2 Feb 2016

Pak Syukur: 1 Lawan 1 Hanya Retorik Semata-mata

Perihal 1 lawan 1 di pilihan raya Oleh A Shukur Harun

Pelbagai pihak bercakap supaya pembangkang membulatkan kesepakatan – 1 lawan 1 dengan Umno/Barisan Nasional (BN) – dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Hanya dengan strategi 1 lawan 1 saja, menurut mereka, pakatan pembangkang akan dapat menewaskan parti yang memerintah sekarang.


Memang ini sangat logik. Tetapi ia mungkin menjadi retorik semata-mata, apabila keghairahan pemimpin sesebuah parti untuk bertanding melebihi segala-galanya, ditambah dengan keangkuhan, walaupun dengan bacaan politik yang salah dan didorong emosi yang mengalahkan semua pemikiran logik dan rasional.

Pengalaman Pakatan Rakyat dalam PRU dulu, iaitu walaupun sudah diputuskan bertanding 1 lawan 1 dengan Umno/BN, tetapi apa yang terjadi berlaku juga pertandingan 3 penjuru di beberapa kawasan Parlimen dan DUN, menyebabkan Umno/BN menang.

Kali ini harapan tinggi diletakkan kepada Pakatan Harapan, pakatan baharu pembangkang di mana secara positifnya kita melihat ada usaha serius untuk memantapkannya.

Dalam persetujuan para pemimpin gabungan pembangkang bulan lalu, 7 perkara digariskan menjadi piagam dan peraturan untuk Pakatan Harapan di mana diwajibkan semua komponannya – PKR, DAP dan Amanah – mematuhinya. Maka hasilnya ditetapkan 1 lawan 1 berdepan dengan Umno/BN.

Tetapi bagaimana jika ada parti politik di luar Pakatan Harapan dengan amat ghairah seboleh-bolehnya mahu bertanding juga dan ia tidak terikat dengan piagam Pakatan Harapan. Siapa yang boleh menghalangnya?


Inilah tanda tanya yang sangat besar, terutama melihat senario politik di Kelantan dan Selangor, malah mungkin di negeri lain.

Saya kira, di sini wajar diulang kembali piagam atau persetujuan yang dicapai pemimpin Pakatan Harapan tempoh hari supaya dapat direnung dan dikaji keberkesanannya.

Persetujuan itu ialah:

1. Keputusan bersama.

Mengikat semua parti berasaskan prinsip konsensus. Parti dibenarkan untuk membuat keputusan dan dasar sendiri, dengan syarat mereka selaras dengan dasar bersama.

Badan yang membuat keputusan utama ialah Majlis Presiden.

2. Pembinaan kesatuan politik.

Ahli dan pemimpin semua peringkat perlu menghormati kedudukan yang diguna pakai pihak lain. Setiap pihak mempunyai hak untuk membawa bantahan dan pertikaian kepada jawatankuasa dalaman bersama untuk penyelesaian.

3. Penyelesaian pertikaian.

Setiap ahli mempunyai hak untuk membuat aduan terhadap seorang lagi ahli parti lain. Aduan pertama perlu diperiksa parti masing-masing sebelum ia dibawa kepada Pakatan Harapan. Satu badan penantara dilantik Majlis Presiden bagi mengendali aduan.

4. Dasar bersama.

Dasar bersama boleh dibangunkan dan dikaji semula dari masa ke semasa mengikut keadaan dan perkembangan. Mereka mestilah dipandu Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama rasmi, hak agama lain dan kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera di Sabah dan Sarawak dan masyarakat etnik yang lain, Bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan sesuai dengan peranan Raja berpelembagaan di Malaysia.

5. Pilihan raya.

Hanya seorang calon mewakili Pakatan Harapan setiap kerusi dalam pilihan raya dalam mana-mana peringkat.

Jawatankuasa pilihan raya akan menjalankan rundingan kerusi untuk mana-mana pemilihan ketiga-tiga parti. Keputusan muktamad calon terletak pada Majlis Presiden.

6. Perjalanan kerajaan dan pembangkang.

Perdana menteri Pakatan Harapan dan menteri besar atau ketua menteri di peringkat negeri akan dipilih berdasarkan kata sepakat semua parti komponen dan selaras dengan peruntukan mengenai dasar bersama. Sebuah kerajaan di mana-mana peringkat adalah kerajaan Pakatan Harapan jika wakilnya membentuk majoriti mudah.

Semua kerajaan Pakatan Harapan di mana-mana peringkat perlu berpegang kepada prinsip pemisahan kuasa antara eksekutif, perundangan dan kehakiman.

7. Keabsahan pakatan.

Hanya Majlis Presiden boleh membuat keputusan dan membuat pengumuman mengenai status Pakatan Harapan sebagai gabungan politik. Parti komponen boleh sebulat suara menamatkan keahlian parti jika ia melanggar mana-mana peruntukan dalam perjanjian ini.

Persetujuan ini memang sangat releven dan perlu dipatuhi. Saya optimis, dengan piagam ini, Pakatan Harapan akan hadir dengan segala kemampuannya untuk menghadapi Umno/BN.

Malah, pimpinan Pakatan Harapan sendiri percaya hanya pakatan ini yang akan berdepan secara langsung dengan parti yang memerintah dalam PRU akan datang.

Pihak mana yang merasa berkemampuan menjadi "orang tengah" atau pengantara, menasihatkan parti lain di luar Pakatan Harapan supaya sepakat mengelak pertandingan 2 atau 3 penjuru.

Satu persoalan lagi, adakah pihak "orang tengah ini" mempunyai kuasa untuk "mengambil" beberapa kerusi parlimen dan Dun untuk "diserahkan" kepada parti yang di luar Pakatan Harapan untuk dipertandingkan.

Perjanjian 7 perkara yang dimeterai Pakatan Harapan ini nampaknya tidak memungkinkan hal ini berlaku. Dalam hal ini perlu dingat, Majlis Presiden juga tunduk kepada semangat piagam walaupun sangat dihajatkan – tetapi kita tunggu dan lihat dulu, terutamanya di Kelantan dan Selangor.

Dengan itu perkembangan politik menjelang PRU akan datang sangat menarik, kerana ia penuh dengan teka-teki, sangat sukar diramalkan.

ULASAN GB

Pak Syukur benar. Bagimana mungkin jika ada parti politik di luar Pakatan Harapan, khususnya PAS dengan amat ghairah seboleh-bolehnya mahu bertanding juga dan ia tidak terikat dengan piagam Pakatan Harapan. Siapa yang boleh menghalangnya?

Semua orang tahu bahawa yang akan menentang UMNO BN ialah Pakatan Harapan yang mengambil alih Pakatan Rakyat semasa PRU13 dahulu. Parri yang tidak ada di dalam Pakatan Harapan tidak perlu campurtangan malah tidak perlu bertanding sekalipun. Ia hanya pemecah belah undi diantara pertandingan BN dan PH.

PAS ingin bersendirian. Biarkan mereka. Biarkan mereka berjuangan di dalam gua. Parti itu tidak boleh bersama dan bekerjasama dengan parti apa pun. Mendabik dada menyatakan mereka pejuang Islam sedangkan tindakan dan tingkahlakunya tidak ubah seperti UMNO BN. Mencaci-maki, bertindak ala ISIS yang agresif seperti kes serangan Ust Miqdad Zakaria di Terengganu, malah mereka kini tidak berselindung lagi memainkan isu rasisma dengan mengutuk parti DAP dan mereka yang bersahabat dengan parti itu kononnya partim itu menentang hudud. Hairannya UMNO yang menentang hudud boleh pula mereka bersama, malah sedondon.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Parti sejarah itu akan terus menjadi sejarah dalam arus perjalanan politik Malaysia. Percayalah!

11 ulasan:

tanya sama itu hud hud berkata...

Senang cerita,
Nak jadi pemecah belah undi dan memenangkan umno adalah pas dibawah arahan hadi marang..
Noktah

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Barisan Nasional adalah parti pemerintah yang kini tersangat lemah kerana dilanda kememelut integriti dan kepimpinan. Namun begitu, BN hanya mampu dikalahkan oleh Pakatan Harapan hanya dengan strategi 1 lawan 1 saja. Strategi ini hanya indah pada teorinya sahaja, namun pada praktik adalah terlalu sukar kerana ada parti yang merasakan dirinya terlalu kuat mampu memenangi PRU 14 secara bersendirian. Pada melalui PRU 13, Pas memenangi banyak kerusi di Selangor bukan kerana sokongan padu pengundi terhadap parti Islam ini, tetapi kerana tahap kebenciaan rakyat terhadap BN adalah meluap-luap.

Pas adalah parti yang terlalu ghairah dan rakus tetapi kurang tenaga dan kurang strategi. Bacaan politik Pas telalu dangkal dan ditambah pula dengan emosi yang tamak dan haloba. Pas merasakan dengan berdoa sahaja, Allah akan memenangkan mereka. Mereka merasakan diri mereka bertaraf ulama, dan pasti doa mereka akan dimakbulkan Allah. Seluruh dunia Islam mendoakan Palestin, namun sehingga kini Israel tidak lagi terdaya untuk dikalahkan. Allah belum lagi mengizinkan kemenangan diperoleh dengan berdoa sahaja.

Pada PRU 14 nanti, Pas pasti mengulangi gelagat buruk PRU 13. Pas telah meletakkan calon walaupun dewan undangan tersebut telah dipersetujui ditandingi oleh rakan parti komponen. Pas pasti tidak akan belajar dari sejarah bagaimana pertindanan pertandingan tiga penjuru antara partinya, PKR yang akhirnya dimenangi Barisan Nasional. DUN Sungai Acheh, Kota Damansara, Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir sebagai bukti kukuh kebobrokan Pas. Semasa dalam Pakatan Rakyat Pas sanggup menodai janji, apatah lagi kini Pas tidak bersama Pakatan Harapan, yang pastinya pertandingan tiga penjuru tidak boleh dielakkan.

Seandainya Pakatan Harapan tidak berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14 nanti, pastinya semua jari akan menuding kepada Pas. Jika BN terus berkuasa, maka Pas harus dipertanggungjawabkan kerana menyebabkan penderitaan rakyat berlarutan dan berpanjangan. PRU 14 adalah medan demokrasi yang terbaik untuk menukarkan kerajaan melalui mekanisme pilihan raya. Jika BN tidak dapat ditewaskan maka Pakatan Harapan dan Pas sama-sama menggigit jari, malahan rakyat akan sengsara dan merana.

Tanpa Nama berkata...

pas sbg parti pengkhianat harapan rakyat akan cuba mengulangi sejarah pertandingan 3 penjuru. apa yg berlaku dlm pru lepas adalah ujian lapangan (field test) utk melihat sejauh mana kekuatan parti2 pembangkang. nyata terbukti pertandingan 3 penjuru akan memenangkan umno.

adalah tidak mustahil pas akan mengulangi perangai buruk mrk pd pru akan dtg. kebencian yg meluap2 thdp Amanah dan DAP akan dinyatakan dgn meletak calon2 mrk disemua kerusi2 Pakatan Harapan. umno rasanya tidak akan kedekut utk menaja calon2 pas dikerusi2 tsb.

segala usaha utk menerapkan nilai2 kebencian telahpun bermula dan akan menjadi bertambah buruk bila hampir pru.

Tanpa Nama berkata...

Pkr awat masih menagih harapan drp pas.sudah2 la kena khianat dgn pas...ny next pru kene khianat lg x serik2 ke. Rakyat pun serik mcmni xpasal imej pkr jd buruk sama dgn imej pas..blahla pas dan pkr, aku xkan undi...
PAN terbaek setakat ini

Tanpa Nama berkata...

PAS kena tukar presiden sebelum PRU-14. Calon ulama terbaik mungkin Tuan Ibrahim Tuan Man. Itu sahaja cara nak tumbang UMNO/BN. Hadi OUT!!

Abdul Said berkata...

Kalau PRU 14 boleh diibaratkan sebagai perarakan kenderaan berhias. Maka semua parti akan berusaha menghias kenderaan mereka dengan cara kreativiti mereka sendiri kecuali sebuah kenderaan iaitu kenderaan PAS. Kenderaan ini dibawa oleh seorang pemandu yang tak berapa sihat, memandu ikut suka hati dia dan yang malangnya kenderaan yang dipandu itu ialah lori bawa taik!!

Tanpa Nama berkata...

persoalannya, adakah kekalahan disebabkan pertandingan tiga penjuru dipersetujui ahli-ahli PAS.
Pimpinan PAS jangan menyangka bahawa ahli-ahli PAS dapat menerima alasan kekalahan parti kerana wala' kepada pimpinan.

Tanpa Nama berkata...

Samada tiga penjuru atau lima penjuru, keluarkan rakyat dari kesengsaraan.

Yang buat rakyat tersepit ialah PAS. Yang buat rakyat menderita sekian lama ia lah UMNO. Tak mungkin UMNO yang dipilih untuk menyelamatkan rakyat tetapi kerana PAS bersama UMNO, seolah-olah rakyat masih boleh diselamatkan oleh UMNO.

Sedangkan semua punca kehidupan rakyat menjadi susah seperti 1MDB, Tabung Haji dan campurtangan dalam pentadbiran di ketepikan oleh PAS.

Tanpa Nama berkata...

Yang nombor 6 yang jadi penghalang kepada PAS ..

Kata Sepakat ini boleh mengenepikan ulamak ... rasanya rakyat pun dah tak ada hati nak ber PMkan ulamak.

Tanpa Nama berkata...

Tak kira lah tiga penjuru ke lima penjuru ke... yang mana boleh keluarkan rakyat dari kesusahan sekarang akan jadi pilihan rakyat.

Yang buat rakyat tersepit ialah PAS. Mana mungkin rakyat terus bersama UMNO sebab puncanya masalah ialah dari UMNO. Tetapi bila PAS bersama UMNO seolah-olah UMNO tak buat jahat lagi.

Tak bergunanya punya parti. Lawan berpuluh-puluh tahun nak tumbangkan UMNO, kerana dua tiga orang punya pasal, PAS dah jadi kalut. Itu yang pru jadi teka-teki. Kejap tak nak menang, kejap nak bersendirian, kejap nak bergabung, kejap nak hudud, kejap tak nak...

Tanpa Nama berkata...

Perosak PAS ialah Hadi. Selagi Hadi di situ PAS akan ditolak rakyat. PAS kini bercelaru.... insaflah. PAS sudah tersasar dari tujuan politik sebelum ini semasa bersama PR.

Hanya 1 lawan 1 boleh menumbangkan mana parti pelesit..... masa masih ada. Harap orang PAS yang sedar tentang perkara ini ubah pendirian dan terus bersama dengan PH....

Jika tidak. Biarkan AMANAH bertanding semua kerusi yang PAS bertanding. Ini langkah yang baik. PAS - AMANAH - UMNO akan bergelut. Tengok siapa yang akan menang. Mungkin PAS dan AMANAH akan rugi undi. Umno akan menang. Jika rakyat mahu ubah selera mereka akan beri kemenangan kepeda AMANAH. PAS akan terkubur terus.

Jadi elok PAS ubah pendirian sekarang dan bergabung dengan PH. Ini jalan yang terbaik untuk PAS.