15 Mac 2016

Ku Nan Pendusta, Kajian Dapati Tiada Gelaran "Tengku" Di Acheh

Kajian dapati gelaran ‘Tengku’ tidak ada di Acheh

KUALA LUMPUR: Isu kesahihan gelaran Tengku yang diguna Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terus menjadi perbincangan dan pertikaian.

Terbaharu, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang membuat kajian mendapati gelaran Tengku tidak digunapakai di Acheh.

Presiden GKCM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, Acheh menggunakan gelaran ‘Teungku’ yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan agama Islam yang sangat mendalam


“Daripada dapatan kami, tidak ada gelaran ‘Tengku’ di Acheh kerana istilah mengikut ejaaan ‘Tengku’ hanya terdapat di Malaysia. Namun Adnan sendiri seakan mengakui bahawa beliau bukan seorang Tengku yang berasal dari Malaysia.

“Jika beliau mempunyai darah pahlawan bangsawan dari Acheh, sudah pasti ejaan pada namanya ialah ‘Teuku’.

“Kami mendapati bahawa gelaran Teungku di Acheh adalah atas beberapa sebab. Gelaran Teungku di Acheh diberikan kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan agama Islam yang sangat mendalam,”
katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas Kamarul lagi, gelaran ini selalunya diberikan kepada seorang ulama yang telah menghafal al- Quran dan gelaran ini merupakan penghormatan kepada seorang bijak pandai dalam agama.

“Tetapi Adnan bukanlah seorang ulama. Jadi beliau tidaklah layak diberi gelaran ‘Teungku’. Gelaran ‘Teungku’ tidak boleh diturunkan kepada seorang anak atau keturunan kerana ia bukan gelaran keturunan,” kata beliau.

Mengulas lanjut, GKCM menyeru agar Tengku Adnan berbalik kepada tuhan bahawa semua pihak menumpang di bumi Allah.

“Kepada Adnan, GKCM ingin berpesan bahawa baik Tengku, Teungku atau Teuku, kita adalah sama iaitu kejadian Allah yang menumpang di bumi-Nya.

Asalkan kita tidak menjadi tukang ampu sudahlah,” ujar beliau. -TMI


Khairuddin cabar Ku Nan tunjuk surat beranak

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mencabar Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya menunjukkan surat beranak kepada umum bagi membuktikan gelaran `tengku’ yang digunakan itu bukan palsu.

Tindakan itu dibuat selepas Khairuddin sebelum ini mendakwa Tengku Adnan atau lebih mesra digelar Ku Nan menipu dengan menggunakan gelaran tengku palsu pada namanya itu.

“Tolong tunjuk surat beranak kamu untuk membuktikan bahawa nama asal kamu itu bergelar tengku.

“Saya cabar kamu untuk berbuat demikian secepat yang mungkin. Tapi janganlah tunjuk surat beranak salinan baru pulak,” tulisnya di laman Facebook.

Pada masa sama, Khairuddin turut mencabar mahu berjumpa dengan rakan sekolah Ku Nan sebagai usahanya untuk memastikan gelaran tengku itu telah digunakan sejak zaman sekolah lagi.

“Apa nama kamu yang sebenarnya ketika belajar di sekolah dahulu Adnan Mansor. Bolehkah saya nak berjumpa dengan guru-guru serta guru besar ataupun kawan-kawan persekolahan kamu pada waktu itu. Bolehkah tengku palsu Adnan Mansor,” katanya.

Semalam, Ku Nan berkata isu gelaran tengku itu bukanlah isu baru memandangkan beliau pernah menjelaskan perkara berkenaan semenjak zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam UMNO lagi.

“Pada 1982, saya pernah cakap ketika bertanding sebagai exco pemuda, saya bukan Tengku dari Malaysia, saya keturunan Acheh, orang Islam yang datang ke bumi Malaysia,” kata Ku Nan.


23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Keturunan PATI?

Unknown berkata...

Kes tengku atau teuku ni nanti masuk dalam akta rahsia rasmi plak..
Kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Alahai. Ko pangkat ape atau darejat ape pun tak de pekdah nak cananglah. Seposen pun tak laku kalau kelaku ko tak elok. Kau bodek najeep tu apesal? Sepatutnye ko cabot lari sejauh2nya kalau orang dah kasi tau dia tu bermasalah. Ko kena lari ke dalam gua sambil membelek2 kertas tuduhan dia tuh. Cek betol2 sahih ke tidak tuduhan tuh. Ko sepatutnye menggigil2 takut terpalit. Malu tujuh keturunan wo kalau ko pun disabitkan. Koh koh koh.

Ini tidak. Ko maju kedepan sambil bela dia tanpa jawab semua tuduhan. Dia pun senyap je. Ko pulak berlebih2. Siap dabek dada suruh orang percaya ko orang mulia. Apa punye takdak akai ko ni. Kuh kuh kuh.

Sebenarnye kalau ko orang baik, orang tak tanya asal usul ko pun. Ko pun sama macam kami, anak cucu Adam jugak. Tapi ko sudah bikin orang Aceh dipandang hina sekarang ini. Bongok le kalau tak ade kesan. Lebih2 lagi mereka sangat bergantung mata pencarian dalam jual beli. Kui kui kui.

Tak cukup lagi ke kekayaan yang ade. Agak2 berapa hengget sangat nak belanja idup tuh. Berapa sen je nak duduk menyembang kat warung kopi ha. Pencen le woi. Relek2 sambil tengok citer kungfu panda, lagi bagus. Dari ko dihamon orang macam ni, takdak malu ke. Ko pun tak utang along. Tak bengrap. Tak kena motong getah dan tak perlu memukat. Apa masalahnya ko pencen. Duduklah gelak2 tengok klimak kisah najeep ni. Orang pun respek habis kalau ko tiba2 muncul di warung dan bersalam sambil berwirid aku tobat dah, aku tobat dah. Keh keh keh.

Hah. Cukop dah tu aku nasehat ko. Baca pelan2 tulisan aku ni. Jangan malu. Jangan segan. Istifar tiga kali dan buat keputusan. Maaf kalau bahasa aku kasar. Tuhan sayang ko sebab tu dia bagi aku jalan beri nasihat pada ko. Kerana tuhan sayang kita semua. Hu hu hu.

( Nukilan di atas di tulis oleh lebai malang. Dia mereng kerana teruk kena pedajal oleh umno bn )

Tanpa Nama berkata...



Jalan Yg LURUS... Tak Akan MENIPU
Jalan Yg LURUS... Tak Songlap Men CURI
Jalan Yg LURUS... TERANG dan Jitu
Kaseh Mem-BERI... Semerbak KESTURI


Lorong Yg GELAP... Merembat Me NYONGLAP
Tunggang Ter BALIK... Si Murtad Mem BELIT
Ganas dan RAKUS... "Menyamar" Meng GELAP
Memeras MENINDAS... Si ZALIM Meng Himpit



Jalan Yg LURUS... Lapang Ber CAHAYA
Jalan Yg LURUS... Mudah Mem PERMUDAH
Tak Wujud Men CURI... Songlap dan AUTA
Tak Wujud KHIANAT... FITNAH dan Rasuah
Jalan Yg LURUS... Ter Tinggi Ter MULIA
Tak Meminta NOBAT... Tak Meminta UPAH
Kaseh Mem-BERI... Tak Hinginkan GLAMOR
Di Dakapan "NYA"... Damai SEMPURNA



Unknown berkata...

Bagus juga deklerasi rakyat ni... aku setuju cara ini...gegar2 najib susah nak jatuh..kita start gegar org yg dekat dan kaki ampu najib ni.. bg aku kalau najib dah kawal segala penguatkuasa kat malaysia ni.. ini salah satu cara nak lawan manusia yg degil..aku dpt rasa... tak sampai sebulan dr sekarang...Azalina pulak akan menentu pulak nasibnya...

Unknown berkata...

pati suku bangla......sebenarnya bukan teuku atau tengku bukan bukan bukan.....yg sebenarnya tongkang padukang.sama dgn sanrobone vugis penyamun terkenal.

Tanpa Nama berkata...

Apa nak hairan dia berdusta....kalu dia cakap benar baru boleh hairan....

Tanpa Nama berkata...

IS JUST NAME NOTHING ELSE. NAME BUKAN SATU UKURAN BUT QUALITY KERJA U DAN KENYATAAN BODOH U MCM BUDAK DARJAH 1 YG MENJADI MASALAH YG BETUL-BETUL WANT US TO KICK U OUT DARI M,SIA. DO NOT THINK WE WILL FORGET DENGAN KENYATAAN U NAK SURUH BUKA HARDROCK CAFE ISLAMIC STYLE PERNAH YG BUAT KENYATAAN SEBELUM NI KU NAN. REMEMBER APA U BUAT APA YG KATAKAN WE WILL INGAT DULU, KINI DAN SELAMANYA.

Tanpa Nama berkata...

Ku nan ke, sultan nan ke, raja nan ke.... PH terus maju ke depan... org dah tak percaya sama bn dan penasihatnya serta koncunya.... tak usah layan hal remeh temeh.. tumpukan hal besar2 dan utama.... usaha menyedarkan rakyat atas pagar dan melebarkan pengaruh amanah lebih utama... GB kalu boleh siarkan ceramah@tentatif program berkaitan amanah... mana tahu boleh turut sertainya....

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkah. Padan muka Adnan kantoi bertingkek tingkek.. Bukan pembangkang yg lawan..umno yg lawan adnan.padan muka...mana mau letak muka tebal tu nan oi....udahla menyamun..menipu pulak tu...tu blum kira scandal dgn artis lagi tu mcm2 Kes blh bukak nan oiiii...hapalah punya malang rakyat malaysia dipimpin penyamun2... Setahu aku negara yg ada minyak adalah negara yg kaya raya...tp tgkla malaysia...kat sabah masih lagi ada org mkn siput babi sbb xda lauk.. Apalah nasib rakyat malaysia tertindas selamanya...nk harap pembangkang tp pembangkang pun dh berpecah gara2 hadi yg bongkak.. Alahai apa nk diharapkan lagi...kena jajah selamanya...

Tanpa Nama berkata...

apabila Munkar dan Nakir dudukkan kamu, adakah dia akan panggil kamu dgn gelaran yg kamu agung2kan tu?

sahak berkata...

Tenku kat acheh..gelaran tuk ulamak..bukan gelaran keturunan..entah bile pulak gelaran ulamak tu turun kat anak cucu...kelaka ko...

Tanpa Nama berkata...

Menyamar pun ya.
Menipu pun ya.

Agaknya ... agaknya lah, mungkin ada kena mengena dengan paras rupa. Kalau artis sebab nak lebih glamour. Kalau dia, mungkin jika tidak guna gelaran Tengku .... orang ingat penyamun.

Ramai yang tak ber'tengku' dalam UMNO, penyamun juga.

Malaysiabaru berkata...

Elooo

Dia ni teuku.... Silap ejaan...

Teuku .... Teko .... Taiko... Tukul... Tank o ... Taik ku ...

Apadaaa .. Turncoat .. Semalam JJ esok conan

Tanpa Nama berkata...

Jk skrg perlu 16 thn bru dpt ic merah...

Tanpa Nama berkata...

Pakai gelaran Roti Nan je...tak sapa nak kacau

Ali berkata...

Eeee,malu nya.kalau aku tak keluar rmh.masuk dlm kain bini...nan mansur ko msk dlm tong taik la.

Tanpa Nama berkata...

Kalo dpt Tengku dari Mindanao pun.. x malu sgt.. ini reka dan tempek sendiri sticker brand nama sendiri kat cermin kete.. mmg lawak la..

anak perak berkata...

Kuat sangat hentam orang. Hentam pulak orang yang pernah berjasa pada negara malah dia sendiri pun makan budi orang2 yang dia serang. Demi tugas pembodek.
Agak2 la kalau nak memperlekehkan orang lain.
Sekarang, giliran orang pula hentam. Apakah ini baru mukaddimah... sama2lah kita lihat..

Tanpa Nama berkata...

Surat beranak mana haahh? Kasi tunjuk depan media. Dulu mahadir kasi bisnes. Yg ako ingat dia bisnes judi toto. Tipu orang takdak otak. Haha. Kalu orang ado otak dio pulak tipu kau. Haha

Tanpa Nama berkata...

Sekarang orang dah persoalkan dia punya keturunan.

Jika dia menipu dengan menguna gelaran Tengku, bererti belum tentu dia dari keturunan Teuku Nyah sekali pun memang dia datang dari Acheh.

Dia cuma dari keturunan biasa-biasa, yang tukang angkat barang dari kapal di pelabuhan dan menyeludup masuk dalam kapal dagang. Dia kemudian dijadikan anak angkat oleh nakhoda kapal. Oleh kerana dia kaki pembodek taraf A, dia telah dikahwinkan dengan anak perempuan Nakhoda yang sangat lawa.

Kapal dia pernah tersesat di laut Sumatera. Dan orang tempatan dia sana terkejut bila berjumpa dengan dia yang dipanggil oleh isteri nya sebagai Tengku. Malah dia menafikan dia adalah Adnan yang suka makan petai hutan dan monyet salak.

Orang-orang di kampung asalnya mengeluh seraya berkata 'Wahai Adnan, nasib engkau baik ... bukan kerana kau telah berpangkat dan beristeri cantik ...... tetapi kerana ibu yang menyusukan kau telah meninggal'

Tanpa Nama berkata...

Lihat istana dia di indo.... Jk nilai di msia pasti hampir 1 bilion hidup bagai agong diraja.... Sbb tuu dia nk sgt sgt gelaran tengku... Tengku palsu pon tk ape... Harta pangkat dan gelaran...

Tanpa Nama berkata...

Untuk makluman, Hamba Allah ini adalah keturunan Tengku Bompani (gas) dari Kg Baharu. Gara gara kerana hendak berkahwin dengan seorang tengku terpaksalah Hamba Allah ini mempunyai gelaran. Maka terlahirlah ia (Tengku).