Pakatan Harapan anjur perhimpunan mansuh GST 2 April ini
Pakatan Harapan percaya isu-isu ekonomi yang mendesak dan menekan rakyat tidak boleh ditenggelamkan oleh beberapa perkembangan politik mutakhir ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurutnya, isu-isu seperti penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pembiayaan pendidikan yang munasabah, menghentikan kenaikan cukai, levi dan yuran yang dikenakan kerajaan dan kenaikan tarif perlu terus diperjuangkan.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua rakyat supaya menyertai Perhimpunan Mansuh GST yang akan diadakan di ibu negara pada 2 April nanti.
"Saudara Mohamad Sabu (Presiden Amanah) telah diberi amanah untuk mengetuai jawatankuasa penganjur Perhimpunan Mansuh GST pada 2 April 2016 dan perhimpunan-perhimpunan Muafakat Selamat Malaysia," ujarnya dalam sidang media hari ini di Parlimen.
Ditanya pemberita berkenaan tanggapan pihak pembangkang bergantung pada Mahathir seperti ketika pemeteraian deklarasi anti-Najib lalu, beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu yang memerlukan sokongan Pakatan Harapan.
"Kami juga tidak memalukan imej negara," tegas Azizah lagi menjawab satu soalan pihak media.
Beliau yang juga Presiden PKR berkata, Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh tokoh-tokoh merentasi batasan politik termasuk Tun Mahathir dan pemimpin Umno-BN adalah pengakuan pemimpin parti pemerintah itu bahawa pentadbiran mereka merosakkan banyak institusi kerajaan.
"Pengakuan oleh Tun Mahathir ini tidak mengubah hala tuju Pakatan Harapan terutamanya berhubung pendirian mengenai bentuk-bentuk reformasi undang-undang, politik, media, ekonomi, kewangan, pendidikan dan sosial yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Harapan.
"Malah, pengakuan Tun Mahathir itu adalah satu penerimaan secara tidak langsung bahawa institusi kerajaan yang tidak bebas telah memangsakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana menjadi ancaman politik paling utama kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak," jelasnya lagi. Kenyataan media Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini turut disepakati Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. -Malaysia Dateline

13 ulasan:
Syabas. Inilah yang diharapkan agar Pakatan Harapan benar2 aktif dan buat kerja. Inilah harapan sebenar rakyat jelata dari Perlis sampai ke Sabah sekarang ini. PH satu2nya parti politik harapan semua bangsa ini sangat2 diperlukan memberi pertolongan. Rakyat sedang tenggelam di lautan ganas angkara Najib dan semua yang berdiri teguh di belakangnya sebagai kelasi kapal lanun itu.
Lanun zaman dulu2 hanya sapu licin apa yang dan dia mahu. Kemudian dia pun cabut lari. Entah bila datang lagi. Tapi lanun ini teramat2 ganas. Sudahlah dia sapu habis perbendaharaan negara, dia duduk bermaharaja lela dan buat undang2 celaka sampai jahanam habis negara ini. Ada raja2. Tapi macam tak....
Tuan Doktor Mahathir bolehlah sujud syukur kerana inilah peluang terakhir di hujung2 usia, tuan dapat perbanyakkan amal dan bertaubat. Selalulah menginsafi diri kerana maknusia mana tidak berdosa. Selalulah ingat. Allah itu maha pengampun. Berapa pun dosa kita denganNya pasti diampunkan. Adapun dosa kita sesama maknusia inilah yang paling berat. Perbanyakkan ucapan maaf setulus hatimu wahai Tuan Doktor. Pasti rakyat bertambah hormat dan sayang kepada tuan.
Selamat berjuang Bang Mat. Semoga Allah Taala memberi kesihatan dan kekuatan kepada kekanda kita Bang Mat. Wahai rakyat jelata. Insan ini sungguh berbudi luhur. Beliau sering menderita sakit kerana disepak dan diterajang semata2 hendak memberi bakti membela tuan2 semenjak zaman muda lagi. Tidakkah tuan2 merasa malu depan Allah Taala nanti? Marilah beramai2 menyertai Bang Mat. Ayuhlah. Meriahkan program Pakatan Harapan.
Terbaek...baru lah dinamakan kerja2 politik...politik bijaksana
Pas mengamalkan politik matang dan seni politik yg tinggi.
Pas tak angkat placard mcm budak2 kata pemimpin kami ketua pemuda pas.
Kami membantah sambil berdiri, duduk dan baring.
Kami tak sokong himpunan bantah gst kerana kami pandang lebih jauh lagi iaitu menukar seluruh sistem kerajaan melalui demokrasi.
Pas bukan setakat nak menyelamatkan malaysia tapi nak menyelamatkan seluruh rakyatnya dari api neraka, walaupun menggunakan siku dan lutut dan membaruakan orang yg tidak sependapat dgn kami.
Kami nak selamatkan rakyat malaysia dari tontoni porno al germany walaupun tiada orang yg melihat dia.
Tun M dan geng2nya lah...yang memerlukan Pakatan Harapan. ingat tu..macai2, walaun2 dan goblok2 sekalian hehehe..
Jom ! Rakyat Malaysia semuanya....kita pakat-pakat sokong menukar sistem baru negara kita ini.
Jumpa anda 2 April 2016 !
In Shaa Allah.
Tahniah....rakyat mengharapkan yang terbaik dari Pakatan Harapan
Program akan mengukur watak PAS .... nak join atau tak join, join kang ada abang mat, tak join nanti nampak sangat sokong gst.... tgk apa jawapannya nanti... bersendirian atau kata tak join tp hantar wakil senyap2.. kah kah kah...
Ketua penerangan :
Akan hantar perisik untuk merisik apa yang berlaku dalam perhimpunan bantahan tersebut.
Setiausaha Agong :
Akam memanggil dan meminta perjelasan daripada ahli-ahli PAS yang menyertai perhimpunan bantahan tersebut.
Ketua Penerangan dewan ulamak :
Saya menyertai perhimpunan bantahan dengan izin khas dari presiden.
Nak selamatkan diri sendiri dari api neraka pun.. belum tentu lagi..
Sebok nak selamatkan orang..akhirnya.. dgn tok2 ketua sekali jadi isim biol...
PAS ni parti bebal sejak TGNA dah xder..
lagi2 Tuan Presideng.. dia apa kesah semua ni.. janji sebulan masyukkkkk 100k segala pencen dan elaun.. dia sudah buncit perut mcm tokong Cina disembah para walaunta.. apa nak heran sumer ni lagi??
Kita tgkla apa citer dgn pas Ni...hihihi...mungkin dihantar wakil kot!!!hahaha...
Tahniah buat Abg mat...semoga terus sukses membimbing kami kearah jln yg sebenar....kami buat semua ini bukan semata utk diri kami...malah utk cucu cicit kami serta seluruh rakyat Malaysia...
Sesiapa yang menyokong deklarasi rakyat anti-najib wajib hadir 02 April.
GST, pembiayaan pendidikan, menghentikan kenaikan cukai, levi dan yuran yang dikenakan kerajaan dan kenaikan tarif semua ini berkaitan dengan Najib dan 1MDB.
Punca nya dari Najib. Jika Najib tidak tumbang sekurang-kurang Najib akan tertekan lagi dan ada harapan GST dikurangkan,mendapat pembiayaan pendidikan yang munasabah, menghentikan kenaikan cukai, levi dan yuran serta kenaikan tarif.
Paling utama untuk memberi semangat pada Anwar Ibrahim.
Lahanat aper pas Ni...sembang hebat...keje Ada buat ka?keje pas cuma pandai menfitnah Dan mencaci sahaja...kononnya x angkat banner...lebih tumpukan masalah yg lebih besar???hahaha...jgn sembangla pas oooiiii...cari blik sokongan rakyat pada pas LG baik dari sembang lebih...tgk shj Parti Amanah...sentiasa uptodate program Demi program...sentiasa mengambil Kira kesusahan rakyat...bukan mcm pas...sembang...cakap biar serupa bikin bro...semak la saya tgk pas skrg...
Catat Ulasan