28 Apr 2016

Walaupun Ada Yang Angkuh & Sombong, Masih Ada Yang Jujur & Ikhlas Dalam PKR...

Rafizi mohon maaf kepada rakyat

Saya mengambil sedikit masa agar keadaan lebih tenang. Saya rasa pertembungan sesama sahabat di dalam PRN2016 ini akan terus berlaku kerana sukar untuk merungkai kemarahan dan emosi masing-masing setelah terlanjur begini. Saya yakin ada hikmah di sebalik peristiwa-peristiwa ini dan berdoa kita semua belajar darinya.

Saya ditanyakan pelbagai soalan. Saya telah berikan penjelasan lengkap kepada Ketua-ketua Cabang KEADILAN di dalam kumpulan Whatsapp dan cukuplah ia kekal di situ.


Tanggungjawab ini perlu dipikul bersama. Saya sendiri perlu menilai kembali pendekatan saya dalam menangani perbezaan di dalam saf kepimpinan. Menguruskan perbezaan pendapat di dalam sesebuah organisasi itu perkara biasa, namun ia tidak boleh sekali-kali bertentangan dengan prinsip kebenaran, keadilan dan patuh kepada janji.

Dalam kekusutan cuba membezakan apa yang disebut kepentingan dan strategi parti yang perlu diimbangkan dengan kepentingan rakyat, saya mengingatkan diri saya supaya tidak lupa kepada 2 potong ayat dari Surah Al-Maaida (yang sepatutnya menjadi asas utama jatidiri KEADILAN):

Ayat 1 Surah Al-Maaidah:
"Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian"

Ayat 8 Surah Al-Maaidah:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan"

Mendalami perintah Allah dalam kedua-dua ayat ini dan berpegang kepadanya, In Sha Allah memudahkan kita membuat keputusan.

Saya memohon maaf sekali lagi kerana saya tahu sukarnya ingin membina keyakinan rakyat. Apatah lagi dalam keadaan rakyat sangat bencikan ahli politik kerana pelbagai pembohongan, penyelewengan, penting diri sendiri dan lupa daratan yang selalu dikaitkan dengan ahli politik.

Banyak yang telah dipelajari dan menjadi teladan agar perkara yang sama tidak berulang di masa akan datang. Banyak perubahan yang perlu dibuat supaya persaudaraan di dalam Pakatan Harapan dapat meyakinkan rakyat sekali lagi.

Pada masa ini, marilah kita beri sepenuh tumpuan membantu sahabat-sahabat kita yang sedang berjuang melawan Barisan Nasional di Sarawak. In Sha Allah saya akan sediakan juga beberapa eCeramah untuk disiarkan di seluruh Sarawak.

Mohon sebarkan permohonan maaf saya ini.

Rafizi Ramli

ULASAN GB

Nampaknya Rafizi lebih jujur dari beberapa orang pemimpin PKR yang lain terhadap Pakatan Harapan.

Belum terdengar pernyataan "permintaan maaf" khususnya dari kumpulan yang digelar "kartel Azmin" yang lebih banyak memaparkan keangkuhan dan kesombongan dan menyalahkan parti lain daripada muhasabah dan akur terhadap "kesilapan" yang telah terjadi sehingga menyebabkan berlakunya pertandingan sesama komponen Pakatan Harapan.

Bukanlah hasrat GB untuk campurtangan di dalam urusan parti PKR dan bukan juga hasrat GB untuk memecah-belahkan pimpinan parti rakan, tetapi yang perlu dijadikan panduan di sini ialah KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN.

Syukur alhamdulillah, masih ada orang yang jujur dan ikhlas di dalam PKR. Inilah diantara pemimpin yang berjiwa besar, akur dengan kesalahan dan menerima kenyataan sedanya lantas memohon maaf demi menjaga hubungan persaudaraan dan permuafakatan sesama kita.

Sikap inilah yang dikehendaki yang akan meengekalkan Pakatan Harapan.

Ia adalah tuntutan agama, seperti ayat-ayat dari Surah Al-Maidah yang dibawa oleh beliau di atas.

Dan kami di dalam AMANAH meninggalkan parti sejarah kami adalah lantaran arahan Allah pada ayat-ayat tersebut walaupun perjanjian itu adalah dengan orang bukan-Islam!

Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian -Al-Maidah:1

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. - Al-Maaidah:8

17 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Pemimpin yg jujur & ikhlas dan merendah diri adalah pemimpin yg kami cari. Surah 9:33, 61:09 ...mm

omar daud berkata...

Salam:



SYABAS Saudara Rafizi, you are THE GENTLEMAN.

Timnajib Jomfikir berkata...

Sebelum ni pun....program/mesyuarat/ceramah Pakatan Harapan/NGO muka Azmin Ali mana ada sangat. Bila Tun M(idolanya) buat Deklarasi..laju aje tunjuk muka...duduk depan.

Kalau lah dia Presiden....mungkin dia setuju join blok ke 3 PAS.

Nota: Mana-mana pemimpin yang banyak sangat bermadah/bersandiwara..cepat2 kasi keluar.






Tanpa Nama berkata...

Xpernah pula timbalan pesideng olamak donia minta maaf

Tanpa Nama berkata...

rakyat perlukan pemimpin yg amanah.. bukan yg tamak haloba..

lelaki dicermin berkata...

Kekdg kalau di tgk tarikh dan peristiwa seolah2 pkr sengaja berlaku pertindihan. Sbb memang surat kuasa tu wan azizah serahkan pada azmin.perbincangan bukan azmin seorg dgn dap... nurul izah ada sekali. Kalau nurul izah ada sekali.. bererti segala maklumat dlm pengetahuan presiden pkr. Mungkin ada cerita belakang tabir dgn dap kot. Dgn pertindihan itu pas tak boleh salahkan pkr.. sbb pkr pun ada pertindihan dgn dap.. pas salahkan pkr.. sbb pas sudah umumkan (bukan perbincangan) awal2 calun dan dunnya. Hingga kes pertindihan akan di bawa ke MSU. Suara2 kedengar supaya pas menarik diri dr kerajaan negeri selangor tanpa di halau. Ini semua yg di nanti oleh rakyat negeri selangor.. kecuh pertindihan pkr dgn dap.. memang dah tahu kedudukan kerusi tu mcmana.. kedua pimpinan parti keluarkan kenyataan pun mcm melepaskan batuk di tangga je.. yg kecuh media umno dan blog2 pro PH.. yang tanpa sedar akan ada peristiwa ań∑ibat pertindihan tu..kalau berlaku pertindihan di semenanjung mungkin kedua2 parti akan berantakkan.. tp berlaku di swak...dpt lebih 20 kerusi dun boleh terbaik utk PH..

mustapa m said berkata...

Syabas Sdr Rafizi. Sdralah yg lebih layak dan sepatutnya mengepalai PKR.
Apapun, wahai penyokong2 PH, lupakan segera peristiwa pahit di PRN S'wak itu. Serahkan kpd pemilih2 di sana membuat pilihan yg terbaik.

Wahai para pemimpin PH, pandanglah ke hadapan, PRU14 jauh lebih penting dpd PRN Sarawak.

Tanpa Nama berkata...

RAFIZI FOR NEXT PM

Tanpa Nama berkata...

Ulama pas suci mulia ilmu tinggi aka penasihat penerima derma berbillion tidak perlu Minta maaf.

Yang buat salah mesti dap Cina "kapir yang hina agama yang halang hudu"

Tanpa Nama berkata...

YES ... RAFIZI IS OUR NEXT PM !!!

Tanpa Nama berkata...

Sejarah sudah membuktikan bahawasany telah datang bagi setiap bangsa seorang individu hebat yg kemudiannya muncul sbg pemimpin bangsa tersebut. Bukan ampu bodek Rafizi ni. Kalau bodek dia pun tak ada faedahnya buat saya cuma sekadar mengajak rakyat malaysia sama2 fikir apakah insan seperti Rafizi ini ramai di kalangan kita hari ini. Berani dan berjiwa besar selain drpd bijak dan tidak banyak beretorik. We are blessed to have him.

Tanpa Nama berkata...

Husam is next PM.
Rafizi TPM.

Nick Syam Fitrie berkata...

Semoga semua ahli akar umbi PKR mengambil iktibar dari isu ini.. Pemimpin mana yg benar² letakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan parti dan puak sendiri. So pemimpin spt Rafizi inilah sepatutnya diangkat menjadi Timbalan Presiden PKR yg akan datang. Dan menolak pilitikus spt Azmin Ali & the gang.

Tanpa Nama berkata...

Saudara, cerita belakang tabir antara Dap & Pkr adalah bukan urusan rakyat. Kita nak BN lawan PH.. kami tak peduli pun kamu siapa.. tapi bila berbalah berebut menjadi calon wpun belum tentu dipilih rakyat, sangat menyedihkan.. mohon buat kajian dulu, siapa patut bertanding.. terima dgn hati terbuka.. kita nak lawan Bn.. disebabkan hal ni, ramai yg dah tak ambik peduli psl PH..

Tanpa Nama berkata...

Siratol MUSTAQIM...LURUS Ber CAHAYA
LURUS Ber CAHAYA...Tutur KATA Nya
LURUS Ber CAHAYA...MINDA Nya Istimewa
LURUS Ber CAHAYA...ILHAM Idea Nya
LURUS Ber CAHAYA...HATI Budi Nya
LURUS Ber CAHAYA...AMANAH Di Dada
Yg Kaseh Mem-BERI...JIWA dan Raga


Siratol MUSTAQIM...LURUS Ber CAHAYA
Menyuloh TERANG...Lidah PENDUSTA
Menyuloh TERANG...PONTENG dan Auta
Menyuloh TERANG...Khianat FITNAH Nya
Khianat dan FITNAH...Besar LABA Nya
Men CURI Merembat...RASUAH Ber JuLa
Bak Budak HINGUSAN...Yg Ter Kinja2
Tunggang Terbalik...KONTOT Akal Nya
Dek Ter BAKAR Panas...Bahang Di DADA


Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Siratol MUSTAQIM...Jd kan lah PEDOMAN
Yg Dapat Menyuloh...Setan Ber SORBAN
TERANG Melihat..."MUSANG" Bajingan
Khianat dan FITNAH...Mnjd Santapan
Akibat Ter "JERUT"...Dek BerJUTA2-Umpan




Tanpa Nama berkata...

Saya rasa pertembungan sesama sahabat di dalam PRN2016 ini akan terus berlaku kerana sukar untuk merungkai kemarahan dan emosi masing-masing setelah terlanjur begini."

Adakah ianya cuma berlaku di PRN2016 sahaja kah atau akan terus berlaku dan berulang-ulang setiap kali pilihanraya.?

Jika PKR dan DAP tidak selesaikan isu ini dengan cara yang terbaik, terkonteng-konteng lah masing-masing lawan BN dan lawan sesama sendiri.

Sia-sia pengorbanan Anwar Ibrahim masuk penjara. Beruntung Najib dan UMNO, usaha memenjarakan Anwar Ibrahim menjadi.

Begitu pantas PKR mengaku kesilapan adalah milik bersama.
Fikirkan lah dimana pada awalnya Azmin mencadangkan penyelesaian dengan 3 diserahkan kepada PKR dan dua kepada DAP tetapi Azmin sapu semua 5 kerusi.

Benarkah Lim Guan Eng menolak penyelesaian cara baik? Ada kemungkinan Azmin memang telah bersetuju tetapi tidak di terima oleh PKR Sarawak. Lalu di cadangkan 3 untuk PKR dan 2 untuk DAP sebagai penyelesaiannya.

Azmin mesti sanggup mengaku kesilapannya dan DAP mesti berikan 2 kerusi kepada PKR bukan nak jaga air muka PKR atau Azmin tetapi untuk rakyat yang menyokong Pakatan Harapan.

Kalau dah terlanjur seperti kata Rafizi... hadapi masalah dengan jujur.


Tanpa Nama berkata...

Sejahtera semua..
Kata kata Rafizi:
Saya memohon maaf sekali lagi kerana saya tahu sukarnya ingin membina keyakinan rakyat. Apatah lagi dalam keadaan rakyat sangat bencikan ahli politik kerana pelbagai pembohongan, penyelewengan, penting diri sendiri dan lupa daratan yang selalu dikaitkan dengan ahli politik.
Betul dan tepat.
Kami memang sangat kurang keyakinan dgn ramai pemimpin samaada pihak pemerintah
Mahu pun pembangkang...
Lebih lebih lagi dengan ketiadaan Tuan Guru Nik Aziz dan Anuar Ibrahim.

Untuk akan datang saya rasa MB Azmin dan Hj Hadi perlu di keluarkan dari kumpulan pembangkang.

Dia berdua pasti akan buat apa saja demi untuk kepentingan peribadinya.

Kita akan lihat dari masa kesemasa....
pembangkang.