11 Apr 2016

Perkembangan Terkini Hanipa & Asmuni...

Keadaan Hanipa semakin baik, boleh bernafas tanpa alat bantuan

Keadaan kesihatan Ahli Parlimen Sepang Mohamad Hanipa Maidin semakin baik dan kini boleh bernafas tanpa bantuan alat pernafasan, demikian lapor Malaysia Dateline.

Menurut isteri beliau Rohani Rohmat, Hanipa kini berada dalam keadaan stabil, boleh menggerakkan anggota badan dan ingatannya juga kembali pulih apabila dapat mengenali saudara mara dan sahabat handai yang datang menziarahinya. Ketika ditemui Malaysia Dateline di wad rawatan rapi Jabatan Neurologi Hospital Kuala Lumpur, Rohani berkata pegawai perubatan yang merawat Hanipa juga berpuas hati dengan perkembangan kesihatan beliau dan kini sedang memantau tekanan darah Pengerusi Kanun Amanah itu.


Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan suaminya juga kepada mereka yang menziarahi Hanipa sejak dimasukkan ke hospital Isnin lalu.

Hanipa pengsan di Dewan Rakyat petang 4 April lalu ketika sidang dewan berhenti rehat dan dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau kemudiannya dipindahkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi rawatan selanjutnya.

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Amanah itu dibawa keluar dari persidangan Dewan Rakyat ketika perbahasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengenai Rang Undang-Undang Syarikat 2015.

Pegawai perubatan parlimen memaklumkan Hanipa muntah-muntah dan tekanan darah peguam itu melonjak tinggi mencecah 250/110.

Di dalam perkembangan berasingan, keadaan kesihatan Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Perak, Sdra Asmuni Awi telah pulih dimana mengikut status di dinding facebooknya, beliau menyatrakan telah keluar dari IJN petang semalam.


Beliau menerima ucapan kesyukuran kepada hadhrat Allah s.w.t. dari pengunjung facebooknya dan doa agar beliau terus dikurniakan kesembuhan dan kesihatan.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Setiap perjuangan mesti ada ujian. InsyaAllah. Go Amanah Go!

Husmad Ahmad berkata...

Alhamdulillah semoga sehat berpanjangan demi mengukuh kekuatan parti.

Keluarga Tiadat berkata...

Moga ujian itu suatu yg koreksi diri.. hidup umpama roda dan amanahlah. Jgn larikan hak dan amanah yg dipertanggung jawabkan.. kembalikan hak orang sblm saat penentuan. Ingatan ikhlas.

Tanpa Nama berkata...

Haji Hadi masuk hospital dulu, apasal tak suruh dia kembalikan kerusi parlimen dan dun yang dimenangi dengan Pakatan Rakyat, bukan PAS saja yang mengundi dia. Rakyat undi di atas kapisiti PAS bersama PR. T skrg etapi sardin jer mukanya anggap kusi itu milik PAS. Lagi besar x amanahnya.

mojek D'Dinar berkata...

Alhamdulillah, semoga Allah memberi keberkatan sepanjang hayat perjuangan.

Tanpa Nama berkata...

Selalu ponteng sidang parlimen dan selalu ponteng sesi pengundian dalam menentukan kelulusan sesuatu akta yang menekan rakyat rasanya lagi besar ketidaamanahannya...nilai diri sendiri dulu sebelum mengata orang saudara...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...