27 Apr 2016

PKR Suruh Buat Kajian Tapi PKR Sendiri Tak Ikut

PKR tak boleh terima kenyataan – DAP

KUALA LUMPUR: Perbalahan berlaku kerana PKR tidak boleh terima kenyataan parti itu tidak popular di lima daripada enam kerusi yang menjadi pertikaian dengan DAP, tegas pemimpin parti Roket di sidang media hari ini.

Sikap PKR itu mengecewakan lantaran parti itu yang mendesak tinjauan diadakan, sebagai sandaran untuk menguatkan tuntutan masing-masing dalam rundingan pengagihan kerusi.


Bagaimanapun, tinjauan Merdeka Centre itu mendapati DAP lebih popular dalam kalangan pengundi Dayak dan Cina di kerusi Batu Kitang, Senadin, Simanggang, Tasik Biru dan Bukit Simuja.

PKR sekadar popular di Mambong.

Menurut Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke, partinya bagaimanapun menawarkan pakej Batu Kitang, Marudi dan Machan kepada PKR meskipun hasil tinjauan menyebelahi Roket.

Menceritakan turutan peristiwa kepada media, Anthony berkata tinjauan itu pertama-tamanya dicadangkan oleh Naib Presiden PKr, Tian Chua.

Mengesahkan dakwaan itu, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata DAP sebenarnya tidak berminat mengadakan tinjauan itu atas faktor kewangan.

“Saya tanya, ‘Betul kamu mahu tinjauan dibuat? Dan kamu akan akur dengan hasilnya?’

“Mereka jawab, ‘Jangan bimbang, kami akan patuh’,”
menurut Tony menceritakan jaminan PKR bahawa hasil tinjauan itu akan dipatuhi mereka.

Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming berkata DAP bukan parti yang tamak walaupun bertanding di kerusi yang ditandingi PKR.

“Kami mahu tumpu pada Simanggang kerana tinjauan menunjukkan kami popular di situ.”

Sidang media bersama itu diadakan susulan pengumuman PKR dan DAP bertembung di enam kerusi, iaitu Batu Kitang, Mulu, Simanggang, Mambong, Murum dan Ngemah.

Anthony mendakwa DAP sebenarnya bersedia mengundurkan diri daripada Batu Kitang sekiranya PKR berbuat sedemikian di lima kerusi lain.

Namun, Anthony berkata sekarang sudah terlambat untuk berbuat demikian. -FMT


Solusi tarik undi pertindihan kerusi DAP-PKR dalam PRN Sarawak

DAP Sarawak hari ini menawarkan penyokong pembangkang satu penyelesaian untuk pertempuran parti itu dengan PKR di enam kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 7 Mei depan.

Pengerusinya Chong Chieng Jen telah mencadangkan agar mengundi DAP untuk mengelakkan undi berpecah.

"Dalam kerusi di mana DAP bertindih dengan PKR, saya menggesa pengundi supaya tidak memecahkan undi mereka dan menumpukan kepada DAP. Jangan buang undi anda pada PKR.

"Tetapi di kerusi di mana PKR sahaja bertanding, saya menyeru kepada semua penyokong DAP mengundi PKR,"
katanya dalam sidang media diadakan hari ini lapor Malaymailonline.

Chong, yang akan mempertahankan Kota Sentosa untuk penggal ketiga dalam pilihan raya, yakin DAP boleh menang di Dun Batu Kitang dan Simanggang, dua daripada enam kerusi parti itu bertindih dengan PKR, rakan kongsi Pakatan Harapan itu.

DAP telah memberi laluan kepada PKR untuk bertanding di Batu Kitang, salah satu daripada 11 kerusi baru pilihan raya kali ini, semasa rundingan dengan kepimpinan pusat kedua-dua parti itu, tetapi meletakkan calon DAP selepas PKR gagal memenuhi peruntukan kerusi itu.

Kerusi itu kini akan menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Voon Shiak Ni (PKR), Abdul Aziz Isa (DAP), Lo Khere Chiang (BN) dan dua calon Bebas, Sulaiman Kadir dan Othman Bojeng.

Di Simanggang, Leon Jimat Donald (DAP) dan Norina Umoi Utot (PKR) berada dalam perebutan empat penjuru dengan Barisan Nasional (BN) penyandang Datuk Francis Harden Hollis dan calon bebas, Ngu Siew Peng.

Kerusi-kerusi lain di mana kedua-dua pihak akan menghadapi satu sama lain adalah Mambong, Ngemah, Murum dan Mulu.

DAP meletakkan sejumlah 31 calon dan PKR, 40.

Chong juga berkata PRN Sarawak kali ini akan menjadi 'prequel' kepada pilihan raya umum ke-14, melahirkan keyakinan bahawa 7 Mei itu kelak akan memberi isyarat berakhirnya pemerintahan BN di Putrajaya.

Beliau berkata tsunami politik 2008 yang menyaksikan pembangkang memenangi beberapa negeri, telah bermula di Sarawak pada pilihan raya negeri 2006 apabila DAP memenangi enam daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.

"Itu adalah gelombang pertama. Gelombang kedua adalah pada tahun 2011 apabila DAP memenangi 12 daripada 15 kerusi dalam pilihan raya negeri dan dalam 2013, pembangkang mendapat lebih daripada 50 peratus undi popular.

"Sekarang gelombang ketiga akan datang dan ia akan mula di Sarawak. Saya percaya ini adalah pusingan terakhir dalam perubahan kerajaan, "kata Chong.
-Malaysia Dateline


ULASAN GB

Kita berharap PKR bertindak "gentleman". Akur dengan kajian yang mereka sendiri telah cadang supaya diadakan. Tiba-tiba apabila kajian tidak memihak kepada mereka, mereka enggan untuk menerimanya.

Kita berharap, memetik kenyataan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, kita mengharapkan PKR dan DAP mencari jalan terbaik sebelum hari pembuangan undi agar ‘satu lawan satu’ berlaku.

“Saya yakin pemimpin DAP dan PKR berupaya melakukan yang terbaik untuk Pakatan Harapan di Sarawal dan Malaysia.

“Saua juga yakin penuh dengan fikiran waras jalan penyelesaian terbaik dicari supaya pakatan Harapan dapat merealisasikan harapan rakyat,” ujarnya lagi.

29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perbalahan PKR-DAP ini hanya akan menggembirakan 2 pihak - umno & ustaz hadi. Ramalan ustaz hadi PH akan terkubur lebih cepat berbanding PR akan menjadi kenyataan sekiranya DAP & PKR masih tidak dapat bertolak ansur di Sarawak. Itu baru PRN.. bayangkan jika PRU14? Ingat, rakyat sedang memerhati. Sudahlah kami kecewa dgn PAS. Kini PKR DAP pun nak jadi parti gila kuasa ke? Saya sangat2 keciwa..

Tanpa Nama berkata...

dimasa umnobn lemah, timbul pula musuh2 dlm selimut dr pkr dan pas.

kalau dlm pru dulu pas memberi bola tanggung kpd umno bn, ditambah dgn fitnah oleh presideng sedondon pink dan khianat letak calon dikerusi2 pkr.

dlm pru kini pula. musuh2 rakyat dlm pkr pula menonjolkan diri mrk.

yg amat menghairankan ialah - KENAPA ASYIK2 ORG MELAYU YG TENTU BERAGAMA ISLAM YG SELALU KHIANAT DAN MUNGKIR? DIMANAKAH IMAN KETIKA MELAKUKAN PERBUATAN TSB?

bersyukurlah bhw musuh2 ini telah mendedahkan diri mrk skrg. jadi mudahlah utk rakyat menyingkirkan mrk pru akan dtg.

diharap dpt disediakan senarai barua2 azmin supaya dpt disingkir dlm pru akan dtg.

sy harap rani kulup akan bertanding di parlimen Gombak spy sy dan keluarga boleh undi dia.

Tanpa Nama berkata...

Masalah ni timbul bukan sebab PKR tetapi sebab AZMIN BIN ALI. Tendang keluar dari parti dia gan kartel dia.. ok la PKR. Kalau masih kekal..apa yg berlaku dlm PRU13 dulu akan berulang!!! Azmin & Hadi.. pemikiran sama. Anai-anai parti!!!

Malaysiabaru berkata...

Siapa sebenarnya yang pimpin PKR?

Mcm dah berpecah bukan 2 tapi empat!!!

Tanpa Nama berkata...

bagi aku, walaupon pkr menarik diri semula dari kerusi2 yang bertembung tersebut, sudah hilang maknanya. kerosakan telah pun berlaku. rakyat telah pun melihat betapa tidak kuatnya PH lebih2 lagi PKR. Presiden PKR akan dilihat lemah oleh rakyat, Tim Presiden dilihat sebagai org yang munafik (mungkir janji), manakala akar umbi di Sarawak boleh berpecah.

Boley Jalan berkata...

Mau taknya hj hadi gumbira.......dialah punya terkuburnya PR. Kini kalau PH terkubur pulak, ketawalah hj hadi sampai keluar perut busuknya dan kita akan lihat dedak apa yg dia makan.Kita berdoa agar PKRDAP dapat bersemuka dan elak pepecahan PH.

Tanpa Nama berkata...

Bertanding lah PKR dengan DAP dikawasan saya, saya pangkah DAP. Boleh blaaaa PKR tak kira yang bertanding orang Azmin ke bukan.

AMANAH tetap pujaan hatiku.

Tanpa Nama berkata...


PKR pun dah jahat, berperangai buruk. Ezam pulak jadi baik (sikit).


DAP meletakkan sejumlah 31 calon dan PKR, 40. !!

Ambil pulak orang punya.

Yang letak 40 kerusi ini gerenti tak buat kajian... ikut nafsu!

abrarmujahideen berkata...

Baek punya back up dari dr mansor othman..ulasan terkini

Nick Syam Fitrie berkata...

Sejak Azmin Ali menjadi rakan kamcing dgn tok lebai hadi auta tu..PKR telah menjadi parti khianat kawan pula menggantikan Parti Auta Semalaysia PiS..

Ilyas Hussein berkata...

Tuan GB, sahabat2 pembaca, pengadu domba & pembenci tegar Azmin & PKR.

saya doakan kita semua diberi petunjuk oleh Allah SWT, Tuhan sekelian alam.

Setelah meneliti segala komentar & hujah balas yg dikemukakan, saya menilai secara umumnya kritikan yg dilontarkan kepada Azmin & PKR dalam kemelut pertindihan kerusi di Sarawak sebagai tidak berasas sama sekali.

Rata2 yg mengkritik terlalu sarat dengan emosi hingga tidak lagi mampu untuk berfikir dengan betul & jernih.

Terlalu banyak salah faham yg timbul yg sebenarnya sangat jauh dari kedudukan yg sebenarnya.

Saya menyarankan kepada Tuan GB agar menyiarkan kenyataan rasmi akhbar yg telah dikeluarkan secara rasmi oleh Biro Politik PKR melalui Dr Mansor Othman sehari yg lalu.

Kenyataan penuh akhbar itu boleh dibaca disini.

Saya bersyukur kepada Allah SWT yg mengurniakan kemampuan untuk berfikir. Alhamdullilah, analisa saya terhadap apa yg berlaku terbukti tepat & selari dengan apa yg ditulis oleh Dr Mansor Othman walaupun saya tidak duduk dalam Biro Politik PKR mahupun diberi briefing oleh mana2 pimpinan PKR berkaitan isu pertindihan kerusi di Sarawak. Syukur Alhamdullilah.

Saya menyeru Tuan GB supaya Tuan berlaku adil kepada Azmin & PKR dengan menyiarkan kenyataan penting ini dalam satu posting yg khusus supaya masalah pertindihan kerusi di Sarawak ini dapat difahami dengan lebih terang & adil.

Samada Tuan GB secara sedar ataupun tidak, Tuan telah membuka ruang fitnah & tohmahan yg tidak berasas terhadap Azmin Ali & PKR akibat termakan hasutan & kebencian yg tidak berasas terhadap Azmin Ali yg telah berjaya ditanam dikepala Tuan secara halus selama ini.

Berlaku adil lah Tuan GB, kerana adil itu menghampiri kita kepada taqwa.

Tanpa Nama berkata...

Kita mantapkan Amanah...ramai-ramai join Amanah...

Tanpa Nama berkata...

AMANAH Best!!!! AMANAH HARAPAN MASA DEPAN RAKYAT.

Tanpa Nama berkata...

Ini karangan 'Aku sebatang pen'kah?

Tanpa Nama berkata...

Beri saja kuasa memutus berapa kerusi untuk PKR dan berapa kerusi untuk DAP dari 5 kerusi yang di rebut kepada AMANAH, Abang Mat Sabu. Kalau tak percaya dan yakin pada AMANAH, leburkan je PAKATAN HARAPAN.

Yang paling adil:

2 untuk PKR



2 untuk DAP.



1 untuk AMANAH... ... !

Tanpa Nama berkata...

Sekarang sudah ada PH...yg kamu tulis disini nk tunjuk pkr betul dan dap salah, mana semangat PH, kenapa tak selesai secara elok, adakah anda nk tagih simpati atas tulisan anda, kalau ada smngat PH selesai secara dalaman jgn susahkan pengundi...boleh ke nk jadi pemimpin mcm ni..gali lg dalam2 supaya keputusan dicapai bukan cari simpati, puii....semoga kes sebegini memberi pengajaran kepada PH spy lebih mantap, rakyat sangat2 berharap...

Tanpa Nama berkata...

Dulu ada sorang presideng nyanyuk, dalam mesyuarat semua sepakat setuju dengan 1 keputusan. Lepas 2-3 hari dia tak setuju.

Sekarang ada sorang timbalan belum lagi presideng, dalam mesyuarat pun dah sepakat setuju siap dengan cop saing. Lepas 2-3 minggu dia kata tak muktamad. Itu belum presideng lagi dah pakai kuasa. Nak kata kuasa veto belum lagi presideng, kuasa Tipulah tu.

Orang kurang cerdik seperti Ilyas Hussein dikurniakan otak. Kami tak ada otak dikatanya. Paham tak apa itu MESYUARAT dan saing surat?

Dalam mesyuarat kamu boleh setuju atau tidak setuju. Kalau KIV kata KIV jangan saing surat setuju.

DAP dah tak larat ditipu Tuan Presideng nyanyuk. Dia org dah dikurniakan otak, setuju sama2 saing surat. 10 keputusan 10 surat. Saper yang cuba bawa masuk fitnah sebenarnya?

Tanpa Nama berkata...

Aku dah agak dari dulu lagi hal-hal seperti ini akan timbul. Dari dulu aku tak paham kenapa PKR berkeras nak duduk dalam PH, tapi dalam masa yang sama berkeras mempertahankan hubungan dengan PAS. Macam pisau dua mata, kiri makan kanan makan. Semuanya dibuat atas dasar strategi politik. Strategi politik kepala hotak apa kalau hanya nak survive dengan memperkotak katik harapan rakyat? Kita mau supaya ada barisan politik yang kuat untuk masa depan negara, bukan hanya parti politik dan tembolok pemimpin parti politik...

Tanpa Nama berkata...

DAP dengan cerita DAP.
PKR puLak dengan cerita PKR.

Siapa yang nak suruh dua-dua pihak tutup mulut.

Nama sedap PAKATAN tapi tang mana pakat nya?

Ada satu tekaan tuan tak tepat ... pasal Athony Loke.

Kita mahu Pakatan Harapan selamat dan harapan rakyat sangat tinggi pada Pakatan Harapan sehingga cerita PKR dan DAP lebih mendapat tumpuan dari isu Terengganu.

Tuan kata kami (bukan saya) pengadu domba & pembenci tegar Azmin & PKR, jika benar seperti apa yang dikata oleh Dr Mansor Othman macammana Azmin di maki macam itu lah jugak Lim Guan Eng akan di maki.

Apa pun ianya tidak mengubah pandangan saya terhadap Azmin buat masa ini.

Tanpa Nama berkata...





Siratol MUSTAQIM...LURUS dan KUDUS
Ikrar Di Lafaz...Di Dalam SOLAT
JANJI di Ikrar...TERANG dan TELUS
TAK Akan MUNGKIR...TAK Akan KHIANAT
TAK Wujud FITNAH...Pe NYAMUN yg Rakus
TAK Timbul DENDAM...Sarat KESUMAT
Mencari PENYELESAIAN...Damai nan HALUS
"Ummatan-WASATAN"...Puncak AZIMAT
AMANAH Di Genggam...Padu dan ERAT
AMANAH Di Dakap...Ke Akhir HAYAT
AMANAH Di Junjung...Sampai AKHIRAT
Sbnar7-SIBGHAH...Ke Kaseh MUHAMMAD



Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Siratol MUSTAQIM...CAHAYA Pedoman
Jangan Di Turut...Perangai SETAN
Ber JANJI Tetapi...PONTENG dan U-Turn
Ber JANJI Mungkir...MngKhianati Kawan
AMANAH Rakyat...Semahu2nya Di LACURKAN
FITNAH Men CURI..."Musang" BAJINGAN
Kan Di Laknat Dek Makhluk...Di Laknat Dek TUHAN



Tanpa Nama berkata...

Kesimpulannya senang saja.... Majlis presiden dah buat keputusan berkenaan agihan kerusi dimana ianya telah dipersetujui pada peringkat tertinggi pakatan harapan. Sama ada ianya adil atau tidak, ianya tak penting sebab sama sama dah bersetuju. Masalahnya bila azmin cuba berlagak pandai dgn membelakangkan keputusan presiden parti dan membenarkan pkr bertanding di kerusi yg telah dipersetujui utk dap... Itu yang buat ramai marah. Pkr mungkiri janji. Pada kami siapa pun yg bertanding dari pkr, dap atau amanah, ia adalah sama sahaja asalkan dlm pakatan harapan.... Sekarang ni nampak sangat pkr tak menepati janji dan si azmin pula dah macam pengkhianat dlm pkr dan pakatan harapan

Tanpa Nama berkata...

Kpd pemimpin PKR..berpegang teguhlah pd janji..walaupun dgn org bukan islam..kerana itu akan menambah taqwa kamu dan dihormati oleh mereka..

Tanpa Nama berkata...

Pkr dan pas..dua2nya melayu islam..tp cakap bohong..kenapa?..malu la sikit kat org bukan islam..mcmana nak luaskan syiar islam mcm ni..

Tanpa Nama berkata...

Pkr ingat dia kuat... parti ikan bilis saja... Menang di Selangor pun bantuan pas dan dap saja..siapa2 yang meluat tinggalkan pkr joint amanah...

Timnajib Jomfikir berkata...

Patutlah...bermacam2 alasan Azmin mempertahankan PAS di Selangor. Mungkin, Azmin pun percaya....DAP akan memerintah Malaysia Serupa dakyah Presiden PAS.

DAP itu kafir, tapi pemimpin mereka berprinsip serupa dengan pemimpin AMANAH. Kalau Kak Wan tak boleh handle Azmin, lebih baik Pakatan Harapan hanya AMANAH dan DAP shj. Sapa2 dalam PKR..yang atas pagar ke luar pagar ke...boleh pilih...nak join PAS + Ikatan atau masuk AMANAH + DAP.

Waktu skrg inilah kena buat pembersihan pemimpin!

Tanpa Nama berkata...

Untuk saudara ilyas, azmin & co..ni ha motto PH yg dh digubal " jangan mungkir dan khianati janji"..klau x boleh ikut sila join pasik...

Tanpa Nama berkata...

rafizi dah tegaskan. pegang pd janji. aku tak pasti siapa yg dia nak kenenkan tp org islam WAJIB pegang pd janji. dua ayat drpd Surah Almaidah sbg panduan

Tanpa Nama berkata...

ini semua ankara kartel azmin.....pemimpin pkr yang x pernah di isa kan kerada mahathir adalah idolanya....gantung or pecat dia PKR akan lebih berdisilin.....Igt selepas pru lepas pkr nak buat perhimpunan di stadium mppj apa kata azmin dlam whatssp .....pk2kan lah....

Tanpa Nama berkata...

Wahai PH..tolong lah pikirkan rakyat yg menyokong kamu..kami dh meluat dgn najib dan bn..dgn sapa lg kami nk bergantung harap..kalau bukan dgn PH..ingat musuh utama kamu ialah najib dan kuncu2nya..