28 Apr 2016

Mujurlah AMANAH Tak Bertanding Di Situ....

Sepanduk, papan iklan PAS dirosakkan di Kakus, Lambir

MIRI: Dakwaan vandalisme mencemari hari ketiga kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak dengan beberapa insiden dilaporkan di Kakus, Lambir dan Kuching oleh parti pembangkang dan pemerintah.

Papan iklan calon bukan Islam pertama parti PAS, Clement Bayang, yang dipacakkan di Kakus dikoyakkan, manakala sepanduk markas operasi PAS di Lambir dibakar pihak tertentu.


Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili memberitahu FMT pihaknya terima maklumat berhubung pelaku disebalik insiden itu tetapi enggan menamakannya.

“Kita tak mahu menuduh sesiapa. Setakat ini suasana keseluruhannya terkawal dan saya rasa ini hanya kes terpencil,” katanya.

PAS telah mengarahkan pekerja parti, ahli dan penyokong supaya sentiasa berdisplin dan tidak menimbulkan provokasi sepanjang tempoh berkempen.

“PAS Sarawak juga menyeru agar semua pihak mengekalkan suasana damai sepanjang tempoh berkempen. Insiden di mana sepanduk PAS Sarawak dibakar di Lambir, papan iklan calon PAS di Kakus dikoyakkan dan lain-lain tidak sewajarnya berlaku,” kata Mukhtar.

Sementara itu, di Kuching, SUPP membuat laporan polis selepas dua iklan kempen di Batu Kawah didakwa dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Sebuah papan iklan dikoyak dan dibakar, sebuah lagi dibakar cat. Ini satu lagi contoh politik kebencian dan ketakutan yang dibawa ‘kem musuh’,” kata presiden Dr Sin Kui Hian dalam satu kenyataan.

Tiada kejadian serupa dilaporkan di kawasan-kawasan lain dalam pilihan raya yang dijangka akan berlangsung secara aman.-FMT

ULASAN GB

Mujurlah Parti Amanah Negara tidak terlibat di DUN-DUN yang PAS dakwa sepanduk dan papan iklannya dirosakkan iaitu di Kakus, Lambir dan Kuching.

Di N60 Kakus calon PAS Clement Bayang bertemu dengan Joshua ak Jabing @ Joshua Jabeng (PKR) dan Datuk John Sikie ak Tayai (BN)

Di N72 Lambir calon PAS, Mohammad Arifiriazul Paijo melawan Mohdar Ismail (PKR) dan Ripin Lamat (BN)

Manakala di N67 Jepak Kiprawi Aman (PAS) melawan Abdul Jalil Bujang (PKR), Datuk Talib Zulpilip (BN), Mohammed Anuar Abdul Hamid (STAR) dan Wong Hau Ming (BEBAS)

Jadi kesemua kerusi di atas PAS melawan rakan karibnya sendiri PKR, disamping BN dan Bebas.

Jika AMANAH bertanding di situ, tentulah PAS akan menuduh AMANAH yang melakukan kerana PAS sudah menganggap AMANAH sebagai musuhnya.

What goes round turns around. Anda berlagak samseng maka gelagat samsenglah yang akan kembali kepada anda. Itu hukum kebenaran dan keadilan.

Parti Amanah negara, alhamdulillah, kini diterima oleh rakyat pelbagai kaum, keuturunan dan agama di tempat-tempat ia bertanding sesuai dengan mottonya Islam sebagai "Rahmatan lil Alamin".


7 ulasan:

Unknown berkata...

Salam

Congratulate!!Tahniah!!Amanah!! Anda LULUS ujian pertama di Serawak,walaupun tak sampai setahun jagong tapi anda kenal diri anda,TAK BELOT,TAK Tikam kawan,setia bersama kawan-kawan dlm PH.wALAUPUN MEMBER SEBELAdownloadH ANDA MEMBUAT ONAR.

Ujian ini sebagai Asset utk Amanah utk PR14 Nanti majority rakyat sedang perhatikan kamu.Rakyat faham,anda menentang BN yg bertanding dgn level playing field yg tak sama.Umpama bermain bola di padang bola. Kedua linesman BN punya,referee BN punya,Tiang Goal BN kecil,manakala tiang goal Amanah-PH Besar dan yg TERBARU dan tak disangka ada pemain fullback PH, BELOT score goal sendiri. BAYANGKAN bagaimana nak menang??.

wALAUBAGAIMANAPUN dgn Semangat juang yg KENTAL,tuan-tuan semua akan beroleh satu pengalaman yg cukup BERHARGA.

semoga insyallah berjaya.

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong pas pis pusssssy menang 12 kerusi.....kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

stlh bertembung disrwk, adakah azmin akan kekalkan exco2 pas dlm pentadbiran selangor?

adalah agak janggal kalau bersama diselangor tapi berlwn disrwk.

kalau tiada tindakan, maka aku lihat azmin hanyalah musuh dlm selimut yg akan menggantikan tempat hadi dlm kerja2 khianat dlm pru akan dtg.

waspadalah. adalah diharap akan ada usaha utk mengenalpasti dan memaparkan barua2 azmin kpd umum agar dpt disingkirkan nanti.

Tanpa Nama berkata...

Calon pas ni dah sokong hudud laa..

Unknown berkata...

Maju Amanah...maju InsyaAllah

Tanpa Nama berkata...


SUPP buat lapuran Polis. PAS menganggap kes terpencil. Atau adakah perkara biasa bagi PAS ?

SUPP buat lapuran Polis sebab menolak politik kebencian dan ketakutan.
PAS menerima, adakah kerana PAS biasa atau pernah mengguna cara begini?

Tanpa Nama berkata...

Nk tanya calon pas yg kristian tu sokong hudud x?