21 Apr 2016

PAS Masih Silu Malu Saranan Zakir Naik Supaya PAS-UMNO Bergabung

Pemimpin PAS berbelah bagi saranan Zakir Naik

Kepimpinan PAS berbelah bagi dalam menyambut seruan pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik supaya parti Islam itu bergabung dengan Umno dalam kerajaan campuran.

Sebahagian mereka berpegang kepada keputusan Majlis Syura Ulama PAS Januari lalu bahawa PAS tidak akan menyertai BN.

Bagaimanapun, Dewan Ulama PAS berpendirian berbeza apabila masih terbuka untuk berbincang dengan perdana menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.


Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dalam kenyataan berkata mereka tetap dengan pendirian sebelum ini.

“PAS sentiasa berpegang kepada dasar Islam yang mana salah satunya adalah bekerjasama dan tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan.

“PAS juga berpegang teguh kepada keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang telah bersidang pada 2 Januari 2016 yang mengesahkan perkara sebagaimana di atas di samping menegaskan bahawa PAS tidak akan menyertai BN,” kata Takiyuddin.

Dalam rakaman bual bicara TV AlHijrah semalam Dr Zakir berkata kerajaan campuran Umno dan PAS akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam memacu negara ke hadapan serta mengukuhkan Islam.

Dr Zakir Naik berkata jika perkara itu menjadi kenyataan ia adalah sesuatu yang terbaik untuk Islam.

Idris: Pandangan orang luar

Sementara itu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad pula menyifatkan seruan Dr Zakir sebagai pandangan orang luar.

“Pendirian PAS jelas bahawa tidak timbul soal kerajaan campuran Umno-PAS dan ia tidak akan berlaku.

“Itu pandangan dia (Dr Zakir) sebagai orang luar dan terpulang kepada beliau.

“PAS tak perlu bergabung dengan Umno sebaliknya ahli Umno itu kena masuk PAS,” tegas Idris ketika dihubungi Malaysiakini.

Zawawi: Bincang dulu

Namun, Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata perbincangan harus dibuat terlebih dahulu.

“Kena tanya dia (Dr Zakir). Kalau kenyataan Najib saya akan komen. Setakat ini kita tak ada komen, nanti kita akan bincang dengan Najib dulu,” kata Nik Zawawi.

Ketika berceramah di negara ini, Zakir dirakam bertemu dengan Najib dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata kerjasama antara kedua-dua parti kini tidak semestinya dalam bentuk gabungan antara kerajaan.

Sebaliknya, anggota parlimen Kuala Nerus itu berkata apa yang penting kini adalah pemerintah memberikan hak sama rata kepada pemimpin pembangkang.

"Untuk realiti semasa sebelum pilihan raya umum (PRU) ke 14 BN sebagai kerajaan memerintah di peringkat persekutuan boleh menunjukkan sikap kerjasama dengan memberi hak dan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang sebagaimana dinikmati oleh wakil rakyat kerajaan BN, membanyakkan lagi projek persekutuan di negeri seperti Kelantan.

"Dalam masa yang sama segala kepincangan pengurusan dan kewangan yang dikritik oleh rakyat perlu segera diperbetulkan," tambah Khairuddin kepada Malaysiakini. -mk


Bersatu dengan PAS, pemimpin Umno sambut gesaan Zakir

Kepimpinan Umno menyambut baik seruan pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik agar parti Melayu itu bergabung dengan PAS dengan membentuk kerajaan campuran.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (gambar) berkata seruan tersebut datang daripada pihak yang tidak berkepentingan.

“Mungkin sebelum ini pihak PAS agak tidak begitu sedar lagi tentang kepentingan untuk kesatuan ini. Mungkin PAS anggap seruan yang datang dari kepimpinan Umno ada kepentingan sendiri.

“Tetapi Zakir yang bercakap, dia tidak ada kepentingan politik dan peribadinya. Dia bercakap sebagai seorang intelektual Islam, yang melihat kepentingan Islam dan itu bezanya,’ kata Tajuddin kepada Malaysiakini.

Justeru, Tajuddin mahu PAS melupakan segala sejarah hitamnya bersama Umno sebelum ini demi Islam.

“Kita sepatutnya lupakanlah yang sudah-sudah, maju ke hadapan dengan satu pendekatan baru yang sesuai dengan ajaran agama Islam dan kita sebagai umat Islam perlu mengikut ajaran yang ditetapkan untuk keselamatan dan kesejahteraan umat kita,” tegas anggota Parlimen Pasir Salak itu.

Dalam rakaman program bual bicara TV Alhijrah semalam, Zakir berkata kerajaan campuran Umno dan PAS akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam memacu negara ke hadapan serta mengukuhkan Islam.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyentuh lanjut bentuk kerajaan campuran itu.

Aziz Kaprawi: Harapan majoriti

Sementara itu, anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Aziz Kaprawi (gambar) pula berkata seruan Dr Zakir baik bagi mewujudkan keharmonian negara.

“Ini pandangan yang baik kerana ini akan mewujudkan keharmonian masyarakat seterusnya membawa keamanan negara.

“Ini yang diharapkan oleh majoriti rakyat,’ kata Aziz kepada Malaysiakini.

Kata Aziz lagi, beliau tidak mahu perpecahan umat Islam seperti di Syria yang membawa kesengsaraan kepada rakyatnya yang terpaksa menjadi pelarian.
-mk


ULASAN GB

Dah bagus berpeluk diantara Presiden PAS dan Zakir Naik, tiba-tiba tak mahu terima saranan Zakir.

Cybertrooper PAS begitu hebat sehari dua lepas menyebarkan gambar-gambar Presiden mereka bertemu dan berpeluk dengan Zakir Naik di hotel dimana Zakir Naik menginap, nak tunjukkan keakraban presiden mereka dengan pendakwah antarabangsa itu.

Tiba-tiba apabila Zakir Naik mencadangkan kerajaan campuran PAS-UMNO (atau terus bergabung jika boleh), melenting pula beberapa pimpinan PAS menyatakan itu hanya "pandangan orang luar".

Cybertrooper PAS pun terdiam, tak disebarkan lagi gambar Hadi berpelukan dengan Zakir itu. Mungkin khuatir dan bimbang ahli bawahan PAS akan memberontak dan keluar PAS beramai-ramai.

UMNO sudah sedia pada bila-bila masa untuk menyambut PAS. ISMA, rakan baik PAS pun dah bagi lampu hijau.

Semakin kalut sudah parti sejarah itu. Ya insyaAllah, PAS akan terus menjadi parti sejarah selepas PRU yang akan datang nanti.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kena faham molek.... Taki kata dok masuk BN... bukan join ngan umno. Ngan umno bereh j sbb lani pon dk dduk se office dh ngan umno. Projek kt negeri tuang presideng pn byk d kaw Pas atau org Pas bolot

Tanpa Nama berkata...



Malu malu pulak.

Bukan anak dara lagi. Umur dah 50 lebih.

Kata dah matang.

Buatlah ikatan yg sah.

Nak jd goblok ke, nak jd habis madu sepah dibuang ke,

sendri mau tanggung.

Timnajib Jomfikir berkata...

Selamat tinggal PAS. Generasi baru..akan kenang kamu,apabila mereka pergi muzium.

omar daud berkata...

Salam:

Bagaimana Dr.Zair Naik yg dikenali pendakwah bebas politik,tiba-tiba datang ka Malaysia boleh recommend PAS dan UMNO bersama untuk penyatuan UMAH,macam ada script yg diberikan pada sipendakwah ini untuk bercakap.Siapa agaknya yg menjemputnya datang?,kenapa dia pergi terenganu siap berpelukan dgn Hadi lagi.Adakah tektik zuhdi mengunakkan si pendakwah bebas ini untuk melembutkan ahli-ahli bawahan PAS.Selepas tektik awal Zuhdi dengan sepasang Najib dan Hadi sedondon,tak dapat memikat ahli-ahli bawahan PAS???.

Buatlah apapun Zuhdi/Hadi,lama kelamaan tembelang kamu pecah juga.Najib sedang lemas sekarang ini,dia sanggup berbuat apa sahaja demi menyelamatkan diri dan keluarganya.hatta mengunakan najis yg seketul timbul untuk meyelamatkan diri.

Pesan ulama-ulama ahirat dulu-dulu,kalau nak pilih pemimpin,Lihatlah dirinya masa muda,masa kini,lihatlah isterinya,anak-anaknya,lihatlah kawan-kawanya,

Najib masa mudanya..majority rakyat tahu..bagaimana isteri pertamanya????
Rosmah masa mudanya dan kini..bagaimana laki pertama dan keduanya???

Bagaimana mereka bertemu????
Kawan2 mereka???hobi mereka??suKa bershopping menghabiskan masa diYATCH monaco dan tempat2 mewah europe.kawan2 rosmah Jho low,robert de nero,Paris hilton..dan ramai artis2 hollywood dan bollywood seperti salman khan/shah ruh khan,kajul,moraisa kayla.Anak2nya beli production hollywood cerita x-rated.lakunan leaornardo de carpio.Apartment mewah di carlifornia.
Tak kira lagi dgn in-law di Khazahistan...menhabiskan banyak wang ringgit ukt harijadi dan perkahwinan.Tak kira lagi..jet kapalterbang beli yg tak ada engine,kapal selam yg tak boleh selam.
Sejak couple ini sedang menuju kuasa dan berkuasa 3 pembunuhan mesteri berlaku.
Altantuya di bunuh oleh polis atachi najib/rosmah..tapi semuanya terlepas.Timbalan pendakwaraya dibunuh..tiada siapa ditangkap.Bekas owner AmbaNk dibunuh..tiada siapa yg didakwa??semua berKaitan Najib/rosmah/scorpion/1MDB????LENGKAPLAH SEMUANYA couple ni ADA,sUKA BERBOHONG,SAPU DUIT RAKYAT,BERJOLY SAKAN,SUKA menunjuk2 kekayaan,BERSHOPPING TAK INGAT DUNIA,KEMATIAN MISTERI berkaitan dgn mereka tapi taada sorang pun ditangkap.Perbuatan couple ini tiada berkesudahan,ianya telah menjadi "BERSIRI".Tiada tanda-tanda nak menunjukan mereka nak bertaubat.
So bagaimana si Pendakwah hebat dr.Zakir dan so called ulamak dunia (Hadi) boleh bersekongkol dgn couple ini??/.So ayat quran dan hadith mana yg mereka pegang??

Wallah'ualam.

Tanpa Nama berkata...

Xfaham apa halatuju pas sebenar,pesideng kata pan umpama bas tanpa destinasi,sbnrnya pas yg xnmpk destinasi nk kemana,nk apa,hudud ntah kemana...blablablabla..pas jadi umpama parti hobi masa lapang aje.

pemuda parit kings berkata...

Hihihi...ada beranikah PAS???pemimpin bernafsu besar...ahli Wala buta tuli...dek takut ahli kluar...ckpla ikut keputusan majlis Syura...hahaha...pusing mcm mana pun...rakyat xkn caya la...byk sgt bukti yg pemimpin PAS gila dedak Najib...usah tunggu lg...gabung aja...sedap sikit dgr...hahaha...keparit la PAS akan dtg....

Tanpa Nama berkata...


Apa yang telah mereka lakukan ke atas Zakir Naik betul-betul mencemar keintelektualan Zakir Naik.

Dari awal Zakir Naik tidak sepatut nya di libatkan dengan masalah UMNO. Masalah UMNO ialah orang melayu tolak UMNO.

Itu yang saya berkeras tidak setuju dengan penglibatan Zakir Naik. Dia pendakwah antarabangsa. Isu yang sesuai bagi Zakir Naik ialah Islam sedunia bukan Islam PWTC.



Tanpa Nama berkata...

aku amat setuju dengan dr zaki naik, PAS gabung@kahwin dengan UMNO.
PAS janganlah malu-malu kucing atau hanya mahu kahwin dengan UMNO dengan kahwin mutaah.
kedudukan sekarang amat mengaibkan PAS dan ahli-ahlinya, dimana pimpinan PAS hanya mahu jadikan UMNO sebagai kekasih gelapnya. Dengan kata lain, PAS mahu bawa UMNO ke hulu dan hilir, namun tak mahu jumpa kadhi untuk akad nikah.
perbuatan berkasih dalam gelap hukumnya adalah haram dalam Islam, tambahan pula jika dilakukan oleh orang yang bergelar ulamak.
apa cacatnya UMNO?, orangnya kaya raya, hidup mewah bergaya, kaum kerabat ramai dan ada kuasa seperti Aladdin.

Tanpa Nama berkata...

Ada pemimpin PAS menafikan yang PAS tidak akan bergabung dengan UMNO dengan mempersoalkan jika PAS bergabung dengan UMNO, PAS nak lawan dengan siapa?

Masalah perpecahan melayu ialah rasuah. Yang PAS lawan ialah rasuah. Yang kuat rasuah ialah UMNO.

PAS sudah tidak lawan rasuah. Semua isu melibatkan duit rakyat seperti Tabung Tentera dan 1MDB tidak dapat perhatian dari PAS.

Ini akan menyebabkan UMNO lebih kuat dengan rasuah. Segala rundungan dengan UMNO bermula dengan duit.

mustapa m said berkata...

Saya hormati pandangan Dr Zakir. Namun beliau mungkin tidak tahu yang di negara ini umat Islam hanya @60%. Jadi, mana mungkin umat Islam saja bergabung dan memerintah negara ini. Aman, harmoni dan makmur ke Malsysia nanti andainya umat Islam saja yg memerintah? Adakah umat Islam di sini sanggup dan telah bersedia menyisihkan umat bukan Islam dpd arus pemerintahan negara?

Apa yg paling penting ialah para pemimpin Islam sendiri dapat mentadbir negara ini dengan penuh kejujuran, bersih, amanah dan bertanggungjawab. Jangan ada segelintir pun yang dilihat sebagai perasuah, penyeleweng dan tidak amanah terhadap dana dan harta negara.

Apa guna UMNO dan PAS bersatu demi kepentingan Islam kononnya tetapi hakikatnya para pemimpin tetap tidak bertindak mengikut syariat Islam.

Anti Fitnah berkata...

Mencegah Kemungkaran Menegakkan Keadilan ... prinsip Islam sejati.
Kalau asas ini pun tak mampu diamalkan, tak perlulah sembang hak lain. Malulah Islam kalau kita tak mampu berbuat sedemikian.
PAS memang tak berani masuk atau bekerjasama secara terang-terangan sebab depa tahu akan akibat TAPI depa lupa bahawa bulu musang sudah amat jelas kelihatan hari demi hari. Musang berbulu ayam. Inilah spesis yang Tok Jib dok sebut HARAMJADAH HARAMJADAH HARAMJADAH.

Tanpa Nama berkata...

Takiyuddin yang mana salah satunya adalah bekerjasama dan tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan"

...... berprinsip kan kebenaran dan keadilan.

Penceritaan 1MDB jelas menunjukkan tanda-tanda salah laku menyebabkan hutang negara begitu banyak sekali, dimana prinsip dan dasar Islam yang dipegang oleh PAS ?

Anwar di nafikan mendapat hak mendapatkan perkhidmatan peguam sedangkan Anwar bukan tahanan politik,
dimana prinsip dan dasar Islam yang dipegang oleh PAS ?

Ahli-ahli PAS tahu dan kenal siapa didalam PAS yang merosakkan PAS, peliknya ahli-ahli boleh biarkan seolah-olah ingin sama-sama tenggelam bersama Najib dan UMNO.

Apa tujuan PAS menyertai kluster politik jika PAS tidak boleh menentukan dimana kedudukan PAS?

Kebimbangan PAS bukan kerana ahli-ahli PAS akan meninggalkan parti kerana keahlian PAS semakin berkurangan. Keputusan Majlis Syarak bukan kerana itu tetapi kerana ramai orang Islam yang bukan ahli tidak akan menyokong PAS.

Nampaknya seperti orang-orang melayu telah tolak UMNO. Jika UMNO mendapat semula sokongan orang melayu, Takiyuddin akan mengenepikan keputusan Majlis Syura.

Masalah PAS pula ialah PAS tidak boleh bersendirian. UMNO pula lemah kerana ditolak oleh orang melayu. Yang PAS tak ada penyakit, eluk dan punya masa depan yang cerah boleh tinggalkan itu semua semata-mata ... entah lah, tak tahu mana lawa nya UMNO

pemuda parit kings berkata...

PAS sebenarnya bongkak sombong bodoh...cakap aja ada org cerdik pandai dlm PAS. ..tp apa haknya dlm PAS ???boleh ka mereka bersuara???atau dibagi barua UMNO utk jadi penasihat PAS ???PAS sangkakan nk bolot abis jawatan yg ada di Malaysia...boleh ker???jalan sendirian lebih baik dan kuat serta matang???kerja PAS skrg hnya buat lawak utk rakyat...hari2 kena hina...maki...keji...tak sedarkah pemimpin PAS ???aduh...pelikla ahli PAS yg masih sygkan PAS yg ada skrg...cukup2lah...bagi ruang utk berfikir...byk da contoh2 yg ada...bukti2 yg ada...apa yg boleh kita syg sgt kt dunia ni...semua milik Allah...tambah lg hanyalah parti politik...tinggalkan aja PAS ...

Tanpa Nama berkata...

firman Allah swt setiap kali disebut amal makruf nescaya akan dituruti dgn nahi mungkar...

maknanya buat baik mesti seiring dgn mencegah kemungkaran. tak boleh menyuruh kpd kebaikan saja, tanpa pencegahan.

jadi apa gunanya bekerjasama dgn umno dlm kebaikan tp dlm masa yg sama umno dibiarkan berleluasa membuat kezaliman?

Pencolekhangek berkata...

Kalau kita baca ikut tafsiran kita yang cetek pengetahuan ini. Dr. Zakir cadangkan umno dan pas bersatu tubuh. Jadi rakyat jelata yang tak suka assobiah dan Ali Baba dan 40 orang penyamun boleh tolak mereka dengan satu undi. Tak kan pas dan umno nak berebut-berebut kerusi bila bersatu tubuh. Maka hasrat untuk satu lawan satu mungkin kesampaian. Lainlah ada taliban yang belot atau pun calun bebas dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

Zahid kata baik untuk Islam.
Hadi kata baik untuk Islam.
Zakir pun kata baik untuk Islam.

Ya memang baik untuk Islam tetapi Islam yang tak baik untuk PAS selagi PAS berpegang pada Islam sebenar. Jika Hadi masih mahu bergabung, Hadi kena ikut Islam UMNO.

Islam PAS tidak boleh menipu. Itu yang susah. Tak macam UMNO Islam, Islam jugak. Tipu, tipu jugak.