18 Mac 2016

Hudud: Ternyata PAS Diperalatkan UMNO Untuk Hancurkan PR

Akhirnya Pas akui hudud boleh dikemudiankan, kata Pemuda Amanah

Pas akhirnya mengakui pelaksanaan hudud boleh dikemudiankan bagi melaksanakan agenda yang lebih besar terutama setelah mengadakan pakatan politik dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), 16 Mac lalu, kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Perak Mohd Fitri Asmuni.



Menulis di laman facebook beliau, Mohd Fitri berkata, sumber-sumber daripada pemimpin Pas dan Ikatan sendiri mengakui bahawa perlaksanaan hudud boleh dikemudian, ditangguh atau dilaksanakan secara beransur-ansur mengikut lunas demokrasi dan kehendak rakyat.

Beliau memetik sumber Pengarah Media Baru Jabatan Penerangan Pas Pusat Syaiful Hizam, sidang media Presiden Pas dan Ikatan, penjelasan Ketua Dewan Ulamak Pas dan Ketua Penerangan Pas Pusat sebagai rujukan dalam membuat kesimpulan itu.

"Apabila ditanya oleh wartawan mengenai agenda utama Pas iaitu hudud selepas pembentukan blok ketiga semalam (kelmarin), Presiden Pas menegaskan bahawa Pas akan lebih menumpukan kepada agenda umum iaitu memperkasakan perlembagaan yang ada pada hari ini.

"Kalau inilah pendirian Pas, maka inilah juga sebenarnya pendirian bekas pimpinan Pas yang kini menubuhkan Amanah.

Mereka tidak pernah menolak hudud. Mereka hanya berpandangan agar Pas menumpukan kepada agenda umum yang dipersetujui bersama dalam Pakatan Rakyat seperti isu rasuah, salahguna kuasa, ekonomi dan kemiskinan,"
ujar Mohd Fitri.

Bagaimanapun jelas beliau, Pas kini terpaksa menerima pakai pendirian yang dipegang oleh pimpinan Amanah mengenai hudud kerana 'mungkin mereka baru tersedar dari tidur' bahawa banyak lagi keutamaan yang harus diperjuangkan di negara ini berbanding hudud.

Menurutnya, jika sebelum ini pemimpin Pas dilihat menafikan kuasa rakyat dan peranan perlembagaan apabila berkata apa gunanya kemenangan di Putrajaya kalau tidak mendapat redha Allah, tetapi kini Pas terpaksa akur apabila Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyerahkan isu perlaksanaan hudud kepada 'kehendak rakyat'.

Isu perlaksanaan hudud menjadi tumpuan utama media apabila Pas dan Ikatan membentuk perikatan politik.

Memberikan reaksi terhadap laporan media yang mempersoalkan pendirian Pas terhadap perlaksanaan hudud selepas membentuk blok ketiga, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, isu hudud telah dijadikan 'peluru' untuk menyerang dan merosakkan reputasi parti itu.

Bagaimanapun beliau yakin isu itu tidak akan memisahkan gandingan Pas dan Ikatan yang baru memulakan kerjasama politik.

"Pas memperingatkan semua pihak khasnya 'warlord' yang berada di belakang media tertentu agar tidak memecah belah dan melemparkan fitnah kepada Pas kononnya Pas kini meninggalkan prinsip perjuangan. Sebaliknya prinsip perjuangan Pas akan terus dijulang dan dihormati oleh semua rakan seperjuangan," katanya.

Naib Presiden Pas Idris Ahmad dalam entri terbarunya di laman sosial berkata, walaupun tidak boleh melaksanakan enakmen jenayah syariah (di Kelantan), Pas telah mengadakan siri penerangan dan 'hari hudud' sehingga masyarakat termasuk orang bukan Islam memahami hukum hudud dan tidak merasa takut.

"Musuh Pas cuba gambarkan kononnya Pas hanya perjuangkan hudud sahaja. Soalah-olah Pas hanya bercakap soal hudud sahaja, tidak bercakap isu kepentingan rakyat.

"Jikalau Pas hanya perjuangkan hudud sahaja sudah tentu Kerajaan Kelantan tidak perkenalkan skim Kifalah, program It'am, pinjaman tanpa faedah, cuti bersalin 90 hari, rumah tiga bilik, memindah wang kerajaan kepada Bank Islam, cuti dua hari, mengharamkan judi, haramkan arak untuk orang Islam, al-Rahnu, orang perempuan tidak boleh gunting rambut lelaki.

"Akhirnya kerajaan pusat mengikut apa yang dirintis oleh kerajaan Kelantan. Yakin Islam untuk semua. Pas sentiasa evergreen," ujar Idris. -Malaysia Dateline

ULASAN GB

Terlopong PAS. Berdegar-degar tentang hudud, kini baru mengakui bahawa hudud boleh ditangguhkan - satu pendirian yang telah diambil oleh AMANAH sebelum ini.

Apabila telah ditipu oleh UMNO BN yang sehingga sekarang hudud tak dapat dibentangkan di parlimen, malah pindaan Enakmen 355 Mahkamah Syariah itu pun belum dapat diperkasakan, PAS semakin hilang arah.

Kita sudah menasihatkan PAS dahulu agar menerima pandangan Ketua ULama Sedunia, Sheikh Yusof Al-Qardhawi yang menyatakan: [VIDEO] Al-Qardhawi: Tegakkan Kehidupan Islam Dahulu, Bukan Hudud

Tetapi PAS berdegil. Habis dimakinya dan difitnahkan semua orang yang menentangnya sebagai anti-hudud, anti-Islam.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Sekarang hudud entah ke mana, Pakatan Rakyat terungkai. Mujurlah ramai yang terang hatinya lalu tertubuh AMANAH dan terbentuknya Pakatan Harapan. PAS bakal menjadi melukut di tepi gantang.

20 ulasan:

Abdul Said berkata...

Macam ni punya orang pun ramai pengikut. Yelah tu. Seperti orang Inggeris kata,"birds of a feather will flock together!!."

Ritchie Blackmore berkata...

Awas orang pas dan pkr yg bersekongkol..malaikat Malik sedang mengira ngira kamu..!!!!

Tanpa Nama berkata...

memang benar pas telah ditipu. tp bukan oleh umno.

pas telah ditipu oleh ajen2 umno yg telah menyusup masuk kedlm pas sms reformasi dulu. dlm berduyun org join pas, termasuklah ajen2 umno yg memang tlh ditugaskan utk menjalankan kerja2 sabotaj.

lihat sj hadi. dia tak pernah diusik oleh cawangan khas wlpn amanat haji hadi tlh menyebabkan keluarga bercerai berai, solat dua imam dsb. sblm menjadi presiden, hadi begitu ketara dgn kenyataan yg menyerang umno. stlh dia menjadi presiden, dia berubah sikap menjadi umno friendly. setiap pru, at the eleventh hour, hadi akan memberi peluru kpd umno utk menyerang pembangkang... dgn isu hudud, meletakkan calon bertindih, pil kuda, kominis dsb.

lihat pula si haron ding. dia dikatakan pernah mendapat kontrak ratusan juga dr plus. dia juga dikatakan melobi utk amona dan mendpt sebuah rumah percuma yg dikg kerinci. skrg dia menjadi ketua mpi, utk umno. bygkanlah... pemimpin tertinggi dlm pas berada dibwh kaki pemimpin umno. cuba tanya berapa gaji dia?

begitu juga nasharuddin yg jadi balaci membontot najib. tp masih lg menjadi ahli pas. Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif baru Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM). ini yayasan siapa? sudah tentu bukan pembangkang.

adalah tidak terlalu sukar utk kita mengenali musuh2 dlm selimut. yg paling utama ialah mrk lantang mengeluarkan kenyataan yg tidak menyebelahi pembangkang.

cth paling mudah ialah azmin. dia tak iktiraf pakatan harapan diselangor. dia puji Mahathir sms majlik kawin anak dia tanpa pedulikan keluarga anwar yg ada. cuba bygkan, kalau tuan rumah puji org yg menzalimi keluarga kamu didpn kamu?

skrg pas dah bersatu dgn ikatan. dimana pkr skrg?

Amanah dan DAP mesti mulai skrg menjauhkan diri mrk drp pkr. anggap pkr tiada dlm Pakatan Harapan. jauhkan diri dr org yg suka duduk atas pagar. dia mungkin boleh jadi kawan dan mungkin juga boleh jadi musuh. tp bila org tu puji musuh kita, taulah dimana kedudukan dia dan kita...

org yg duduk atas pagar, makan kiri kanan, musuhpun kiri kanan, kena belasah pun kiri kanan.

Tanpa Nama berkata...



Masa sekolah rendah dulu ada belajar ugama, yg dahulu didahulukan, yg kemudian di kemudiankan.

Sampai sekarang saya ingat.

Ustaz sekolah dulu tak mcm kebanyakan ostad, ostat skrg.

Baik dlm pas atau jabatan ugama. tak boleh pakai kebanyakannya.

omar daud berkata...

Salalu:

Sesudah Hudud selari dgn pendapat dgn seterunya,PAS berkata ia mengambil sifat matang dan tidak EXTREME pulak dah.

Tetapi tidak dihuraikan Matang dan Extreme bagaimana?.

Apakah Matang dimaksudkan,hanya membiarkan kemungkaran bermaharajalela,rasuah menjadi-jadi,penyalahan kuasa yg tak berkesudahan.

Nak tanya PAS dan pendukung2nya, Bagaimana NAJIB/BN, MELKUKAN BENDA2 YG EXTREM,Umpamanya 2.6billion masuk ka account pribadi,meletupkan manusia dgn C4???MENIPU pas BERKALI-KALI.patutkah kita Matang cuma hanya berdiam diri,ataupun mengadakan majlis bersama-sama dgn yg membuat kemungkaran berharap mereka bertaubat??Sedangkan IMAN,Ada TAHAPnya.Bukan menyuruh kita bersedondon dgn mereka.

Sekarang PAS terjerat dgn statement-statementnya sendiri.

sekian.

Tanpa Nama berkata...

skrg orang PAS baru hendak bercakap mengenai ejen UMNO dalam parti PAS.
oleh kerana kelemahan utama ahli PAS adalah kalah kepada serban, jubah putih dan janggut, maka ejen UMNO dalam PAS mestilah memenuhi keteria ini.
ejen-ejen UMNO dalam PAS pun terkejut dengan kelalaian ahli dan penyokong PAS, mereka tidak menyangka bahawa mereka dapat memegang jawatan tertinggi dalam parti, tanpa dihidu oleh ahli dan penyokong PAS.
Percayalah nama baik PAS telah rosak dan kepercayaan orang awam kepada berada ditahap paling rendah.

abrarmujahideen berkata...

PKR bermasalah kerana KARTEL AZMIN ALI ...timbalan presiďo

diod berkata...

hudud hanyalah lakonan politik parti kononnya islam.
rujuk video ini.
https://www.youtube.com/watch?v=wyQ0EM6iE-8

lelaki dicermin berkata...

Tanpa nama 3.32.. jadi benar suatu masa dulu aku dengar pokok jati di lebuhraya selatan.. pokok2 jati tepi jalan tu kontrak menanam dpt kat ulamak pas tu.. di zaman TUN M. Patut TUN M tak pernah jentik ulamak tu..ulamak tu.. kalau bg komen dulu hingga kini ambik jln tengah je.. walau dlm pas ada nama. Dulu aku dengar juga ulamak tu ada saham syarikat teksi..yg beroperasi dikl. Tanpa nama 3.32.. paling akhir aku dengar.. ulamak tu sudah di iftiraf sebagai paling kaya dlm malaysia.. dia dpt mengalahkan ùlamak2 umno..kalau ulamak2 umno tahu sape ulamak paling kaya di malaysia... mesti berangin ulamak2 umno berangin..

Tanpa Nama berkata...

GB, ada hikmah semua tuu. Lagi baik hadi 'halau' golongan pro awal-awal. Kalau dekat2 PRU baru nak 'halau' haru biru PR dan PH pun tak sempat ditubuhkan. Sekarang ni ramai dah nampak perangai ulama PAS, biarkan walaunta saja la yg bersama2 PAS. Yg lain2, kita fokus tumbangkan rejim umno.

Tanpa Nama berkata...



Muhammad SAW... IMAM Yg LURUS
Jalan Yg LURUS... Terang Ber CAHAYA
Bukannya IMAM... Yg U-Turn dan HANCUSS
Ponteng FITNAH... Songlap Ber DUSTA
Dgn PENYAMUN... Sedondon Ber MESRA
Walaunta Ter LENA... Dek KLENTONG Hududnya


IMAM Yg LURUS... Ber CAHAYA dan KUDUS
Bukannya Si MURTAD... Yg Tunggang Ter BALIK
Yg Sanggup Mem FITNAH...Dek Tamak dan RAKUS
Tergamak U-Turn... Dan Ber Dolak DALIK
Semakin Terang TOLOLnya... Dan Semakin HANCUS
Sprt Membuang TABI'AT... Yg SONGSANG dan Pelik



Siratol MUSTAQIM... LURUS Ber CAHAYA
HATI Yg Ber CAHAYA... Kaseh Mem-BERI
Kaseh Mem-BERI... Penambat CINTA
CINTA Meneroka... "Rahsia-ILAHI"
NOBAT dan Harta... Lenyap dan SIRNA
TAK Wujud Lagi... Pentingkan DIRI
AMANAH-Ummah... AMANAH-"ILAHI"
Hanya Kaseh Mem-BERI... Abadi Ber SEMADI




Tanpa Nama berkata...

Byk penyokong pas dh nlah daaaaah.... Tinggal ulamak cai cai jee.... Penyokong pas bila dh ludah dh tk jilat lagi.... Dulu masa perjuangkan parti pas...kami penyokong sanggup di hina di nafikan hak subsidi.... Di nafikan laluan mini tar di kampong kampong.... Boleh pemimpin pas di tipu utk x yg ke 5 oleh pemimpin umno....terasa bodoh berpetak petak ooooi. Penyokong pas dh tk sokong pas lagi.... Mybe undi pon tk kluar...

Tanpa Nama berkata...

Teman tetap menyayangi PAS dan merindui TGNA, namun undi tidak sekali kali akan teman beri kepada lobai2 siku kepala lutut

Tanpa Nama berkata...

Inilah akibatnya apabila Presiden PAS makan duit haram.Dia terima duit dari si penyamun yang menyamun duit rakyat,duit orang miskin dan duit anak yatim.

Tanpa Nama berkata...

Ada kemungkinan tak isu hudud tu dijadikan modus operandi bagi geng yg mengaku ulamak kononnya utk nyahkan geng profesional keluar?

Husmad Ahmad berkata...

Hari ini azmi Ali Pula berkata akan bekerja sama dengan parti ikatan. Dalan pakatan harapan akan tinggal dap bersama amanah.kita akan tengok biar pkr akan bungkus dlm pru nanti.

Tanpa Nama berkata...

jika dari dulu bapak cakap kat rameli, takkan jadi begini, sekarang sudah terlambat bapak, kepala bapak buatlah apa yang bapak suka

Tanpa Nama berkata...

Parti Islam PAS ini sendiri adalah talian hayat UMNO. PAS dipergunakan semahu UMNO apabila mereka menjadi lemah. Selagi wujud PAS, selagi itulah UMNO BN mendapat untung. DAP juga menguntungkan UMNO.selagi Kit Siang dan Guan Eng wujud...selagi itulah mereka akan menjadi hantu untuk menakut2kan melayu. Melayu2 ini tidak mampu berpikir lagi apabila emosi mereka dimainkan. Sebut saja nama Guan Eng dan Kit Siang, darah Melayu UMNO dan PAS akan tiba2 menjadi menggelegak dan tubuh2 Melayu menjadi sawan dan serta merta menggelupur. seperti disihir gitu. Memamg sunnah Allah begitu.

Hudud adalah bom jangka yang boleh dimainkan pada bila2 masa UMNO mahu. PAS akan jadi hangin satu badan dan cacing panas bila kes2 hudud dibangkitkan. Jika PAS bersekongkol dgn sesiapa sekalipun, hudud digunakan untuk menakut2kan rakyat dgn pakatan PAS..

Umat Melayu terkenal dgn religious overload. Sbb itulah mereka mudah dipergunakan bila hal2 agama dimainkan. Mereka menjadi tidak tahu arah mahupun mampu berfikir sejenak jika isu agama dimainkan. Jika dicanangkan lagi...lagi jadi cacing panas menggelupor.. bayangkan hal Syria dan Palestine yg jauh pun...kita boleh jadi syahdu dan emosi tak boleh dikawal tak tentu pasal serya angin satu badan.. inikan pula hal2 sekeliling berdekatan kita.

Melayu mmg mudah dimain2kan emosi mereka. Spesis ini mmg terkenal mudah dibodoh2kan sejak zaman muntah lembu 700 - 1000 tahun dulu lagi. Kini pola pembodohan masih belum berubah. Mereka mmg malas membaca dan apatah lagi mengkaji. Tak percaya.. kasi dengarkan ceramah.. main2kan ayat agama dan kisah nabi2 lalu emosi dan otak mereka terus tidak berfungsi lagi serta menjadikan mereka biol dan bahlol.. kemudian suruhlah mereka bersedekah.. nescaya gelang emas dan rantai emas yg dipakai pun.. akan anda dapat. Duit tu jangan cakap la.. teknik2 ini masih utuh digunakan ostat2 bila berceramah...

Inikan kes PAS UTURN..lagilah melayu tak kesah.. berapa kerat sangat mampu menyimpan dendam UTURN ni.. 3 hari..3 bulan.. 3 tahun.. nescaya inilah bukti emosi Melayu boleh dibodoh2kan guna agama.. dgn GB GB sekali kene main.. Nanti kluar alasan.. kesah lama..kahkahkah..

Tanpa Nama berkata...

Tanpa berasa segan atau malu; Hadi Awang boleh dilabelkan antara pemimpin yang terbodoh dan terbahalul di dalam Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Cakap berbeli-belit. Daripada faham manjadi tak faham. PAS oh Passsss