti sendiri. Kenapa dia analisis parti Bn?

Jawapannya, si Zuhdi mahu nyatakan bahawa perancangan guru tok untuk parti tok bertanding di Swak itu amat tepat sekali kerana hadirnya kita akan memenangkan Bn dengan lebih besar. Nampak tak?

20 ulasan:

Timnajib Jomfikir berkata...

Dr Zuhdi tu...barua UMNO.

Takperlah...kita lihat pretasi PAS pada PRN 11 nanti...undi mereka naik atau merosot...(lihat dibawah pretasi PAS pada PRN 2011 bersama Pakatan Rakyat)

PRN Sarawak 2011, PAS dapat 9,719 undi.
Pilihanraya Negeri Sarawak 2012, PAS dapat undi 9719, PKR 117,100 undi dan DAP 134,847 undi.

PRN 2016, PAS sudah kuat bertanding bersendirian.Sudah tentu boleh dapat undi lebih.Selamat berjuang PAS.

omar daud berkata...

Salam:


Kalau ta silap saya Tok Usin Ceroi (TUC),ini adalah orang tengah yg menjatuhkan geng profesional PAS dulu yg berkonfirasi di Tasik Kenyir bersama tok-tok lebai.

Entahlah sejak 2 menjak ini sejak geng2 lebai sapu habis kerusi tertinggi parti pas, TUC Menampakkan bagai tak kena pada kepimpinan atasan PAS.Beliau nyaris-nyaris membocorkan rahsia sistem cai,yg diamalkan oleh lebai-lebai sebelom pemilihan parti dimutamar ka 61 dulu.Mungkin beliau nampak jelas penipuan yg dilakukan oleh pimpinan tertinggi PAS umpama TITM/Zuhdi/tontowi hatta Hadi sekalipun,semata-mata nak menang undi parti.

Kalau ahli-ahli bawahan tak nampak lagi permainan pimpinan tertinggi PAS,Tak tahulah,mungkin ahli menyangkakan ,islam membenarkan "MENIPU" yg datangnya dari ulama dan geng2nya demi untuk perjuangan islam dan bangsa.


wallah'ualam.

Tanpa Nama berkata...

Tu TUC lain En Omar

Tanpa Nama berkata...

pas akan letak calon lwn PH. silap2 pkr kena lagi mcm pru lepas.

omar daud berkata...

Salam:

Tuan anom 3.06, Siapa pula TUC ini.

TQ. 4 UR info.

sahak berkata...

klu tk bole menang nape bertanding.. siap kata parti lain menang besar.. alahai bongak tull..

Tanpa Nama berkata...

Pas mandul di Sarawak, dahulu sekarang dan terdekat akan datang. Mana munkin ia boleh 'melahirkan anak sulung' disana. Kalau salah chongak calun dun munkin hilang deposit.

Tanpa Nama berkata...

PAS parti kartun...

Tanpa Nama berkata...

Zuhdi mam afik beradik baghal saja.
keldai pun lenih cerdik darinya.kalau
disini pula lembu lebih cerdik darinya

Tanpa Nama berkata...

Dr Bengong....patutlahlah Pas semakin tak tentu arah

Tanpa Nama berkata...

Aku harap Amanah masuk bertanding dalam PRN Sarawak kali ini. Pastikan setiap DUN ada calon PH.
Pastikan, mana yang tidak ada calon PKR atau DAP, Amanah letakkan calon. Setidak-tidak menjadi peluang untuk promosi bagi PRU nanti.

Tanpa Nama berkata...

Aadooi...

Kalau betul pun Adenan Satem tu bagua, lawan lah bagus dia. Katalah pemimpin PAS pun setanding dengan Adenan Satem.

Dulu tak dapat ruang di akhbar kata BN tidak adil, dah dapat, berkempen pulak untuk BN.

otaiblues.blogspot berkata...

tu la yg di namakan mangkok bertingkat tingkat...
p selidik bn tu wat ape?
orang selidik sebelum bercakap besar sebelum masuk nama untuk bertanding..
ini setelah berkata boleh menang baru nk selidik dan dapati bn akan menang besaq.. ape punya mangkok bertingkat tingkat..

umno bn pun dah jadi adik beradik dengan pas. tu yg sebuk tu..

napa la lambat sangat pru ni. tak sabar nk PANGKAH umbo/bn/pas dan ikatan( parti yg ada cuma 79 ahli yg menjadi sekutu baru blok ke 3 )
ikatan .dengan bergabung dan menjadi sekutu pas...menjadikan pas sebuah parti yg SANGAT kuat..
kuat membohong.kuat kencing ahli parti .

Tanpa Nama berkata...

Macam lah PAS bertanding nak ambik alih pentadbiran Sarawak.

Bertanding pun 11 kerusi.

Ini antara kawasan dengan kawasan. Sepatutnya tumpukan pada calun dengan calun di tempat yang PAS bertanding.

Kawasan mana yang bakal jadi anak haram ... ooopss, tapi mana lah tahu.... dapat menang percuma sebagai cenderahati dari UMNO kan ?

Tanpa Nama berkata...

Tajam ulasan TUC UG. Begitulah adanya...PasBN. Berkokok berdegar-degar. Dedak juga yang dijeling manja.

Tanpa Nama berkata...

Pas oh pas..sudahla lemah tp sombong pula,mmg btl kajian zuhdi tu sbb pas xmunngkin dpt satu kerusi pun dsrwk..

sb dehlawi berkata...

yang ni tok usin ug ceroi tuan omar. Xsama dgn tuc yg jatuhkn gol propesional pas. Tok usin ug ceroi pro PH

pencolekhangek berkata...

Mengapalah ustad-ustad pas buang masa kempen. Kan lebih baik mengajar di surau-surau. Masuk bertanding pilihanraya pun tak ada faedah. Yang pertama bukan boleh menang. Kalau menang pun dewan dibuat tempat tidur. Nak berhujah pun bukan ada fakta. Yang sebenarnya orang pas bertanding untuk dapat kerusi sepenggal sahaja. Lepas tu dapat pencen. Boleh relaks. Tak payah mengajar teruk-teruk. Tak payah jual air lior atau ubat atau keropok dan sebagainya.

Hidup Najib! berkata...

BN menang kira pas menang le...pas satu parti komponen BN

Tanpa Nama berkata...

Dr zuhdi ulas dgn bangganya,Nampak sgt pas ni khadam dan barua bn@umno...dah tahu bn nk menang besar jgnlah masuk bertanding supaya undi pembangkang tak berpecah tp pas sengaja nk kacau daun walaupun tahu tak boleh menang...pas kan sekutu umno takkan nk bertanding lawan kawan sendiri ibarat kawan nk rogol bini kawan... pas sengaja cari pasal dgn PH seperti melepas babi tersepit...dulu sewaktu dlm PR, pas menang besar dan sekarang nk khianat rakan pulak..Allah takkan redha dgn parti puak2 sesat ni.