19 Feb 2016

[VIDEO] Syabas Kadir Jasin, Beri Peringatan Untuk Para Pengampu & Pembodek Itu...

‘Kamu akan terheret ke dalam kubur bersama Najib’

Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin memberi amaran bahawa mereka yang bersubahat, bersekongkol dan makan dedak akan diseret bersama Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi.

“Bagi yang berasa mereka berkuasa, kuat dan terlindung, ingatlah kuasa tidak akan kekal selama-lamanya.


“Bukan perdana menteri seorang saja akan dipertanggungjawabkan apabila ‘the chips are down’,” katanya dalam blog hari ini.

Kadir yang juga adalah bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press mengulas pelbagai skandal yang melanda Najib, termasuk ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.

Najib menafikan sebarang salah laku dan telah dibersihkan oleh Peguam Negara.

Kadir berkata pembangkang dengan mudah boleh duduk dan melihat Najib dan para pesekongkol dalam Umno-BN serta pentadbiran awam terus dengan skandal, kesilapan, pembohongan dan penafian menggali kubur mereka yang sedalam-dalamnya.

Namun, katanya, apa yang perhatikan adalah tidak seperti itu.

“Mereka mahu menyelamatkan Malaysia dan rakyat jelatanya sebelum terlambat.

“Mereka berpendapat menunggu sehingga pilihan raya umum (akan datang) mungkin terlalu lama dan Malaysia tidak dapat diselamatkan lagi selepas itu walaupun mereka menang,”
katanya.

Kadir berkata, harapan terbaik bergantung kepada beberapa kerat wakil rakyat Umno dan BN yang masih ada harga diri, berhati kecil dan punyai rasa bersalah (conscience).

“Mereka tahu bahawa mereka tidak lagi mewakili rakyat jelata.

“Malah mereka tidak pun mewakili ahli Umno-BN lagi. Mereka hanya mewakili Najib dan kelompok eksklusif beliau,”
katanya.

Kadir juga menggesa agar satu gerakan massa untuk yang merentasi sempadan politik, ideologi, agama, bangsa dan wilayah bagi menyelamatkan Malaysia yang dikhabarkan dipelopori oleh pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah untuk mendapatkan undi tidak percaya terhadap Najib.

“Kita pun sudah tahu yang majoriti Raja-raja Melayu tidak lagi berdiam diri melihat kehidupan rakyat jelata semakin hari semakin terdesak dan imej negara menjadi bahan persendaan dunia.
“Yang kita perlukan sekarang adalah bagi setiap orang yang peduli dan sayangkan negara bangun secara aman dan sivil menyatakan bahawa perubahan wajib berlaku dan berlaku segera,” katanya.

Sehubungan itu, Kadir mengajak setiap rakyat yang berwajah, dikenali dan dihormati tanpa mengira usia dan jantina, kerjaya dan kepakaran, bangsa dan agama supaya wajib memberanikan diri berdiri dalam satu barisan penyelamatan negara. -mk



ULASAN GB

SYABAS A.Kadir Jasin kerana mengingatkan para pemimpin UMNO itu tentang MATI.

Ramai di kalangan mereka yang alpa mengenainya, lantas melakukan perlakuan keji seperti mengampu dan membodek sewaktu Najib masih berkuasa.

Mereka terlupa bahawa Allah itu WUJUD dan MAHA MELIHAT.

Mereka juga terlupa menegenai PAHALA dan DOSA.

Hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan lansung tidak diambil pelajaran darinya seperti Najib dan Rosmah yang pernah kemalangan yang hampir membawa maut di Raub, helikopter yang membawa menteri temhempas, pemenjaraan Khir Toyo, Tabung Haji yang menghadapi kerugian pelaburan dalam FGV akibat meletakkan pengurusan yang tidak berkelayakan disitu, IMDB yang membawa malapetaka bagi rakyat Malaysia akibat kerakusan dan lain-lain.


Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah – hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azab-Nya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan). Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu). [asy-Syura 42: 47-48]

Malangnya pembodek dan pengampu itu tak membaca Al-Quran... maka itu sebab mereka tenggelam dalam gelombang kejahilan dan kepalsuan.

Lantaran kesombongan (mereka) di muka bumi dan kerana rencana (mereka) yang jahat. Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri. Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan (seperti berlakunya) sunnatullah kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapati perubahan bagi sunatullah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnatullah itu. (Fatir: 43)

Tidak mengapa. Yang mereka tunggu hanyalah "satu teriakan" dari langit.

وَمَا يَنظُرُ هَؤُلَاء إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً مَّا لَهَا مِن فَوَاقٍ
Tiada lain yang mereka nantikan, hanya satu teriakan yang berkepanjangan yang tiada ulangannya lagi.(QS. Sad: 27)

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan admin ,apakah peminpin Umno aje ? peinpin dan ulamak Pas bagaiman pula yang kuat menyokong Najib. mereka tidak tahu ke ada lubang kubur .

Tanpa Nama berkata...

Nak kata apa lagi.. kita ni semuanya penakut dan bacul serta x boleh berbuat lebih dari merungut dan membebel kosong saja dlm blog dan web.

Jentera UMNO terlalu kuat. X ramai rakyat Malaysia berani bangun dan lawan jentera2 daulah UMNO ini.. nak boikot bayar bill letrik pun..X MAMPU.. Apatah lagi nak bangun melawan.. malulah kita pada diri sendiri..

Satu saja chanting untuk rakyat Malaysia yg paling afdhol dan sangat sesuai di kala ini.. kaplavutoh lu la.. sebutlah berulang makian ini 2600 juta kali sekalipun.. kita akan jadi semakin bacul dan penakut..

Rakyat penoreh getah.. berjuta2 orang.. pun x berani turun berdemo bila rege getah jatuh dan tak naik2 di paras RM2.00 sejak 2-3 tahun lepas..hingga ke hari ni..

Bagi yg kene tipu bill letrik.. berjuta2 org juga.. dari 100..jadi 300-500 bulanan.. pun x boleh berbuat apa2.. melocok ja laki bini boleh buat..

Kalo Najib atau papagomo rogol bini atau anak2 kita di tengah2 jalanraya di tengah2 bandar sekalipun.. tetap kita bacul x berani melawan..

Cakap berdegar2.. buat kerja serupa kepalavutoh.. mmg perit nak terima realiti yg kita ni..sembang ja berdegar2..tapi hakikatnya..kau aku kamu hang hangpa sumer2..sama saja..cukup lekeh mekeh.. bacul dan penakut pahit..

Paling bacul ialah para pemimpin dan ahli2 PAS, katanya Islam.. pewaris nabi sebagai ulamak.. hidup mewah dgn kerja2 agama..ingat ngajar agama Islam nak cerdikkan rakyat.. rupanya kini mula membodohkan rakyat!!! Saya sarankan, mulianya mereka2 ini.. jika dan hanya jika mereka2 ini membunuh diri dan berhenti bernafas sajalah.

Unknown berkata...

Anon 6:36, noted. Jangan kita lari dari perjuangan di bumi Malaysia ini.

Utk diri saya/blogger2/forumer2 dan rakyat Malaysia kesuluruhannya....

AYUH! kita bangkit dan turun melawan kezaliman...In Shaa Allah kita tinggalkan keberanian kita, kepada generasi akan datang...

Mari kita bersama-sama berpadu tenaga....untuk Selamatkan Malaysia dan bebaskan Anwar Ibrahim pada 2 dan 3 April ini!!

Kita jadikan inprirasi pahlawan-pahlawan Islam melayu yang cekal,berani melawan dan syahid menentang British dan talibarutnya iaitu UMNO!

Tanpa Nama berkata...

Sokong 2.6 billion %!!!

Tanpa Nama berkata...

Jika 6.36 PG dah cakap macam itu, kita serah kepada Allah.

Kita ada pemimpin dalam kerajaan dan dalam masyarakat termasuk mufti tetapi kita hanya berharap pada pemimpin pembangkang sahaja.

Kita telah dikhianati oleh ramai pemimpin yang bersuara vokalnya tinggi tetapi berpaling tadah. PAS yang diharapkan berubah wajah dan warna sangat mengecewakan rakyat yang meletakkan harapan menggunung untuk perubahan.

Semangat rakyat telah berkecai dan bertaburan...

Bercakap pandang diri sendiri dahulu. Jika 6.36 PG adalah orang yang betpengaruh, 6.36 akan di cekup kerana menyeru rakyat baikot bayar bil letrik.

Apa jua nama gerakan rakyat perlu di buat secara terbuka tetapi di Malaysia pengeraknya di lunyai dengan siasatan demi siasatan dan serangan dari media pro kerajaan.

Kita dalam keadaan tidak terdaya. Mat Sabu sudah tidak tahu apa nak buat lagi. Kita dalam keadaan 'mati kutu'

Pendapat yang mengatakan bertindak secara sendirian dalam keadaan ini ada juga logiknya. Tapi sanggupkah 6.36 menjadi orang yang terdahulu ? Jika tidak ada kekuatan menampar muka pemimpin tersebut semasa berucap sekurang-kurang nya baling selipar ke arah pemimpin tersebut.

Rakyat juga sangat keciwa dengan keadaan mati kutu ini ...

Mereka kuat. Allah yang Maha Berkuasa.

Mungkin penyerahan kita kepada Allah belum secara total lagi.

Tanpa Nama berkata...

Setuju pemimpin puak puak pas ni bunuh diri...sbb mereka akan tetap ke neraka..puak2 munafik tidak akan terbau syurga utk selama lamanya.

Unknown berkata...

Pak Kadir, mereka tahu agaknya tapi nak juga makan dedak, dapat hampas dedak pun jadilah. Buaya, jika tak makan bangkai bukanlah buaya. Jadi bermati-matian mereka menyokong dan mendirikan benang basah.

Unknown berkata...

Pak kadir..semua apa pak kadir ckp memang benar..kenapa baru skg..?.. kenapa tengku razaleigh..?.apakah sbb pak kadir pernah makan dedak Drm..kenapa masa anuar di luar penjara dulu kelemahan anuar pak kadir canangkan. Kenapa kelemahan tengku razaleigh tak di canangkan.. padahal sape yg mempunyai pengaruh yg besar.. takkan pak kadir faham skg.. kenapa PH malas bertindak berkenaan skandel najib..masa zaman paklah dulu sama2 menjatuhkan paklah...Tun M.sape yang untung...sampai skg di media menulis Tun M.. yg menjatuhkan pak lah.tanpa bantuan PR dpt kah Tun M jatuhkan paklah.. pak kadir.. aku ni sebagai rakyat yg berfikir.. tetap memegang kenyataan rafizi.. apa2 tindakan pembangkang kena berhati2..supaya tindakan itu tidak menguntungkan Dr M.. skg memang jarang aku membaca artikal pak kadir ni. Sbb dulu dulu dia makan dedak..

abrarmujahideen berkata...

Sya nak lihat ayat2 ALLAH nerjalan didepan mata saya..lantas bertambah yakin manusia ttg ALLAH.

Unknown berkata...

Ketiadaan dsai amat dirasai...kami merindui aura mu !!!!

Tanpa Nama berkata...

Syabas pak kadir dah sedar. Dulu pun pak kadir dr spesis pemakan dedak juga mujurla pak kadir sudah sedar dan skrg menyedarkan org ramai.sstgh yg lain masih xsedar diri.makan dedak sampai tersumbat

Tanpa Nama berkata...

Sabarlah tunggu hari pembalasan

Tanpa Nama berkata...

Mereka tidak lupa tempat sempit yang gelap bernama kubur.

Mereka berduit. Ramai di antara mereka yang menjadi owner rumah anak yatim atau sekolah anak-anak tahfiz. Amalan itulah yang akan menyelamatkan mereka. Sekurang-kurangnya, mereka lah yang paling banyak derma peribadi di kawasan masing-masing.

Satu kebajikan dibalas dengan 10 kebaikan dibandingkan dengan balasan untuk satu kejahatan. Tuhan 'menipu' mereka atau mereka menipu diri mereka sendiri.

Tidak kah mereka terfikir berat 10 kebaikan mungkin sama dengan satu kejahatan kerana kebaikan yang telah mereka lakukan bukan untuk diri mereka sendiri tapi untuk Allah yang sememangnya Maha Kaya dan Allah yang Maha Sempurna.

10 balasan kebaikan supaya kita bertambah baik...
Sebaik-baiknya dengan Allah jangan berkira ...

Wallahualam.

Mak uda berkata...

Dunia semakin tua.sekaranglah kena bertindak ,jaga solat diawal waktu .penuhi masjid dan surau bagi kaum lelaki dan di rumah bagi kaum wanita.in sha Allah jika kita dekat dgn Allah,Allah lebih dekat lagi dgn kita.hanya rahmat dan pertolongan Allah yg kita harapkan .banyakan berdoa dlm tahjud .bayangkan setiap rumah umat islam bangun dengan bertahjud dan berdoa kepada Allah agar di beri jln utk kita mengatasi masaalah2 kita ini.Allahhuakbar mulalah bertindak umat islam malaysia jika kita sayang dgn jenerasi mendatang.

Tanpa Nama berkata...

pengampu tu semua tak risau apa pun sebab ulamak pas dah baca doa selamat utk depa hingga ke kubur bersama najib

Tanpa Nama berkata...

Pak kadir silap besar,xkan pak kadir xtau depa xpercaya tuhan2 ni.Agama islam sbg alat meraih sokongan org melayu jer.depa xpercaya balasan2 tuhan syurga neraka nih pak kadir,xkan pak kadir xtau kehidupan depa penuh ngan maksiat, altantuya tu siapa pak kadir xkan tau..tp bagus juga ulasan pak kadir,nampak pak kadir dh insaf,dulu pak kadir sama je ngan depa maka jgnla pak kadir hairan knp depa terus membodek mcm tu mcm pak kadir dulu2 lah kan...Org melayu mana berani nk berubah, tu sbb ekonomi malaysia pun dpegang bgsa lain.. Lantak la harga getah jadi sekupang sekilogram pun org melayu terutama org kg tetap totok sokong bn...sbb apa?senang je formula bn,bgtau je dap nk perintah Malaysia maka semua melayu kecut telo lalu sokong bn xkira la apa jd pun asal bn memerintah. Ni realiti nyer btl kan

tulangkering berkata...

Pak kadir tu hanya menentang Najib dan org yg sewaktu dgn nya sahaja tapi jasad dan jiwanya masih berbau UMNO..bukan bermakna beliau sudah insaf

Tanpa Nama berkata...

sabar sabar===namun pas bersama umno kenapa nak lawan lagi di kedah

Tanpa Nama berkata...

Nasi da jadi bubur Pak kadir...tunggu saatnya akan tiba...ckp byk tak guna...ada akal guna..ada lidah Dan mulut cakap...ada telinga dgr...buat terbaik selagi boleh bernafas...jadilah penggerak yg boleh menyedarkan seluruh ummat...

Tanpa Nama berkata...

Ramai MP BN terpaksa mendiamkan diri kerana secara langsung atau tidak langsung terpalit dengan rasuah yang berluasan di masa ini. Mereka bimbang kalau Najib tumbang, mereka akan didakwa dan dibawa ke muka keadilan. Jadi perlu ada suatu persefahaman dibuat untuk mengampunkan mereka yang ingin pulang ke pangkal dan bersama dengan rakyat bagi menjatuhkan Najib. Kalau ini tidak disyorkan, tak ada sesiapa pun akan angkat batu dan hentak jari kaki sendiri.

nurudin berkata...

OK bagus pendapat tu