14 Feb 2016

Paya Jaras Dilepaskan, Husam Musa Yang Nak Dihukumnya...

Husam tunggu kertas pertuduhan rasmi

Hanya beberapa jam selepas Pejabat Agung Pas mengadakan sidang media berhubung kedudukan Datuk Husam Musa, bekas Naib Presiden Pas itu tampil menyatakan kesediaan untuk menemui jawatankuasa disiplin parti.

Beliau melalui kenyataannya di Facebook petang ini menantikan kertas pertuduhan rasmi bagi tujuan tersebut untuk membolehkannya menyediakan pembelaan yang sewajarnya.



“Saya mengikuti kenyataan media oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Timbalan Presiden Pas pada hari ini berbetulan dengan Mesyuarat Bulanan Pas. Insya Allah saya bersedia menemui jawatankuasa disiplin parti.

“Saya akan bertanggung jawab atas semua ucapan saya dan Insya Allah akan mempertahankannya semasa menemui Jawatankuasa Disiplin nanti,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Adun Salor itu mengingatkan janji Dewan Harian Pas Pusat sebelum ini untuk memberikan maklum balas berhubung 'nota cinta' beliau pada pertemuan 30 November tahun lalu yang masih belum terlaksana.

Husam dalam kenyataan tujuh ayat tersebut juga menegaskan akan menjelaskan banyak hal yang dilihat bertentangan dengan polisi parti serta tuntutan agama.

“Pada masa yang sama, saya akan menyampaikan kepada jawatankuasa disiplin nanti perkara-perkara yang bercanggah dengan dasar Pas dan Islam yang telah dilakukan oleh pihak-pihak di dalam Pas yang telah saya bangkitkan selama ini,” tambahnya lagi.

Ustaz Tuan Ibrahim dalam sidang medianya sebelum itu berkata, tindakan tatatertib boleh dipertimbangkan ke atas Husam mengikut peruntukan yang terkandung dalam perlembagaan Pas.

Sehubungan itu, ujarnya, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang hari ini memutuskan prosiding berkaitan akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Tatatertib parti yang dipengerusikan oleh Dr Sanusi Daeng Mariok.

Untuk rekod, ‘nota cinta’ yang diserahkan oleh Husam pada 30 November 2015 berkaitan dengan cabaran kerajaan negeri Kelantan untuk mengurus tadbir dan langkah parti berkenaan untuk menyatukan ahlinya ekoran keputusan Muktamar Tahunan Pas ke-61 lima bulan sebelum itu. -Malaysia Dateline

ULASAN GB

PAS nampaknya sudah sama dengan UMNO dari segi perangainya. kalau tak pun lebih dasyat.

ADUN Paya Jaras yang dah terang-terang melakukan kesalahn dari segi akidah dan syariah tidak dikenakan hukuman dan Ahli PArlimen Temerloh yang belum tampil menafikan kes tonton video pay per view tidak dipanggil untuk memberi keterangan, sebaliknya Husam Musa yang "kesalahannya" menegur kesalahan PAS yang hendak duhukum.

Tindakan yang hendak dikenakan ke atas Husam samalah seperti Najib dan UMNO yang mengambil tindakan ke atas Datok Khairuddin Abu Hassan kerana mendedahkan penyelewengan 1MDB. Sedangkan PAS melepaskan Khairuddin Othman dengan lemah gemalai dengan hanya menyuruh beliau memohon maaf dan bertaubat.

Di Kelantan lebih teruk lagi. PAS dilhat sudah memutar jarum ke belakang, membawa falsafah perjuangan Dato Asri - "Islamic Nasionalisme". Bersama-samanya ialah apa yang dilakukan oleh UMNO seperti gejala politik samseng, memfitnah, memaki hamun, mengugut, mengancam dan mengenakan tindakan terhadap mereka yang bukan PAS di dalam kerajaan khususnya di negeri PAS berkuasa.


PAS pasti terhukum dengan Hukum Kebenaran dan Keadilan. PAS semakin parah dan semakin zalim. Ajaran Al-Quran sudah ditinggalkan sedangkan mereka mendakwa kononnya mereka memperjuangkan hukum Allah.

“Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk Berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al MAidah : 08 )

Seperti yang GB katakan sebelum ini, usah dilayan sangat karenah orang-orang PAS ini. Kebanyakan mereka sudah hilang akal, sudah mereng, sudah sesat kerana "dunia". Ayuh bersama AMANAH dan PH... Soal rezeki, itu di tangan Allah, bukan UMNO atau PAS yang menentukan. Usah gentar dengan ugutan dan ancaman sesungguhnya Allah itu sebaik-baik pemberi rezeki (Allahu kharul-razikiin).

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Boleh caya ke dgn daeng sanusi mariok? Dia penyokong tegar hadi awe. Geng pas chai lah jugak. Bila depa nk sidang? Tak sabar nk tengok hukuman. Sapa pulak ajk nye? Kharudin su sgor n nasrudin tantawi lagu mana? Lepas atau disuruh taubat jer. Kehkeh

Unknown berkata...

Surat cinta Husam 30 November 2015, tahun lepas ..pun, tak boleh nak handle...lagi mau cerita banyak..TITM, Nik Amar,Hadi Awang,Mat Yaakub, Idris Ahmad, Nasrudin Tantawi and the geng..

Puiii...!

Tanpa Nama berkata...

Habis... membabitkan kesemua pemimpin PAS untuk menganiayai Husam. Dengan Tuan Ibrahim, Dr Daeng sekali yang sebelum ini diantara pemimpin yang dihormati.

Jika pemimpin UMNO tidak ambil peduli mengenai kesalahan Najib di pandang 'tak berguna', pemimpin PAS yang tidak peduli kesalahan pemimpin pula 'pengecut' Jangan lah berbangga setakat hanya bercakap mengenai para sahabat.

Bukan hanya Husam yang di uji tetapi seluruh kepimpinan Tertinggi PAS di uji kebijaksanaan nya dan PAS di uji Allah dalam melaksanakan keadilan untuk ditunjukkan bahawa Hj Hadi tidak layak di beri amanah untuk membawa hudud.

Kronologi Husam bermula satu demi satu apabila Husam bangkitkan isu balak. Tidak mungkin Husam dikenakan tindakan atas sebab ini? Kerana sehingga sekarang Husam menunggu 'nota cinta'nya yang tidak berbalas. Mereka yang bertanggungjawab menyiasat dan menjawab surat tersebut lah yang sepatutnya dikenakan tindakan menyebabkan Husam tidak puas hati.

Begitu mulia klik pemimpin-pemimpin PAS sehingga parti dibiarkan hilang 'islam' nya...

Tanpa Nama berkata...

Utk dalang CAI...dan semua pemimpin PIS yg dipilih secara CAI...Aku malas ckp banyak.

Puiii...puiii dan puiii lagi sekali

Tanpa Nama berkata...

Tumpang

Puuiiu....!

Tanpa Nama berkata...

PAS jawatankuasa hingga je dewan ... semuanya satu geng !

Masalah PAS tentu lah pemimpin macam Husam yang menegur. Kalau orang luar apalagi bekas pemimpin PAS yang menegur tentu di katakan 'jangan masuk campur'

Sekarang Husam buat kenyataan terbuka kedua-dua pemimpin PAS bertanggungjawab tapi ada mereka terima. Jika secara terbuka pun mereka buat tak tahu apa lagi kalau ikut cara parti yang akan melindungi orang dikalangan mereka.

Hj Hadi memang tahu mereka berdua tidak memaklumkan parti mengenai pembentangan hudud sebab Hj Hadi yang pengerusi mesyuarat dewan tersebut

benartetapbenar berkata...

Hj HA runding nak tubuh ug dgn umno di selangor 2008 tanpa persetujuan mesyuarat tak salah?
Ust HD arah pas perak belot PR tubuh UG dgn ummo di perak tak salah?
Hj HA pujuk yb azmin belot pd PR utk gabung krjaan campuran dgn umno d selangor... ahli x tanya siapa BARUA umno?
Hj HA maki broker-barua kpd ahli anti-UG tak salah?
Hjhadi tuduh anjing/serigala kpd pimpinan anti-UG tak salah?
Hj HA mengaku pas ANJING menyalak babi dlm bukit, org pas tak malu?
Al-tonton-view ulamak pas tonton porno org pas tak malu?
Yb pya jaras pro-UG pakai kostum DEWA sembahan yg syirik ulamak hukum ikut nafsu org pas akur?
Zaman nabi terdahulu ahli kitab yg hafal taurat & injil menyesatkan umat, akhir zaman ulamak dunia memutar lidah membaca ayat qur'an & hadis nabi utk mnghalalkn tindakan politik mereka...
Pimpinan pas yg menentang projek UG di caci broker-barua-anjing-babi ...?
Para ahli penyembah dewa pimpinan caci AMANAH anjing DAP - barua DAP - penjilat Jubor LKS&LGE... adalah mereka yg istiqomah yg berakhlak suci... asalkan anda ahli parti 'islam' kononnya....

Tanpa Nama berkata...

Makan masa jugak nak buat surat pertuduhan. Ayat nya satu hal, dakwaan pulak satu hal... Rasanya Husam pun tidak tahu apa kesalahan yang telah dilakukannya sehingga di kena tindakan disiplin.

Dalam banyak hal, yang ini pulak Presiden tidak berani guna kuasa Veto nya !

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya, masih ada ke yang peduli dengan PAS? Sedikit demi sedikit mereka ditipu umno. Matlamatnya adalah utk cepat dapat kuasa. Dulu mereka bersama2 rakyat tertindas, berhimpun bersama, berdemo & berjuang bersama rakyat tanpa mengira kaum & agama. Hari ni mereka bersama UMNObn mengutuk himpunan BERSIH, angkat plykad 2.6b dalam parlimen. Mereka berpeluk dgn PERKASA atas nama melayu. Cukuplah.. cukuplah peduli pada PAS. Slogan saja mendukung agama. Tapi hakikatnya politik dan kuasa sajalah yang mereka cari.

Kpd DHM, terima kasih kerana menunjukkan warna sebenar pas. Dalam hijau ada kebiruan yg menyala. Pimpinan pas hari ini... sama je dgn umno.. level rahman dahlan, salleh keruak & ahmad maslan saja..

Unknown berkata...

Bagai guru itu lah anak murid.. aura TGNA seorg mati kutu umno kelantan di kejekan.. begitu husam dia seorg di gelodaknya pimpinan pas.. semua mati akal..dr presiden sampai pimpinan bhg..memang patut anuar ibrahim ckp.. kalau PR menang TPM adalah husam.(sakit hati tuang presiden ).Aruah TGNA ckp..husam di lahirkan bukan utk kelantan.. tp utk malaysia. Sebenar bg aku di malaysia byk ahli2 politik yg baik2 tak kira BN ke PH..tapi yang berkeyakinan tinggi hanya husam seorg sahaja. Yg lain yg baik tu keyakinan biasa2 sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Pas pasca nik aziz...ulama hilang kewibawaan... ulama menyemarakkan api permusuhan... ulama menjarakkan hubungan umat... ulama mencaci... ulama memusuhi insan... ulama menaikkan diri...ulama riak... ulama tidak adil...semuanya didalam pas...menjadi tunggul...bisu dlm menegakkan kebenaran...bisu terhadap kebatilan...sebab yg bersalah adalah pihak disebelahnya...ulama apa ini???maaf bunyi agak kasar..tp ini lah hakikatnya...ulama, pergilah kesetiap penjuru negara ini...bawalah ilmu agama..jgn hanya berlingkar dlm radius kawasan je...pergilah serata pelusuk negeri...jgn hanya hadap masuk tv...jgn hnya sekitar masjid tempat kamu je...pergilah musafir...jgn dok dlm zon selesa...

anak Baling berkata...

Dah keLaut la saudara..bahtera pas dh bcor merata2..pas lani hamPas..

Tanpa Nama berkata...

Ulama?? Baru ada Sarjanamuda dr Al-Azhar dah jadi ulama ka? Macam mana yg ada degree sejarah, ulama juga? Yg keluar Kemunting pun claim ulama.. Sebab depa ahli Dewan Ulama maka otomatik jadi ulama? Macam tu jer....

Tanpa Nama berkata...


PAS FOR ALL ... HJ HADI AND THE GENG ONLY. ! !

Unknown berkata...

Kalau pas jd pemerintah,rakyat yg dedah penyelewengan PASTI akan dihukum keras oleh kerajaan pas.Polisi toliban dan isis akan dikuatkuasakan dgn dalil2 yg menyebelahi mrk.Rakyat kena tolak pas dlm pru14!!!!

Abdul Said berkata...

Pentadbiran Pas sekarang sudah mirip pentadbiran ameno. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan pentadbiran Pas juga tidak banyak bezanya dengan petadbiran Parti Komunis China atau Parti Pekerja Korea Utara atau parti komunis zaman Soviet. Sesiapa yang menentang kepimpinan, mengkritik orang yang berkuasa akan dilihat sebagai penentang parti walaupun mereka tidak melanggar perlembagaan. Maka seperti biasa ada yang dibuang atau dipenjarakan atau dibunuh dan juga disingkirkan. Sebagai menghalalkan tindakan mereka maka ditubuhkanlah satu panel disiplin atau penyiasat atau apa saja yang sudah tentu akan dianggotai oleh barau-barua ketua parti. Propaganda parti akan ditumpukan sepenuhnya untuk memutarbelitkan isu, ulasan dan berita supaya yang dituduh dilihat umum sebagai hantu atau jembalang tanah atau kucing kurap atau pun anak haram jadah yang merosakan parti (sebenarnya merosakkan orang-orang yang curang dalam mentadbir parti) Kadang kala parti-parti politik yang memerintah negara kafir seperti parti likud, parti Christian Democrat dan parti Liberal Democrat kita lihat lebih telus dan adil terhadap ahli-ahli mereka!. Namun begitu bukan semua orang boleh berfikir walaupun diberi otak dan manusia jenis ini kalau Islam pun ia tetap taat kepada guru walaupun gurunya menyalahi tingkahlaku yang ditunjukkan oleh Rasulillah s.a.w.

Untuk Encik Tidak Bernama 14 Feb 16 jam 9:34 PM, tuan janganlah mengharapkan perkara-perkara yang tuan sarankan akan dibuat oleh ulamak cari makan dalam parti politik. Yang pertama bukan semua orang berpendidikan ugama layak dipanggil ustaz atau tuan guru dan ulamak setelah kita lihat tingkah laku mereka dalam masyarakat. Banyak diluar sana orang yang bergerak menyampaikan risalah ugama serta menabur bakti untuk akhirat yang terdiri bukan dari kalangan orang berpendidikan ugama. Janganlah diganggu mereka (ulamak parti politik)yang sedang mensgumpul harta dan keseronokan dunia dengan memakai jubah dan serban!!

Untuk Encik Rithie Blackmore, itulah juga yang saya runsingkan kalau Pas jadi pemerintah. Apa yang terjadi di Iran akan terjadi juga di Malaysia. Tidak keterlaluan disebutkan disini, jika Pas memerintah orang awam tidak boleh mengkritik bukan sahaja PM bahkan bilal masjid juga tidak boleh disentuh!! Undang-undang Islam yang kita rindukan akan menjadi rantai kepada kaki kita dan bukan kepada mereka dan keluarga mereka. Undang-undang tersebut akan diputar belit dan diolah nampak cantik dan Islamik tetapi bila dikuatkuasakan ia akan menjadi senjata kepada orang yang berkuasa untuk mencekik dan membunuh rakyat jelata!! Kita akui dan yakin terdapat rahmat dan barakah dalam undang-undang syariah tetapi kita tidak yakin dengan kejujuran dan keikhlasan mereka yang berlagak seperti pejuang Islam. Semoga Allah s.w.t. mengampunkan kita dan merahmati hidup dan mati kita. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Biarkanlah mereka...semoga Allah berikan petunjuk kpd mereka...ameen...