2 Feb 2016

Apabila Kebenaran Mula Bangkit... Rakyat Mengharapkan 2 Hero Ini...

‘Tangkap saya, lagu polis berkumandang di penjara’

Pemindahannya secara tiba-tiba ke Jabatan Perdana Menteri tahun lalu tidak mengentarkan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia Datuk Abdul Hamid Bador.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Hamid berkata tindakannya tidak menyalahi mana-mana undang-undang negara dan reda jika diheret ke penjara sekiranya ketua polis negara mendapat arahan dari ‘langit Putrajaya’ untuk berbuat demikian.


“Jika IGP mendapat arahan dari langit Putrajaya untuk menangkap saya maka saya reda.

“Hati ini semakin reda apabila mengenangkan Hari Polis 25 Mac depan semakin hampir. Masih kuat lagi semangat di dalam hati ini untuk menyanyikan lagu Polis Sedia Berkhidmat. Sewaktu dalam lokap nanti saya akan kumandangkan lagu keramat ini.

“Semua manusia mempunyai harga untuk dibeli dan dikompromi. Begitulah kata orang tua-tua dulu. Harga bagi diri saya ialah.... mengaku sajalah dan bertaubat,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan siapa yang dirujuk itu ataupun kesalahan apa perlu individu berkenaan bertaubat.

Walaupun bersedia ke penjara, Hamid berkata beliau yakin beliau tidak melanggar mana-mana undang-undang dan telah menjalankan kewajipannya sebagai seorang pegawai polis dengan sebaik-baiknya bagi memenuhi kehendak Akta Polis.

“Peranan dan fungsi utama saya adalah untuk mengesan dan mencegah jenayah.

“Undang-undang itu sendiri mengatakan bahawa seseorang itu tidak boleh menyembunyikan sebarang maklumat mengenai perlakuan jenayah,” katanya.

Hamid tahun lalu secara tiba-tiba dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri selang beberapa hari berita bahawa perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara ditamatkan.

Beliau sebelum ini mendakwa terdapat usaha untuk menyembunyikan saksi dalam siasatan jenayah terhadap Najib. -MK


Gempar: Pergaduhan Besar Berlaku Di Pejabat SPRM Kerana Isu 2.6 Billion

Isu RM2.6 bilion telah mencetuskan bukan hanya perebutan kuasa dalaman Umno. Ia juga telah mencetuskan perebutan kuasa dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed, mahu mengambil tindakan disiplin terhadap Pengarah Operasi Khas, Bahri Mohamad Zin, atas sebab pelanggaran etika dan protokol. Tambahan pula, isteri kedua Bahri sedang menghadapi masalah kewangan dan beliau disyaki berada dalam kedudukan yang rapuh, yang bererti beliau terdedah.

Bahri dan Abu Kassim hampir bertumbuk hari ini desas desus di ibu pejabat SPRM mengatakan peperangan terbuka dan pahit telah berlaku. Bahri telah mengancam untuk mendedahkan Abu Kassim dan pegawai-pegawai lain di SPRM yang beliau dakwa sebagai perbuatan rasuah dan salah laku. Bahri memberi amaran, jika mereka mengambil tindakan terhadapnya maka semua orang akan penjara.

Di antara senarai jenayah tersebut, menurut Bahri, adalah pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed. Bahri mendakwa bahawa bukan sahaja mereka dibunuh tetapi juga terdapat satu cover-up yang mencapai ‘echelons’ tertinggi SPRM.

Mungkin akhirnya rakyat Malaysia akan mengetahui kebenaran mengenai pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed. Dan jika Bahri benar-benar buat bising maka ramai lagi Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, dan sebagainya, akan menyertai Anwar Ibrahim di hospital dalam Penjara Sungai Buloh.

Bahri juga telah berjanji untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai Umno. “Biar mampus Melayu. Lagi Baik Bagi Cina ambil Alih Kerajaan, “Bahri menjerit yang membuatkan Abu Kassim tercengang.

Bahri disyaki sebagai agen DAP dan hari ini beliau mengesahkan dalam keceluparan beliau. Bagaimana Bahri mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai Umno tidak begitu jelas tetapi beliau disyaki akan berbuat demikian dengan ‘membocorkan’ fail-fail tertentu seperti yang beliau lakukan dengan isu 1MDB dan RM2.6 bilion.

Sama ada apa yang Bahri bercadang untuk ‘bocorkan’ adalah tulen atau palsu tidak penting kerana isu 1MDB dan RM2.6 bilion telah membuktikan. Rakyat Malaysia paling mudah tertipu, mereka akan percaya bahawa kulat pada tingkap gereja adalah gambar Jesus atau bahagian dalam buah-buahan ada kalimah ‘Allah’. Mereka akan percaya apa sahaja yang ‘bocor’ dari SPRM adalah asli dan tidak dipalsukan.

Bagaimanapun, jika sekarang Abu Kassim tidak mengambil tindakan tatatertib terhadap Bahri maka ini bermakna ugutan Bahri telah berjaya. Dan ia juga bermakna bahawa dakwaan Bahri terhadap bosnya dan rakan-rakannya dalam SPRM adalah benar.

Jika Abu Kassim tidak berani sentuh Bahri , adakah ini bermakna bahawa semua pegawai dalam SPRM mengambil rasuah, sepertimana dakwaan Bahri? Dan adakah ini juga bermakna bahawa Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed telah dibunuh dan ada pegawai tertinggi SPRM menutupnya sepertimana didakwa oleh Bahri?

Ya, ini satu perkembangan yang paling menarik sekali. Ini adalah apa yang kita akan panggil “Mexico standoff”. Jika Abu Kassim tidak berbuat apa-apa maka ini bermakna dakwaan Bahri adalah benar. Jadi adakah Abu Kassim mengalah dan membuktikan dakwaan Bahri benar atau beliau akan memanggil Bahri pembohong dan berusaha keras untuk mengalahkan Bahri?

Mari kita lihat apa yang akan berlaku dalam tempoh beberapa hari akan datang.
– Malaysia Today

TERKINI

SHAH ALAM - Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin menafikan tohmahan Raja Petra Kamarudin dalam laporan Malaysia Today Sabtu lalu kononnya beliau bergaduh dan bertengkar dengan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkaitan isu kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.

Beliau yang turut menafikan segala tohmahan yang dilontarkan oleh Raja Petra dan portal kendaliannya pada Sabtu lalu telah membuat satu laporan polis di Putrajaya, semalam.

"Ya, saya ada buat satu laporan polis. Diharap siasatan ini akan membersihkan nama saya dan SPRM," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Dalam laporannya, Bahri menegaskan, laporan portal itu mendakwa beliau bergaduh dan bertengkar dengan Abu Kassim, dan lain-lain dakwaan yang terdapat dalam portal itu, adalah tohmahan jahat dan fitnah.

"Tuduhan bahawa saya juga adalah ejen DAP dan mahu menjatuhkan Umno juga merupakan satu bentuk fitnah, yang bertujuan mencemarkan nama dan reputasi saya sebagai pegawai SPRM," katanya.

Bahri mahu pihak polis siasat tohmahan tidak berasas itu bagi membersihkan nama beliau dan reputasi SPRM.

"Tindakan saya sepanjang masa berkhidmat di SPRM adalah bertindak secara profesional berdasarkan undang-undang dan peraturan, dan mahu mempertahankan kebebasan SPRM," kata Bahri.

Bahri juga berkata, beliau mengenali dan yakin dengan Ketua Pesuruhjaya dan Pengurusan Tertinggi SPRM, di mana mereka telah membuktikan yang mereka sentiasa mempertahankan mana-mana pegawai yang mempertahankan kebebasan dan ketelusan SPRM dan bertindak secara adil dan profesional demi SPRM dan negara.




10 ulasan:

omar daud berkata...

Salam:


Hahaha...."Padora Box" umno/bn sudah terbuka..."semuanya kerja-kerja jahat bn terbongkar....Bagaimana pula kerja-kerja jahat Balak kelantan...sampai sekarang SPRM menyepi..ini tentu geng-geng Pas minta bantuan umno untuk..cover cover..cover.

Malaysia sudah menjadi negara "PARIAH" di nasihat oleh oleh geng2 lebai untuk mendapat sesuap nasi untuk diberi makan anak/isteri, keluaraga,sahabat handai.

Allah maha kuasa,sekuat mana mahathir selama 22 tahun berkuasa di malaysia,akhirnya anaknya dipermainkan oleh umno sendiri...tiada apa yg kekal..Najib kemana kamu nak lari..mungkin kamu boleh hidup 10/20 thn lagi...tapi kemana kamu kesudahannya.Nak harap Hadi suruh kamu bertaubat nasuha,kalau kamu bertaubat,tentu geng2 lebai akan merasa bahang rasuah balak mereka pula.Kalau umno jadi baik,tentu sekali rasuah pas akan dibuka.
Oleh itu cara yg lebih baik,penasihat kamu,menasihatkan kamu bagaimana nak COVER RASUAH....WIN-WIN SITUATION,YOU SCRATCH MY BACK,I SCRATCH YOUR BACK.Cara nak COVER CUKUP SENANG,MAINKAN ISSUE ISRAEL/YAHUDI,dan ISSUE ORANG2 MELAYU....Dan wiripkan hari2 DAP JAHAT/YAHUDI,DAP ANTI ISLAM,DAP NAK HANCURKAN ORNG MELAYU...

SEKIAN...

dotprofile berkata...

Wakakaak perang saraf terssebut ternyata masih bergungsi dgn baik....lebai2 akan turut melatah dgn isu yahudi dn melayu kekkee taktik ampuh umno

Tanpa Nama berkata...

Nik amar dan nik abduh kata mahu perang besar dgn umno!!!
Mana perangnye??? Tak nampak pun..
Mu ni..temberang rakyat!!

Tanpa Nama berkata...

pernah umno tolong pas..? pernah sprm lepaskan orang pas..? sprm senyap sebab orang kuat umno yang terlibat...tanya annuar musa ... husam dah goncang pokok tu....beruk tu dok diam je...tak berani nak kata apa....!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kebenaran makin terserlah,bangkai gajah mana boleh sorok.lama kelamaan membusuk juga dihidu semua org.hari pembalasan hampir tiba,tgu dan lihat pembalasan dr yg maha kuasa.

Tanpa Nama berkata...

Tuan admin, saya agak was-was dengan artikel dari Malaysia Today tu. Sudah agak lama saya menjauhi dari membaca tulisan RPK. Saya dapati pendirian beliau tak konsisten dalam menentang korupsi. Some of his articles seem credible but at times more fairy tales than facts.

KERIS BERAYON berkata...

KUALA LUMPUR, Feb 2 ― Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is not one of the suspects in Switzerland’s criminal investigation on 1Malaysia Development Berhad (1MDB), the Swiss Attorney-General’s Office said.

Swiss Attorney-General Michael Lauber publicised Friday a request for Malaysia’s aid in his office’s probe on 1MDB that revealed suspected misappropriation of about US$4 billion (RM16.6 billion) from Malaysian state companies, as part of criminal proceedings that Switzerland opened last August against two former 1MDB officials and “persons unknown”.

“In the ongoing criminal proceeding of the OAG, Mr. Najib Razak is not one of the public officials under accusation,” Andre Marty, spokesman for the Office of the Attorney-General in Switzerland (OAG), told business publication Nikkei Asian Review.

Marty reportedly said in the Nikkei Asian Review report published yesterday that the term “persons unknown” in Swiss law referred to criminal proceedings where there was reasonable suspicion that an offence had been committed, but the accused was not known.

International newswire Reuters reported yesterday Singaporean authorities as saying that they have seized “a large number of” bank accounts, besides continuing to seek information from several financial institutions and interviewing various people, in an investigation on money laundering linked to 1MDB.

The state investment firm later said they have yet to be contacted by the Singaporean authorities.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/switzerland-says-najib-not-a-suspect-in-1mdb-probe#sthash.J3UdQhTE.dpuf

Maknanya....najib tak terbabit juga. Ada sesiapa kat sini yang boleh tampil dengan bukti kukuh seperti yg diperuntukkan dalam undang2 hudud?

KERIS BERAYON berkata...

Portal BBC melaporkan, derma tersebut diluluskan oleh Almarhum Raja Abdullah dan negara-negara seperti Jordan, Sudan, Mesir dan Maghribi juga dilaporkan menerima sumbangan dana dari keluarga DiRaja Arab Saudi. Apa yang dengki sangat tentang derma yang diperolehi oleh Najib Razak?

Adalah lebih baik, Tuan Ibrahim menumpukan usaha dan fokus kepada kutipan Tabung Memali yang tidak diketahui jumlahnya. Bahkan, ke mana wang itu disalurkan, perlu juga disiasat kerana penulis juga salah seorang penyumbangnya. Wang hasil derma rakyat, maka kembalikanlah hitam putih dokumentasi kepada rakyat, yang ingin tahu. Jika tidak tahu di mana harus beliau bermula, maka carilah insan bernama Cikgu Non, atau dikenali juga sebagai C.N. Afghani.

Selesai isu Tabung Memali, Tuan Ibrahim boleh pula melihat ke mana hilangnya deposit Kohilal, yang dalam bahasa Jawa dibilang juga sebagai “Kok Halal?”.  Penulis pasti, ramai juga ahli PAS yang mahu tahu misteri kehilangan yang telah lama menyelubungi mereka.

Selesai Kohilal, Tuan Ibrahim boleh mula mengadakan audit ke atas kutipan-kutipan derma yang dijalankan sepanjang siri ceramah PAS.

Bukankah sifatnya sama, iaitu derma. Jika Tuan Ibrahim Tuan Man berjaya menyelesaikan masalah-masalah pentadbiran partinya sendiri, maka barulah beliau punya kredibiliti untuk mempersoalkan derma yang parti lawan terima.

Bertaraf Timbalan Presiden PAS, tentunya kita harapkan beliau seharusnya lebih kritis dalam mengutarakan sebarang isu. Jauh bezanya jika hendak dibandingkan dengan Ustaz Nasharuddin pada suatu waktu dahulu.

Bikin malu.

Tanpa Nama berkata...

Betul ke Najib bukan suspen?
Bantu lah Singapura dan Switzerland untuk cari dari mana datangnya duit dan siapa orangnya yang uruskan duit tersebut? Jangan berdolak-dalih lagi.

Jika individu tersebut cuma ahli perniagaan dah lama selesai. Ini nama negara dah tercemar, hebat sangat ke orang itu sampai TPM tegur AG Switzerland buat kenyataan media.

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang sepatutnya jadi Ketua dalam pasukan Polis?

Yang berani kena tangkap kah atau yang cuma terima arahan?

Tangkap semata-mata sebab arahan bukan sebab ada bukti atau salah-laku yang menyalahi akta.

Polis tangkap Polis yang mengikut Undang-undang tidak boleh menyembunyikan sebarang maklumat mengenai perlakuan jenayah, akan menghilangkan integriti anggota Polis.

Tak kan KPN nak jawab macam kes Anwar apabila ada rakan-rakan berbisik tanya. Anwar pemimpin politik tak sama dengan Abdul Hamid Bador, yang pernah memegang jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia.