26 Feb 2016

InsyaAllah, Mat Sabu Tak Akan Muflis... Sumbangan Kini Cecah RM80K

#SahabatMatSabu kutip RM79,880 dalam seminggu

PETALING JAYA: Dalam tempoh seminggu, kumpulan #SahabatMatSabu berjaya mengutip RM79,880 bagi membantu Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu membayar saman kepada bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Jurucakap kumpulan itu, Mandeep Singh berkata, dengan perkembangan memberangsangkan itu, pihaknya mensasarkan akan dapat mencukupkan jumlah RM200,000 dalam tempoh sebulan.


“Setakat semalam, kita telah berjaya kutip RM79,880. Kami agak terkejut dengan sambutan yang boleh dikatakan amat berjaya ini. “Saya rasa sebulan lagi kami akan dapat mencukupkan jumlah RM200,000,” katanya kepada FMT.

Katanya lagi, peranan #SahabatMatSabu hanyalah untuk meraih dana dan akan segera menyerahkan kutipan kepada pihak Mat Sabu selepas mencapai sasaran.

Inisiatif itu digerakkan sekumpulan aktivis sejak 17 Februari lalu bagi membantu Mat Sabu daripada diisytihar muflis, selepas Mahkamah Persekutuan mengarahkannya membayar RM200,000 kepada Wan Ahmad dalam satu kes saman fitnah, dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir menyeru orang ramai yang mahu membantu untuk terus menghubungi #SahabatMatSabu. “AMANAH tidak terlibat dalam kutipan ini, maka orang ramai boleh terus arahkan sumbangan kepada #SahabatMatSabu. Mat Sabu adalah pejuang demokrasi yang sudah sekian lama berjuang,” katanya lagi.

Orang ramai ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi talian 011-35712316. -FMT




ULASAN GB

Tatkala macai-macai UMNO dan PAS bertempik sorak menyatakan Mat Sabu, Presiden AMANAH bakal muflis, kerana gagal unjtuk membayar RM200K di atas perintah mahkamah ke atas mantan bekas Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wah Omar, #sahabtmatsabu berusaha gigih menubuhkan tabung untuk Presiden AMANAH itu.

Itu bukti bahawa Mat Sabu tidak sendirian di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Mat Sabu tetap diperlukan sekalipun ada pihak amat benci dan cuba mencemarkannya dengan pelbagai cara.

Mat Sabu berkata segala sumbangan hendaklah dimasukkan ke akaun #sahabatmatsabu, bukan ke akaun peribadinya spaya tidak menimbulkan fitnah.

21 ulasan:

Timnajib Jomfikir berkata...

Malulah PAS hoiiii....

Lihat...

Jurucakap kumpulan itu, Mandeep Singh. Non muslim tu...beliau join sama untuk membantu.

Kalau orang Islam/melayu masih iri hati dengan #sahabatmatsabu..sudah-sudahlah.

Malaysiabaru berkata...

Ahli MT umno kata timb presiden umno macam anjing...

Belajar dgn presideng yg 'menasihati' umno gitu ker??? Cara melayu dan islam yg hebat ...

-maka undi umno macam undi pas -
- undi pas macam undu umno -

Tanpa Nama berkata...

PAS boleh kutip fitnah dikalangan ahli untuk Mat Sabu.

mustapa m said berkata...

Insya Allah, saya akan pergi lagi ke maybank dlm minggu ini.

MOHD NASIR BUYONG berkata...

Sabar bang mat gaji lum masyuk lg nanti saya kasi bank in... Hidup Amanah..

pemuda parit kings berkata...

InsyaAllah saya akan membantu Abg mat terdaya mampu...semoga hidup amanah!!!

Tanpa Nama berkata...

InsyaAllah saya akan sumbat lagi kedalam tabung untuk meringankan masalah Tuan Presiden...

Husmad Ahmad berkata...

Walau pun saya tak dapat bantu dengan wang ringgit pru 14 saya akan Bantu Amanah

Tanpa Nama berkata...

Inshaallah nanti saya bankin untuk abang Mat Sabu yang saya kagumi perjuangannya. Hidup Amanah. Kami Amanah Baling, Kedah sentiasa bersama Abang Mat Sabu.

KYS berkata...

Saya pun akan masukkan. Tunggu minggu depan gaji.

Tanpa Nama berkata...

Yang akan saya sumbang nanti tidak dapat langsung di bandingkan dengan jasa dan pengorbanan Abang Mat.

Tanpa Nama berkata...

Syabas saudara Mandeep Singh. Boleh ke saya buat satu cadangan? Lepas ni saudara lancarkan tabung #sahabatAMANAH pulak.

Sila semak kalau2 ada peraturan dan halangan supaya menjadi legal. Kemudian lancarkan tabung #sahabatAMANAH sepanjang masa.

Serahkan kepada pakar2 terbaik kita yang beramanah mengurus tadbir dan mengendalikan tabung ini sehingga menjelang PRU ke 14 nanti.

Tanpa Nama berkata...

Saya dh trnsfer online ke akaun MSO utk solidariti kpd abg mat

Tanpa Nama berkata...

Bukan dalam kes itu Mat Sabu masih dalam PAS? Bukankah dalam isu itu dia bercakap atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden PAS? Adakah dengan senang hati PAS berlepas tangan dalam kes ini? Di manakah namanya tanggungjawab?

oh parti islamku...

Tanpa Nama berkata...

Agree,,sorg rm10 x byk jika dibandingkan dgn keberanian bersuara utk rakyat pakatan harapan menang PRU 14

Tanpa Nama berkata...

Saya mengalir air mata lihat kegigihan Mandeep ni.. jangan harap dia ja bantu kita.. malu la sikit..

Apa kata kita bantu dia.. banyak tugas2 dia yg sedia ada.. tak mampu kita pikul..dia pun tidak beristeri lagi.. jgn sibuk nak Islamkan dia ja melayu ooi.. biar teladan jadi ikutan.. Rasulullah pun x paksa..

fissal berkata...


.. kita semua mesti bantu matsabu ...bila lagi nk tunjuk Kat die yang kita bersama die dlm perjuangan ini .. kite sokong die ... we must not let him down ... kesian Kat die .. die bermatimatian berjuang untuk kita tapi bile die perlu bantuan yang xseberapa pun ... kita x sanggup ..pass the words around mungkin ade ramai lagi yang x tahu .. suruh rakan ..saudara hulur sama ... to me 80k is a disappointing figure ...spatutnya paling kurang double d amount ...

just don't let him down .....

Tanpa Nama berkata...

Di harap parti amanah mulakan juga perjuangkan rakyat YG dah pun di hukum muflis tentang undang2 muflis ITU sendiri..

pemuda parit kings berkata...

Benar sahabat...tp apakan daya...skrg pas hnya menuding jari...sedih lihat pas skrg..

pemuda parit kings berkata...

Terbaikkk!!!

Tanpa Nama berkata...

Kejayaan ada setakat ini merupakan pukulan kepada SPR dan BN. Sama ada mau terima atau tidak, kejayaan mengumpulkan dana begitu menjelaskan dan mengambarkan kepada umum bahawa siapa penipu besar sebenarnya.

Sepatutnya, yang berkenaan belajar daripada apa yang terjadi pada anak Mahathir hasil daripada Mahathir sendiri.
Jangan tunggu macam Firaun baru nak bertaubat.