26 Feb 2016

TMI Disekat - Sudah Berakhirkah Kebebasan Bersuara Di Malaysia?

Halang akses TMI bukti Putrajaya takut media bebas?
Adun Salor Datuk Husam Musa berkata, sekatan laluan ke atas portal berita TMI bukan sahaja mengejutkan, tetapi menakutkan.
"Malaysia dengan cepatnya seakan menuju negara diktator semacam Filipina di era Marcos dan Myanmar di era tentera.
"Simpton itu menyerlah. Hanya kerana ketakutan satu dua orang terhadap nasibnya di neraca undang-undang.
"Jika ia bersabit dengan laporan hari ini oleh TMI - kenyataan Panel SPRM adanya prima facie atas kes 1MDB - lalu TMI disekat laluan akses, ternyata 1MDB telah mengheret Malaysia terlalu jauh ke jurang kerosakan," ujarnya dalam satu kenyataan malam ini.
Bekas Naib Presiden Pas ini  berkata, semua kebenaran berkaitan 1MDB menunjukkan kesalahan kepada beliau. Hari demi hari tidak pernah reda dari bukti dan fakta baru.
"Lebih baik bagi orang ini menerima hakikat dirinya telah membawa beban kepada negara," ujarnya.
Menurut portal media bebas itu, beberapa pembaca memaklumkan kepada TMI apabila mereka tidak dapat mengakses portal berita itu. Pembaca TMI yang menggunakan perkhidmatan Celcom, dan Unifi, kedua-duanya syarikat yang dikawal kerajaan, di sesetengah tempat,  mengadu mengenai sekatan itu.
Mereka menerima notis SKMM yang menyatakan portal berita ini melanggar undang-undang Malaysia, apabila melayari laman web The Malaysian Insider.
Bagaimanapun, tiada notis dihantar kepada TMI mengenai pelanggaran sebarang undang-undang.
Fahmi FadzilFahmi FadzilBagi Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Fahmi Fadzil pula berkata, tindakan SKMM menghalang akses pengguna beberapa Internet Service Provider (ISP) ke laman berita online TMI amat mendukacitakan dan dikecam.
"Tindakan yang bersifat kuku besi ini jelas melanggar Akta Jaminan MSC Malaysia yang ke-7, iaitu 'Menjamin tiada penapisan Internet' dan berkemungkinan berkait laporan berita TMI dalam isu "derma politik" RM2.6 bilion pemimpin utama negara.
"Ia menjadi bukti Putrajaya takut pada media bebas, terutama media online yang tidak mudah didiamkan khusus mengenai isu-isu penting dalam negara.
"Putrajaya tidak patut menggunakan langkah ini untuk menghalang tugas dan tanggungjawab media sebagai estet ke-empat di dalam sesebuah demokrasi.
"Malah ia hanya mengukuh persepsi umum bahawa ada usaha untuk menghalang orang ramai dari mendapat berita dan maklumat untuk perbincangan sihat di ruang awam demi masa depan negara. Sudah pasti tindakan ini akan mendatangkan kesan negatif terhadap kedudukan kebebasan media di Malaysia," ujar Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Keadilan.
Justeru beliau menggesa agar Putrajaya mengkaji semula dan menarik balik halangan akses ini dengan segera.
Khalid SamadKhalid SamadManakala Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad pula berkata sekatan terhadap TMI merupakan satu pencabulan hak asasi rakyat yang dilakukan oleh pihak kerajaan.
katanya, hak untuk tahu dan mendapat maklumat berhubung prestasi dan tindakan kerajaan yang dipilih rakyat adalah satu hak yang dijamin perlembagaan.
"Amanah menyedari bahawa kerajaan sedang tertekan dengan pelbagai tuduhan rasuah dan salah guna kuasa khususnya berhubung 1MDB. Namun tindakan menghalang akses kepada mana-mana laman berita seperti TMI tidak boleh diterima.
"Amanah mengutuk apa jua usaha menutup salah laku pimpinan kerajaan dengan menafikan hak rakyat mendapatkan maklumat yang bebas dan telus dari sumber-sumber di luar kawalan kerajaan.
"Amanah ingin mengingatkan kerajaan Umno- BN bahawa keadaan dan suasana dunia tidak lagi seperti dahulu di mana akses kepada maklumat boleh dihalang dengan mudah. Suasana dunia tanpa sempadan dewasa ini menyebabkan maklumat boleh diperolehi dari pelbagai sumber," ujarnya dalam kenyataan.
Justeru Khalid berkata, adalah lebih baik pihak kerajaan mendepani segala pendedahan yang dibuat mana-mana pihak secara bertanggungjawab dengan memberi jawapan balas terhadap setiap persoalan yang ditimbulkan.
"Sekiranya pendedahan dan tuduhan itu adalah benar dan berasas maka Amanah  menuntut supaya pihak bertanggungjawab, setinggi mana sekalipun kedudukan mereka, perlu dibawa ke proses pengadilan dan tidak sebaliknya dilindungi dengan menindas dan menafi hak rakyat.
"Amanah menuntut supaya halangan akses kepada laman berita The Malaysian Insider ditamatkan dengan segera dan kerajaan kembali ingat tanggungjawab mereka kepada rakyat," ujar Ahli Parlimen Shah Alam ini. -Malaysia Dateline

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak silap aku ada cara lain blh buka walaupun dah block, sesiapa yg ada pengetahuan sila share supaya still blh mbaca info tmi..blog gb xkena block ke.?

Tanpa Nama berkata...

Janganlah sampai macam tu Tuan SKKM. Sampai hati tuan tutup sumber berita kami. Boleh saya ngomel sikit macam orang tak cerdik? Alahai Tuan SKKM. Kalau rakyat nak tulis apa pun biarkanlah. Bukankah tiap2 catatan mereka itu merupakan luahan isi hati atau rintihan anak2 kepada ayahnya sendiri. Pastilah mereka meminta itu ini. Macam2 hal le budak2 ni.

Hai tak habis2 bikin pening anak2 nakal ayah ni ye. Nah, ambiklah. Ha, patutnya macam tulah. Demi menutup mulut mereka jangan sekali2. Biarkan mereka merenggek2. Apa lagi kalau janji ayah memang tidak ditunaikan. Ayah kenalah rasa bersalah. Betulkan.

Wahai Tuan SKKM, tuan adalah team sembang ayah kami. Tolong jangan dengar nasihat ayah kami kalau dia hendak buat tak elok pada kami ye. Tuan carilah seribu alasan kalau dia suruh tuan tutup saluran berita kesukaan kami. Kami pun banyak juga beri keuntungan kepada ayah. Berapa juta topup kami serah pada negara tiap2 bulan tu, tuan SKKM? Rasanya habis topup bukan sebab tengok berita saja kot. Sebab tengok benda lain le tiu. Nakal betul budak2 nih.

Alahai Tuan SKKM, hidup kita ni sekadar nak nyembang saja kan? Kita tak jemu2 nak bercerita dan gelak2 dengan kawan2. Kemudian kita pun matilah. Jumpa Tuhan. Janganlah serius sangat Tuan SKKM...

Tanpa Nama berkata...

Sudah terang lagi bersuluh,sahlah Malaysia kini sudah diperintah oleh kumpulan diktator.Nasiblah pada youngers generation,sudah hilang kenikmatan yang kita kecapi semasa pemerintahan TDM.Nasi hampir-hampir menjadi bubur akibat bagi menegakan benang basah pada hari kemarau.Bagi TDM mungkin beliau merasa terlalu luluh/kecewa dengan apa yang dilakukan oleh mereka-mereka ini,betul juga macam kata TMH TDM salah pilih orang yang akan memikul kearah wawasan 2020.Sayang semua sudah hampir terlambat oleh sebab hanya mahu menjaga periok nasi sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ada media tv pun tidak memberi menafaat. Kempen UMNO, perang saraf UMNO dan propaganda memulihkan imej Najib semuanya, sudah tidak berkesan lagi. Berita mengenai Najib menjadi berita menipu. Walaupun disekat semua blog, Najib dan kuncu-kuncu nya tetap di kenali sebagai penipu.

Masyarakat akan mencari kebenaran melalui sumber lain. BLOG atau Portal Berita.

Kemudahan Blog telah menghapuskan atau sekurang-kurangnya menafikan berita khabar angin. Apabila ada berita pergaduhan kaum,orang tidak menerima khabar angin sahaja tetapi terus mencari berita dari Blog. Begitu juga berita mengenai Kerajaan dan Pembangkang dimana Blog pro Kerajaan tidak ubah macam berita TV. Inilah punca nya Blog portal berita yang tidak sehaluan dengan Najib di sekat.

Betapa buruknya kesan 'khabar angin' mengenai insiden yang berlaku di Low Yatl, lebih buruk padahnya pada kerajaan dan masa hadapan negara.

abrarmujahideen berkata...

Guna' opera mini browser'. Blog yg bagus spt 'rakyat marhaen' baru2 nie sekat.

Tanpa Nama berkata...

Tenkiu2 bro...nt aku try guna opera mini browser

Tanpa Nama berkata...

minta tlg pak cik google. type PROXY SERVER

F-aRn berkata...

Lagi satu cara cuba download apk. "psiphon" utk pengguna android. Lepas dh connected guna browser apa2 pn bole.

pemuda parit kings berkata...

Alahai SKKM...sedih dgr pihak tuan layan kami sebagai rakyat mcm Ni...adakah ini dikatakan bebas bersuara sbgai rakyat yg mempunyai hak bersuara?aduhai SKKM...Nampaknya...apa yg disuarakan PM Kita sebagai retorik jer...berita altenatif amat perlu utk rakyat moden skrg...tolonglah matang dlm membuat ssuatu keputusan...jgn fikir kepentingan sendiri shj...

Tanpa Nama berkata...

Tiada perkara yang mustahil dalam dunia IT!

Cara2 untuk unblock

1. Untuk Pengguna SMARTPHONE Android, sila download dan install aplikasi "DNS Changer (No root)" di Google Play Store. Open Apps kemudian click "START". Maka anda boleh browse ke mana2 laman sesawang yang diblock.

2. Untuk pengguna Windows 10, ikut langka2 sperti dibawah

http://softwarefordummies.blogspot.my/2011/08/cara-unblock-website-yang-di-block-skmm.html

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih.

Selesai satu masalah pak cik.

Unknown berkata...

bagi pengguna advanced boleh melayari mana-mana web yang diblock oleh skmm dengan menggunakan proxy atau vpn.

Tanpa Nama berkata...

firaun ke 2.

kezaliman mncepatkn keruntuhan. itu sunatullah

sekatlah mata hidung mulut rakyat

tgn rakyat yg munajat kpd Raja Segala raja rabbul jalil tdak dapat kau sekat wahai si zalim laknatullah

kau buat byk kejahatan kau takut rakyat tau. akidah kau seolah menyatakn bahawa tuhan itu buta dan tidor.

kau hnya diberi tangguh barang sektika. ketika kau merasakn dunia ini milik mkbapak kau. keetika kau benar2 sombong bongkak merasa sgt berkuasa... ketika itu kau akn direntap oleh Yang Maha Memiliki

malaysia ni bukan kau yg punya tp Allah yg punya.

tgn yg memangkah kertas undi hnyalah mainan belaka yg blh diperbodohkn olh si zalim

tp tgn yg bermunajat tidak dpt kau tipu dgn hantu2 kau.

akn ku kirimkn munajat qunut nazilah setiap mlm kpd mu wahai si zalim

ku serukn umat begitu jua. mudah2an kita mangsa rompakan penguasa ini akn ada doa2 kita yg akn dikabulkn

teruskn berjuang dn bermunajat

perjuangan ini umpama air. sepuluh lubang kau tutup akn tetap lahir laluan2 baru walau sehalus lubang jarum sekalipun

insyaalah kebenaran dn keadilan akn mengambil tempat jua sikit masa lagi.

bukn kami sj yg susah tidor memikirkn nasib kami yg kau abaikn tp kau juga tidak akn tidor lena dek doa munajat kami bak pedang malam yg terbang mencari mangsanya

amiin