25 Apr 2016

Krisis Terengganu: Pilihanraya Atau Kerajaan Campuran PAS-UMNO!

Terengganu sedia hadapi Pilihan Raya Negeri selepas Sarawak

Terengganu besar kemungkinan akan berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas PRN Sarawak apabila berlaku krisis Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dengan istana di samping kedudukan kerajaan negeri yang tidak stabil kerana jumlah Adun kerajaan dan pembangkang hampir sama.



Menurut sumber, kata sepakat hampir dicapai agar PRN diadakan bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negeri itu. Namun, Ahmad Razif dikatakan tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya ini.

"Possible (mungkin)," kata Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi ketika diminta mengulas apa yang berlaku di negeri ini.

Jumaat kelmarin, Menteri Besar Ahmad Razif hilang semua anugerah kebesarannya apabila Istana Terengganu murka kepada beliau dan meminta agar semua anugerah itu diserahkan.

Ia berlaku ketika tidak ada pihak yang mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu apabila tiga Adun Umno yang diketuai bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said dikatakan menjadi Adun Bebas.

BN kini tinggal 14 Adun, PAS (14) manakala PKR (1) dalam DUN yang mempunyai 32 ahli itu.

8 Mac lepas, Ahmad Said mengemukakan usul tidak percaya kepada Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman namun usul itu ditolak oleh Speaker dari dibahas apatah lagi diundi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula mengarahkan Adun-adun PAS agar jangan masuk campur dalam isu ini (tidak menyokong usul Ahmad Said) manakala jentera PAS Terengganu pula diminta bersedia untuk hadapi pilihan raya.

Menurut Bernama, Pas Terengganu berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri dalam masa terdekat.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Dr. Alias Razak berkata, parti itu kini berada pada kedudukan yang sangat kukuh untuk menghadapi sesiapa sahaja dalam pilihan raya tersebut.

Menurutnya, Pas sedia hadapi tentangan sengit Barisan Nasional (BN) dan pendatang baru dalam pilihan raya iaitu Parti Amanah Negara.

"Walaupun kali ini Pas bersendirian tanpa PKR dan DAP, dengan keadaan UMNO dan BN yang makin celaru ini, kita yakin kita boleh menang dengan selesa sekali gus menawan semula Terengganu.

"Kita telah keluarkan arahan agar jentera di peringkat tertinggi hingga peringkat paling bawah bersiap sedia," katanya yang juga Adun Bukit Tunggal ketika dihubungi Bernama 18 April lepas.

PAS juga sedang menghadapi masalah untuk menang kerana parti itu berpecah membentuk Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas pemimpin progresif dan profesionalnya ditewaskan secara blok dalam Muktamar PAS tahun lalu.

Walaupun PAS Terengganu masih kuat tetapi sebahagian ahli mereka sudah meninggalkannya untuk menyertai Amanah.

Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah sudah meninggalkan PAS dan menjadi Pengerusi AMANAH negeri Terengganu.

Beliau disertai oleh beberapa bekas Adun PAS manakala beberapa Adun PAS sekarang dikatakan menyokong Amanah secara diam-diam.

Umno juga berpecah di Terengganu. Ahmad Said dan rakan-rakannya dikatakan menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gerakan Selamatkan Malaysia yang berkempen mahu Datuk Seri Najib berundur dari kerusi perdana menterinya.


Hubungan Ahmad Razif, istana kini timbulkan persoalan

Hubungan antara istana dan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman kini menimbulkan persoalan selepas beliau diperkenalkan dalam dua majlis rasmi tanpa gelaran darjah kebesaran 'Datuk Seri'.

Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail berkata majlis yang diadakan semalam dan pagi ini hanya menyebut Ahmad Razif sebagai 'Yang Amat Berhormat Menteri Besar, tanpa gelaran lain.

"Ini sudah tentu bertentangan dengan amalan biasa," kata ADUN Bandar itu kepada Malaysiakini.

Portal AMANAH, Malaysia Dateline semalam memetik sumber yang mendakwa Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jumaat lepas telah menarik balik gelaran kepada Ahmad Razif hingga mencetuskan khabar angin mengenai pertukaran menteri besar.

Menurut laporan Harian Metro pagi ini, Razif turut hadir semasa pelancaran majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016 di Hotel Primula di Kuala Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Mizan.

Razif, bersama-sama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Osman Muda, bagaimanapun dilaporkan meninggalkan majlis sebelum wartawan mendapatkan komen mengenai perkara itu.

Satu kejadian yang sama telah dilaporkan berlaku pada majlis Umno Dungun malam tadi.

Berita Harian memetik sumber sebagai berkata bahawa gelaran itu dibatalkan melalui perintah secara lisan.

Malaysiakini telah menghubungi Ahmad Razif untuk mendapatkan komen.

Mengulas lanjut, Azan menegaskan bahawa semua pihak perlu menahan diri daripada membuat spekulasi ke atas perubahan menteri besar kerana perkara itu di bawah budi bicara penuh sultan.

"Sebagai ADUN, saya bersimpati dengan MB. Tetapi saya bersimpati lagi dengan rakyat kerana kerajaan negeri tidak akan dapat memberi tumpuan kepada menjalankan tugasnya," katanya.

Azan berkata, 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu kini "tergantung" selepas Razif menafikan bekas MB Datuk Seri Ahmad Said peruntukan di kawasannya. Ahmad Said adalah ADUN Kijal.

"Dengan menafikan peruntukan tersebut kepada Ahmad, menteri besar tidak lagi mengiktiraf beliau sebagai seorang ADUN BN," dakwa Azan.

BN mempunyai 17 ADUN, termasuk Ahmad, manakala kerusi pembangkang terdiri daripada 14 daripada PAS dan Azan merupakan ADUN PKR tunggal di Terengganu.

Ahmad bulan lalu memfailkan undi tidak percaya terhadap Razif tetapi ditolak oleh Speaker Dewan Undangan Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong.

Ahmad mengesahkan Razif telah mengambil alih peruntukan untuk DUN Kijal.
-mk


ULASAN GB

Kedudukan terkini ADUN Terengganu:

UMNO BN = 14
PAS = 14
PKR = 1
Bebas = 3

Jika mengikut kertas, UMNO BN sudah tumbang di Terengganu.

Cuma ada dua pilihan untuk UMNO BN, pertama adakan pilihanraya negeri untuk mendapatkan mandat semula dari rakyat Terengganu. Dan kedua ialah membentuk "kerajaan campuran" bersama PAS.

Pilihanraya mungkin bukan pilihan yang popular. Tetapi ia mungkin tidak dapat dielakkan jika PAS enggan untuk membentuk kerajaan campuran bersama UMNO. Jika PAS memilih untuk bekerjasama dengan 3 ADUN Bebas yang diketuai oleh Ahmad Said, maka UMNO akan mengambil langkah membubarkan DUN bagi pilihanraya negeri Terengganu diadakan.

PAS sepatutnya sudah boleh menerima pelawaan UMNO membentuk kerajaan campuran kerana inilah masanya Hadi Awang buktikan bahawa PAS boleh menjadi "Penasihat" kepada UMNO.

Kedua kegagalan PAS untuk membentuk kerajaan campuran di Perak dahulu di zaman Mohd Nizar sebagai MB, dimana Ust Haron Din telah meminta PAS Perak membentuk kerajaan campuran bersama UMNO BN, kini boleh menjadi realiti di Terengganu. PAS tidak harus melepaskan peluang tersebut.

Ketiga, jika pilihanraya negeri diadakan, prestasi PAS dijangka mengalami kemerosotan paling parah. Ia sudah menjadi parti yang tidak popular di kalangan rakyat setelah membentuk "Blok Ketiga" bersama IKATAN. Sementelah lagi ramai ahli PAS telah meninggalkan parti itu untuk menyertai AMANAH.

Apa selepas ini? Allah Maha Bijaksana di dalam mengatur perancanganNya sekalipun manusia ada rancangan masing-masing.

"Mereka merancang , Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik Perancang" - Ali Imran:54

22 ulasan:

Timnajib Jomfikir berkata...

Kalau ini terjadi, Predict saya.....PAS akan terima pelawaan UMNO.

Kalau PAS tolak....naya Hadi Awang kena wrestling sama Rosmah/Najib.

Rain Azharin berkata...

Rasanya kalau di adakan prn amanah mempunyai peluang terbaik amanah Ada calon MB yang boleh di terima rakyat dan pihak istana raja kamarul bahrin calon MB terbaik buat masa ni

abrarmujahideen berkata...

Ini ujian utk mereka dan Allah mengetahui ape yg mereka sembunyikan.

Tanpa Nama berkata...

kita harap ratib presideng dan yang sekutu denganya selama ini kan menjadi kenyataan dan kita tunggu reaksi ahli bawahan Pas,samaada terima UG tersebut atau beralih arah ke parti lain .mohon Hadi percepatkan dan mengmbil peluang terbuka luas ini untuk bergabung dengan Unmo memrintah Terengganu.

Tanpa Nama berkata...

Lagi satu tujuan Kerajaan Terengganu menjemput Zakir Naik terdedah.

Gabungan PAS UMNO yang di maksudkan Zakir Naik bukan diperingkat pusat tetapi untuk memudahkan PAS UMNO Terengganu bergabung.

Hj Hadi sangat menghormati Zakir Naik...ada makna tu?

Tanpa Nama berkata...

Jika sesiapa pun dari gabungan PAS UMNO di calun kan sebagai harap di tolak oleh pihak Istana.

Tanpa Nama berkata...

Ini lah masanya bukan sahaja untuk PAS UMNO bergabung tetapi masa untuk Adun PAS yang tidak setuju dengan Presiden yang menjadi kekasih gelap UMNO menyertai AMANAH.

PAS Terenugganu perlu pastikan adun-adun nya sudah tidak lagi berpegang pada prinsip dan perjuangan PAS yang asal iaitu tidak bertolak ansur pada kezaliman dan rasuah. Jika ada adun-adun yang berpegang pada prinsip TGNA, malu Presiden nanti....

Jika PAS UMNO bergabung, siapa yang akan di pilih jadi MB? Siapa yang akan dapat lebih dedak?

Apa pun ketahui oleh semua orang melayu bahawa UMNO sudah tidak mampu membela nasib orang melayu dan tidak menghormati Raja Melayu.

Tanpa Nama berkata...

salam

Tanpa Nama berkata...

terima kasih tuan admin gb atas laporan ini..... tak sabar nk tggu dan lihat apakah reaksi hj hadi bersama partinya selepas ini.... semoga Allah tunjuk pd kita semua siapa sebenarnya pengkhianat dlm pas....

Tanpa Nama berkata...

Pilihanraya ... oh tidak! No, no!
Mampus Najib. Peluang untuk memanaskan 1MDB dan untuk Mahathir mendesak Najib berundur. Lagi satu, entah bodoh mana pulak yang pulangkan duit derma Pak Arab.


SPR senyap tak buat kenyataan 'Ya kami telah bersedia.' Jadi tak mungkin pilihanraya pilihan terbaik untuk UMNO.

PAS serba-salah. Nanti jadi kerajaan, mana pulak nak letak hudud. Silap-silap PRU parti PAS yang jadi parti serpihan sama seperti Ikatan.

Dan jangan haraplah Hj Hadi diperkenankan Sultan sebagai MB. MB UMNO yang berupa sikit dari Hj Hadi pun bermasalah, apalagi Hj Hadi.... yang bermasalah.

AMANAH/Pakatan Harapan pulak akan bertanding 32 kerusi. Apalagi rakyat Terenganu di buka hati untuk menguji AMANAH.

Tanpa Nama berkata...

Kini;

UMNO BN = 14
PAS = 14
PKR = 1
Bebas = 3

Bubar ;

Nanti;

UMNO BN = 4
PAS = 1
PKR = 1
AMANAH = 26

InsyaAllah;

Go AMANAH GO..............!

Tanpa Nama berkata...

Berita ini sepatut nya menjadi berita utama laman web seperti malaysiakini.

Tapi Malaysiakini lebih cenderung memperbesar2kan isu pertindih kerusi di antara PKR & DAP di Sarawak sebagai headline news nya.

Seperti yg saya sudah lama teropong & jangka, Malaysiakini adalah laman musuh dalam selimut bagi pakatan harapan, dulunya pakatan rakyat.

Kalau saudara semua masih ingat, waktu sebelum krisis Selangor dahulu, Malaysiakini lah yg begitu mengapi2 kan perseteruan antara Khalid Ibrahim vs Azmin Ali. Dicantum2 kan gambar Khalid & Azmin setiap kali ada isu di Selangor.

Mujur waktu itu masih ada The Malaysian Insider. Waktu kemuncak krisis Menteri Besar Selangor, Malaysiakini jelas kelihatan memihak pada Khalid Ibrahim dalam hampir kesemua laporan beritanya.

Tapi The Malaysian Insider memilih utk tidak mengikut rentak laporan Malaysiakini. THE Malaysian Insider terus memberi laporan yg tepat & berimbang. Bila Malaysiakini menyedari dia bukan lagi peneraju media alternatif & pemimpin PR & penyokongnya secara umum nya mula sedar kelemahan kepimpinan Khalid Ibrahim barulah Malaysiakini menari dengan rentak yg berbeza.

Cuba perhatikan dengan teliti. Setiap kali ada perhimpunan besar yg dianjurkan oleh BERSIH, Pakatan Rakyat (sekarang Harapan) & NGO lainnya, Malaysiakini lah laman berita yg palibg suka memperkecilkan jumlah kehadiran peserta, walaupun jumlah kehadiran peserta jauh lebih besar sebagaimana yg dilaporkan dgn tepat oleh The Malaysian Insider & Harakah (ketika itu).

Malaysiakini ini dari dulu lagi ada agenda tersembunyi mahu menjatuhkan Azmin & kelompoknya dalam PKR. Untuk memahami hal ini harus diketahui siapa kawan baik Steven Gan & Ramesh Chandran dalam PKR.

Kawan baik Steven Gan & Ramesh Chandran semenjak mereka sama2 student di Australia, yg sekarang duduk dalam biro politik & MPT inilah yg sering membocorkan rahsia2 parti kepada Malaysiakini. Terbaru sila baca laporan Malaysiakini yg dipetik dari 'sumber gelap' PKR soal isu kerusi di Sarawak.

Begitu juga dengan isu IMDB. Laman web tanahair yg paling berani, kedepan & konsisten membongkar isu IMDB adalah The Malaysian Insider, bukan Malaysiakini. Malaysiakini lebih cenderung play safe dalam laporan2 nya.

Tanpa Nama berkata...

Ada sebabnya kenapa The Malaysian Insider yg akhirnya gulung tikar, bukan Malaysiakini. Saya yakin ada deal yg telah dicapai diantara editor Malaysiakini dengan kerajaan melalui Zahid Hamidi.

Malaysiakini sebenarnya telah lama sedar, tidak ada untungnya buat mereka utk melaporkan berita2 sensasi rasuah yg boleh menyebabkan UMNO & BN tumbang, sebagaimana yg pernah diusahakan oleh The Malaysian Insider.
Ada sebabnya kenapa The Malaysian Insider yg akhirnya gulung tikar, bukan Malaysiakini. Saya yakin ada deal yg telah dicapai diantara editor Malaysiakini dengan kerajaan melalui Zahid Hamidi.

Malaysiakini sebenarnya telah lama sedar, tidak ada untungnya buat mereka utk melaporkan berita2 sensasi rasuah yg boleh menyebabkan UMNO & BN tumbang, sebagaimana yg pernah diusahakan oleh The Malaysian Insider.

Sebabnya? Hal ini tak akan menguntungkan mereka. Bayangkan sejenak kalau Pakatan berjaya membentuk kerajaan & menguasai rtm, tv3 dan media massa lainnya.

Malaysiakini secara automatik akan gulung tikar. Siapa lagi yg nak baca Malaysiakini dengan sistem subscribe berbayarnya sedangkan waktu itu media massa tanahair telah berjaya di merdekakan sepenuhnya. Funder luar negara yg banyak memayung Malaysiakini selama ini juga akan berhenti memberi bantuan dana kepada mereka.

Hal ini sangat disedari oleh Malaysiakini. Kerana itulah acuan beritanya terus diolah seperti yg ada sekarang - mempamirkan diri mereka bersimpati dengan gerakan perubahan tetapi dalam waktu yg sama hanya melaporkan isu2 yg boleh memberi mileage besar kepada pembangkang seadanya sahaja. Cuba saudara bertanya, bila terakhir Malaysiakini menjadi peneraju - melaporkan isu besar yg memggegarkan tanahair? Seingat saya yg terakhir adalah isu VK Lingam, 8 tahun sudah.

Itu pun walaupun dalam isu VK Lingam sangat jelas sdr Anwar Ibrahim lah yg menjadi tulang belakang meriam yg meledakkan isu tersebut, namum Malaysiakini secara bangang & jahatnya memilih VK Lingam sebagai Newsmaker of the Year tahun 2007! Hal sebegitu penting pun Malaysiakini tidak mahu memberi pengiktirafan kepada Anwar Ibrahim!

Tanpa Nama berkata...

Saya suka ingin mencadangkan supaya pengurus & editor laman baru Malaysia Dateline menjadi peneraju berita2 alternatif & bebas di malaysia.

Kesilapan terbesar penggiat media alternatif di Malaysia (termasuk blogger2 pro Pakatan) ialah kita terlalu bergantung dgn media talam dua muka seperti Malaysiakini. Apa yg dilambak ke kita oleh Malaysiakini itulah yg kita kutip & kita ulas sedangkan kita sebenarnya punya keupayaan utk menulis & melaporkan sendiri isu2 penting.

Adalah menjadi harapan saya supaya Malaysia Dateline menjadi hub para penyokong Pakatan & perubahan & meneruskan kerja2 kewartawanan yg ditinggalkan oleh The Malaysian Insider.
Sebabnya? Hal ini tak akan menguntungkan mereka. Bayangkan sejenak kalau Pakatan berjaya membentuk kerajaan & menguasai rtm, tv3 dan media massa lainnya.

Malaysiakini secara automatik akan gulung tikar. Siapa lagi yg nak baca Malaysiakini dengan sistem subscribe berbayarnya sedangkan waktu itu media massa tanahair telah berjaya di merdekakan sepenuhnya. Funder luar negara yg banyak memayung Malaysiakini selama ini juga akan berhenti memberi bantuan dana kepada mereka.

Hal ini sangat disedari oleh Malaysiakini. Kerana itulah acuan beritanya terus diolah seperti yg ada sekarang - mempamirkan diri mereka bersimpati dengan gerakan perubahan tetapi dalam waktu yg sama hanya melaporkan isu2 yg boleh memberi mileage besar kepada pembangkang seadanya sahaja. Cuba saudara bertanya, bila terakhir Malaysiakini menjadi peneraju - melaporkan isu besar yg memggegarkan tanahair? Seingat saya yg terakhir adalah isu VK Lingam, 8 tahun sudah.

Itu pun walaupun dalam isu VK Lingam sangat jelas sdr Anwar Ibrahim lah yg menjadi tulang belakang meriam yg meledakkan isu tersebut, namum Malaysiakini secara bangang & jahatnya memilih VK Lingam sebagai Newsmaker of the Year tahun 2007! Hal sebegitu penting pun Malaysiakini tidak mahu memberi pengiktirafan kepada Anwar Ibrahim!

Saya suka ingin mencadangkan supaya pengurus & editor laman baru Malaysia Dateline menjadi peneraju berita2 alternatif & bebas di malaysia.

Kesilapan terbesar penggiat media alternatif di Malaysia (termasuk blogger2 pro Pakatan) ialah kita terlalu bergantung dgn media talam dua muka seperti Malaysiakini. Apa yg dilambak ke kita oleh Malaysiakini itulah yg kita kutip & kita ulas sedangkan kita sebenarnya punya keupayaan utk menulis & melaporkan sendiri isu2 penting.

Adalah menjadi harapan saya supaya Malaysia Dateline menjadi hub para penyokong Pakatan & perubahan & meneruskan kerja2 kewartawanan yg ditinggalkan oleh The Malaysian Insider.

Zhuge Liang berkata...

Salam wth. Adapun lebih baik kiranya puak-puak PAS buang rasa ego jauh-jauh dan kembali pada PH. Kalau AG YAHADI degil xnak buang jer ke laut. Lagipun diA minat main air laut. Buang Satiful tu sekali. Pak Subki mesti ketawa komen hamba.
Yang paling penting MUZiUMKAN UMNO.. Untuk Muhd Najib Only..

Tanpa Nama berkata...

Presiden PAS memang benggong dan dia tidak belajar dari pengalaman pahit diperak yang MB dari PAS sendiri ditendang oleh UMNO sekarang berlaku dinegeri presiden sendiri jika di perak adun PKR dan DAaP lompat atau dibeli oleh UMNo tapi di terangganu PAS sendiri telah menyamai jumlah kerusi dengan UMNO cumanya campur saja dengan adun pembangkang lain untuk mendapat mejoriti mudah dari sini kita dapat lihat bagaimana bodohnya seorang pemimpin tertinggi PAS berfikir bertanding bukan untuk menang dan perentah tapi hanya untuk menjadi pembangkang yang hendak menegakkan hukum yang belum pasti terlaksana, memang patutlah PAS jadi parti ketingagalan masa.

Tanpa Nama berkata...

Wowwwww... Inilah masanya Amanah memperlihatkan kekuatan..bertanding di Semua kerusi dan kita lihat hasilnya..Ingin sekali melihat Amanah menguasai terengganu.baru melopong hadi.kahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Mana2 parti pun mmg sedia utk hadapi pilihanraya pd bila2 masa sekalipun. Lainlah kalau hanya ada 79 org ahli jer. Yang tu sakit banyaklah. Pas jangan syok sendiri kata bolehb menang selesa sbb kena lihat mentaliti pengundi terengganu juga. Pas mungkin boleh menang di KT Dungun Kuala Nerus dan kwasan bandar di Kemaman tapi di kawasan seperti Setiu Hulu Terengganu dan Besut belum tentu. Kalau dilihat kpd keputusan Pru lepas pas tak menang sebarang kerusi pun di kawsan 2 ni. Calon2 pas bukan calang2 orang juga. Contohnya di dun kota putera pas letak ustaz Adam Said seorang individu yg sangat dihormati oleh asyarakat setempat tetapi kalah kpd bangla. Mat Jidin yg berlagak mcm raja tetap menang di dun permisuri setiu. Pengundi di kwasan2 ni dia tak peduli asal ada yg huloq singgit dua jadilah. Melayu dikawsan spt besut setiu dan ulu tganu mentaliti mreka ceredik sikit jer drpd org asli malah pd banyak masanya lebih kurang saja. Bagi mereka GST tu tolong kerajaan supaya kerajaan boleh tolong mereka pulak. Melayu di kwsn2 bangga kalau kerajaan kenakan GST pafa kadar yg lebih tinggi. Lagi satu pas kena ambil kira faktor amanah juga. Silap haribulan hilang 2-3 krusi.

Tanpa Nama berkata...

Bro ...buat-buat tak faham lah.

PAS akan jual sekurang-kurang nya 5 adun kepada UMNO.
Di Perak UMNO kena beli, Terengganu tak payah dibeli tapi di tawar mengikut harga yang berpatutan.

Lepas itu, biasa lah kutuk maki yang dia sendiri jual.

HAHAHA...

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang menerajui parti akan menjadi faktor utama untuk pengundi membuat keputusan.

Siapakah hulubalang-hulubalang dalam parti yang bijak serta gagah yang telah lama berjuang dalam medan peperangan, telah mendapat perhatian pengundi.

AMANAH diterajui oleh bekas Panglima Tertinggi parti yang tidak lagi menguna strategik perang malah bertahan pun tidak. Hulubalang AMANAH ramai dari parti pengkhianat sentiasa bersemangat dan bersedia mengempur kubu musuh.

Tentera yang menjadi calun PAS tidak akan berani angkat muka. Mereka tidak ada isu sebagai peluru untuk di tembak ke arah Hulubalang AMANAH.

Tanpa Nama berkata...

BN kurang bertindih calon kerana adanya derma wang besar. Semua dapat suap, makan tak habis. Yang bisang boleh jadi bisu, lawan pun jadi kawan, yang keras jadi lembut dan lelaki pun boleh jadi perempuan. Kalau adapun cuma seketul dua yang tak dijemput makan.


PKR lain pulak cerita. Kek atas meja dah kerat2 nak bagi2. Tapi yang lapar bertimbungan tak cukup kerusi. Lagi banyak kerusi Baru gian nak duduk, lagi banyaklah kek Azmin boleh tumpang makan.

Itu semua PAS dah biasa. Asalkan ada, tak kira sebesar onde2 maupun sekecil kueh bakor, semua boleh Hadi tikam. Hinggakan ada perempuan2 nak tunjuk cakar rimau dan siku lutut.

Tanpa Nama berkata...

Jk pas terima .... Maka pas tlh istihar bergabung... Jk pas hebat...dia minta bt undian semula( buat pilihanraya negeri yg baru.... Jk pas menang dia akan memerintah lbh bergaya.