27 Apr 2016

Terengganu: Apa Kesudahannya?

Tiga pilihan buat Umno T’ganu ketika krisis MB Oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi

Kemelut kepimpinan politik Terengganu kembali menjadi perhatian ramai apabila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah dengan resminya melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman berkuat kuasa pada Jumaat, 22 April.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu semalam.


Menurut kenyataan rasmi tersebut; "Pengisytiharan yang dibuat ini tiada kaitan dengan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di Negeri Terengganu”.

Pada awal bulan lalu, Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, telah cuba membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif di Dewan Undangan Negeri Terengganu sehingga mencetuskan khabar angin mengenai satu lagi pertukaran menteri besar.

Dengan perkembangan terbaru ini, kedudukan Umno sebagai parti yang memerintah di negeri Terengganu sedang berada didalam keadaan terumbang-ambing dan menjadi persoalan ramai kalangan rakyat Terengganu sendiri kerana kemelut dalaman kepimpinan Umno Terengganu yang tidak berkesudahan.

Walaupun Umno masih mempunyai kedudukan ‘simple majority’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 17 ADUN, manakala pembangkang memiliki 15 kerusi, namun dengan perkembangan terbaru ini, bagi saya mereka hanya mempunyai 3 pilihan;

1. Menukar Menteri Besar yang baru

2. Membentuk kerajaan perpaduan dengan parti pembangkang khususnya PAS

3. Membubarkan DUN dan diadakan pilihanraya Negeri

Bagi saya, walaupun dengan kedudukan majoriti yang ada pada Umno di DUN, apapun keputusan yang bakal dibuat oleh pimpinan Umno, kemelut dalaman kepimpinan mereka perlu diselesaikan dengan segera kerana rata-rata rakyat awam sudah terlalu muak dengan sikap terlalu banyak ‘berpolitiking’ sedangkan rakyat kini dihimpit dengan tekanan kos kehidupan termasuk GST yang amat membebankan mereka.

Negeri Terengganu juga sedang berhadapan dengan cabaran getir dengan penurunan drastik bajet tahunan 2016 dari RM2.3 bilion kepada hanya sekitar RM640 juta sahaja akibat dari terlalu bergantung kerajaan Terengganu kepada sektor minyak dan gas.

Kini dengan kejatuhan harga minyak dan kelembapan ekonomi negara juga sedang melanda negeri Terengganu.

Realitinya, kini semakin ramai anak-anak muda Terengganu termasuk lulusan universiti yang terpaksa menjadi penggangur terhormat akibat dari tiadanya peluang pekerjaan buat mereka di negeri Terengganu.

Realitinya, masih terlalu ramai pengayuh beca, petani dan nelayan di negeri ini yang hidup ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ serta mencari-cari erti kehidupan mereka.

Atas rasa tanggungjawab inilah saya ingin menyeru semua pihak agar kita sama-sama mengenepikan sentimen ‘kepartaian sempit’ dan 'kepentingan peribadi' serta sikap terlalu banyak ‘berpolitik’ bagi memastikan kepentingan rakyat Terenganu terus dijamin dan dihormanti.

Setiap ahli-ahli Dewan Undangan Negeri termasuk saya sendiri tidak terlepas dari tanggungjawab untuk mengangkat agenda rakyat dan mempertahankan hak dan maruah rakyat Terengganu bagi menjamin kesejahteraan seluruh rakyat Negeri Terengganu Darul Iman.

Marilah kita sama-sama menyempurnakan tanggungjawab secara adil lagi saksama, jujur lagi ikhlas, serta amanah lagi berintrigriti.

Kita sama-sama berdoa agar seluruh rakyat dan negeri Terengganu Darul Iman ini sentiasa dirahmati oleh Allah Swt bagi kita melangkah ke lembaran baru demi kepentingan agama dan rakyat khususnya.

Selamatkan Ganu Kite!

ULASAN GB

Kecuali yang pertama iaitu "melantik MB baru", dua alternatif lain yang diutarakan oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, ADUN Batu Burok Terengganu di atas telah GB cadangkan sebelum ini, iaitu pembentukan kerajaan perpaduan UMNO-PAS dan adakan pilihanraya negeri.

Ada pun perlantikan MB yang baru dijangka akan mengalami perjalanan yang serupa dengan perlantikan Ahmad Razif Abdul Rahman. Ini kerana kedudukan jumlah kerusi UMNO BN yang hampir sepadan dnegan jumlah kerusi pembangkang.

Kedudukan terkini ADUN Terengganu:

UMNO BN = 14
PAS = 14
PKR = 1
Bebas = 3

Jadi logiknya, sebarang perlantikan MB baru tidak akan mengubah situasi politiking di negeri Terengganu.

Justeru itu pilihan yang ada hanyalah kerajaan perpaduan UMNO-PAS, atau pilihanraya negeri.

16 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Mane " nasihat dr penasihat agung"

Tanpa Nama berkata...

Mana pegi tuan penasihat ni. Ni lah masa yg bagus utk menasihat umno.50-50 jadi.

Tanpa Nama berkata...

Rezeki jangan di tolak.

pencolekhngek berkata...

Tuan Punaisihat jangan sibuk sangat di Sarawak. Disana tak ada ameno. Orang Sarawak tak suka ameno. Balik cepat ke Terengganu sebab ada berlaku sedikit kekecohan tentang pembahagian dedak. Tolong balik dan nasihatkan mereka yang terlibat atau pun ambil sendiri tong-tong dedak dan agih sesuka hati. Itu pun kalau nak agih. Kalau tidak makan sendirila 100 persen!!

Tanpa Nama berkata...

Takde pingat dan pangkat2 gelaran bagai tu tak boleh jadi MB ke? Jadi jer laa MB tu apa susahnya? Kalau dia dah menang majoriti DUN maknanya dia layak jadi MB kan? Sultang lucut mende? Pingat jer pongggg

Tanpa Nama berkata...

Bt pilihanraya baru...pilihanraya bg menentukan kepinpinan najib masih ada sokongan....tp dedak kna byk...

Tanpa Nama berkata...

Sejahtera semua.
Sesungguhnya ketentuan Allah itu Maha adil dan tersembunyi.
Terengganu bakal memperlihatkan perilaku Tuan peresideng
Dan jua pengaruh 1MDB dan sebagainya.
Ianya bakal menghukum mana mana pihak yg rakyat tertanya tanya???
Sangat indah untuk kita hadapi sedikit masa lagi.
Subhanallah...
Kami kagum dengan kekuasaan mu..Amin.

mustapa m said berkata...

Melucutkan semua darjah kebesaran jelas bermakna Sultan tidak berkenan pada MB. Nak lantik MB Umno yg baru pun tidak bermanfaat kerana Umno sudah tidak punya majoriti di DUN.
PAS pun tak mungkin setuju dengan Kerajaan Campuran kerana risikonya pada PRU14 nanti amat tinggi. PAS boleh hapus sama sekali kedudukannya.
Pilihan terbaik ialah pembubaran DUN sekarang dan adakab pilihan raya negeri.

Tanpa Nama berkata...

ada perkara yang tak kena sekarang di terengganu. sultan murka mersti bersebab. ahmad said tahu segala-galanya. ekonomi terengganu semakin tenat. harap perusahaan minyak di terengganu tidak dijadikan cagaran kepada mana-mana pihak.

Tanpa Nama berkata...

Apakah tindakan Ahmad Said adalah kerana 'berpolitiking' sehingga menyebabkan gelaran Razif di tarik dan menyusahkan rakyat?

Bagaimana pula jika Sultan tidak menarik gelaran kebesaran Razif dan Ahmad Said dan 2 lagi adun menjadi bebas, adakah Razif kekal sebagai MB?

Ini bukan masa untuk bermadah minta jangan terlalu berpolitiking lah atau kepartaian sempit lah... sepatutnya semasa undi tidak percaya ke atas Razif sudah ada tindakan.

Bila bangsa lain maju, salahkan rakyat bangsa melayu. Tapi pemimpin melayu lah paling bersalah terutama kawan baik PAS, UMNO.

Tanpa Nama berkata...

penasihat dok sibuk kat sarawak.... dijangka semua calon penasihat akan kalah dan hilang deposit. penasihat (dr air jampi) pun tak boleh tolong...

Tanpa Nama berkata...

Biarkan PAS UG dengan Umno. AMANAH boleh menggantikan tempat PAS menentang PAS-UMNO. AMANAH harus bertanding melawan PAS di semua kerusi di Terengganu dan Kelantan. PAS yang dah patah sayap sekarang mengharapkan UMNO menyelamatkan mereka. Eloklah tu....

lelaki dicermin berkata...

Sian tgk najib...dulu kes negeri perak.. jumpa sultan nak ganti MB.. ni jumpa sultan tgganu nak ganti MB..sbb isu 1mdb begitu sarat dlm otaknya.. dia tak fikir.. ini balasan perbuatan dia..

Tanpa Nama berkata...

Mu booooodo piang...bodo sunggoh..kesiang ke mu....sultan mu dah murka sb mb mu derhaka...boleh lah jd mb..ni nk kena ngadap tuanku sultan tiap tiap minggu tu.. bapak mu ke..tkkan mb g ngadap tianku paling muka,ke lain..dgng isu mat soid,lagi...awat mat soid,tu tkde geng ka...susah natemu nak tadbir negeri kalu keadaan istana,mb..mb adun..mb ketua bhgn..bercelaru le ni..pakat nok baham je..mu .g blajar kg politik..

Tanpa Nama berkata...

PAS pun tak mungkin setuju dengan Kerajaan Campuran kerana risikonya pada PRU14 nanti amat tinggi.

Pilihan terbaik ialah pembubaran DUN sekarang dan adakab pilihan raya negeri.

Betapa sukarnya tuang presideng utk berkempen nak burukan Majikannya...[ Tuan Penasihat....]

Pening belaka..seronok utk tontunan kita nanti..
Kalu rakyat pas tak faham juga maknanya sama dgn yg makan dedak + rumput..

Tanpa Nama berkata...

Pilihan 1 BN tukar MB. Itu kerja senang jikalau angkut 2-3 treler makanan binatang ke Zoo2 Mat Said.
Pilihan 2 ajak Hadi tubuh kerajaan rojak pun kerja senang. Bagi cukup dedak pasti semua adun PAS tiada masalah memangku jawatan “Gundek2 Terhormat”.
Pilihan 3 diadakan PRN. BN amat takut tetapi Hj Hadi lagi takut. Masa dia femos pun rakyak dah bagi KO majority 2 per 3. Sekarang temberang dia lagi bersinar takut2 tutup kedai terus.
Kerajaan Najib adalah kerajaan yang dianggap rasuah diserata dunia tapi amat dicintai PAS Hadi. Kalau ada PRN, gerenti presideng Haji Hadi akan keluarkan amanat versi terbaru makan rasuah adalah halal buat dunia ahkirat. Semenjak arwah TGNA, dah kerapkali HJ Hadi berasmara sulit dengan BN. Perdaya TGNA ke perbincangan sulit atas helah Perpaduan (rasuah). Lacur diri dah acap kali dia bagi fri tapi yang hairan masih berstatus gundek simpanan.

Dulu nak belok Selangor, TGNA tak bagi. Nak kona jawatan MB Selangor, raja tak bagi. Merayu pangkat jurubilang wang, Najib tak bagi. Dah tak terkira Hj Hadi nak kona balik jawatan MB Terengganu tak jadi2.

Terkini wang negeri dah nak kering, mampu ker Hadi nak urus. Dulu dia MB wang kerajaan bertimbun, dia urus guna pakai falsafah Taliban ala pemusnah, pertingkatkan musuh, jauhkan kawan, cari lawan. Tak ada satu kerja pun dia buat untuk galakkan ekonomi. Mana ada perbangunan hebat atas nama dia. Mat Deris ada Masjib Kristal dan stadium walaupun runtuh. Mat Said terer dengan zoo2 bela binatang. Hj Hadi hanya tahu sapu balak. Amat sesuai bagi dia Sarawak. Balak bertimbung, Haji Abdul Taib tua 78 pun boleh bini muda, takkan Haji Abdul Hadi muda 10 tahun tak boleh.
Soalan bagi jutaan yang tengah tertanya2: Kenapa MB Razif kena tarik pangkat?
Adakah:-
1. Dia nak baham habis wang juta2 milik kerajaan negeri untuk berpakat dengan ceo SATU bagi projek mini filter orang2 kapir Singapore?
2. Dia sapu habis semua peruntukan pusat untuk mampuskan mega projek Mat Said yang sedang berjalan?
3. Dia kacau projek minyak di kemaman untuk bagi orang dia?
4. Dia sapu habis projek dari utara hingga ke selatan?
5. Dia sapu balak hanya untuk orang dia?
6. Yang paling ketara dia nak jual telaga minyak kepada pihak asing?