21 Apr 2016

Bawa Balik "The Puppet Master" Itu Atau Najib Saman WSJ

Bekas ketua pengarang kumpulan The New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin yakin semua persoalan yang dihadapi oleh rakyat negara ini mengenai 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) akan selesai jika ahli perniagaan Teik Jho Low boleh dibawa balik untuk disoal siasat, lapor Malaysia Dateline.

Jalan kedua yang boleh dibuat adalah dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku pihak yang dituduh menyaman Wall Street Journal (WSJ) yang banyak membuat dakwaan ke atas beliau, tulis Kadir melalui blognya.



Ini berikutan cerita mengenai 1MDB dan derma yang diterima oleh Najib sentiasa berubah dari awal hingga kini.

Yang terakhir adalah kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir, kononnya mengesahkan ia adalah derma dari negara itu tanpa mengharapkan balasan.

Kenyataan itu dibuat selepas beliau bertemu dengan Najib di New York.

Namun sebelum itu, dalam satu kenyataannya, Adel berkata, ia adalah satu pelaburan.

"Jawapan kepada misteri pie Amerika dan derma Arab ini akan terjawab kalau Jho Low boleh dibawa balik dan dipaksa duduk atas blok ais dalam bilik hawa dingin selama beberapa jam. Pasti dia akan menyanyi macam burung kenari.

"Atau Mohd Najib betul-betul kemukakan saman terhadap WSJ kerana memfitnah dan mengaibkan beliau," tulis Kadir hari ini.

Jho Low, ahli perniagaan dari Pulau Pinang dan kawan baik isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ini di anggap saksi penting dalam isu 1MDB yang bermula dengan Terengganu Invesment Authority (TIA).

Menurut Kadir, pada bulan Ramadhan tahun lepas, cerita derma itu mula didengari oleh rakyat negara ini kononnya ia adalah dari orang Arab.

"Mula seorang Arab. Kemudian lebih daripada seorang Arab. Lepas itu balik jadi seorang Arab. Akhir sekali jadi Raja Arab Saudi yang mangkat," katanya.

Pada 25 Januari lalu, katanya, Peguam Negara, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali, bersihkan Mohd Najib.

"Dia kata duit AS$681 juta itu derma Arab dan sebahagiannya dibagi balik," katanya.

Tetapi pada 6 Februari, Menteri Luar Arab Saudi, Adel bin Ahmed Al-Jubeir, kata duit itu bukan derma tapi pelaburan.

Pada 15 April, kata Kadir, Al-Jubeir tukar cerita kata dia ambil maklum kenyataan Apandi dan tambah derma itu ikhlas, tanpa syarat dan penderma tak harap apa-apa balasan.

Kadir seterusnya menulis, pada 19 April, Wall Street Journal (yang Mohd Najib ancam nak samam tapi tak saman) kata, 681 itu adalah “American pies” – sejenis hidangan berinti seakan-akan karipap tapi bulat.

WSJ kata, pengirim pie Amerika itu adalah tak lain dan tak bukan kawan akrab keluarga Mohd Najib, Jho Low, katanya.

Kata berkata, WSJ mendakwa, dalam bulan Mac 2013, Jho Low hantar pesanan kepada orang suruhannya di Kuala Lumpur mengatakan 681 pie Amerika akan tiba tidak lama lagi dari seberang laut. Menurut transkrip pesanan segara BlackBerry yang dilihat of WSJ, Jho Low menekankan perlunya kerahsiaan dalam penghantaran pie Amerika.

"Jho Low arah orang suruhannya supaya bagi tahu ketua pegawai eksekutif bank (AmBank) yang “PM” tidak mahu nama, alamat atau nombor kad pengenalannya muncul dalam urusan pemindahan 681 pie Amerika itu.


"Jadi adakah 681 biji pie Amerika itu berlainan daripada AS$681 juta derma Arab yang Apandi sebut pada 25 Januari itu atau 681 biji pie Amerika itu apabila masuk ke dalam akaun Mohd Najib jadi AS$681 juta?

"Adakah 681 biji pie Amerika itu dari Jho Low hasil putar-belit perniagaan atas angin 1MDB atau duit derma Arab yang dibagi kod atas alasan rahsia?" tulisnya lagi.

Di dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Strategik Parti Amanah Negara Dr. Dzulkefly Ahmad menyatakan, kegagalan PAC untuk membawa Jhow Low yang disifatkan sebagai "The Puppet Master" menjadikan laporan yang dibentangkan oleh PAC seperti sudah terlalu dikompromikan.

Menurut beliau lagi, laporan PAC Mengenai 1MDB itu tidak lengkap kerana ketiadaan pelbagai maklumat terutama dari peguam Negara, Jhow Low sendiri tidak dipanggil untuk berdepan dengan PAC, malah Perdana Menteri sendiri (sebagai Pengerusi Eksekutif 1MDB) bukan sahaja enggan hadir malah tidak mahu menyediakan maklumat penting yang sepatutnya dimasukkan ke dalam laporan berkenaan.

Beliau berkata demikian di dalam satu forum bertajuk "SIAPA PENGKHIANAT NEGARA, FORUM LAPORAN PAC 1MDB yang diadakan di Petaling Jaya baru-baru ini.

Turut hadir sebagai ahli panel di dalam forum berkenaan ialah Ahli Parlimen Kelana Jaya, YB Wong Chen dan ahli PAC dari Pembangkan, iaitu Tony Pua.

Tony Pua sebelum ini telah mendakwa bahawa Pengerusi Jawatankuasa itu, Datuk Hasan Arifin telah menyunting laporan PAC mengenai syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa kelulusan jawatankuasa berkenaan.







8 ulasan:

omar daud berkata...

Salam:


Modus operandi yg sama Najib gunakan dlm dua kes berlainan semata-mata nak cover:gali-lobang-tutup lobang:

kes Altantuya: smsnya dgn razak baginda dapat ditrace oleh syarikat komunikasi malaysia: berbunyi lebih kurang:"keep cool I'm seeing IGP right now,everything is under control."

kes 1MDB diantara Jho low dan Najib,ditrace oleh WSJ melalui blackberry:"supaya duit 681usdmillion di kodkan sebagai american pie,dan nama,ic,account najib dirahsiakan di ambank"


Disebabkan Najib berkuasa di dunia ,najib terpaksa gunakan aparatus kerajaan seperti igp,sprm,kastam ag,hakim,media perdana, dan terbaru lobai-lobai percent untuk menutup lobang,sampai bila najib...kamu merancang ,tapi rancangan Allah lagi hebat..Allah beri kamu masa utk bertaubat.

Samopai bila Najib???????????????Nak harap lobai percent suruh kamu bertaubat..tentu tidak!!

sekian.

Tanpa Nama berkata...

Tanya sikit, Sapo eh Lobai Persen ni?
Lobai yg kato tk logik pitis sebanyak 2.6B masuk akaun pemimpin?

Timnajib Jomfikir berkata...

Jom rakyat Malaysia yang beragama Islam, kita buat solat Hajat masing-masing. Kita tuju Hajat tersebut minta, supaya Allah bongkarkan penipuan Najib dan kawan-kawannya jatuh tersungkur dan bumi Malaysia ini kembali aman dengan pemerintah yang adil untuk rakyat.

Tanpa Nama berkata...


Isu 1MDB perlu kerap di dendangkan kerana Zahid kata dah sampai noktah dan KJ kata dah selesai. Cuma ada yang bangang panjangkan cerita suruh Tun Mahathir minta maaf.

Entah apa lah pulak yang dalam fikiran Raja-Raja. Sepatutnya sudah sampai masanya di tubuh Suruhanjaya DiRaja memperbetulkan kelemahan lapuran PAC.

Selalunya orang yang buat benda yang sama tak kisah orang lain pun buat.

Duit tu pun terlalu banyak ...

Tanpa Nama berkata...

Akan terbangkar juga pekong imdb najis nie

Tanpa Nama berkata...

Apa reaksi pemimpin UMNO Bahagia setelah membaca artikel tulisan Kadir ?

Apabila UMNO kucar-kacir alasan mereka Anwar Ibrahim perlu dikorbankan untuk menyelamatkan negara.

Sekarang negara lagi teruk dan sudah lama tidak tentu arah, kenapa tidak selamatkan negara dengan mengorbankan Najib?



Tanpa Nama berkata...

Don McLean pencipta lagu American Pie berkata " basically in American Pie everything are heading in the wrong direction ". Diantara lirik yg terkandung dlm lagu American Pie ialah " So bye bye Miss American Pie, drove my chevy to the levee but the levee was dry ". Kata2 dlm lagu icon Don McLean nie sungguh tepat untuk rakyat 1mesia.

Tanpa Nama berkata...

Aq dh lama tau....malu laa kd rakyat berperdana menteri penipu perasuah.