25 Apr 2016

[BERGAMBAR] Penamaan Calon PRN Sarawak -UPDATED

Proses penamaan calon berlangsung hari ini selama sejam dari 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi di 82 pusat penamaan calon bertempat di pejabat-pejabat kerajaan, dewan orang ramai, sekolah, maktab perguruan, perpustakaan, rumah rehat kerajaan serta stadium tertutup.

DAP telah mengumumkan 30 calonnya untuk 30 kerusi, PKR 40 calon dan Amanah 13 calon manakala Pas 11 calon di PRN Sarawak.


Majoriti calon-calon parti yang bertanding dikalangan anak tempatan.

Senarai calon-calon yang bertanding pada PRN Sarawak ke 11 bagi 82 kawasan DUN.

N.1 OPAR
Ranum Mina - Calon langsung BN
Francis Teron Kadap (PKR),
Partick Anek Uren (PBDS)
Niponi Undek (Bebas)

N.2 TASIK BIRU
Henry Harry Jinep (SPDP)
Mordi anak Bimol (DAP)
Johnson Bilok (DNP)

N.3 TANJUNG DATU
Tan Sri Haji Adenan Haji Satem (PBB).
Jazolkipli Numan (PKR)

N.4 PANTAI DAMAI
Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi (PBB)
Zainal Abidin Bin Yet (PAS)

N.5 DEMAK LAUT
Dr Haji Hazland Bin Abang Haji Hipni (PBB)
Mohammad Fidzuan Zaidi (Amanah)

N.6 TUPONG
Fazzruddin Abdul Rahman (PBB)
Nurhanim Hanna Mokhsen (PKR)

N.7 SEMARIANG
Sharifah Hasidah Syaeed Aman Ghazali (PBB)
Yusof Assidiqqi Bin Ahmad Sharkawi (PAS)
Nani binti Sahari (Amanah)

N.8 SATOK
Datuk Amar Abang Johari (PBB)
Mohamed Salleh Shawkatali (PKR)

N.9 PADUNGAN
Peter Pau (SUPP)
Teo Kuang Kim (Star)
Wong King Wei (DAP),

N.10 PENDING
Milton Foo Tiang Wee (SUPP)
Violet Yong Wui (DAP)

N.11 BATU LINTANG
Sih Hua Tong (SUPP)
See Chee How (PKR)
Lina Soo (Star)

N.12 KOTA SENTOSA
Wilfred Yap Yau Shin (SUPP)
Chong Chieng Jen (DAP)

N.13 BATU KITANG
Lo Khere Chiang (SUPP)
Voon Shiak Ni (PKR)
Abdul Aziz Isa (DAP)
Sulaiman Kadir (Bebas)
Datuk Seri Othman Bojeng (Bebas)

N.14 BATU KAWAH
Datuk Dr Sim Kui Hian (SUPP)
Christina Chiew Wang See (DAP)
Liu Thian Leong (Bebas)

N.15 ASAJAYA
Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB)
Soebiandono Andrew (DNP)
Abang Junaidi Abang Gom (PKR)

N.16 MUARA TUANG
Datuk Idris Buang (PBB)
Zulkipli Bin Ramzi (PAS)
Abang Abdul Halil Bin Naili (Amanah)

N.17 STAKAN
Dato Sri Haji Mohamad Ali Mahmud (PBB)
Leslie Ting Xiang Zhi (DAP)
Jatan Pangau Abas (DNP)

N.18 SEREMBU
Miro Simuh (Calon langsung (PBB)
Athina Klaywa Sim (PKR)
Buln Ribos (Star)
Ressa Billie (DNP)

N.19 MAMBONG
Datuk Dr Jerip Susil (UPP Calon langsung)
Willie Mongin (PKR)
Sanjan Daik (DAP)
John Sireg (DNP)

N.20 TARAT
Datuk Roland Sagah Wee Inn (PBB)
Musa anak Ngog (PKR)
Jospin (DNP)

N.21 TEBEDU
Dato Sri Michael Manyin Anak Jawong (PBB)
Mark Barau (DAP)
Alex Saben Nipong @ Nyipong (PKR)

N.22 KEDUP
Martin Ben (PBB)
Andrew Nyaie (DAP)
Mark Murau (PBDS Baru)

N.23 BUKIT SEMUNJA
John Ak Ilus Calon Langsung- (PBB)
Andrew Edward Luwak (DAP)
Cobbold John (PBDS Baharu)
Johny Bob (Star)
Fredrick Bayoi Manggie (Bebas

N. 24 SADONG JAYA
Ir. Aidel Lariwoo (PBB)
Asan Bin Singkro, 63, (PAS)
Othman Bin Mustapha (Amanah)

N.25 SIMUNJAN
Awla Dris (PBB)
Petrius Lagan (DNP)
Jamilah Baharuddin (PKR)

N.26 GEDONG
Datuk Haji Mohd Noroden Haji Majais (PBB)
Rapelson Richard Hamit (Amanah)

N.27 SEBUYAU
Datuk Haji Julaihi Haji Narawi (PBB),
Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (PAS)
Andrew Anak Jain (Amanah)

N.28 LINGGA
Simoi Haji Peri (PBB)
Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR)
Dato Wan Abdillah Edruce (Bebas)

N.29 BETING MARO
Razaili Haji Gapor (PBB)
Hamidah Binti Mokhtar (PAS)
Andri Zulkarnean Hamden (Amanah)

N.30 BALAI RINGIN
Snowdan Lawan (PRS)
Nicholas Mujah Ason (PKR)
Sentosa Imam (Bebas)
Pok ak Ungkot (PBDA Baharu)

N.31 BUKIT BEGUNAN
Datuk Mong Dagang (PRS)
Juperi Atak (PKR)

N.32 SIMANGGANG
Datuk Francis Harden Holis (SUPP)
Norina Umoi Utot (PKR)
Datuk Dr Ngu Piew Seng (Bebas)
Leon Jimat Donald (DAP)

N.33 ENGKILILI
Dr. Johnical Rayong Ngipa (UPP Calon Langsung)
Nicholas Bawin ak Anggat(PKR)
Adan Sandom (Bebas)
Dr Ridi Bauk (Bebas)

N.34 BATANG AI
Malcom Mussem Lamoh (PRS)
Kolien Liong (PKR)

N.35 SARIBAS
Mohamad Radzi Sitam (PBB)
Yakup Daud (PKR)

N.36 LAYAR
Gerald Rentap Jabu (PBB)
Vernon Aji Kedit (PKR)
James Stanley Mikai (DNP)

N.37 BUKIT SABAN
YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas (PBB)
Noel Changgai Bucking (PKR)

N.38 KALAKA
Datuk Wahab Aziz (PBB)
Jemat Panjang (PKR)

N.39 KRIAN
Kilat Beriak (SPDP)
Ali Biju (PKR)
Polycarp Danson (DNP)

N.40 KABONG
Mohamad Chee Kadir (PBB)
Novert Sullang (DNP)
Jini Bin Sahini (Amanah)

N.41 KUALA RAJANG
Datu Haji Len Talif Salleh (PBB)
Sufian Bin Julaihi (Amanah)

N.42 SEMOP
Abdullah Haji Saidol (PBB)
Fadillah Bin Sabali (Amanah)

N.43 DARO
Shafiee Hj. Ahmad (PBB)
Ibrahim Bayau (Amanah)

N.44 JEMORENG
Datuk Dr Juanda Jaya (PBB)
Dolah bin Shahminan (Bebas)
Kiprawi Bin Suhaili (Amanah)

N.45 REPOK
Dato Sri Huang Tiong Sii (UPP calon langsung)
Yong Siew Wei (DAP)
Wong Ching King, 50 (Bebas - Keluar DAP)

N.46 MERADONG
Ding Kuong Hiing (SUPP)
Ting Tze Fui (F) (DAP)

N.47 PAKAN
Tan Sri William Mawan (Calon Langsung BN)
Rinda Juliza Alexander (DAP)
Dr Jawie Jingot (Bebas)

N.48 MELUAN
Rolland Duat (SPDP)
Semana Sawang (PKR)
Jerry Clement (Bebas)
Elly Lawai Ngalai (Bebas)

N.49 NGEMAH
Alexander Vincent (PRS)
Thomas Laja (PKR)
Richard anak Lias (DAP)
Matthew Mudai (DNP)

N.50 MACHAN
Allen Siden Gramong (PBB)
George Chen Nguk Fa (PKR)
Playmond Raynold (DNP)

N.51 BUKIT ASSEK
Chieng Buong Toon (SUPP)
Irene Mary Chang Oi Ling (DAP)
Moh Hiong Kiong (Star)
Lina Kujak (DNP)

N.52 DUDONG
Datuk Tiong Thai King (UPP calon langsung)
Yap Hoi Liong (DAP)
Casper Kayong Umping (Bebas)
Dr Benny Lee (Bebas)
Mary Tiong Yiik Hong (Star)

N.53 BAWANG ASSAN
Datuk Sri Wong Soon Koh, (Calon langsung)
Wong Sing Wei (Star)
Chiew Sung Ngie (DAP)
Watson Bangau Ak Jonathan Renang (Bebas)
Yeu Bang Keng (Bebas)

N.54 PELAWAN
Datuk Janet Lau (UPP calon langsung)
Priscilla Lau (Star),
David Wong (DAP)

N.55 NANGKA
Dr. Haji Annuar Rapaee (PBB)
Abdul Raafidin Majidi (PKR)
Simon Tiong (Star)

N.56 DALAT
Datuk Hajah Fatimah Abdullah (PBB)
Sim Eng Hua (PKR)

N.57 TELLIAN
Yussibnosh Balo (PBB)
Asinii @ Hasni bin Yahya (PKR)

N.58 BALINGIAN
Abdul Yakub Arbi (PBB)
Nurzaiti Binti Hamdan (Amanah)

N.59 TAMIN
Christoper Gira, 45 (PRS)
Simon Joseph Usau (PKR)

N.60 KAKUS
Datuk John Sikie (PRS)
Clement Bayang (PAS)
Joshua Jabing @ Jabeng (PKR)
Anthony Ejau (DNP)

N.61 PELAGUS
Wilson Nyambong (PRS)
Yong Sibat (Bebas)
Frankie Bedindang (DAP)

N.62 KATIBAS
Ambrose Blikau
Paren Nyawi (DAP)
Munan Laja (SWP)
John Esot (DNP)

N.63 BUKIT GORAM
Jefferson Jamit anak Unyat (PBB)
Larry anak Asap (DAP)
Rentap Salau (DNP)

N.64 BALEH
Tan Sri James Jemut Masing (PRS)
Agong Linsong (DAP)

N.65 BELAGA
Liwan Lagang (PRS)
Alex Lihan (DAP)

N.66 MURUM
Chuk Pai Ugon, 47 (PRS)
Abun Sui Anyit,, 42, (PKR)
Kenneth Adan Silek (DAP)

N.67 JEPAK
Datuk Haji Talib Zulpilip (PBB),
Kiprawi Bin Aman (PAS)
Abdul Jalil Bujang (PKR)
Jok Padan (DNP)

N.68 TANJONG BATU
Datuk Pau Chiong Ung (SUPP)
Chiew Chiu Sing (DAP)

N.69 KEMENA
Datuk Dr Stephen Rundi Anak Utom (PBB)
Leighton Manjah (DAP)

N.70 SAMALAJU
Majang Renggie (PRS)
Engr. Zharudin bin Narudin (PAS)
Michael Lias (Bebas)
Baba Emperan (DAP)

N.71 BEKENU
Rosey Yunus (Calon Langsung, Teras )
Bill Kayong (PKR)
Peter Jilin (Bebas)
Austin Sigi Melu (Bebas)

N.72 LAMBIR
Ripin Haji Lamat (PBB)
Mohammad Arifiriazul Bin Paijo (PAS)
Mohdak Ismail (PKR)
Attak Lee (Bebas)

N.73 PIASAU
Dato’ Sebastian Ting Chiew Yew (SUPP)
Alan Ling Sie Kiong (DAP)

N.74 PUJUT
Datuk Hii King Chiong (UPP calon langsung)
Jofri Haji Jaraiee (PAS)
Fong Pau Teck (Bebas)
Dr Ting Tiong Choon (DAP)

N.75 SENADIN
Datuk Lee Kim Shin (SUPP)
Dr Bob Baru Langup (DAP)
Steve Teo (PKR)
Bill Kayong (DNP)

N.76 MARUDI
Datu Dr Penguang Manggil (SPDP)
Elia Bit (PKR)
Louis Jalang (BEBAS)

N.77 TELANG USAN
Dennis Ngau (PBB)
Roland Engan (PKR)

N.78 MULU
Gerawat Gala- Calon Langsung (PBB)
Paul Baya (PKR)
Paul Raja (DAP)

N.79 BUKIT KOTA
Dr Haji Abdul Rahman Ismail (PBB)
Menang tanpa bertanding

N.80 BATU DANAU
Paulus Palu Gumbang (Teras) - Calon langsung
Nick Nabau (DNP)

N.81 BA’KELALAN
Willie Liau (SPDP)
Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak)

N.82 BUKIT SARI
Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan (PBB)
Menang tanpa bertanding

LAPORAN SIARAN LANSUNG DARI PELBAGAI SUMBER


2.47pm - DAP memulakan serangan ke atas PKR di Bukit Kitang di mana kedua-dua pihak bertanding.

Pemimpin DAP Negeri, Chong Chieng Jen mendakwa pencadang bagi calon PKR Voon Shiak Ni adalah seorang bankrap, dan SPR sepatutnya menolak pencalonan Voon.

Dengan ini, ahli parlimen DAP itu juga menunjukkan bahawa SPR membantu BN dalam memastikan undi anti-BN berpecah antara DAP, PKR dan dua calon bebas.

2.40pm - Sumber Malaysiakini di lapangan mengesahkan PKR dan DAP akan bertarung sesama sendiri di enam kerusi.

Ini berdasarkan pengumuman dibuat pegawai pilihan raya di kerusi-kerusi berkenaan. Ia adalah Batu Kitang, Mulu, Murum Simanggang, Ngemah dan Mambong.

2.30pm - Pantai Damai: SPRM menolak pencalonan calon PKR bagi Pantai Damai Morni Shamsudin, lapor Bernama. Difahamkan ini kerana pencadang Morni diisytihar bankrap.

Keadaan itu menyaksikan pertarungan antara BN dan PAS.

2.15 pm - Seramai 226 calon daripada pelbagai parti termasuk bebas akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Ke-11. Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, pada satu sidang media di pejabat SPR Sarawak sebentar tadi, BH Online melaporkan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 80 calon adalah daripada Barisan Nasional (BN), serta 2 calon BN menang tanpa bertanding, PKR (40), DAP (31), PAS (11), AMANAH (13), STAR (11), Parti Bangsa Dayak Rakyat Sarawak (5) serta 35 calon bebas.

Katanya, sementara dua kertas pencalonan ditolak iaitu bagi calon daripada PKR di DUN Pantai Damai serta Kuala Rejang kerana tidak memenuhi syarat menjadi calon pilihanraya.

1.15pm - Miri - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau berasa "diperdaya" oleh PKR, yang didakwa memungkiri perjanjian dengan memberi kuasa kepada calon-calonnya untuk bertanding di lima kerusi yang diperuntukkan kepada DAP.

"Ia bukan hanya satu kerusi, ia lima kerusi. Jika satu kerusi, kita faham dan boleh cuba untuk terlepas pandang, tetapi lima kerusi. Bagaimana kita boleh terlepas pandang ini?" dia bertanya.

12.35pm - Shah Alam, Selangor - Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengesahkan beliau mengarahkan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mengeluarkan surat kebenaran kepada calon-calon PKR bertanding di lima kerusi yang sebelum ini diperuntukkan kepada DAP.

12.10 pm - Pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan pertandingan tiga penjuru di Bukit Assek antara Chieng Buong Toon (SUPP), Irene Chang (DAP) dan Moh Hong King dari Parti Reformasi Negeri (Star).

Penyokong bersorak dan bertepuk tangan untuk setiap calon dan bergambar sebelum bersurai.

12.00 PM Satu lagi kerusi BN menang, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail bagi kerusi Bukit Kota, lapor MSTAR.

1.N.03 Tanjung Datu- Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB) bertemu Jazolkipli Numan (PKR).
2 N.08 Satok - Abang Johari (BN) bertemu Mohammad Salleh Shawkatali (PKR).
3. N.82 Bukit Sari - Datuk Awang Tengah Ali Hassan (BN) -Menang tanpa bertanding.
4. N.16 Muara Tuang - Datuk Idris Buang (BN-PBB) bertemu Zulkipli Ramzi (Pas) dan Abang Abdul Halil Abang Naili (Amanah)
5. N.14 Batu Kawah - Datuk Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP) bertemu Christina Chew Wang See (DAP) dan Liu Thian Leong (Bebas)
6.N.37: Bukit Saban - Datuk Amar Douglas Uggah Embas (BN-PBB) bertemu Noel Changgai Bucking (PKR)
7. N53: Bang Assan - Datuk Seri Wong Soon Koh(BN) bertemu Chiew Sung Ngie (DAP), Wong Sing Wei (STAR), Watson Bangau ak Jonathan Renang (Bebas) dan Yeu Bang Keng (Bebas)
8.N17: Stakan (kerusi baru) -. Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB) bertemu Leslie Ting Xiang Zhi(DAP)
9. N064 Baleh -Tan Sri Dr James Jemut Masing (BN-PRS) bertemu Agop Linsong (DAP)
10. N55: Nangka - Dr Annuar Bin Haji Rapa'ee (BN-PBB) bertemu Abdul Rafidin Bin Majidi (PKR) dan Tiong Ing Tung (Star)
11. N13 Batu Kitang (kerusi baharu) -Lo Khere Chiang (BN-Supp) bertemu Voon Shiak Ni (PKR),Abdul Aziz Isa(DAP), Sulaiman Kadir (Bebas) dan Othman Bojeng (Bebas)
12.N63 Bukit Goram (kerusi baharu) - Jefferson Jamit Unyat (BN-PBB) bertemu Larry Asap (DAP)
13. N41 Kuala Rajang (nama asa Belawai) -Datuk Talif @ Len bin Salleh...(BN-Pbb) bertemu Sopian bin Julaihi (Amanah) dan Asbor Abdullah (Bebas)
14.N61 Pelagus -2. Wilson Nyabong Igang.........(BN-PRS) bertemu Frankie Bedindang Manjah (DAP) dan Yong ak Sibat.(Bebas)
15. N64 Dun Pujut - Datuk Hii King Chiong (BN) bertemu Fong Pau Teck (Bebas), Jofri Jaraiee (Pas) dan Ting Tiong Choo (DAP)

11.43am - Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menandatangani surat kebenaran untuk PKR bertanding menentang DAP di kerusi Mulu, Mambong, Simanggang, Ngemah dan Murum.

"Kami telah mengesahkan dengan Kak Wan (Wan Azizah). Beliau menafikan (menandatanganinya)," Rafizi memberitahu Malaysiakini melalui mesej teks.

11:21 AM Pegawai SPR mengesahkan Batu Kitang menyaksikan lima calon bertanding bagi kerusi itu - Lo Khere Chiang dari SUPP, Abdul Aziz Isa dari DAP, Voon Shiak Ni dari PKR dan calon bebas Othman Bojeng dan Sulaiman Kadir.

1.N.03 Tanjung Datu- Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB) bertemu Jazolkipli Numan (PKR).

2 N.08 Satok - Abang Johari (BN) bertemu Mohammad Salleh Shawkatali (PKR).

3. N.82 Bukit Sari - Datuk Awang Tengah Ali Hassan (BN) -Menang tanpa bertanding.

4. N.16 Muara Tuang - Datuk Idris Buang (BN-PBB) bertemu Zulkipli Ramzi(Pas) dan Abang Abdul Halil Abang Naili (Amanah)

10.52am - Muara Tuang: Calon-calon dari PAS dan parti AMANAH akan bertembung di Muara Tuang. Mereka akan berdepan dengan calon BN dalam persaingan tiga penjuru, laporan Bernama.

10:44 am Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menamakan calon masing-masing untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang, MSTAR dipetik.

Kerusi tersebut menyaksikan pertembungan lima penjuru membabitkan Barisan Nasional (BN), PKR, DAP dan dua calon bebas.

DAP menamakan calon tunggal Melayu parti itu, Abdul Aziz Isa yang akan menentang sekutunya dari PKR, Voon Shiak Ni.

10.43am - Bukit Sari: Calon BN Datuk Awang Tengah Ali Hassan menang DUN Bukit Sari tanpa bertanding, lapor Bernama. Maklumat tidak rasmi: Calom PKR tidak muncul di pusat penamaan calon.

10.11am - Sibu: Naib Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata dia turut dilarang masuk ke Sarawak.

Dalam satu kenyataan, Shazni berkata dia tiba di lapangan terbang Sibu pada jam 7.57 dan diberitahu namanya ada dalam senarai larangan itu dan diminta pulang ke Semenanjung.

10am: Proses penamaan calon ditutup bagi pilihan raya negeri Sarawak.

9.50am - Dewan Perbanaran Padawan, Kuching: Petugas DAP berkata calonnya bagi Batu Kitang, Abdul Aziz Isa menunggu dalam kenderaan sehingga jam 9.15 pagi sebelum turun untuk menyerahkan borang pencalonannya, selepas mendapat tahu yang PKR akan bertanding di Serian bersama DAP.

9.45am - Bau: Walaupun wujud pertikaian mengenai pencalonan antara penyandang Peter Nansian (TERAS) dan pengganti Henry Jinep (BN-SPDP), Nansian memaparkan perpaduan BN dengan hadir menyokong Jinep di Dewan Suarah Bau, pusat penamaan calon bagi Tasik Biru.

"Ya. Saya berada di sini untuk menyokong BN," Nansian memberitahu pemberita di tengah-tengah 600 penyokong BN yang mengebarkan bendera BN, SPDP dan PRS sambil melaungkan "Hidup BN".

9.30am - Kuching: DAP bertindak balas terhadap PKR dengan menghantar calon Abdul Aziz Isa untuk bertanding di Batu Kitang, kerusi yang sebelum ini diperuntukkan kepada PKR.

Ini selepas PKR membenarkan lima calonnya untuk bertanding bagi kerusi di mana calon-calon DAP bersedia untuk bertanding.

Batu Kitang dijangka menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru antara SUPP, PKR, DAP dan mungkin dua calon bebas.

Voon Shiak Ni mewakili PKR manakala Lo Khere Chiang mewakili SUPP..

9.07am - Ba'kelalan: Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mengesahkan bakal calon parti itu di lima kerusi yang menghadapi pertikaian pembahagiannya, telah menerima surat kuasa dari parti itu untuk bertanding.

"Mereka berada di kawasan masing-masing iaitu Mulu, Mambong, Simanggang, Ngemah dan Murum," katanya kepada Malaysiakini melalui telefon.

"Sebelum pukul 10 pagi, kami akan menghubungi mereka untuk memberitahu mereka sama ada akan bertanding atau tidak.".

9.05am - Bawang Assan, Sibu: Beng Kor, calon bebas, tiba di pusat penamaan calon Dewan Suarah Sibu bersama penyokongnya.

8.50am - Bau: calon DAP dan PKR terserempak berhampiran pusat penamaan calon di Dewan Suarah Bau Tasik Biru dan Serembu.

DAP bertanding kerusi Tasik Biru manakala PKR bertanding kerusi Serembu, tetapi wujud ketegangan selepas PKR semalam bertegas untuk bertanding kerusi Tasik Biru.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, yang menyertai calon DAP kerusi Tasik Biru, Mordi Bimol, berarak ke pusat penamaan calon, terserempak dengan calon PKR bagi kerusi Serembu, Athina Sim, tetapi hampir tidak ada interaksi dan mereka tidak berjabat tangan.

8.45am - Bawang Assan: Kira-kira 50 penyokong DAP berjalan ke arah Dewan Suarah Sibu berdama dengan calon Chiew Sung Ngie.

Chiew, 38, seorang ahli perniagaan, memberitahu pemberita bahawa beliau menjangka pertandingan tiga penjuru di situ

Beliau dijangka berdepan dengan calon BN Wong Soon Koh, dan calon Parti Reformasi Negeri (Star) Wong Sing Wei.

Kira-kira 50 penyokong BN berkumpul, sementara menunggu Soon Koh, bersama-sama dengan maskot Parti Rakyat Bersatu itu, helang yang dinamakan 'Oooh Ha'.

8.15am - Pujut: Suasana tenang di sini dan pertandingan empat penjuru dijangka berlaku di kerusi ini antara calon BN dengan tiga calon lain.

Penyandang kerusi Pujut Fong Poh Teck akan bertanding sebagai calon Bebas. Calon DAP ialah Dr Ting Tiong Choon, calon langsung BN Hii King Chiong dan calon PAS Jofrie Jaraiee.

sentiasa dikemaskinikan. Refresh semula.





































25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inshaallah..tuhan makbulkan perjuangan amanah..

Tanpa Nama berkata...

Pada pandangan saya mmg ph berdepan laluan sukar disarawak sbb kbnyk penduduk sarawak masih kekampungan lagi xterdedah dgn maklumat dan isu2 semasa. Itu sebabnya pemimpin2 ph dilarang masuk sarawak utk menyampaikan maklumat isu2 yg melanda negara. Walau bagaimana pun kita usaha yg terbaek mana tau rezki dr Allah,kita berusaha namun Allah penentu segala.. Amin

Unknown berkata...

Mcm ni baru colour..

Tanpa Nama berkata...

Siratol MUSTAQIM... LURUS dan SUCI
LURUS Ber Bakti... Kaseh Mem-BERI
Kaseh Mem-BERI... Sifat-NYA ILAHI
Yg Mnjd AMANAH... Nabi dan WALI
AMANAH yg Teguh... Memancar Di HATI
Memancar Me NYULOH... Pe RASUAH Pen CURI
AMANAH yg Indah... Segar Me WANGI
TAK Wujud PONTENG... FITNAH yg Keji
AMANAH yg SUCI... "Humble" SIMPATI
AMANAH yg SUCI... Mem-BERI Ber Bakti
AMANAH yg SUCI... Senang Di DEKATI
AMANAH yg SUCI... TAK Pentingkan DIRI
Krn AMANAH Itu... "Mutiara"-ILAHI
Di Genggam ERAT... Di Bawa Ke MATI

Unknown berkata...

Salam:

TERBAIK Amanah,ramai juga supporters,macam parti berumur >10tahun,jika 13 DUN yg ditandingi Amanah tidak hilang DEPOSIT dikira okaylah.

Pilihanraya ala Malaysia,parti lawan diikat tangannya dan ditutup mulutnya diajak berlawan.Manakala yg nak mengundi diberi dedak secukup-cukupnya.Jika salah salu dun Amanah boleh menang diira hebat tu!! PAS yg bertapak diserawak >50 tahun belum menang satu kerusi pun.


selamat berjuang Amanah.

Tanpa Nama berkata...

Perbuatan pkr dan dap bertembung sesama sendiri amatlah mendukacitakan. Sebelum menang pun tk boleh bekerjasama...apa lagi bila dah menang!

Memang tak boleh diharap le parti2 politik di Malaysia ni. Lebih baik jd non partition. Undi individu lagi baik! Harapkan parti semua haprak...!puii

Tanpa Nama berkata...

aduhai... kenapa tak ada kata putus ke dalam mesyuarat PH? kerusi pon berebut. apa la PKR dengan DAP ni buat. rakyat dari sarawak, sabah serta semenanjung perhatikan tingkah laku kamu. kalau dalam hal macam ni pon tidak bersatu, macamana nak bersama-sama? aku rasa ada harapan PH pon retak kalau macam ni punya perangai masing-masing.

Tanpa Nama berkata...

kepada pemimpin PKR dan DAP hentikanlah bercakap nak menyelesaikan masalah negara... kalau nak selesaikan hal pembahagian kerusi pun tak boleh.. puiii..

sibuk nak jaga ahli parti masing2...mcmlah undi ahli parti je dah boleh menang... tk fikir ke kesannya pada PRU akan dtg?

Tanpa Nama berkata...

Yg menjadi celaka dlm PKR adalah azmin...minta rakyat tolak azmin dlm pru14 nanti..beliau terlebih sudu dari kuah dan spt kadok naik junjong..arahan presiden pun dia dah tak nk dgr..

Tanpa Nama berkata...

Azmin dh mula buat onar. Beri watikah pencalonan Pkr tmpa persetujuan presiden. Kerusi yg dpersetujui kpd Dap sbelum ni. Dh mcm perangai Haji Hadi. Tggu ulasan/komen dari pemimpn Pkr yg lain. Apa alasan kamu. Janji tknak btembung sesama rakan. Kerusi sendiri bagi menang tmpa tnding kpd BN. Mcmana nk tawan Srawak?

Tanpa Nama berkata...

Azmin sudah jadi HADI 2.... beri watikah dalam gelap.

Tanpa Nama berkata...

Elok juga tu. Skrg kita tahu perangai Azmin. Hopefully akar umbi PKR dpt kesedaran utk tolak Azmin dn geng dia. Aku harap depa lihat kpd Che Gubard. Azmin ni sbnrnya pengacau barisan pembangkang. Ayuh nyahkn Azmin.

Tanpa Nama berkata...

Lebih teruk dr hadi. At least hadi tu presiden. Azmin? Pastu ngaku Kak Wan bg mandat. Tapi tak ingat bila Kak Wan bagi. Nyahkan Azmin.

Tanpa Nama berkata...

Nampak azmin nampaklah hadi
ddlm gelap beramal 'suci'
sekilas pandang lauk dikuali
nampak lazat berulat dah basi

Tanpa Nama berkata...

Inilah sebabnya Azmin ambil ringan peranan Majlis Kepimpinan PH.

Azmin mementingkan dirinya dengan meletakkan calun yang dikenali 'orang Azmin'.

Majlis Kepimpinan PH perlu keluarkan kenyataan lebih berani. Dalam PKR salah seorang dari pemimpin PAS diberi tugas menjaga hubungan dalam PH. Terus terang kata Azmin bertindak sendiri bukan sekadar Presiden tidak menanda-tangani persetujuan calun PKR bertanding.

Jika BN menang kerana jumlah DAP dan PKR dibahagi dua, Azmin perlu di persalahkan.


Tanpa Nama berkata...

daripada update tuan tanah, maka kelihatan DAP tidak bersalah dalam isu ini. sudah lama saya perhatikan PKR, rasanya baik PKR berpecah sekarang sebelum menjadi lebih teruk menjelang PRU akan datang. sudah terlalu lama dibiarkan isu dalaman PKR ini. yang pasti, ia akan mengganggu perjalanan PH untuk hari-hari mendatang.

Unknown berkata...

Cepat2lah buang Azmin Ali. Kerusi DAP, dia pula arahkan...PKR Sarawak masuk bertanding.

Majlis Presiden Pakatan Harapan...kot lah nak lihat sahaja...??

Tanpa Nama berkata...

Puak Azmin memberi alasan peluang PKR lebih cerah. Peluang DAP pun lebih cerah jika Azmin tidak letak calonnya. Dan mana mungkin peluang PKR cerah jika DAP turut bertanding. Dua-dua akan rugi.

Walaupun yang bertanding ialah PKR ke, DAP ke atau AMANAH ke, rakyat mahukan calun tersebut dikenali sebagai calun PAKATAN HARAPAN.

Masih belum terlambat untuk Azmin membatalkan tindakannya dengan menarik diri sebelum dekat hari mengundi. Ambil kira masa depan rakyat selepas PRU 14. Majlis Presiden perlu selesaikan isu ini secepat mungkin. Jangan terlampau membuat kenyataan akhbar. Nanti rakyat kata pemimpin Pakatan Harapan lagi bodoh dari UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Aku dh byk kali bgtau dan juga komen2 dlm blog ni dr dulu lg yg si azmin masalah utama pkr,kena buang azmin ni utk mengukuhkan kan pkr,nampak jelas apa yg berlaku skrg pkr bertembung dap.Azmin bertindak seakan2 pesiden pkr..tu sbb masa pemilihan mb slngor dulu pkr x letak nama AZmin.inilah sikap Azmin perosak pkr.Ayuh tolak Azmin..Chegubard juga byk mendedahkan hal2 Azmin ni harap wan azizah segera selesaikan mslh ni,kalau x jgn mimpi nk menang pru smpi bila2...

Tanpa Nama berkata...

PECAT SEGERA AZMIN ALI DARI PKR... MENYALAHGUNAKAN KUASA DAN KEPERCAYAAN YANG DIBERI OLEH PRESIDEN PKR... SAMPAI MENYEBABKAN PERTEMBUNGAN SESAMA-SENDIRI

Tanpa Nama berkata...

Kecewa la mcmni.org rakyat marhaen mengharapkan pembangkang membela rakyat tp pembangkang berkecamuk.barang kali seribu tahun lagi mcmni keadaan malaysia.Adakah ketua pembangkang takut nk bertindak pd Azmin???? Nampak azmin lebih2.. Ni confirm bn menang percuma je kerusi2 tu.Tuan gb pun org kuat juga kan. Apa pendapat tuan gb ttg Azmin. Bolehkah tuan gb sampaikan pd ketua pembangkang supaya segera bertindak sebelum terlambat...rakyat makin kecewa.. Dahla kecewa dgn pas,ini pkr pula buat perangai. Ikutkan ati baik undi umno selama2 nya.biar padan muka kita semua rakyat malaysia...tuan gb tlgla sampaikan pd Wan Azizah ya.sy rasa bkn sy seorang je berharap,semua penyokong ph berharap mcmtu,buang dulu luka sbl merebak jadi kanser...

Tanpa Nama berkata...

Tuan Tuan dan Puan Puan, Azmin ni anak angkat Mahathir, tak percaya sila selidik asal usul Azmin sebelum berdamping dgn Anwar. Azmin dn mahathir ni jgn di percaya sgt. Harap akar umbi pkr nyahkan azmin. Dia serampang 10 mata.

Tanpa Nama berkata...

PRN Serawak adalah pembuka mata bagi PH,SEBELUM pr14 nanti,bila selesai kena buat post-mortem jika tidak parah PH.Azmin telah mengkhianati setiakawan,kerana terlalu tamak kuasa,beliau mengenepikan presidentnya sendiri.Tuhan nak tunjuk akibat pemilihannya yg caca-merba 2 dun PKR beri free pada BN,sorang bancrupt,sorang lagi kena huloq duit dgn BN.

Apa punya rapla la azmin nie.

Tanpa Nama berkata...

Pecat azmin, Baru Bian dan pengerusi DAP Sarawak. Mereka inilah penghancur harapan rakyat utk melihat BN dikuburkan.

Unknown berkata...

Setuju dgn 4.59..tapi bagi kata dua pd azmin tarik balik dan minta maaf atu pecat.usah ada yg buat onar utk tumbangkan be end