11 Apr 2016

PAS Cuba Bermain Wayang Lagi Di PRN Sarawak

PH Wajar Beri Laluan PAS Bertanding di 11 Kerusi

SHAH ALAM: PAS Sarawak meminta agar Pakatan Harapan (PH) menghormati parti itu dengan tidak meletakkan calon di 11 kerusi yang ingin ditandingi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili berkata, dalam situasi ini PKR sewajarnya mengambil peranan untuk berbincang dengan rakan komponennya terutamanya Parti Amanah Negara (PAN) agar memberi laluan kepada PAS di kerusi berkenaan, sekaligus boleh mengelakkan perpecahan undi yang akan menguntungkan Barisan Nasional (BN).

"Dengan PAN ini, untuk makluman kita tak mengambil tahu sangat dalam kita melaksanakan strategi kita. Cuma kita nak sebut kepada parti serpihan ini, sekiranya mereka masuk ke kerusi PAS, ianya akan memecahkan undi parti pembangkang dan akan menguntungkan Barisan Nasional (BN)," katanya kepada Antarapos.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan berlakunya pertindihan kerusi dengan PH selepas PAN mengumumkan akan meletakkan calon di 13 kerusi DUN pada PRN kali ini.

Walaubagaimanapun ujarnya, PAS tidak menghalang hasrat PAN untuk bertanding kerana melihat ianya amalan demokrasi, asalkan tidak berlaku pertindihan dengan kerusi PAS.

Mengulas 'kelebihan' PAS berbanding PAN, Mukhtar sekali lagi menegaskan bahawa pendekatan PAS terbuka kepada semua golongan masyarakat dan tidak terhad kepada masyarakat Islam seperti yang didakwa.

"Walaupun PAS ini parti Islam tetapi kita adalah parti untuk semua. Sebab itu mesej kita Islam untuk semua, dan tawaran yang kita lancarkan bulan lalu adalah 'Sejahtera Untukmu Sarawak'.

"Antara yang jelas kita sebut adalah bagaimana kita ingin mempertahankan hak-hak rakyat Sarawak, kemakmuran rakyat Sarawak, sama ada dari segi kebajikan, ekonomi dan sebagainya.

"Sebab itu dari 11 calon kita, salah seorangnya adalah berbangsa Iban dan beragama Kristian," katanya.

Muhtar ketika mengakhiri perbualan dengan krew CPPnews menegaskan, "Penting untuk PAS diberi peluang bertanding di 11 kerusi tersebut kerana ia adalah permintaan akar umbi selain PAS mempunyai jentera yang lebih tersusun dan calon yang lebih berpotensi di kerusi-kerusi DUN berkenaan."

Untuk rekod, dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada 2011, PAS bertanding di lima kawasan - Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro tetapi gagal memenangi sebarang kerusi. -pas.org.my

ULASAN GB

Minta PH menghormati PAS dan tidak bertanding di 11 kerusi yang PAS bertanding di Sarawak?

Mengapa tidak di sebaliknya, supaya PAS menghormati PH dan tidak bertanding di 11 kerusi berkenaan?

Kedua, bukankah Presiden PAS sendiri menyatakan bahawa AMANAH bukan saingan PAS malah menuduh dan memfitnah AMANAH sebagai khadam DAP? Kalau bukan saingan PAS mengapa takut untuk berdepan dengan PH dan merayu-rayu agar PH tidak bertanding bertemu dengan PAS di PRN Sarawak?


Alasan undi berpecah dan akan memenangkan BN, itu adalah disebabkan kamu PAS kerana rakyat mengetahui yang menentang BN kini ialah PH. Bukan PAS. Buktinya, BN cukup takut dengan PH sehingga beberapa pemimpin PH dihalang memasuki Sarawak, sedang pemimpin UMNO dan PAS bersenang lenang keluar masuk ke Sarawak.

Ketiga, bukan saja dengan AMANAH kamu dengki, malah dengan PKR pun kamu khianat. PKR mendakwa beberapa kerusi yang diumumkan PAS bertanding adalah kerusi tradisi PKR. PAS telah ada rekod khianatnya semasa PRU13 yang lalu dimana PAS sendiri bertanding tiga penjuru di 8 kerusi yang mengakibatkan PR kalah di tangan BN. Kamu yang khianat kamu tuduh orang lain.

Tentang calon Kristian tu, GB dah ulas sebelum ini. Petikan:

Bukan main kutuk Kristian. Sekarang dengan muka tak tahu malu, pilih Kristian untuk jadi calon PAS. Apakah PAS sudah menjadi parti yang terdesak yang yang tinggal hanyalah orang-orangnya sudah tidak berpendidikan setelah ditinggalkan golongan profesyenal?

Malah dituduh DAP ada agenda mengkristiankan rakyat Malaysia. Sekarang pilih pula Kristian sebagai calon PAS. Apa wayang kamu main wahai PAS yang terdesak?

Tentang hudud, kini PAS senyap terus. Tak ada pun berkempen mengenai hudud walaupun sebelum ini PAS berlagak cuba menjadi wira di dalam memperjuangkan hudud. Apabila telah ditipu dengan UMNO, lansung tak sebut-sebut lagi hudud. Memperjuangkan hudud untuk naikkan Geng Ustaz, bukan kerana keikhlasan menegakkan hukum Allah. Jika ikhlas sudah pasti PAS menerima pakai nasihat Ketua Ulama Sedunia, Syeikh Yusof Qardawi yang menyatakan "tegakkan kehidupan Islam dahulu, bukan hudud. Dan akhirnya benarlah GB kata dulu, ayam terlepas tangan bau tahi. Hudud terlepas, PAS tercampak keluar dari PR.

PAS juga cuba mempromosikan dirinya konon di Beting Maro cuma tewas tipis 391 undi tetapi tidak memberitahu bahawa calon PAS di beting Maro ketika itu, Abang Kardee Abang Masargus kini telah menjadi ahli Parti Amanah Negara!.

Dan jangan lupa juga, Presiden PAS pernah memperlekehkan dan menghina rakyat Sarawak dengan menuduh mereka memakai cawat.


30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hahahahaha. Jgn risau pas xkan menang satu kerusi pun kat srwk..pkr jgn jd bodoh pulak ya..kalau pkr xnk lawan,letak calon pan atau dap lawan pas kita tgk sape lg byk dpt kerusi. Kahkahkahkah

Unknown berkata...

11 kerusi boleh perintah sarawaj ka? Bagaimana nak sejahterakan sarawak? Pas bukan utk semua....hanya untuk org bengong ja. Mohon PH bertanding disemua kerusi untuk kesejahteraan rakyat sarawak.

Tanpa Nama berkata...

PAS bukan sebahagian dr PH. Musuh PAS adlh AMANAH & DAP. Kenapa mesti bagi laluan?

Dr Nik-On X-Ray berkata...

PAS kalau dah rasa kuat, biar berapa parti bertanding pun pasti akan menang. Sebelum istihar senarai calon berlagak tak nak bincang dengan parti lain

zamani berkata...

pas hanya parti dua alam.

Unknown berkata...

Salam:

Biasanya jika parti itu kuat dia tidak meminta laluan dari musuhnya untuk bertanding.Pelik bin Ajaib,makin lama PAS makin mengarut.Kan PAS parti ulamak,ulamak PAS boleh minta terus dari Allah untuk memenangkan PAS!!!Takkan tak confident dgn ulamak sendiri untuk mendapat pertolongan "CASH" dari Allah.Kenapa pula meminta dari pehak lawan pula beri laluan?

Benda-benda yg Terlalu "BASIC" beginipun tak boleh handle.Bertanding 11 kerusi nak sejahterakan rakyat Serawak?? Jika parti PAN yg tak sampai 2thn jagung huru-hara kita faham,sebab baru nak bertatih.Tapi parti yg hidup >50thn masih terkial-kial nak salahkan orang lain.

Hantam sajalah labu,sekurang2nya,bila kalah nanti ada alasan untuk diberikan pada grass-root.

sekian.

Tanpa Nama berkata...

Seorang calon PAS beragama Kristian? Kena kencing la esok tu...tak logik langsung. Tak payah bertanding kalau prinsip sendiri dilupakan. Bodoh ke PAS ni? Cakap berbelit belit ngalahkan ulau?
Lepas tu bole lak cakap tak kesah kalau PH bertanding hak demokrasi selagi tak tindih kerusi PAS. Kelakar betul la. Mamat ketayap ni dengar tak bende yang keluar dari mulut dia? Ke dia sendiri pekak? Buat kat orang boleh, orang buat kat dia tak bole pulak? Cuba cakap sekolah pondok mana korang belajar ni? Wajib tutup terus sekolah tu sebab ngajar bende2 yang bangang. Lepasan pun jadi bangang la hasilnya. Malu orang Islam pikir macam ni. Pemimpin? Cari orang lain la

Abdul Said berkata...

Jangan layanlah. Parti macam ular berkepala tujuh. Tujuh kepala semua bercakap mengikut selera dan nafsu sendiri. Halau ahli-ahli, suruh buat parti lain dan bila buat parti kata macam-macam termasuk kata parti baru ni hayatnya 2 tahun saja. Kalau sudah begiu mengapa takut. Parti pimpinan ulamak no 2 dunia takut pada parti yang baru dan kecil. Hello parti pingpong kali ni kita tengoklah apa kehendak masyarakat. Siapa yang mereka pilih. Nak tengok nanti siapa yang hilang deposit. Kalau Amanah kalah, itu perkara biasa bagi parti baru. Kalau parti pingpong yang kalah macam mama? Macam mana apa? Buang saja Hadi dan yang selonggok dengannya. Insyaallah masyarakat akan kembali kepada parti pingpong!!

Tanpa Nama berkata...

Bukankah sudah Pas katakan bahawa bertanding bukan untuk menang tetapi hanya hendak main2 aje.peminpin akan berseronok sekiranya Pas hilang wang pertaruhan ,dan itulah hajat kami.seorang calun kritian akan dijulang olah Hadi ketika berkempen nanti .padan muka kerana taik dah terpalit diwajahnya.Jauh beza langit dengan bumi kalau dibandingkan wajah al marhum TGNA.Wajah TGNA senyum sejuk bila melihatnya,tenang rasa hati .Wjah Hadi? tak bailah nak cakap.

Tanpa Nama berkata...

Pan dan dap bersatu hati sama2 berjuang menegakkn Keadilan tetapi pkr masih bekerjasama dgn pas sedangkan pas sentiasa membusukkan dan memburukkan rakan pan dan dap,kerjasama pkr inilah yg menjadi luka bernanah dlm ph.harap ph selesaikan sebelum menjadi barah
Kalau sudah menjadi barah nt smpi tahap 4 xmampu diselamatkan kan dan ph akan terbubar lagi,rakyat sudah letih dgn politik mcm ini..harap pimpinan ph mendengar suara rakyat marhaen ini.tq

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Pada PRU 13, Pas telah mengkhianati Pakatan Rakyat khususnya PKR dengan meletakkan calon mereka sehingga menyebabkan pertandingan tiga penjuru yang akhirnya dimenenangi oleh calon-calon BN. Pas telah meletakkan calon-calon mereka di Sungai Acheh, Kota Damansara, Bukit Besi, dan Seberang Takir, sedangkan dewan-dewan undangan ini telah diperuntukan untuk PKR bertanding. Sekarang Pas mengharapkan Pakatan Harapan khususnya Parti Amanah Negara (Amanah) agar tidak meletakkan calon di kawasan-kawasan di mana mereka bertanding. Semasa mengikat setia kawan dengan Pakatan Rakyat pun boleh memecah kesetiaan, apakah perlu Amanah menuruti pemintaan PAS yang tiada apa-apa ikatan dengan Pakatan Harapan. Pada realitinya Allah telah membayar tunai kepada Pas kerana mengingkari janji. Berjanji tetapi mengingkari adalah ciri-ciri munafik. Ketakutan Pas ini sudah membayangkan Pas akan kalah teruk di PRN Sarawak. Ada pihak meramalkan Pas akan hilang wang pertaruhan di semua kawasan-kawasan yang ditandinginya.

Tanpa Nama berkata...

Tiada sebab untuk Amanah tidak meletakkan calonnya. Pastikan Amanah khususnya dan Pakatan Harapan amnya mempunyai calon di setiap DUN.

Tanpa Nama berkata...

AMANAH perlu di uji untuk persedian menghadapi pru akan datang.

PAS harus bersedia berbincang terus dengan AMANAH dan jalan terbaik ialah membahagikan jumlah kerusi yang di pertandingkan sama banyak.

Tetapi bukan kah PAS yang menolak pelawaan AMANAH untuk duduk berbincang mengenai pertandingan 3 penjuru? Dan PAS Kelantan pula seolah-olah akan menyalahkan AMANAH sekiranya terjadi pertandingan tiga penjuru.

Sekiranya AMANAH mengalah dan bersetuju PAS sahaja yang bertanding, apakah AMANAH akan di ajak berkempen sama dengan PAS?


Dan ini kenyataaan bodoh PAS " untuk makluman kita tak mengambil tahu sangat dalam kita melaksanakan strategi kita." Kalau dah tak ambil tahu, sudah lah. Apa bodoh nya strategik.

AMANAH mungkin di bantu oleh DAP sedangkan Ikatan langsung tak berguna pada PAS sekadar mewar-warkan penubuhan blok ketiga.

Nak tuduh AMANAH khadam dah tak boleh sebab PAS sendiri ambil orang kristian jadi calun.

Harap AMANAH berusaha sungguh-sungguh memikat hati orang Sarawak.

Tanpa Nama berkata...

apa guna peluk cium dgn umnu selama ini.

nk bertanding napa minta amanah beri laluan?

SEPATUTNYA MINTALA DGN PARTI PELUK CIUM TU UTK BERI LALUAN.

adake minta laluan dgn musuh.. apa punya dungulah pas ni.

mintalah bn beri laluan baru terbukti cinta sejati. udahlah kuah 2.6b pun tkdapat.. jawatan hj hadi tkdapat..hudud tkdapat...

jgn dilayan parti kuat bertakiyyah ni. pengkhianat besar

Lebai Roger berkata...

Rupa hadi macam candat sotong? Cakap la tak baik tau sembunyi2.......

Lebai Roger berkata...

Betul tu anon 7:13.....Pas dah 3/4 (Tiga Suku) Harakah pun dah tak laku.....boleh candat cotong je lebai lebai ni......itu pun psal cotong jln reverse.

Tanpa Nama berkata...

Aku kira PH jangan bagi chance pada PAS.
Kalau bagi laluan PAS akan tewas disemua kerusi.
Akibatnya BN akan menang bergaya.
Lawan Mat Sabu lawan kasi mampus itu Hadi@Pil.
Putar belit mengalahkan Ular Anaconda.

Unknown berkata...

Aku sebenarnya mengharap memang kenyataan bawa ezam dlm pkr. Sbb boleh lawan azmin... azmin ni sebenar sebiji mcm umno.. patut berusahalah kalahkan umno.. baru cari pengaruh dlm parti.. ini tidak..cari pengaruh dlm parti di lebihkan..dr nak tewaskan umno. Nasib pengarah piliharaya skg ni bukan azmin lagi.. kalau tidak sah2.. org2 dia je bertanding... sukar juga hendakkan jinakkan azmin bila anuar kat dalam...

Tanpa Nama berkata...

GB, maaf, bileh komen pasal isu kedatangan Dr Zakir Naik. Ramai yg keliru, parti komponen BN dgn PH nmpknya sehaluan...mohon pencerahan tuan. Dialog antara agama ini perlu bg tujuan dakwah.

paskiniCHAIpunya berkata...

Pak Lebai malang... Buat surat mohon rayuan... Tandatangan calon 11 ekor dengan surat bersumpah... Parti Lebai berbaiah kepada PH... Jika gagal ikut amalan politik bersih, khianat dan maki PH maka bercerailah bini no 1, 2, 3 dan 4 semua 11 ekor calon... Tulis nama Wan Azizah besar2 pada sampul... Dan tulis nama Hadi Marang dekat tong sampah dengan tambahan Jebon walaunta... Takkan bodo sangat Pak Lebai sampai nak aku kena ajar cara2 diplomatik politik Islamik? Kahkahkah!

Tanpa Nama berkata...


Tak masuk akal politik PAS sekarang.

Kalau PAS menang di Sarawak dan UMNO kalah di Semenanjung lagi huru-hara. PKR kena selesaikan perkara ini sekarang. Samada PAS mahu bergabung dengan Pakatan Harapan atau tidak.

Sekarang pun dalam Parlimen, PAS menolak isu rakyat, apa cerita.?

Apabila AMANAH di maki hamun, adakah AMANAH minta PKR menegur pemimpin PAS ?

PKR kalau nak masuk campur pun hanya perkara yang berkaitan dengan Selangor!

Qucincau berkata...

PAS .. boleh blah. Phuuiii

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju Amanah masuk jea bertanding 3 penjuru tu...paling tidak kita boleh tengok antara Pas dan Amanah siapa yg dpt undi lebih tinggi...tak timbul soal pecah undi...rakyat dah boleh nilai mana yg hendak dipilih...

otaiblues.blogspot berkata...

pas cakap berbelit belit...uztaz menda mcm ni.cakap tak betul.berkawan tapi khianat..
11 kerusi.11 juga ilang deposit..

Tanpa Nama berkata...

Bodoh & bangang adalah elemen penting sebagai ahli PAS...mengUMNOkan PAs disebalik jubah n serban merupakan corak PAs masa kini

Tanpa Nama berkata...

PAS kene mintak BN beri laluan kepada PAS untuk bertanding. Dan Amanah akan lawan PAS. Tengok siapa kuat.

Tanpa Nama berkata...

saya seru kepada pengundi di Sarawak... humbankan PAS, humbankan parti sombong bongkak itu, parti menjual agama..biar BN menang, asal jangan PAS, kalau ada Amanah, biar pilih Amanah asal jangan PAS...kerana PAS tidak AMANAH - saya bukan robot

Tanpa Nama berkata...

Pas pasti tumpas di sarawak.hj hadi
dan pemimpin cakap berbelit2.masuk
parti bukan untuk menang bertanding
tapi sekadar nak jadi penasinat.umno
tak lantik pun hj hadi.yang untung nasha
rudin dan haron din saja.hudud pun
telah ditinggaljan.hanya serban saja
yang masih melekat dikepala hj hadi

www.nasharrawy.blogspot.com berkata...

Pakatan harapan adalah kesinambungan kepada gagasan rakyat dan suara rakyat ! parti bulan yang mengasaskan blok goblok boneka umno ada agen perpecahan pembangkang dan boneka umno di dalam " 3 corner fight " lawan PH untuk memnangkan umno/BN ! kongkalikong ! pas lawan sesama pembangkang cetusan strategi pas dan ikatan untuk memenangkan umno di dalam " 3 corner fight "
Oleh : nasharrawy.blogspot.com/13.4.16

Sangga Buana berkata...

PAS parti bersikap munafik.
Calonnya Keristian Clement Bayang dgn alasan Islam mentadbir.
Bila Harun Din kerja sbg ketua Cluster Dakwah bawah Zahid Hamidi mereka buat2 Bodoh je atau memang Bangang.
Ini dinamakan SEKULAR MENTADBIR ISLAM KE?.
Sebenarnya sebenarnya SEKULAR MENTADBIR PASIK (PAS + IKATAN)

PAS SEKARANG bukan bukan bermaksud Islam.
PAS sebuah parti yang peralatkan agama Islam.