26 Apr 2016

3 Penjuru: PAS Turut Salahkan PKR

HARAPAN gagal pastikan satu lawan satu, Kit Siang mohon maaf

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang meminta maaf ketika berceramah di Kuching kerana kegagalan Pakatan Harapan untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dan berjanji untuk bekerja lebih kuat lagi.

Menurutnya, Tan Sri Adenan Satem akan kekal menjadi ketua menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri ini, tetapi beliau menggesa pengundi untuk tidak memberikannya satu kemenangan yang mutlak.


DAP mendakwa ia sepatutnya bertanding di Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong menentang BN tetapi PKR turut meletakkan calon mereka sendiri.

Ini menyebabkan DAP bertindak balas dengan meletakkan calon di Batu Kitang di mana ia pada mulanya bersetuju PKR bertanding di situ.

Sementara itu, pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen merayu kepada pengundi menyokong calon DAP di Batu Kitang, Abddul Aziz Isa dan berkata dengan meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Cina itu, ia adalah bukti bahawa DAP adalah parti berbilang kaum.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 4,000 orang dan turut mengumpulkan sumbangan sebanyak lebih RM6,000 caruman. Ia juga menjual kira-kira 100 patung Ubah pada harga RM20 setiap satu.

Sementara itu di Miri, di ​​sebuah restoran kecil di pinggir bandar itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyentuh kenapa pengundi di kawasan majoriti Cina Pujut perlu mengundi calon parti Islam itu.

Bercakap kepada kira-kira 50 orang kuat,
Hadi menafikan bahawa PAS adalah sebuah parti yang bersifat perkauman.

Beliau juga memberi jaminan bahawa PAS sebagai sebuah parti Islam akan berlaku adil kepada semua rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama.

Beliau menambah bahawa tidak ada sebab rakyat Sarawak tidak boleh menerima PAS.

"Jika kapitalisme dengan ikonnya Adam Smith dan sosialisme dengan ikonnya Karl Marx, kedua-duanya bukan Iban, Cina, atau Melayu, boleh diterima, mengapa tidak Islam?" katanya.

Kemudian ketika bercakap kepada media, Hadi berkata PKR yang harus dipersalahkan ekoran pertandingan tiga penjuru dengan PAS di Kakus, Jepak dan Lambir kerana parti Islam itu telah pun mengumumkan calon mereka lebih awal.


PAS lancar manifesto khas DUN Pujut, Lambir

MIRI: PAS melancarkan manifesto Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 khusus bagi DUN Pujut dan Lambir, di Saberkas, Miri semalam.

Bertempat di sebuah restoran, majlis itu dihadiri Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pemuda Nik Abduh Nik Abdul Aziz, serta calon Pujut, Jofri Jaraiee dan calon Lambir, Arif Paijo.

Jofri dalam ucapannya berkata, kehadiran PAS di Pujut – DUN majoriti Cina – bukan untuk ‘memecahbelahkan’, tetapi untuk membawa kesejahteraan kepada penduduk di sana.

“Jadi tak perlu takut, kalau dengar daripada sebelah pihak sahaja tentu ada macam-macam cerita tetapi malam ini kita jelaskan mengapa kita bertanding (di Pujut),” katanya lagi kepada kira-kira 50 hadirin.

Manifesto itu menggariskan empat bidang pembangunan utama iaitu pendidikan dan kemahiran; kesihatan dan kebajikan; ekonomi dan kemudahan dan pemilikan tanah.

Ia antara lain menjanjikan penubuhan pusat pembangunan awal pra-sekolah (PASTI); pemotongan 25% elaun Adun bagi ‘Tabung Kebajikan Pujut’ dan ‘Tabung Kebajikan Lambir'; meningkatkan kemahiran vokasional dan keusahawanan belia dan ekonomi wanita; dan memperjuangkan Hak Tanah Adat (NCR).

Nik Abduh pula berkata, Dewan Pemuda PAS Pusat akan bersama-sama dalam PRN ini bagi membantu kempen calon-calon PAS dalam PRN ini.

“Sepanjang (tempoh kempen), kita akan beri kefahaman kepada rakyat Sarawak bahawa kehadiran PAS di sini akan menyempurnakan cita-cita dan impian mereka untuk melihat negeri ini maju dan sejahtera, seperti yang sepatutnya dikecapi dengan kekayaan hasil bumi,” katanya lagi.

Manifesto empat perkara yang dilancarkan Hadi kelihatan disesuaikan kepada PRN Sarawak, siap dengan ikrar untuk tidak mengganggu gaya hidup dan budaya penduduk setempat dan penegasan bahawa undang-undang hudud hanya untuk orang Islam.
-FMT


ULASAN GB

Apa yang menarik di dalam dua artikel di atas? Ada dua.

Pertama, jika sebelum ini PKR terpaksa berdepan dengan kritikan dari DAP, kini, rakan karib PKR, PAS juga mempersalahkan PKR ekoran parti itu terpaksa bertanding 3 penjuru iaitu di Kakus, Jepak dan Lambir.

PKR perlu terima bahawa mereka adalah di pihak yang bersalah. PKR perlu memohon maaf, bukan bertindak angkuh dan berlagak sombong dengan mempertahankan sikap dan tindakan mereka yang telah memecah-belahkan pembangkang.

Tatkala parti-parti komponen PH dan juga PAS sudah mengumumkan calon-calonnya, PKR masih terhegeh-hegeh sehingga di saat akhir rundingan pun mereka belum mengesahkan nama-nama calon mereka. Implikasinya dua calon PKR tidak bertanding, satu hilang ghaib yang satu lagi membawa penyokong yang muflis.

Kedua, PAS juga perlu muhasabah.

Sesuatu yang menarik juga diperhatikan jumlah kehadiran rakyat yang datang mendengar di kedua-dua majlis pelancaran manifesto, DAP dan PAS.

Di dalam ceramah DAP di Kuching, dilaporkan 4,000 hadirin datang mendengar ceramah pimpinan DAP, manakala di Pujut, di majlis pelancaran manifesto PAS, dilaporkan cuma 50 orang sahaja yang hadir itu pun termasuk para petugasnya.

Di situ sudah ada penanda aras untuk mengukur sambutan rakyat bagi pola pengundian pada 5 Mei nanti.

PAS telah mengambil pendirian untuk "bermusuh" dengan DAP. Malah AMANAH pun dijadikan mangsa PAS dengan menuduh kononnya AMANAH "balaci DAP".

Difahamkan rakyat Sarawak tidak dapat menerima tuduhan PAS itu dan mereka menganggap tuduhan itu sebagai melampau dan PAS sebagai parti yang tidak boleh diterima di Sarawak.

Di dalam satu klip video yang tersebar di media sosal, seorang rakyat Sarawak menyatakan bahawa kita perlukan parti yang kukuh di dalam menghadapi Barisan Nasional, maka sebab itu perlu pilih parti-parti yang menjadi komponen Pakatan Harapan.

CERAMAH DAP DI KUCHING



13 ulasan:

Awanama berkata...

Tujuan utama PH adalah utk menumbangkan Najib dan BN..jgn berbalah..rakyat di belakang kamu..tolong fikir hak rakyat yg mengundi kamu..ke arah Malaysia yg adil dan saksama..

Awanama berkata...

Pas hanya berlaku adil kpd najib.

Awanama berkata...

Hadi jangan nak menipulah. Asyik nak membelit je. Takde kerja lain ke selain tiduur! Pas dibawah kamu sudah jadi parti perkauman Melayu yang memperkudakan Islam. Demi untuk hidup senang lenang kau sanggup jual ugama. Dulu kata berdosa besar kalau ugama suku bangsa suku. Dulu kata jangan cenderong kepada orang zalim nanti disambar api neraka. Sekarang apa macam? Duduk bawah ketiak ameno ka???

Awanama berkata...

Ulama Jebon tu jangan dipedulikan. Biarlah merapu seorang diri.

Awanama berkata...

kalau dulu, hadi dalang yg menghancurkan pakatan rakyat; sekrg azmin pula jadi pemecah pakatan harapan.

kak wan dan keluarga mestilah bersuara. jgn senyap seribu bahasa. kalau azmin tidak dpt dikawal, elok keluarga sdr anwar keluar dr pkr dan join Amanah.

skurg2nya Amanah konsisten dgn objektif penubuhan.

Awanama berkata...

Kalau nak ikutkan Ganu dah bole pegang kalu Hadi bergabung dgn adun bebas bertiga pimpinan Mat Said. Takde salahnya kasi Mat Said MB Ganu dan 2 rakannya exco, selebihnya Pas pegang la utk dpt kuasa di Ganu. Ini dibuatnya senyap dan tiada rundingan. Sanggup diadakan semula pilihanraya kecik negeri dgn harapan bole menang majoriti lebih besar atau sebenarnya berbaik dgn Najib?

tok janggut berkata...

Mungkinkah ada ahli PKR yg menjadi dalang utama yg memecah belahkan PAKATAN RAKYAT selama ini..

Awanama berkata...

BN kurang bertindih calon kerana adanya derma wang besar. Semua dapat suap, makan tak habis. Yang bisang boleh jadi bisu, lawan pun jadi kawan, yang keras jadi lembut dan lelaki pun boleh jadi perempuan. Kalau adapun cuma seketul dua yang tak dijemput makan.


PKR lain pulak cerita. Kek atas meja dah kerat2 nak bagi2. Tapi yang lapar bertimbungan tak cukup kerusi. Lagi banyak kerusi Baru gian nak duduk, lagi banyaklah kek Azmin boleh tumpang makan.

Itu semua PAS dah biasa. Asalkan ada, tak kira sebesar onde2 maupun sekecil kueh bakor, semua boleh Hadi tikam. Hinggakan ada perempuan2 nak tunjuk cakar rimau dan siku lutut.

Awanama berkata...

banding DAP ngan PAS di sarawak?adeii..penulis pun,biarkan je..diorang tu.

Awanama berkata...

PAS akan hilang deposit.
Cuma dapat 50 undi.

Awanama berkata...

bgmana pas hj hadi nak berlaku adil kpd semua rakyat sarawak sedangkan dgn rakan2 seperjuangan dlm pas sebelum muktamar pascai pun dia tak berlaku adil. mmg senang nak seru org lain buat baik tp kita sendiri nak buat baik tak tentu mampu kita lakukan

marhein berkata...

50 orang yg hadir tu petugas ajer...

marhein berkata...

50 orang yg hadir tu petugas ajer...