24 Mac 2016

PAS Kembali Ke Era Assabiyah & Semarakkan Budaya ISIS

Umat Islam perlu bersatu tentang DAP, kata Abdul Hadi

Umat ​​Islam di Malaysia perlu bersatu menentang dan menggagalkan rancangan DAP yang dikategorikan sebagai parti sekular daripada memerintah negara ini, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi berkata, majoriti orang Cina dalam DAP tidak mempunyai hak untuk membentuk kerajaan yang memerintah, kerana orang Islam melebihi bilangan orang Cina di negara ini,
lapor Utusan Malaysia.


"DAP mempunyai rancangan yang lebih besar, lebih daripada sekadar mengawal ekonomi, oleh itu hanya melalui penyatuan umat Islam kita boleh memastikan negara ini terus diperintah oleh orang Melayu.

"Tambah Ahli Parlimen Marang itu lagi Pas telah mengingatkan agar Umno kembali kepada Islam untuk perpaduan dan pengukuhan ummah," kata Hadi dalam ceramahnya malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ujar Khalid pula, DAP yang majoritinya dianggotai orang Cina berjaya walaupun mereka hanya 30 peratus daripada penduduk negara ini.

"Mereka mengawal pendapatan per kapita yang lebih tinggi dan saya percaya mereka mempunyai cita-cita yang lebih besar.

"Kami akan membentuk satu unit seperti sebuah badan bukan kerajaan untuk memantau (calon pilihan raya) di kalangan Melayu yang meletakkan diri mereka sebaris dengan DAP dan memastikan mereka tidak menang dalam pilihan raya umum akan datang," kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu.

Khalid yang pernah menganggotai PKR dipecat daripada parti itu setelah enggan mengosong kerusi MB Selangor yang disandangnya bagi penggal kedua.

Pakatan Rakyat yang dibentuk selepas pilihan raya umum 2008 berkubur apabila Muktamar PAS Pusat tahun lalu membuat keputusan menamatkan kerjasama politik dengan DAP.

Baru-baru ini Pas telah menjalin hubungan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pimpinan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, sebuah parti berbilang kaum bagi membentuk apa yang dipanggil sebagai 'blok politik ketiga'. -Malaysia Dateline

ULASAN GB

GB mengandaikan berita itu benar kerana sesudah 3 hari berita itu tersiar di media massa, belum ada penafian dari Lajnah Penafian PAS yang diketuai oleh Setiausaha Politik Presiden PAS.

Dan begitu ketara perjuangan PAS kini telah jauh kesasar dari perjuangan Islam. Ia telah kembali kepada era perjuangan assibiyah zaman Datuk Asri. Seiring dengan semangat perkauman UMNO. Kata-kata Presiden PAS kini seperti yang ditebalkan oleh GB di atas, ketara seperti kata-kata seorang pemimpin UMNO.

DAP, katanya, adalah sebuah parti sekular. Itu semua orang tahu. Tetapi PAS terlupa bahawa sistem pemerintahan kita seluruhnya adalah sekular. Malah kewujudan parti-parti politik di dalam negara ini (termasuk parti Islam SeMalaysia) ditubuhkan di dalam kerangka sekular. "Demokrasi: itu sendiri adalah sekular, jadi PAS juga menggunakan platform sekular untuk mencapai cita-citanya. Ia tiada bezanya parti-parti politik lain di dalam negara ini.

Kedua katanya, mjoriti orang Cina dalam DAP tidak mempunyai hak untuk membentuk kerajaan yang memerintah. Mungkin Presiden PAS itu tidak membuat kerjarumahnya untuk melihat berapa kerusi DAP bertanding. DAP selama ini bertanding maksimanya 50 kerusi dari jumlah 222 kerusi parlimen. Jika menang semua sekalipun DAP tidak mampu dan tidak boleh membentuk kerajaan.

Ketiga, majoriti kaum Cina dan India telah menolak MCA dan MIC, 80%-90% kaun bukan Melayu ini memilih DAP sebagai parti yang mewakili kaum mereka. Di dalam negara majmuk, adalah mereng sangat pemikiran jika menolak DAP sebagai sekutu kerana menolak DAP bererti menolak majoriti kaum bukan Melayu di dalam negara ini.

Malah UMNO sendiri pun pernah mencadangkan agar DAP diterima sebagai anggota BN untuk menggantikan MCA dan MIC yang semakin pupus kerana mereka tahu kepimpinan negara perlu kepada perkongsian kuasa dengan bukan-Melayu. Tiada satu parti pun di dalam negara ini yang boleh memerintah negara tanpa penyertaan kaum lain. Itulah sebab mengapa di dalam PRU13 yang lepas, PAS menang di beberapa kerusi campuran di atas nama Pakatan Rakyat berkonsepkan tahaluf siyasi. Apabila Pakatan Rakyat dikhianati, apakah PAS masih berangan untuk menang di kerusi campuran?

Keempat, gagasan menolak DAP adalah gagasan ekstreme PAS yang menampakkan ia sudah melangkaui "politik matang" yang digembar-gemburkan. Ia lebih kepada parti perkauman berfahaman sempit. Lebih menghairankan apabila ia juga menganggap parti Islam lain (AMANAH) sebagai musuh malah pernah mmewajarkan agar dihapuskan. Budaya "takfiri" dihidupkan tetapi kali ini bukan kepada UMNO seperti terkandung di dalam AMANAT HADI yang masyur itu, namun kepada AMANAH yang dituduhnya "pengkhianat". Sedangkan Perlembagaan PAS sendiri membenarkan ahli-ahlinya keluar parti. Pendirian PAS yang ekstreme ini lebih mirip kepada perjuangan ISIS walaupun mereka menafikan.

Maka tidaklah hairanlah perangai dan sikap ahli-ahli PAS telah menjadi lebih kasar dan hina kebelakangan ini. Bermula dengan menanam bibit kebencian kepada golongan professional dengan mengeboo mereka di dalam muktamar yang lepas, mengugut dan mengancam nya Safwan Anang, memaki hamun dan mengancam keluarga Ustaz Miqdad Zakaria, menghalau keluar golongan progresif dan kemudian menuduh mereka pengkhianat dan kini mereka membentuk cyber-trooper PAS untuk memakihamun kumpulan yang tak sehaluan dengan mereka di media-media sosial dengan alasan orang lain selain mereka menolak hudud, menjadi balaci DAP dan seumpamanya.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS perlu dan pasti ditolak rakyat kerana telah menjadi parti perkauman sempit serupa UMNO.

Bandingkan pendirian 2 pemimpin PAS ini







35 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Nie jenis ULAMAK MUNAFIK HARAKI...kahkah da serupa Ahli Kitab Yahudi yg sesat dan menyeleweng.

Tanpa Nama berkata...

Hoi hadi Tuhan sendiri menjadikan manusia ini berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya dapat mengenal antara satu sama lain dan yang terbaik nya adalah yang beriman dan beramal saleh.(AlHujarat ayat 3) Kau dah lebih pandai ke dari Tuhan. Bongok punya tuan haji..kau tu sebenarnya bodoh lagi membodohkan lah bonggok

Tanpa Nama berkata...

adakah ini amanat hadi versi dap.

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka.

persoalan - adakah umno dah ubah perlembagaan sesuai dgn Islam? adakah umno dah buang undang2 kafir dan peraturan jahiliyah?

"Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'."

persoalan - adakah berebut jwtn itu jihad? adakah menipu umat itu jihada? adakah merompak balak yik jihad? adakah sedondon dgn najib dikira jihad? adakah kalau mati bersama2 umno menjadi syahid? adakah umno sudah 100% Islam skrg?

adakah pas masih bergantung kepada Allah dlm perjuangan hingga kena tipu dlm isu hudud? atau kena rasuah dgn jwtn hingga tidak berani mengkritik tgn yg memberi makan?

all in all - taraf pas adalah sama mcm selipar jambang... musyidul am - jwtn tertinggi dlm pas, org yg paling zuhud dlm pas - berada dibwh zahid yg sekular yg pernah belasah kenalan anak pompuan dia; yg akan penuhkan negara ini dgn 1.5 juta bangla.

semoga org2 yg menyokong tindakan ini akan mendapat menantu besan dr bangla nanti... Amin...

Tanpa Nama berkata...

Orang gila pun tak bercakap seperti apa yang dikatakan hadi.sebab.kalau sungguh benci kepada DAP ,mengapa sehingga sekarang Pas tidak BERAMBUS dari mentadbir Selangor bersma cina kafir DAP?.kalau ada maruah diri dan maruah Parti sila arahkan keluar semua Adun Pas dan bersama DAP mentdbir Selangor .Otak hadi dah mamai dengan kesan pil kuda.

Tanpa Nama berkata...

Berubah rubah pendirian ikut suasana politik Tok Lebai . setahun dua kedepan apa pula ditomoh fitnah kpd parti ikatan . masa ni pujilah melangit . ingat x Tok Lebai pernah puji LGE umpama saidina umar . ingat x TL puji DAP melangit langgit menyuburkan Islam dengan memberi peruntukan kpd jambatan Agama Islam sampai 70j setahun dibandingkan Umno beri 2 juta . ingatkan. Ini lah TL pasik

Tanpa Nama berkata...

Hadi tulis.Majoriti Cina dalam DAP tidak mempunyai hak untuk memerintah Malaysia.kerana orang islam melebihi bilangan orang cina di negara ini.Kan bangnag punya pendapat.kalau kau dah tahu cina dapa tak bolih membentuk kerajaan di Malyasia ni .jadi?apa masalaahnya kau meroyan macam mabuk ketum ni.Eh .Sakit jiwa agaknya hadi ni.

Tanpa Nama berkata...

"Umat Islam perlu bersatu tentang DAP"

Amanat baru ke tu?
inna lillaahi wa inna ilaihi raa ji 'uun...

kita tungguuu... utk amanat seterusnya...

Moga Allah tunjukkan jalan yg benar serta bukakan pintu hati kita utk cenderung kearah kebaikkan dan seterusnya menjunjung yg haq dan menolak kebațilan

Tanpa Nama berkata...

Khalid yang dulu bijak pun dah jadi bahalol.

10 orang yang terkaya di Malaysia hanya 1 sahaja melayu dan Cina-Cina kaya ini lah yang mengisi dana pru UMNO dan yang menyokong BN.

Jho Loh menjadi kaya kerana 1MDB dan kerana berbaik dengan Rosmah dan Najib.

Al-Ahmad Othman berkata...

TAHNIAH!!!atas kenyataan terbaru dari Naib ketua Ulamak sedunia,sudah habiskah nasihat yg diberi kepada BAPAK pengkhianat Bangsa Melayu itu sendiri? BANGSA sendiri yg buat Khianat,CINA DAP jugak disalahkan,Yang menjadi mangsa keadaan dah tentu penyokong bawahan,(penyokong Taasub membuta tuli),ke kiri salah,kanan pun salah,ke belakang pun salah,depan pun salah atas salah,bawah pun salah,serba tak kena dibuatnya sampai MATI, wirid2 ISTIQOMAH dimainkan berulang kali...keluar Parti akan dicop munafik, kafir,tali barut DAP,laknat dll...MUSIBAH apakah yg sedang berlaku di Malaysia pada ketika ini?Indeks RASUAH Negara no.2 rangking dunia salah DAP? Mh370 hilang ghaib juga salah DAP?Mh 17 di letupkan angkara Cina DAP?Pelabur asing lari pun salah DAP?Kos sara Hidup tinggi cina DAP salah?PATI bersepah di Malaysia salah DAP? tanah rezab Melayu dah semakin mengecil salah DAP?Harga minyak Dunia turun pun DAP jugak disalahkan,pendek kata apa jua berlaku di dalam negara dari sekecil-kecil perkara sampailah sebesar-besar perkara semuanya salah Cina DAP..Perlu di INGAT!!Malaysia Bukan hak mutlak bangsa Melayu(sama ada PAS/UMNO) sampai Kiamat? Allahlah yg berhak menentukan siapa? Parti mana? Yg berhak memegang tampok Kuasa.Mungkin apa yg berlaku muktahir ini dari kegawatan ekonomi, sosial sampailah kegawatan politik adalah sebagai SARINGAN dari Allah untuk rakyat berpikir(khususnya Bangsa Melayu Yg mengaku Agama Islam) yg mana HAK dan yg mana BATIL,yg mana satu pemimpin/parti yg berhak diberi tanggungjawab untuk menjaga negara Malaysia pada masa akan datang.Lihatlah berapa banyak SYARIKAT GLC Melayu terlingkup/tergadai disebabkan pengurusan bangsa Melayu itu sendiri yg bertuhankan NAFSU apabila diberi AMANAH (tidak kenal HALAL/HARAM).Jangan asyik kita menyalahkan bangsa lain(cina) di atas masalah yg menimpa bangsa sendiri.Allah tidak pernah sesekali menzalimi hamba-hambanya, melainkan hambanya itu sendiri yg menzalimi diri mereka sendiri.Allah beri manusia itu AKAL untuk kita berfikir.Kalau manusia itu sendiri tak Mahu berfikir/menilai mana buruk & baik samalah tarafnya macam yg berkaki empat.Wallahhuaklam.

nick berkata...

Masih adakah lagi si jahil2 yang masih berpegang bahawa PAS itu parti Islam? Dimanakah Islamnya PAS itu? Dijubah mereka? Diserban mereka? Dijanggut mereka? Atau Islamnya PAS pada perjuangan mereka untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dan Hudud tu boleh kasi belakang kira? Tang mana Islamnya PAS ni, wahai walaunta2?

Islam membenarkan mengkafirkan orang2 yang mengaku Islam, yang mendirikan solat dan mengucap dua kalimah syahadah? Islam membenarkan umatnya memungkiri janji dan membelakangkan perjanjian yang sudah dipersetujui demi ketuanan melayu? Islam membenarkan tok2 guru berdusta dan menyembunyikan fakta sampai sanggup berbohong mengatakan akta 355 itu adalah awalan hukum hudud? Islam mana yang korang anut ni wahai walaun2 PAS?

Adakah Islam mengajar kita berbaik2 dengan pemerintah yang zalim atas dasar mendahulukan "kebangsaan" dan membelakangkan keadilan? Adakah Islam membenarkan umatnya melakukan kezaliman keatas orang2 bukan islam yang tidak melakukan apa2 kesalah tetapi membela orang2 islam yang merasuah, merompak dan menyelewengkan kuasa yang ada pada mereka? Adakah Islam mengajar kita bermusuh dengan DAP atas dasar mereka itu orang2 cina walaupun tidak rasuah, seleweng kuasa dan zalim tetapi mempertahankan orang2 melayu yang korup, rasuah, salahguna kuasa dan menjual negara kerana mereka orang melayu yang mengaku islam? Tok guru korang dapat ilmu islam dari mana? Dari Zimbabwe bergurukan Robert mugabe? Dari ISIS yang beramal dengan prinsip "siapa kuat maka dialah yang benar"?

Atau kamu2 walaun2 telah ditipu bulat2 oleh penyamar2 yang menggunakan topeng agama untuk mendapatkan habuan dunia? Masihkah mereka begitu fanatik sehingga melupakan kepentingan ilmu untuk amal dan ibadah. Ketaatan membabi-buta bukannya jalan ke syurga. Amat malang sekali begitu ramai walaun2 PAS yang masih lagi tak tahu bahawa mereka itu tak tahu sebutir benda pun pasal Islam tapi masih lagi dok menyombong diri kununnya mereka itulah pejuang Islam.

Nick.
Cape Tiger.

Timnajib Jomfikir berkata...

Alamakkk....jauhnya Hadi Awang sudah sesat.....tak ada ke sapa-sapa yang boleh tolong pimpin Hadi Awang kembali ke jalan kebenaran?

Kesian juga aku kat org tua ni...
Takut, perjalanan hidupnya...
mula-mula Allah beri ok...tapi, di pengakhiran hidupnya Allah beri tak ok..

Pencolekhangek berkata...

Kenyataan Hadi ni macam dia pewaris bapa saudara nabi s.a.w. yang disebelah sinun. Dulu Hadi menentang assobiah, sekarang sudah u-turn. Harap-harap tak de orang masukan bahan hayal dalam makanan atau minuman dia. Pening semacam je.

omar daud berkata...

Salam



Antara PAS dan DAP, TIADA PERBEZAAN LANGSUNG.


DAP Mengunakan Benda/Asebab Dunia untuk mencapai objective pertubuhan partinya.

PAS Mengunakan Benda/Asebab Dunia untuk mencapai objective pertubuhan partinya juga.

Jadi jelas tiada perbezaan,cuma retorik objective parti masing2 ialah DAP kearah Good Governance PAS kerah negara Islam.

Untuk Ajaran agama Islam sebenar yg ditunjukkan dalam Al-quran bukan dari Benda-benda dan Asebab dunia.Agama islam terlalu Mulia ianya DIRECT dari Allah, mana mungkin manusia boleh memnupulate ajaran Allah dgn ciptaan-perlembagaan yg dibuat oleh Mahkluk melalui Benda-benda/Asebab sebagai perantaraan untuk mencapai perintah Allah.seperti nak mengajar Allah pula. Agama Allah terlalu Mulia,Allah hanya menurunkan pesuruhnya untuk mengajar dan memberi pertunjuk pada seluruh umat,dan melahirkan orang yg BERIMAN dan IKHLAS dan YAKIN dgn janji-janji Allah.AKHLAk Mulia yg IKHLAS adalah RESULT dari KESEMPURNAAN Agama ,rahmatul seluruh alam.Dalam quran sudah beri CLEAR CUT ALLAH perintahkan Taat pada Allah dan Nabinya,bagaimana cara-cara2 nak taat kena ikut cara Nabi(Allah amat mencintai) ,Bukan boleh pandai2 buat perlembagaan sendiri.Jika tidak agama islam dah jadi macam agama2 lain2 yg boleh diadjust-sana sini,mengikut ketua2 mereka.Ajaran Islam tetap sama sejak Adam,Noh,saleh,hud,shuib,Ibrahim,lut,Musa,Isa........sehinga Rasulallah.Semuanya direct dgn Allah tiada perantaraan benda2.contoh jelas Nabi ibrahim yg kalis Api sebab dia Yakin dgn Allah,dia tak bekejasama dgn Namrud raja2 yg zalim dlm penyebaran agama allah.Begitu juga musa tak bekerjasama dgn Firaun...dan Muhammad s.a.w Direct dgn Allah..Sebab itulah Allah beri mereka Pertolongan "CASH"
mANUSIA KADANG2 TERTIPU/TERKESAN DGN DUNIA yg serba menipu kita..setiap hari dan setiap saat.mengangap dengan melakukan perintah allah,dgn cara apa sekalipun termasuk kemungkaran,mendapat saham kesyurga.

Saya meminta maaf pada ahli2 PAS,yg brepengetahuan agama yg luas,compare dgn saya bekas ahli umno totok sejak dari kecil hingga remaja,diajar dgn kebendaan,hindonesma,dgn ilmu yg tak seberapa ini,Dari pemahaman saya belajar al-quran, yg jelas ,jika benar2 kita mengamalkan ajaran islam yg sempurna takpyhlah kita meminta bantuan dari mahkluk terutama makhluk yg terang2 melakukan kemungkaran.Kita direct KEPADA Allah,Allah berjanji akan menolong kita dgn berbagai cara yg tak terduga.DOA adalah senjata orng2 MUKMIN.
Segala KEBAIKAN datangnya dari Allah,keburukkan dtngnya dari saya.

wallah'ualam.

Tanpa Nama berkata...

Macamana Islam nak bersatu sekiranya pemimpin Islam terlibat dengan rasuah dan berbagai isu. Dan yang ulamak nya bila bercakap ligat berpusing.

Apakah untuk lawan cina DAP mesti dengan rasuah dan cakap pun berputar-belit?

Kerana cina DAP kaya, orang Islam yang nak kaya macam itu mesti halang DAP sehingga orang melayu makan duit haram pun dibiarkan? Itulah sebabnya duit KBS lesap duit RM 100 juta.

Dah tahu DAP tidak boleh perintah, mengapa sebut DAP? Sebut je lah AMANAH... tapi kalau kaitkan AMANAH tak boleh mengunakan 'Islam' kan?

Tuan Ibrahim lain cakapnya. Kalau PAS tak lawan UMNO lebih baik PAS dibubarkan. Cuba perhatikan apa yang Hi Hadi kata betul-betul iaitu dengan penyatuan umat Islam kita boleh memastikan negara ini terus diperintah oleh orang Melayu.

Sejak bila PAS di'melayu'kan? Yang siang malam kata UMNO parti melayu tu siapa ?

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan Hardey itu menandakan Parti PAS dah tutup kedai. Dia pun tahu tak akan menang pru tanpa sokongan bukan melayu. Kalau Umno cerdik, ambik je puak2 ni. Sangat2 sesuai jadi balachi. Tarik masuk Hardey, berbondong2lah walaun dia ikut. Kau jadikan cukup2 walaun ni macam kerbau mengala, pasti mereka setia buat kerja walau dapur mereka sendiri tak berasap. Cepat hantar surat tawaran segera kepada Hardey.

Ahli2 yang tinggal itu boleh pilih sendiri ke mana hala tuju mereka. Tak mengundi pun tak apa. Sebab benci Umno satu hal. Sebab ada Dap satu hal. Baru sedap satu lawan satu..

Tanpa Nama berkata...




Jalan Yg LURUS... TERANG Ber CAHAYA
Lorong Yg GELAP... Gelap GELITA
Ber Hujjah kan KAUM... Ber Hujjah kan BANGSA
Begitu lah SPESIS... Yg BOBROK Akal nya
Yg Mem FITNAH Men CURI... Mnjd AGENDA



Jalan Yg LURUS... Ber Hujjah kan KBNARAN
Se Mutlak7 KBNARAN... Mnjd Dambaan
Meng INSAFI Kepelbagaian... Ciptaan TUHAN
AMANAH-Integrity... TAQWA-Ketelusan
HISAB-Audit-NYA... FOKUS Perjuangan
Itulah FOKUS... Sbnar7 Fokus Ddlm AL-QURAN
Itulah Sbnar7 Hujjah-UNIVERSAL... Disepanjang ZAMAN



Jalan Yg LURUS... Mem-BERI "Fitrah" nya
Lorong Yg GELAP... Men CURI Ber Dusta
Songlap FITNAH... Khianat Ber Leluasa
Mem BOHONGI Kaum... Me LACUR kan Bangsa
Akhir nya Semua... GELAP dan Gelita









Tanpa Nama berkata...



UMNO tahu kepimpinan negara perlu kepada perkongsian kuasa dengan bukan-Melayu.

PAS pun tahu. Tapi tahu yang lain.

Bagi Hj Hadi termasuk walaun-unta, untuk berkuasa, politik rasuah tidak dapat di elakkan. Dengan duit banyak lah PAS jadi gah dan senang-senang mewalaun kan beberapa pemimpin PAS yang lain.

UMNO telah membuktikan nya. CASH IS KING.

mansor berkata...

Kalau PAS parti Islam tak adalah skandal balak...

Tanpa Nama berkata...

sejak bila lawan dap jd asobiyyah?... bingai ke ape?
agenda dlm dap tu nak angkat islam ke martabat lg tinggi kah?

nk mengoyak & meliberalkn islam secara terlapau lg ada... kalo hati dh sakit , mcm2 alasan + fitnah ...

Malaysiabaru berkata...

Al arqam yg baheis kata sesat dah terkubur tutup kedai ...

Pas pis pus party ajaran sesat walahi wabilahi bila nak bungkus ni jakim???

Kahlid gagap dah kenyang 60juta bank Islam jadi punaisihat ayoh hadi Ping nak rembat lagi juta

Pkr kena kutuk pas setiap hari jgn pula harapkan cina kutuk pas.. Ini kerja org melayu sama melayu ...

Pecah undi melayu barulah pembangkang menang!!! Jgn harap dap sendirian...

Undi umno mcm undi pas
Undi pas mcm undi umbo

Tanpa Nama berkata...



Kau nak pantau apa Khalid? Yang kau kena pantau ialah kerusi kawasan melayu. Calun DAP cina ke melayu ke di kawasan cina. DAP tidak ada halangan meletak calun Melayu di kawasan Cina.

Apa kau nak buat kalau calun DAP ialah melayu tetapi di kawasan cina ?? Pantau je lah ya ....

Biar cina DAP mempunyai pendapatan pra kapita yang lebih tinggi asalkan jangan Melayu tidak berparti macam kamu mempunyai hutang yang tinggi yang di langsaikan begitu sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Haji Hadi ni dah selesa makan dedak 100k sebulan.. sudah di zone selesa. Jika PH menang pun.. 60k-80k tetap dlm genggaman dari duit pencen bertahun dan beberapa penggal sbg MP juga ADUN serta Presideng PAS.

Rakyat makan pasir pun.. apa Haji Hadi pedulik?? Yg penting temolok dia terus berisi.

Tanpa Nama berkata...

aku harap kesatuan ulama sedunia cepat gugurkan hadi drpd jawatannya. memalukan kesatuan ulama dan umat islam sedunia

Tanpa Nama berkata...

Benarkah hutang akhbar Pas - Harakah sudah meningkat RM2juta..?
APA GENG USTAZ DAH BUAT DENGAN HARAKAH SAMPAI HUTANG MENINGKAT 2 JUTA?
24 Mac 2016

1. Satu masa dulu jualan Harakah mencecah 70k ke 80k tetapi kini untuk capai 20k pun susah nak habis.

2. Ust Idris Ahmad akui hutang harakah mencecah 2juta dan tak mampu untuk membayar gaji staff dan staff Pejabat Agung.

3. Setelah 'dipaksa' cawangan dan ADUN2 PAS membeli harakah jualan masih terus merudum.

4. Dakwaan PAS bahawa keahlian PAS bertambah beribu-ribu sehari sepatutnya meningkatkan jualan Harakah. Dengan apa yang berlaku, ternyata itu semua hanya propaganda PAS untuk meyakinkan umum bahawa PAS semakin baik setelah separuh ahlinya keluar menyertai AMANAH.

5. Ada sahabat yang sinis mengatakan Utusan dah macam Harakah. Macamana nak laku. Terpaksa bahagi dua dengan Utusan.

6. Dahulunya, Geng Ustaz (GU) menuduh ada musuh dalam Harakah. Berita banyak sokong Anwar dan DAP. Sekarang dibawah penyeliaan Nasrudin Tantawi kenapa masih tidak laku?

7. Dahulu kewangan PAS tidak terlalu teruk. Anjurkan pelbagai himpunan raksasa. Ijtima Antarabangsa habis 1.6juta. Dapat duit dari mana? Bila menang Pemilihan Solid takkan duit tak ada?

Tanpa Nama berkata...

Inilah akibatnya apabila agamawan makan dedak.

Tanpa Nama berkata...

Datuk Nikah Kahwin punya cakap jangan dipedulikan. Bomoh temberang.

Tanpa Nama berkata...

kalu macam tu PAS mesti lawan setiap tempat DAP...seat dlm tangan lepaskan pada UMNo atas dasar nk bersatu menentang DAP..amacam..? tontowi bole mai bukit bendera lawan DAP..seat marang bagi kat umno...buat dulu baru betoi lagak taiko..hidop haji hadi...!!! kan kata haritu sanggup kalah PRU janji dapat keredhaan Allah.bab menyembang memang deraihhh...

Tanpa Nama berkata...

Beza Amanah dgn Pas adlh Amanah menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai ketua Pakatan.. manakala Pas plk nak jadikan tghh sbg ketua pakatan.. persoalannya.. adakah kita yakin tghh boleh jadi ketua? bakal pimpin negara?

Tanpa Nama berkata...

Tidak salah dikatakan PAS adalah perti sekular yang menggunakan nama Islam....

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya kaum cina DAP di tentang habis2an,penantangan kamu itu berjaya tn guru maha mulia,jdi siapa pula seterusnya yg perlu kamu tentang?
Tindakan kamu seolah2 ingin memecah belahkan kaum,itu ke yg dimahukan?dengan tindakan itu juga kah keredhaan Tuhan boleh diperolehi?
Tn guru yg alim,tentangi lah nafsu tn guru dahulu dan itu yang terbaik lagi bermanfaat.

lelaki dicermin berkata...

Sebelum2 ni kaum cina yg penyokong pas ingat tinggal 10% je...selepas tuang presiden keluar kenyataan ni yg menyokong pas 5 org je.. 5 org tu besan tuang presiden.. anak dia kan ada kawin cina..

Pencolekhangek berkata...

Takde siapa-siapa nak bawak orang tua ni jumpa pakar sakit jiwa ke? Bertambah parah mamainya.

Tanpa Nama berkata...

UMAT ISLAM PERLU BERSATU MENYEKAT PENGARUH SYIAH

INI YG PENTING SEBAB SYIAH BERGERAK DLM SENYAP TP SGT BAHAYA.

MALANGNYA SAMPAI HARI INI HADI MASIH PRO SYIAH DAN IRAN DAN MEMBELA SYIAH DI YEMEN. HADI SGT BAHAYA JIKA DIBERI KUASA.

MUNGKIN HADI SERU MENENTANG DAP ATAS NASIHAT NAJIB.. NAJIB YG NASIHAT HADI BUKAN SEBALIKNYA.

TUJUAN UTK MENUTUP PENGADAIAN ASET2 NEGARA KPD NEGARA CHINA OLEH NAJIB. MAKA DAP DAN CINA YG DIJADIKAN SASARAN. WALHAL PENGKHIANAT NEARA YG MENGADAI ASET KPD CHINA ITU LEBIH JAHAT DAN PERLU DIHAPUSKAN.

HADI CUBA MENANGUK DIAIR KERUH UTK MEDAPAT TEMPAT DLM KERAJAAN. BERCITA2 UTK JADI PENASIHAT AGAMA... TUJUANNYA UTK MEMINTA KERAJAAN LEBIH LUNAK DGN SYIAH. UTK MEBERI LEBIH MUKA KPD SYIAH YG SESAT DAN ZALIM ITU.

MUSUH UMAT ISLAM SAAT INI SELAIN UMNU ADALAH PENGARUH SYIAH YG SEDANG MARA DI SELURUH DUNIA DAN MENSASARKAN KPD UMAT ISLAM.

KEJAHATAN SYIAH DI INDONESIA SUDAH MULA DIRASAI DAN SEMAKIN HANGAT.

BERHATI2 DGN HADI.. PANTAU DAN JGN SESEKALI BERI DIA PELUANG SEDIKIT KUASA PUN.

Tanpa Nama berkata...

Lg byk tuan gurau hj hadi bersuara.... Lg byk penyokong pas akan tk jd pangkah pas... Kta tunggu pru14.

Tanpa Nama berkata...

Siapa syaitan bisu skrg?