4 Feb 2016

Najib & Basha DIkutuk Hebat Oleh Warga Siber

Selepas Mukhriz undur pengguna media sosial persoal bila giliran Najib

Rata-rata pengguna media sosial terutama juga rakyat Malaysia terkilan dengan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah susulan kemelut politik Kedah dan mempersoalkan bilakah nasib yang sama bakal menimpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 3 Februari, 2016.


Peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah hari ini mendorong pengguna media sosial bertanya bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula akan meletak jawatan.

Ketika frasa "MB Kedah" mula trending di ruang maya Twitter, rakyat Malaysia menggunakan laman mikro-blog itu menyatakan kekecewaan mereka ke atas nasib yang menimpa Mukhriz.

Mereka mendakwa, rakyat sudah hilang sokongan terhadap Najib, namun beliau masih berkuasa tetapi seorang pemimpin seperti Mukhriz, yang menurut mereka masih mendapat sokongan orang ramai, dipecat.

"Rakyat nak tukar PM, Kedah MB kena tukar pulak. Yet another disappointment," tulis Wee Su Lin di akaun Twitternya @sulinwee.

Sementara huzairieyahyaa (@HuzairieYahya96) menulis: "We need new PM, not new Kedah MB (Kami perlukan PM baru, bukan MB baru)."

Seorang pengguna Twitter dengan nama @ajijudinnn turut menulis sajak pendek berbunyi: "Pergi kedai cari teh kundur, Ternampak Mukhriz membeli tauhu, Ku harapkan Najib undur, Tup tup dapat MB baru".

Sementara itu, pengguna lain mengejek menteri besar yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, memetik pengakuan beliau sendiri yang beliau tidak sama taraf dengan Mukhriz, yang memiliki ijazah dalam bidang pentadbiran perniagaan dari Sophia University, Tokyo, Jepun dan ijazah dalam bidang pengurusan dari Universiti Boston, Massachusetts.

"Tahniah Ahmad Bashah untuk jawatan MB Kedah yang baharu. This goes to say education means nothing when it comes to politics (Ini bermaksud, pendidikan tidak ada maknanya dalam bidang politik),” kata hilmy yakap (@hilmyyakap).

Mark Adam (@matkhadam) pula berkata, pelantikan Bashah membuatkan beliau teringin memohon jawatan sebagai menteri besar Perlis, berbekalkan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dimilikinya.

"Serius la Kedah mb baru ngaji takat srp ja? Aku pun nak apply jadi mb perlis guna spm ja la nanti," tulisnya.

"Motivasi hari ini. Jangan berhenti bermimpi. Think big (Berfikiran jauh). SRP can be a Menteri Besar (boleh jadi menteri besar). Kuikuikui Kedah MB," kata MHS @_secism.

Pengguna Twitter juga meramalkan pelantikan Bashah itu akan membawa kepada berakhirnya pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Kedah.

"Mukhriz diganti sebagai MB Kedah, BN boleh ucap selamat tinggal kepada Kedah dalam PRU14, jadi bergembiralah sementara masih ada,” kata Muhammad Irfan @muhd_irfaaan.

Pada 20 Januari, Bashah mengetuai sidang media yang terdiri daripada pemimpin bahagian dan sayap Umno di Kedah, mengisytiharkan tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz dan mahu Najib campur tangan menukar beliau.

Kemelut kepimpinan negeri itu tiba ke penghujungnya apabila Mukhriz mengumumkan peletakan jawatannya pagi ini, mengakui beliau tidak lagi memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri. -TMI


Najib hancurkan keyakinan rakyat, pemimpin Umno Kedah dipuncak naif

Keputusan memilih Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah sebagai Menteri Besar yang baru, memperlihatkan kenaifan pemimpin dan kehancuran Umno Kedah dalam Pilihanraya Umum ke-14 kelak, kata Presideni Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarulazman Habibur Rahman.

Beliau menegaskan, Mohd Najib Razak yang juga Perdana Menteri dan 15 Adun Umno-BN di negeri itu tidak melihat krisis kepimpinan berlaku itu untuk memastikan kelangsungan pemerintahan Umno-BN di Kedah.

“Bila isu demi isu menghujani Presiden beliau sedar bahawa beliau perlu mempunyai pasukan yang setia tanpa sebarang persoalan kepadanya oleh mana-mana pihak.Sebaliknya beliau menghancurkan keyakinan rakyat negeri itu.

“Adakah presiden seorang ahli politik yang sayang kepada partinya? Kami tidak menganggap beliau sama sekali memikirkan kelangsungan parti berbanding lebih memikiraan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

“Tindak tanduknya langsung tidak mencerminkan bahawa beliau pentingkan parti, jadi apa sebenarnya muslihat seorang Presiden ?

“Hanya dikalangan mereka yang berfikiran waras tahu kenapa percaturan politik itu berlaku dan Mukhriz akhirnya kecundang,” ujar beliau ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Tambah Kamarulazman lagi sebagai pemimpin utama parti dan negara, Najib perlu melihat suatu isu yang berlaku dalam politik negeri dalam skop politik negeri itu.

“Presiden perlu melihat dari kanta politiknya bukan melihat dari kata amarah dan mahu menjaga kedudukan politik dan menutup kelemahan kepimpinannya sendiri di peringkat pusat dan negara.

“Kalau terbukti Mukhriz yang diingini oleh rakyat Kedah itulah sepatutnya dilakukan Presiden untuk mengekalkan beliau (Mukhriz).

“Apa guna meletakkan seorang yang digemari oleh Presiden tetapi membawa kekalahan kepada parti kelak, siapa punya strategi ini?,” soalnya lagi.

Dalam pada itu Naib Presiden GKCM, Ruhsdan Mohamad pula bertanyakan kepada semua 3 juta ahli Umno terhadap krisis kepimpinan di negeri itu.

“Adakah anda di dalam Umno pada hari ini bangga melihat parti keramat ini ditolak, dicemuh, dihina dicerca dan dikeji?

“Ikon dan aset penting kepada parti dan sebuaah negeri yang semakin membangun itu sudah tidak ada tempat lagi bagi mereka selagi aset tersebut tidak seia senada bersama mereka.

“Sayang seribu kali sayang, Umno bukan lagi milik rakyat tapi milik individu-individu tertentu,” tegasnya.

Hari ini rakyat Kedah akhirnya terpaksa akur dengan keputusan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah perkenan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri yang juga Adun Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru berkuatkuasa esok, 4 Januari 2016.

Berikutan peletakkan jawatan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini, melalui surat rasmi yang dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din.
-Malaysia Dateline



16 ulasan:

myusry25 berkata...

Kutuk tetap kutuk tp hasil ny tetap xde..depa tetap berkuasa.lps pilihanraya pn depa tetap berkuasa gk..

Tanpa Nama berkata...

Semerah padi (malaysia) skrg sedang diamuk oleh Jebat (jibby)...hanya Tuah (anwar) yg disungai buloh boleh redakannya...ayuh keluarkan Tuah...hahahaaa...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah najib@BN kerana berjaya merampas negeri kedah dari tangan UMNO MUKHRIZ...tahniah sesangat...hidup najibul n rosmahu lagi2 juta...jho low jgn d lupa...

Unknown berkata...

Semua ni politik terancang umno...buka mata luas luas...pilihanraya lg dua thn..manisfesto bn d bwh mukriz satu pun tidak terlaksana..projek lapangan terbang kulim,rubber city,harga getah,isu kuin,litar lumba,naik taraf kulim hightech,jadikan bandaraya a\s metropolitan...semua itu bakal terpadam utk menutup kelemahan umno mengtakbir negeri kedah darulaman selama hampir 3 thn.. Apabila ahmad bashah naik jd mb tiada lg isu berbangkit pru 14 nanti sbb "ahmad bashah" mb baru...semua gara gara kemelut 1mdb semua bajet tidak mencukupi..hutang negara bertambah...taktik ini dah lama d gunakan kita sedar...📢📢📢

*aku copypaste aje sbb,komen ni lain sikit dari komen kebykkan yg bercerita mengenai mb baru kedah.apqpun sentiasa berjaga dgn permainan putrajaya

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya tidak ada masalah Ahmad Bashah jadi MB. Sesiapa pun asal akal waras dan betul cara makan minumnya boleh jadi MB.

Tetapi tak ada perubahan lah. Semasa berucap di hadapan khalayak atau perhimpunan di katakan masa hadapan negara di corak oleh anak-anak muda.

Zaman berubah dan pantas memerlukan pemimpin muda ambil alih teraju negara.

AMANAH perlu segera menambahkan penglibatan anak-anak muda dan yang mana boleh di ketengahkan sebagai pemimpin ketika UMNO bergerak kebelakang.

Kalau ada yang tua dan kerana berpengalaman, selalunya macam Najib, habis semua di gunakan untuk membelit. Mangsanya rakyat.

Yang muda pasti akan ikut peraturan dan undang-undang. Itu sebab hadkan tempoh jadi wakil rakyat. Ini tak kena tunggu si tua yang dah bertahun-tahun pegang jawatan kojol. Lepas itu bila jadi MB, oh ...dia banyak pengalaman.

Sebenarnya bukan banyak pengalaman tapi kerja dia siang malam cari pengaruh. Siapa yang bawah nak jadi MB ke kuatkan pengaruh dalam parti. Jangan lokek sebab dalam UMNO, pengaruh adalah RM.

Unknown berkata...

Bagi saya UMNO bukan parti keramat. Tapi ianya Parti berkarat.
Dah lama ini disedari.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Kedah yg baru ni adalah kerajaan penyangak2 yg bersekongkol dgn "Jerung Putih"

Tanpa Nama berkata...

Apa yang Islam merterjemahkan adalah benar,akhir-akhir zaman umat manusia akan memberi/membenarkan kejahatan itu bertegak dan membenamkan kebaikan.Inilah yang dikatakan menegak benang basah pada musim kemarau.Entaklah apa yang tertampal pada muka-muka mereka yang menegakan benang basah ini?.

Anti Fitnah berkata...

SKPM - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Inilah taraf pendidikan Malaysia terkini ...
MB kami taraf SRP sahaja tapi diberi amanah yang bukan setaraf dengannya ...
Abu Hassan yang dok berlakon menangis hari tu pun dulunya kerja kerani shj tapi diberi kepercayaan oleh orang Kota Siputih selama beberapa penggal. Abu Hassan Bodoh atau orang Kota Siputih yang bodoh. Jangan salahkah orang UMNO sebab orang Kedah kebanyakannya mengaji setakat tahun 6 shj. Jadi SRP tu dah tinggi tarafnya.
Najib memanglah suka pada orang macam ni sebab tiada wawasan. Kalau ada wawasan pun, takat PERUT shj. Kenyang perut, Tindih Perut, ...
Hidup Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dikira umur penyebabnya dimana yang muda tidak reti apa-apa kerana yang tua sangat berpengalaman dan yang muda di tuntut menghormati yang tua liat degil, Malaysia menjadi sebuah negara hanya di pimpin oleh yang tua-tua sahaja.

Selain kesalahan terhadap Anwar, Mahathir juga telah melakukan kesilapan besar. Apabila Mahathir memimpin sehingga 22 tahun, orang-orang ini tidak merasa untuk naik setakuk lagi selama itu. Bashah terlepas menjadi MB atau seumpamanya sejak beberapa tahun dan tiba-tiba ada orang pintas dia.

Oleh itu PH harus membuka peluang kepada pemimpin-pemimpin lain. Ini dapat mengelak pemimpin yang diberi kuasa menggunakannya untuk menguatkan pengaruh atau mengujudkan geng untuk kekal lebih lama.

Biarlah yang muda nampak peranannya lebih dari yang tua.

Tanpa Nama berkata...

PAS patut mula sedar yang rakyat semua menaruh harapan agar PAS menganti UMNO. UMNO sekarang dalam krisis kepimpinan Org pertama dan kedua tak boleh pakai.

Tapi malangnya PAS masih ditakuk lama. Tunjukkan kewibawaan pemerintahan PAS. Tegas dan pantas bertindak. Berfikiran jauh. Jangan mengharap parti lain yang tunjukkan arah tuju. Jadi leader dan bukannya follower. InsyaAllah kalau niat dan cara kerja baik...Allah bantu.

Tanpa Nama berkata...

Jangan salahkan Allah.... mana kita tahu yang krisis sekarang dugaan atau ujian atau bala'. Usaha lebih utk menegakkan kebenaran.

Tanpa Nama berkata...

tahniah najib kerana mengiktiraf kami yg ada srp..terima kasih

Abdul Said berkata...

Natijahnya dari episod ini ialah pengundi-pengundi negeri Kedah boleh dibeli dengan wang ringgit macam yang sewaktu dengan nya. Tidak perlu berkelulusan tinggi untuk memerintah di Malaysia. Selangor pernah diperintah oleh 'penjual belacan'. Bekas dreba CEB pun biasa jadi wakil rakyat dan juga bekas penjaga gate keretapi. Tidak hairan, (ulang) TIDAK HAIRAN, kalau tentera asing menawan negara ini dengan menaburkan wang ringgit sahaja, sorry bukan ringgit tetapi dollar termasuk dollar Singapura!! Mukhriz tu bukan sedara saya dan bukan suku sakat saya. Kalau dia mati pun saya tak kisah. Namun ikut logiknya beliau adalah seorang Menteri Besar yang dedikasi, ada wawasan dan sayang pada negerinya. UMNO akan memburuk-burukkan Mukhriz pada PRU akan datang dengan mengatakan semua janji BN di Kedah gagal dilaksana kerana Mukhriz tak buat kerja. Kita tengok apa tuan tak berijazah ni boleh buat. Tapi yang kelakarnya nanti ialah SUK dan Peg Kewangan Negeri yang pandai ada ijazah ada masters lagi mungkin dari UM atau UKM atau Oxford atau Princeton dan juga Harvard...kena dengar cakap orang takde SPM. Dunia-dunia. Silap-silap kerani MB pun ada DPA dari UiTM. Itulah dunia Melayu yang penuh dengan segala kemungkinan.

Tanpa Nama berkata...

Terpenjaranya Anwar Ibrahim, tersingkirnya Muhyiddin Yasin dan Shafie Afdal dari kabinet BN, dan terkini perletakkan jawataan Mukhriz sebagai MB Kedah maka sempurnalah Najib sebagai diktator di bumi Malaysia. Hanya pembodek-pembodek sahaja yang boleh berkongsi kuasa memerintah Malaysia bersama Najib. Tokoh-tokoh seperti Tengku Adnan, Nazri Aziz, Ahmad Maslan, Salleh Said Keruak, Azalina Othman, Azeez Rahim dan terkini Ahmad Bashah adalah pembodek-pembodek nombor wahid yang mendapat tempat di persada mata dan hati Najib.

Pengkritik Najib pasti mendapat bahana. Mukhriz kehilangan jawatan MB bukan kerana tiada wibawa sebagai MB Kedah tetapi beliau adalah anak kepada Mahathir. Mahathir adalah pengkritik tegar kepada kebobrokan pemerintahan Najib. Kini siapalah Mahathir walaupun setelah menjadi PM Malaysia selama 22 tahun. Mahathir macam sampah terbuang dan segala kritikannya dianggap sebagai kenyataan orang tua nyanyuk. Kini Mahathir merasakan apa yang dirasakan oleh individu-individu yang tidak sebulu dan sehaluan ketika beliau di puncak kuasa dahulu.

Berdasarkan senerio terkini, teramat sukar untuk menjatuhkan Najib sebagai PM dan presiden Umno. Najib mempunyai cengkaman yang terlalu kuat dalam Umno dan kerajaan. Musuh-musuh Najib dalam Umno dan pihak pembangkang sekadar mampu menggigit jari sahaja melihat kerakusan Najib membaham khazanah negara. Begitulah kehebatan Najib sebagai pemimpin negara yang berjaya menyahkan musuh-musuh politiknya. Walaupun Najib dilihat terlalu hebat dan berkuasa, namun masih ada ruang untuk mencampakkan Najib menjadi rakyat biasa iaitu melalui PRU 14. Jika melalui proses demokrasi PRU 14, Najib masih tidak dapat ditumbangkan, bermakna kediktatorannya akan terus bermaharaja lela. Lantas, hanya bila Allah menjemput Najib pulang kepangkuan-Nya sahaja, Malaysia dan Umno mendapat PM dan presiden baharu.

Tanpa Nama berkata...

Budak bersusah payah belajar ilmu sains politik lu tak beri peluang tapi budak hanya lulus SPM diberi peluang jadi MB. Inilah teknik Najib nak kekal berkuasa, berikan semua jawatan kepada orang tidak kelayakan semua hidung mereka dpt dicucuk disebabkan tiada ilmu.