24 Mac 2016

RASUAH: Tahniah Najib Berjaya Letakkan Malaysia No 2 Dalam Dunia

TIME ‘iktiraf’ Malaysia negara kedua rasuah di dunia

Malaysia sekali lagi terus dikenali di pentas antarabangsa tetapi dalam konteks negatif apabila tersenarai menduduki tempat kedua negara di dunia yang bergelut dengan rasuah.

Berada di bawah Brazil dalam senarai yang dikeluarkan majalah TIME versi ‘online’ itu, rekod tersebut dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ditubuhkan Najib Razak pada tahun 2009.

Penulis, Ian Bremmer melalui artikel bertajuk, “These 5 Facts Explain the State of Global Corruption” antara lain berkata, hutang 1MDB sebanyak USD11 bilion pada tahun 2015 manakala USD681,000 telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib.



Menurut majalah berita mingguan Amerika Syarikat itu, Najib mendakwa dana berkenaan adalah "hadiah" daripada keluarga diraja Arab Saudi dan kira-kira USD620,000,000 telah dikembalikan.

“Dua minggu lalu, siasatan 1MDB menemui bahawa jumlah yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib sebenarnya kira-kira USD1 bilion,” lapor TIME.

Artikel yang meletakkan Afrika Selatan di tangga ketiga diikuti China dan diakhiri Rusia itu turut menyebut Najib telah menyingkirkan Peguam Negara yang telah mengetuai siasatan 1MDB.

Tinjauan Malaysia Dateline di laman web TIME hari ini mendapati artikel yang dimuat naik pada 17 Mac lalu itu berada di tempat teratas daripada lima berita dalam senarai “Most Popular Stories”.


Bagaimanapun, paparan penarafan gejala rasuah tersebut berserta foto wajah Najib kononnya menjadi muka depan majalah TIME yang pada masa ini sedang viral di media sosial disahkan palsu. -Malaysia Dateline

2. Malaysia

That’s not the case with Malaysia. In 2009, Malaysian Prime Minister Najib Razak established a sovereign wealth fund called 1Malaysia Development Berhad (1MDB) to help the country attract foreign investment and boost its economy. Long story short, by 2015, 1MDB owed investors $11 billion. As investigations of the state fund got underway, it was revealed that $681 million dollars had been deposited into Najib’s personal account. The prime minister copped to the money transfer, but claimed it was a “gift” from the Saudi royal family, about $620 million of which he says he has returned. Two weeks ago, the 1MDB investigation uncovered that the total routed into Najib’s personal account was actually about $1 billion.

Malaysia is a de facto one-party country. All of the country’s six post-independence prime ministers have come from the United Malays National Organization (UMNO). That’s why Najib owes his position to his party, not to the Malaysian people—good news for a man currently polling at 23 percent, the lowest ever for a Malaysian head of government. He has spent the last half-decade strengthening his position within UMNO, and the past year since the 1MDB scandal broke purging his party of potential adversaries. This past summer, Najib fired his attorney general, who had been leading the 1MDB investigation. Malaysia exemplifies how corruption drives can fall short in countries with a single political party and weak governing institutions.
time.com


ULASAN GB

Di dalam keadaan yang sebegitu parah, anehnya masih ada pemimpin parti politik di dalam negara ini yang masih tidak sedar diri malah berbangga apabila dapat bersama dengan PM itu.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Yang bersalah akan menerima hukumannya walau segala cara termasuk dengan "membeli sokongan", digunakan untuk menutup perbuatan salahlaku itu.

Itulah keyakinan kita. Itu keyakinan orang-orang yang benar-benar beriman.

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JASA BIJAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA - Saya juga mengucapkan TAHNIAH kepada kejayaan bertaraf rekod dunia - World number 2! Tentu pemangkah2 BNatang happy dengan kejayaan ini. Kalau tak puas hati saman je majalah TIME ni, dan letakkan Malangsia ke tangga pertama.

Tanpa Nama berkata...

Mana nak cari PM paling penyabar di donia

Tanpa Nama berkata...

Hj hadi tak bagi tau kat PM rasuah tu haram kpd orang islam sebab di kelantan yg dipimpin ulamak pun berlaku jugak sehingga berantakan dengan husam.bangkali geng serban tak dosa.Kerana melibat pM panglima umno diam.

lelaki dicermin berkata...

Gumbira aku...harap2 tahun depan no 1..

mustapa m said berkata...

Malunya rakyat Malaysia yg berbangga ada seorang PM yg paling penyabar.
Mungkin tahun depan Malaysia dapat No. 1 sbg negara paling rasuah. Tahniah kpd seluruh penyokong umno/bn.

omar daud berkata...

Salam

Nak dengar komen si Penasihat tersohor negara.

Tanpa Nama berkata...

Kisah bagaimana Bani Israel telah dilaknat Allah patut jadi iktibar. Pada awalnya tok2 lebai larang para pembuat dosa dari perbuatan maksiat yang sedang mereka lakukan. Tapi esoknya para pendosa masih tetap dengan maksiat mereka. Akhirnya tok2 lebai duduk2,minum2 dan makan2 bersama para pendosa dan tidak lagi mencegah maksiat yang masih dilakukan...akhir semua kena laknat.

Tanpa Nama berkata...


Najib memandai-memandai pulak kata Rasuah adalah musuh Nombor Satu. Kalau musuh macamana Malaysia menduduki tangga ke Dua di dunia?

Najib bertanggungjawab membersihkan rekod buruk Malaysia. Rakyat yang keluar negara samada atas sebab perniagaan, sukan atau lawatan kerja bersusah-payah mengharumkan nama Malaysia. Najib mesti lakukan sesuatu.

Yang paling baik ialah Najib berundur.

Tanpa Nama berkata...

Orang bukan Islam akan terus berpegang bahawa agama tiada kaitan dengan hal-hal dunia. Sedangkan sebagai Islam, kita mahu tunjukkan dalam semua hal dunia mestilah ikut cara Islam. Apalagi ianya ada kaitan dengan akhirat. Dari lahirnya seorang anak hingga di kapan kan adalah mengikut cara Islam. TGNA pernah berkata kita nak masuk tandas pun ada doanya. Ya kita tahu. Jadi TGNA bukan cakap dengan kita.

Tiba-tiba Pak Lebai berjanggut bersila dan bersipuh depan orang yang menjadikan Malaysia yang paling teruk rasuahnya. Apa guna baca doa nak masuk tandas jika rasuah yang menjijik itu dan sipelakunya juga yang didekati.


Tanpa Nama berkata...

Kerana gila nak kan sangat AMANAH terkubur cepat sanggup buat apa saja walaupun di larang oleh agama. Di pakaikan nya ketayap dan jubah sebagai tanda kejayaan menjadikan Malaysia sebagai negara yang ke dua untuk rasuah.

Jika Malaysia di tangga pertama, di pakaikan jubah warna hijau.

Dulu ya PAS bercita-cita mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam tetapi sekarang PAS sama-sama menjadikan Malaysia negara Rasuah.

Tanpa Nama berkata...

Si gigi kapak dah boleh kompolkan ahli keluarga. Elok buat kenduri kesyukuran. Tengok. Tak sampai tujuh hari kau bergelak sakan, kawan kau dah dapat rekod dunia. Dasat kau punye doa ye. Elok sangat rekod ini dirayakan bersama keluarga. Panggil semua yang masih malu2 dan nyorok2 tu keluar dan yam seng!

Amboi2. Sekor sekerat pun tak ade yang nak ikut al marhum bapak ye. Main nyorok sana sini je. Hanya kutip kupang cari makan saje kau ye. Padahal dunia malaya dah huru hara macam ni. Dah jenuh dan penat rakyat menunggu baka baik untuk dibuat ayam sabung. Hanya dapat ayam bodo diberi nama mat sabu je. Ayam baka baik lagi pandai tajwid berkokok, mane? Ghoib. Ada sekor dah salah masuk kandang. Entah2 dah dibagi makan dedak..

Aku merapu2 di sini kerana ada kenangan lalu sebagai pembela bapak kau. Dengan seluruh kudrat diberi Allah Taala, aku sempurnakan majlis beliau. Aku jadikan diriku perisai nyawa beliau. Aku iring dan pastikan beliau selamat sampai ke tempat istirehat beliau di kl. Lalu aku seorang diri mengadap beliau yang jugak duduk kepenatan seorang diri lantas mencium tangannya. Barulah aku beredar pulang ke rumah.

Aku tiada minta balasan apa2 di dunia ini. Hanya yang ku pinta, Allah izinkan aku selalu duduk2 dekat beliau dan dapat mencium tangan beliau di sana nanti. Setiap hari. Selama2nya.

Kau minta ape?...

Tanpa Nama berkata...

Hadi Kata kena tunggu 2 orang saksi,dan negara kita tak bersalah lagi jika tiada keputusan dari mahkamah.

Harun din kata: Tak logikla, Najib semalam pakai jubah putih siap kopiah putih lagi,kat utusan dan tv3 kata Najib akan perangi rasuah habis2an.

Tanpa Nama berkata...

Punahsihat akan berkata.mana ada 4 orang saksi yang mengatakan Maysia naib juara Rasuah .lihat PM dah pakai jubah putih dan kopiah putih lagi .

Tanpa Nama berkata...

Ye lah... dah berapa kali PM bijaN tawaf di kaabah. Klu dia berdosa, mcmana bole nampak kaabah?

Er... syiah pun nampak kaabah kan?! ... huhu

Malaysiabaru berkata...

MOHON AMANAH PKR HENTAM

PAS

SETIAP HARI.. UP SIKIT KUTUK PARTY ULARMAK AJARAN SESAT

JGN HARAP DAP...

HENTAM PAS ADALAH KERJA MELAYU... PECAH UND MELAYU BARU PEMBANGKANG ADA PELUANG!!!

Pencolekhangek berkata...

Tahniah Malaysia kerana mencapai status negara kedua paling maju dalam dunia. Opps maaf, negara kedua paling rasuah dalam dunia. Kalau kita berusaha lagi mungkin kita boleh menjadi johan pada tahun akan datang. Namun status johan sukar untuk dicapai kerana punaisihat kita pun statusnya dalam dunia pun nombor dua sahaja. Syabas kepada pengundi-pengundi di BN & PAS.

Tanpa Nama berkata...

Kata ulama pas suci mulia ilmu tinggi: ni salah dap Cina kapir yang niat hina agama. Yang time tu Kan sama kapir sama jahat sama hina agama macam dap Cina kapir. Buat apa nak baca dia punya tulisan? Mari besatu menentang dap Cina yang kapir celaka yang hina agama

Tanpa Nama berkata...

Anda punya komen 'DALAM" lah bro. Best comment this month.

Tanpa Nama berkata...

Hj hadi dapat makan hampas dedak.
pengikutnya memang taksub.apa hj
hadi buat salah atau betul semua kata
ok

Tanpa Nama berkata...

Pas mmg dah jauh hanyut.yang pelik nya pkr masih nk bergayut.. Tuan gb tolongla bgtau pkr sila displinkan parti.. Parti pas yg khianat patut dputuskan hubungan..pas ibarat najis,kalau kita masih bergelumang dgn najis,akhirnya pkr juga jadi najis...kalau pkr shj xpa tp terus membusuk kan amanah dan dap sbb gabungan ph pkr amanah dap..harap pkr bijak, jgn buat rakyat jd jijik dgn pkr...sekian..

Tanpa Nama berkata...

Brazil dikaitkan dengan berbagai-bagai rasuah dan bermacam-macam orang. Malaysia dikaitkan cuma seorang individu iaitu Najib@1MDB.

Satu anugerah khas atau darjah kebesaran khas perlu diberikan pada Najib.

Parti PAS perlu istiharkan Najib adalah idola ahli-ahli PAS.

Tanpa Nama berkata...

Mlysia negara islam juara Rasuah dtmpt kdua dlm dunia. Minta Pas bg punahsiht dmi kpntgn agm n ngara