12 Apr 2016

Tiba-tiba Isu Zakir Naik Jadi Isu Politik Serang PH

MIC, NGO India gesa syarahan Zakir Naik dihentikan

Seorang Pemuda MIC dan gabungan NGO kaum India, RAPAT hari ini membuat laporan polis terhadap pendakwah Islam popular Dr Zakir Naik, yang dijadual akan menyampaikan syarahan di Melaka mengenai persamaan antara agama Hindu dan Islam.

Ketua Pemuda MIC Sembilan itu mendakwa penceramah itu, seorang warga India, sebelum ini pernah menghina penganut agama Hindu dan Kristian pada syarahan di UiTM Shah Alam.


"Kami mahu kuliah ini (di Melaka) dibatalkan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan selepas membuat laporan di Balai Polis Seremban.

Perkara itu turut disuarakan oleh RAPAT, yang berkata kandungan syarahan Zakir bersifat "fitnah terhadap agama-agama lain".

Rapat membuat laporan polis terhadap kuliah yang akan diadakan di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka pada 17 April, di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur.

Zakir pada tahun 2013 dianugerahkan Tokoh Ma'al Hijrah peringkat antarabangsa oleh Yang di-Pertuan Agung.

Bagaimanapun, personaliti televisyen itu dihalang daripada bercakap di Singapura dan diberitahu oleh kerajaan Kanada pada tahun 2010 bahawa beliau tidak akan dibenarkan masuk ke negara itu.

Beliau juga telah dihalang daripada memasuki United Kingdom.

Bagaimanapun, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Zakir adalah seorang pendakwah yang terkenal di dunia dan kuliahnya telah meyakinkan beribu orang untuk memeluk Islam.

"Ribuan manusia menganut Islam kerana ceramahnya. Jutaan muslim mendapat manfaat dari penghujahannya," kata Asri. -mk


Pemimpin DAP pula label Zakir Naik sebagai ‘setan’

Kehadiran pendakwah Islam kontroversi, Dr Zakir Naik terus mendapat kecaman pelbagai pihak dan terbaru, Timbalan Setiausaha Agung DAP, P Ramasamy menggelarnya sebagai ‘setan’.

Menerusi kenyataannya di Facebook, Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang menulis ‘Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!’.

Bagaimanapun, selang beberapa jam kemudian, Ramasamy menyunting status itu dengan memadam perkataan ‘satan’.

Dalam kenyataan sama, Ramasamy mendakwa Zakir hanya mahu menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam di negara ini.

“Beliau (Zakir) adalah pendakwah Islam dan tidak mempunyai apa-apa tetapi kebencian dan penghinaan terhadap orang bukan Islam.

“Dia (Zakir) telah diharamkan di Kanada dan UK untuk kuliahnya. Malah, beberapa umat Islam di India telah menggelarnya sebagai pendusta, seorang yang separuh benar dan penyampai kebencian,” tulis Ramasamy

Beliau juga menggesa rakyat Malaysia, khususunya pertubuhan India dan agama Hindu supaya membuat laporan polis terhadap Zakir.

Ramasamy dipercayai mengeluarkan kenyataan sedemikian selepas bantahan sama dikeluarkan oleh Hindraf dan MIC.

Program pertama Zakir yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih 30,000 pengunjung.

Beliau berada di Terengganu selama lima hari dan akan menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di beberapa universiti berhubung perpaduan dan kekuatan Islam.

Kehadirannya di Terengganu bagi memenuhi undangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Undang kemarahan umat Islam

Bagaimanapun status Ramasamy itu mengundang kemarahan warga maya yang berbangsa Islam dan mereka bertindak mengecamnya.

Pemilik akaun Zack Rahim berkata Ramasamy adalah individu yang bertanggungjawab menghalang Zakir dari menyampaikan dakwahnya di dalam negara ini sehingga memaksa polis menghalangnya daripada berdakwah.

“Antara orang (Ramasamy) yang bertanggungjawab berjaya membuatkan pihak berkuasa batalkan program intelektual Dr Zakir Naik. Malah digelarnya ‘satan’ ke atas seorang yang mempunyai al-quran di dalam otak dan akalnya, juga punya segala kitab lain.

“DAP, PKR, AMANAH serta kerajaan Pulau Pinang dan seluruh Pakatan Harapan bertanggungjawab dengan kenyataan ini sebab Dr Ramasamy bukan pemilik kedai nasi kandar atau kedai emas Jalan Bonus. Beliau timbalan ketua menteri Pulau Pinang,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Muhammad Sufian menyarankan Ramasamy menyertai program Zakir.

“Ramasamy patut sertai forum Dr Zakir Naik. Bukan halau keluar Dr Zakir Naik dari Negara ni, ini Negara Islam,” katanya.

Malah, ada juga yang meminta Ramasamy membuang gelaran professor beliau.

“Pergi buang nama professor. Tak layak, cakap macam orang tak ada pendidikan,” kata Nik Haqeem pula.
-mk


ULASAN GB

Semalam di dalam satu kumpulan WA, GB mengulas begini:

Kenyataan Ramasamy sahaja yang dirujuk oleh pihak tertentu untuk mencari political mileage dan kenyataan Ramasamy sahaja yang diwarwar dan dikutuk, sedangkan MIC dan NGO India yang membuat laporan polis yang menyebabkan program ceramah Zakir Naik dibatalkan lansung tidak disentuh.

Dan begitu aneh, dilakukan pula tweet palsu kononnya Lim Guan Eng turut menghalang Zakir Naik.



Paling menghairankan dan paling menjelekkan apabila pemimpin-pemimpin sebuah parti mengambil kesempatan dan menggunakan tweet palsu ini untuk menjadikan ia alasan dan peluang memburukkan Pakatan Harapan.



Kebetulan Ramasamy itu seorang pemimpin DAP dan Timbalan KM Pulau Pinang, maka pihak tertentu menggunakan kenyataannya itu untuk menyerang DAP dan Pakatan Harapan sedangkan isunya ialah bangsa India yang beragama Hindu TANPA mengira parti yang menentang kehadiran Zakir Naik.

Tentulah masyarakat India yang beragama Hindu ada hujjahnya dan kita sepatutnya bertenang dan mendengar hujjahnya terlebih dahulu serta perbanyakkan berdialog dengan mereka mengenai itu tersebut demi untuk mewujudkan keharmonian di antara kaum di dalam negara mkita. Bukan melenting tak tentu pasal sehingga habis punah keharmonian yang ada.

Sepatutnya tiada apa masalah dengan kedatangan Zakir Naik, namun penganjur program juga sepatutnya menentukan tajuk yang tidak menyentuh kaum dan ugama lain di dalam program berkenaan.

Apabila ia berlaku maka timbullah apa yang berlaku kini.

Dan Najib tersenyum puas, kerana isu Zakir Naik telah dapat mengalih pandangan rakyat daripada isu 1MDB & GST untuk PRN Sarawak.

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini semua terikut-ikut dengan perangai ulamak Jebon.
Ramasamy tu dah tentu kafir laknatullah. Dan tanggungjawab kita memberi penerangan kepada dia.

Yang peliknya kenapa Amanah @ PH yang menjadi bahan serangan mereka? Memang mereka tu minda ulamak jebon.

malaysibaru berkata...

Salam

Maaf cakap..


Jika kita umat islam ulaarrrmak mahupun pak lebai nak tarik non Muslim kpd kita

Caranya mudah... Ikut cara nabi s.a.w

Cara ayoh hadi Ping kata serawak pakai cawat ... Kristian... Tak betul

Cara zakar naik pun tak betul... Kutuk budaya hindu

Elooloo nabi pun tak kutuk Yahudi nasrani...

Nabi tunjuk akhlak islam dan kebaikan tak aembah lembu tak.makan.khinzir


Ularrrmak sesat hadi dan zakar panjang naik sudahlah... Ubah cara kamu

Sebelum kami.semdiri ubah kamu!!!

Tanpa Nama berkata...

Biar bertamaddun sikit la.
Aku cadangkan penganjur buat satu slot khas utk berbahas dihadapan penonton. Panggil ka datok mana...prof mana yg beragama hindu yg kuat sangat bangkangannya berbahas dipentas. Sure lagi ramai yg datang. Situ baru tahu kebenaran dakwaannya. Jgn main tuduh ja.

Tanpa Nama berkata...

Hahaha. Malaysia baru..malaysia baru. kalau kamu betul-betul ingin ikut cara nabi kenalah ingat, dia pun tak mengata kat orang zakar panjang naik macam kamu!!

Unknown berkata...

Zakir dtg malaysia baru kita tahu.. sebenar kerajaan BN menyerapkan perpaduan antara kaum di negara malaysia ni masih tidak 100%. Rupanya antara kaum masih memendam rasa dan curiga mencurigai..atas nampak tenang..bawah masih bergelora..
MALAYSIA BARU.. bagi aku zakir bukan mengutuk agama hindu.. dia berckp atas fakta..zakir ni terlalu dan amat pakar dlm perbandingan agama.. sebagai contoh dlm video yg pernah kita tgk..dia sebut satu ayat di kitab injil .. ayat ke berapa.. mukasurat berapa.. barisan berapa.. walau pun dia cerita pasal injil... aku malu sendiri.. memang sah Al-quran lebih dr itu ilmunya... masaalah byk negara pendita, sami atau paderi tidak boleh menjawab fakta dia.. agak2nya tim. Ketua menteri penang tu kalau di tanya pasal kitab hindu.. ayat berapa..mukasurat berapa.. baris berapa dia hafal ke kitab hindu tu.secara langsung atau secara langsung akan memalukan tim ketua menteri tu..byk negara tak benarkan dia bg ceramah.. atas alasan memecah perpaduan antara kaum.. tp takde siapa pun dlm dunia berani berdebat dgn zakir ni... Alhamdulillah zakir di lahirkan sebagai seorg islam.. rasa semua umat islam di dunia ini begitu bangga manusia bernama zakir naik...

Tanpa Nama berkata...

Ni diorg serang2 sbb nk tutup isu 1mdb la..tp dr ramasamy pun ada salah jgk nmpk angkuh sombong, sepatutnye die menghormati cakap cara baik,ini terus kata "Satan"..mcm org xda pendidikan pulak.elok ambil tindakan pada die ni..Xpasai2 sbb die nama ph pun kena jgk..

Tanpa Nama berkata...



Jalan Yg LURUS... Terang Ber CAHAYA
MINDA yg Gelap... Akan Ter BUKA
Hujjah dan FAKTA... Umbi PAKSI Nya
Merit dan AMANAH... FITRAH pun Menjelma
Kaseh Mem-BERI... Sinaran Yg MULIA
Ibarat Mentari... Yg Memancar PERCUMA
Yg MENERANGI Samar... Gelap dan GELITA
Yg Menyuloh ONAR... FITNAH dan Dusta
Yg "Menangkap" PeNYAMUN... Pe RASUAH Cilaka
Kaseh Mem-BERI... Itulah Kaseh Yg'ESA
Kaseh Mem-BERI... TAK Meminta APA2
Krn Kaseh Mem-BERI Itu... Damai Ke Syurga



Wahai Sahabat... AMANAH Budiman
Jadikan lah HUJJAH... FAKTA Idaman
Jadilah INSAN... Yg LUAS Fikiran
Jadilah INSAN... Yg Halus "RENUNGAN"
Siku dan LUTUT... BUKAN Lah Pedoman
U-Turn dan PONTENG... BURUKnya Amalan
FITNAH Men CURI... "Induk" KEBEJATAN!
Gelap KESUMAT... Hancur Ber Antakan!!


Wahai Sahabat... AMANAH Sejati
Kaseh Mem-BERI... Kaseh ABADI
Kaseh Mem-BERI... Sifat'NYA-ILAHI
Kaseh Mem-BERI... Damai Di Hati
ERAT Ter Pahat... Sampai Ke MATI
Ke Pintu Syurga... Sama Di NANTI







Tanpa Nama berkata...

pada pandangan saya.. ramasamy tidak wajar keluarkan perkataan tersebut tetapi tidak salah atas kapasiti dia bukan islam. Hujahnya yang kita sendiri memandai untuk buat tajuk untuk DZN kenapa? ada persetujuan dengan penganut Hindu. lainlah kalau penganut hindu yang minta untuk buat tajuk seperti itu. kita mungkin kata tak ada apanya dengan tajuk itu kita bercakap di atas sudut pandangan umat islam. Cuba kita pulak jadi seperti mereka? Kenapa perlu tajuk seperti itu kalau tidak ada tajuk sepertikan mudah. seperti di Trengganu tak ada masalahpun. Hak memepertahan agama adalh fitrah semulajadi manusia. Mereka akan pertahankan apa yang mereka yakini kita tidak ada hak untuk mengatakan oh bukan islam tak boleh pertahankan keyakinan dan agama mereka. KIta juga berhak untuk pertahankan agama kita dan kesucian agama kita itu fitrah. Nabi pesan jangan sekali2 kita menghina agama lain nanti mereka akan menghina agama kita lebih dari itu. semasa kes geng2 bangang mengusung kepala lembu menghina tuhan hindu ada kita membenci dan membantah? kenapa kita tidak ikut pesan nabi. now pesan nabi terbukti benar...

Lebai Roger berkata...

Kpd ramasamy,pemuda mic dan juga PJ perak @ DU phg......, Qulya .....kafirun. Nabi saw sampaikan Islam dgn hujah.Puak2 ni guna polis ketua.....sama bangang ja Pas dan hindraf. Lidah dah keras apatah lagi hati....busuk macam pekong. Apa ilmu berhujah dah tepu kah.Tak hairan lah wala mengkhinzir buta!

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya tajuk itu sendiri adalah sensitif.

apa keperluannya diadakan perbandingan Islam dgn agama hindu? hindu bukan agama samawi.

Tanpa Nama berkata...

Kata-kata malaysibaru berkata... memang biadap. Mentaliti kamu terlalu rendah, otakmu memang kat lutut.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya org Islam dan penguasa Islam... seperti PM, TPM, MB, KM KPN, MUFTI, DLL tidak perlu takut pada cakap2 org bukan Islam. Dr Zakir Naik telah dinobatkan sbg tokoh maal hijrah oleh Agong. Jadi umumnya Agong dan penguasa telah mengikhtiraf ketokohan dan keilmuan beliau. Semestinya ramai org bukan Islam takut akan kehadiran beliau kerana beliau telah mematahkan dan menewaskan ramai non muslim yg datang berhujah dgn beliau sehingga ramainya org memeluk Islam. Percayalah dlm mana2 agama pun, akan ada manusia2 yg mendapat kelebihan atas jawatan dan kedudukan mereka. jadi kedatangan Dr Zakir dilihat menggugat kedudukan mereka kerana risau akan hilangnya pengaruh dan kuasa.

Yg lebih pelik lagi apabila ada org Islam sendiri yg takut akan Dr Zakir dan melabel dan mencemuh beliau dgn kata2 nista. Ia lebih menyedihkan dari kata2 nista dari non muslim. barangkali mereka2 ini juga takut akan hilangnya pengaruh dan kuasa apabila org Islam lebih kenal dan faham Islam daripada apa yg mereka sampaikan.

sepatutnya kedatangan Dr Zakir perlu dimanfaat dgn baik demi menyebarkan dakwah Islam di mana tidak ramai di kalangan kita sendiri mempunyai tahap keilmuan seperti beliau. umat Islam perlu keluar dari kepompong kejumudan yg telah mengongkong minda umat Islam umumnya di Malaysia ini. sebab itulah sudah lebih 50thn merdeka, masih ramai org melayu menyimpan Islam utk diri mereka. kita dgn mudah dan sering mencemuh agama2 lain, sedang Islam tidak mengajar umatnya mencemuh dan berkata buruk kepada agama lain.

sepatutnya komen2 yg tidak baik oleh non-muslim pada Dr Zakir itu kita balas dgn cabaran iaitu suruh mereka pergi berdepan dan pergi berdebat dgn Dr Zakir Naik. Janganlah kita jadi tidak cerdik, membalas komen buruk itu dgn cacian dan makian pula. pihak polis pula kan ada kuasa dan reti undang2. Jika memang tiada kesalahan dlm program itu. kenapa dibatalkan. Jika ada arahan pihak atasan. rasanya elok saja di viralkan supaya rakyat tahu siapa yg punya angkara. biar rakyat hukum mereka.

paskiniCHAIpunya berkata...

Hahaha...berhasil jugak perah otak war room amno...ini yang otai2 tua pemikir amno boomers mau...
selagi boleh rakyat lupakan masalah negara...
fikir saja masalah akidah, Tuhan, ruh, kiamat, benda ghoib, kristianisasi, salib, Hinduisme, gaduh pasal agama sapa paling win, sapa paling wali houlier than thou, sapa ikut Nabi, sapa ikut babi...
hutang negara tetap dibayar guna duit GST...mana pergi duit GST banyak2? Jibby layan Zakir Naik....Kahkahkah!

Unknown berkata...

Salam:

Biasalah Najib/BN mengunakan tactic lama untuk meng COVER issue yg lebih besar 1MDB duit habis berbilion-bilion.gunakkan isue LGE,issue taman manggis DAN TERBARU ISSUE DR.Zakir Naik...mengharapkan rakyat termakan dgn Klentongnya bila PAC umumnkan lapuran reportnya.Najib siap kata issue 1MDB dah selesai.


sekian

Tanpa Nama berkata...

Sahabat baik pan buat hal pulak dah. Mic pun dah nampak belang dan umno pun belum putus hubungan dgn mic.

Tanpa Nama berkata...

Banyak kejadian di dalam negara membuat kita sendiri mempersoalkan Islam yang bagaimanakah yang ditunjuk oleh pemimpin- pemimpin politik, ketua-ketua agama seperti mufti dan penceranah dan tokoh-tokoh masyarakat kita.?

Zakir sepatutnya melihat keadaan Islam dan masalah yang menjadikan kekeliruan oleh Islam di Malaysia. Tajuk dan isu yang dikupas oleh Zakir tidak sesuai dan langsung tidak membantu orang Islam sendiri lebih memahami Islam.

Yang datang sudah tentu rata-rata orang Islam jadi apa faedah nya menyampaikan perbezaan Islam dengan agama lain pada orang Islam? Kedatangan Zahir sepatutnya di gunakan untuk membuat orang Islam taat kepada perintah Allah dan jangan guna agama untuk kepentingan politik.

Jika benar orang Islam di Malaysia memandang tinggi pada Dr Zakir tanya dia tentang sikap dan cara pemerintahan Islam di Malaysia?

Adakah soalan begini di benarkan seperti mana tajuk perbezaan agama di benarkan?

Ceramah Zakir tidak sesuai di buat secara terbuka tetapi atas jemputan dan keinginan semua orang untuk hadir dan mengemukakan soalan tidak kira apa agama sekalipun.

Jadi lah satu contoh orang Islam sebagai penganti Tuan Guru Nik Aziz. Walaupun satu tetapi dapat menutup kelemahan kita dan kesilapan kita.

Tanpa Nama berkata...

Ikut la sapa nak kata sapa, yg pasti dr zakir naik menakutkan orang kafir dengan hujahnya. Kenapa perlu takut, hantarkan dua2 puak tu, mic,hindraf, dap jumpa face to face dgn dr zakir. Jangan hairan plak sebab beliau pakar dalam kitab2 veda berbanding ahli politik ni. Silap2 kena fire balik xpayah pakai quran, pakai kitab veda pun dah terbakar puak2 ni.

Tanpa Nama berkata...

malaysi baru ni aku rasa org kafir kot.... dia x tau pun apa yg dia ckp, dh serupa perangai umngok, main lepas cakap buat fitnah dpt dosa free je..... klau mmg betul kafir mmg la sah neraka juga....sorry der aku x kenal pun ko siapa tapi dr cara komen kamu aku tidak nampak kamu itu islam...

Tanpa Nama berkata...

islam bukan di sisip di bawah bantal itulah matalamat org alim sperti DZN
dia mahu saham pahala di akhirat brganda2 mnyelamat kan manusia dari api neraka selamanya itulah matlamat sama cam akulah...hihi prasaannya aku...salahke

Tanpa Nama berkata...

Cara Malaysibaru itupun tak ikut nabi. Sila fahami baik-baik tajuk dengan fikiran jernih, "Persamaan antara hindu dan Islam." Persamaan itu sudah semestilah perkara tentang perkara benar dan baik bukan perkara sebaliknya. Bagi yang menentang tajuk tersebut seolah-olah bersetuju dengan kebatilan.

Tanpa Nama berkata...

Mempertahankan agama biarlah kena pada tempatnya. Tajuk itu tiada masalah dan langsung tidak ada unsur menghina agama lain. "Persamaan" itu sudah tentu dengan maksud membandingkan perkara kebenaran dan kebaikan dan bukan sebaliknya kebatilan dan kejahatan. Gunakan fikiran yang jernih dan murni.

Tanpa Nama berkata...

Akhirnya UMPORNO BeND telah berjaya menecahkan silaturahim rakyat malaysia. Mengalih isu 1EmDB. 1 dunia tahu DrZN kontroversi. Persoalan kenapa di Malaysia dn bukan d negara Islam lain iaitu utk mengukuhkan hubungan antara Suni & Syiah. Hari2 berperang sebab masing2 kata sendiri lebih maksum. Jawapannya utk mengalih isu. Pecah dan perintah. Golongan Ularmak tak kan sampai kesitu fikirannya. Ayuh selamatkan Malaysia. Kita jaga keluarga besar kita Malaysia. ALLAH MAHA MENGETAHUI. ALLAH telah ciptakan pelbagai umat manusia. Kita tiada kuasa utk mempersoal kenapa ALLAH cipta golongan kafir. Itu kerja ALLAH. Kita hambanya buatlah kerja manusia.p0

pemuda parit kings berkata...

Teruk betul komen2 yg ada ni...org Islam hina Islam x salah ker???org bukan Islam hina Islam shj yg salah???tak kiralah betapa baik dan hebat seseorg itu tentang Islam dan agama lain pun...bg saya nk menghukum seseorg tu...kuasa kamu kah???sedarlah wahai teman2 semua...sanggup mengatakan kafir pada seseorg tu betulkah???Islam Ya....cuba cerminkan diri kalian semua...Islamkah kamu???hebat bagaimana pun manusia itu...dia tetap manusia...dijadikan dari sesuatu yg kotor dan dikeluarkan tempat yg kotor juga...jgnlah kamu mendabik dada mengatakan kamu sudah benar...suci dan hebat...sekiranya benar seseorg itu...hnya Allah shj yg mampu menilai dan menentukan....bukan kamu semua...jgn sibuk dok salahkan kaum lain selagi kaum kamu tak beriman sesungguh2nya...jgn kamu dok menghina agama lain selagi kamu x menghormati agama mu sendiri...