11 Feb 2016

Ahli Amanah Sertai PAS Semula? Salahuddin Nafi Kenyataan Takiyuddin

Ramai ahli PAS tunggu masa masuk AMANAH

PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) menolak dakwaan PAS kononnya ahli parti itu akan kembali menyertai PAS kerana tidak yakin dengan parti baharu tersebut.

Timbalan Presiden AMANAH, Salahudin Ayub berkata tidak ada tanda-tanda ahli AMANAH akan menyertai semula PAS, sebaliknya berlaku apabila semakin ramai ahli PAS yang menunggu masa untuk meninggalkan parti Islam itu.

Katanya, PAS semakin lari daripada perjuangan asal menyebabkan ahlinya lari dan menyertai AMANAH.



“Saya tidak nampak kita yang membuat AMANAH ini keliru (perjuangan parti) tetapi apa yang Datuk Takiyuddin Hassan perlu sedar ialah ramai lagi ahli PAS menunggu masa untuk masuk AMANAH.

“Jadi saya tidak teruja dengan ucapan Datuk Takiyuddin Hassan. Bukti PAS (tergugat) apabila mereka memperketat peraturan dan bakal mengenakan tindakan untuk menakutkan ahli. Sampai nak pergi dengar ceramah AMANAH pun tak boleh itu tandanya mereka terlalu bimbang keluarnya beramai-ramai ahli PAS menyertai AMANAH,” katanya kepada FMT.

Semalam, Takiyuddin mengesahkan kebanyakan ahli AMANAH akan pulang ke pangkuan PAS dalam tempoh enam bulan kerana keliru dengan perjuangan parti itu.

Dalam perkembangan lain, Salahuddin turut membidas tindakan pemimpin PAS yang masih memanggil AMANAH sebagai PAN.

“Memang agenda mereka (PAS) untuk mengelar kita PAN walaupun kita sudah mendaftar dengan ROS dengan nama AMANAH, kerana perkataan AMANAH itu merupakan satu perkataan yang agung sebab itu mereka tak suka panggil kita AMANAH.

“PAS sengaja berbuat demikian untuk menunjukkan mereka begitu ‘busuk hati’ terhadap AMANAH dan kepada kami yang keluar daripada PAS untuk menubuhkan AMANAH,” katanya. -FMT


Takiyuddin dakwa ahli AMANAH kembali sokong PAS

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata beliau mempunyai bukti ada anggota Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mengubah haluan menyokong perjuangan PAS.

Mengulas kenyataannya berhubung perkara itu baru-baru ini, Takiyuddin meminta kepimpinan AMANAH untuk menyiasat sendiri perkara itu kerana beliau tidak akan mendedahkan nama-nama individu yang terlibat.

"Saya sebut (ada anggota Amanah sertai PAS semula) itu sebab saya ada fakta. Mereka datang jumpa saya baru-baru ini. Ada beberapa orang. Kami berbincang dan berbual. Mereka telah salah faham dengan perjuangan Amanah.

"Walaupun berbeza pandangan parti politik dengan individu tersebut, namun kami boleh duduk semeja, berbual dan berbincang pelbagai perkara termasuk perjuangan kedua-dua parti.

"AMANAH perlu siasat sendiri siapa mereka. Saya tidak bertanggungjawab untuk mendedahkannya," katanya kepada Bernama hari ini.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu ketika ditemu ramah satu portal berkata beliau tidak mempunyai maklumat tersebut, manakala Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mencabar Takiyuddin mendedahkan nama-nama individu yang terlibat.

Takiyuddin ketika ditanya sama ada individu yang menemuinya itu perlu atau telah mengisi borang keahlian PAS semula, anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata perkara tersebut bergantung kepada status keanggotaan mereka.
-Bernama


ULASAN GB

PAS kini nampaknya begitu tertekan sehingga membuat kenyataan menyatakan "ada anggota AMANAH yang sertai PAS semula" sedangkan apa yang berlaku ialah disebaliknya: iaitu semakin ramai yang meninggalkan PAS dan menyertai AMANAH.

PAS dilhat sudah memutar jarum ke belakang, membawa falsafah perjuangan Dato Asri - "Islamic Nasionalisme". Bersama-samanya ialah apa yang dilakukan oleh UMNO seperti gejala politik samseng, memfitnah, memaki hamun, mengugut, mengancam dan mengenakan tindakan terhadap mereka yang bukan PAS di dalam kerajaan khususnya di negeri PAS berkuasa.


Yang keluar PAS menyertai AMANAH bukan calang-calang orang. Ada di antara mereka telah menyertai PAS berpuluh tahun, ada diantara mereka telah menyertai PAS sebvelum daripada Takuyiddin dan Presiden PAS sendiri. Mengapa mereka keluar? Kerana mereka sudah melihat PAS yang ada kini sudha tidak sama dengan PAS yang mereka perjuangkan selama ini. PAS sudah tidak ada roh Islamiah di dalamnya. Budaya singkir-menyingkir, budaya boo mengeboo, budaya ancaman dan ugutan - itu semua tidak pernah ada di dalam PAS sebelum ini.

Berbalik kepada isu ada ahli AMANAH yang sertai PAS, itu hanyalah dongeng Takiyuddin. Dahulu, digembargemburkan ada seornag dari Telok Mas, Syeikh Barakar namanya konuduh murtad. non beliau ahli AMANAH yang sertai PAS. Dibawanya Bakar ini ke hulur ke hilir, tetapi akhirnya Bakar tinggalkan PAS dan sertai AMANAH semula. Katanya "orang PAS menuduhnya murtad jika tinggalkan parti PAS".

"Itu dah tak betul. Jadi saya lihat PAS itu yang salah. Mudah sangat menuduh murtad," tambah Bakar lagi.

Perjuangan politik masakini ialah diantara BN dan Pakatan Harapan (PH). Samada sokong BN atau PH. Itu yang dilihat dan dirasai oleh rakyat. PAS dimana? Bersendirian? Nak menguasai parlimen dan Ke Putrajaya sendirian? Jika demikian, bertandinglah disemua kerusi parlimen dan DUN....

Justeru itu, usah dilayan sangat kenyataan orang-orang PAS ini. Kebanyakan mereka sudah hilang akal. Ayuh bersama AMANAh dan PH... Soal rezeki, itu di tangan Allah, bukan UMNO atau PAS yang menentukan. Usah gentar dengan ugutan dan ancaman sesungguhnya Allah itu sebaik-baik pemberi rezeki (Allahu kharul-razikiin).

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn Greenboc. Jangan layan kenyataan org PAS. Tumpu pd kerja yg banyak dihadapan. Bg jawapan ringkas je mcm Bang Mat, tak de maklumat tentang perkara tersebut. Tak perlu mengia atau nafi. Tak perlu sindir2 dsbgnya.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya apa yang sedang dan akan berlaku ialah ahli PAS dari akar umbi akan keluar beramai-ramai dari PAS dan akan sertai Amanah itu ialah hakikat sebab itulah juga pemimpin PAS hari ini mendakwa dengan pelbagai isue dan fitnah tapi bila Adun mereka memaki kostium dewa kuil cina mereka diam pula sebaliknya mencari dan membuat alasan supay ahli percaya cakapan mereka ,apa yang ahli seluruh negara dapat lihat ialah pemimpin PAS dibawah kepimpinan Hji Hadi terlalu bercelaru dan sewel memang betul PAS sekarang adalah parti Hj.Hadi deng cainya dan parti untuk orang pantai timur khusus untuk Kelantan dan Terangganu,kita lihat nanti Kelantan akan hilang tampuk pengurusan.

Tanpa Nama berkata...

Salahudin silap.ya mmg betul ramai ahli2 amanah masuk semula pas,bukan sikt tp byk.ramai sangat berminat semula masuk pas setelah melihat yb pas jadi dewa,bkn sikit oooo tp beribu2 silap gaya berjuta masuk pas balik.tp korang xnampak ahli ianya dlm kalangan jin. Haaaaa.br korang tau...beribu2 jin masuk pas semula ooo....xcaya tanye harun jin.kekekekeke

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakkan ulasan pemimpin PAS ni macam kenyataan dari akhbar Utusang Meloya - apa yang dilapurkan semuanya terbalik, jika YA daripada pemimpin PAS ni bermakna TIDAK lah pada kenyataannya. Benar2 PAS telah menggantikan UMNGOK - pimpinan lidah bercabang! Barisan peimpin yang ada mengeluarkan kenyataan ibarat menyenbunyikan sesuatu..

kopipanas berkata...

Jangan dilayan dah Pas UG ni....sudah megah berasa kuat selepas menjebon,memunafik dan melabel pengkhianat rakan2 jemaah sendiri...bila lahirnya Amanah dituduhnya lagi pengkhianat disuruhnya bertaubat...didoa dgn megahnya hanya kekal 2 bulan saja...nah sekarang sudah 5 bulan Amanah terus berkembang mendepani massa dgn cemerlang...dilagukan pula ahli Amanah akan kembali kpd Pas...kamu ini apa wahai pimpinan Pas...

Aku ini sesekali tidak akan kembali kpd Pas...

PRU NANTI...UNDI AKU BUKAN LAGI UNTUK PAS, TIDAK SAMA SEKALI UNTUK BN.
MAKA AMANAH WAJAR LETAKKAN CALON DI KERUSI YANG DIPERSETUJUI WALAU SEKALIPUN BERHADAPAN DGN PAS.

Tanpa Nama berkata...

Banyak statement PAS sejak ketiadaan TGNA mcm kartun Upin Ipin saja. Bodoh sangatkah ulamak2 dan kepimpinan PAS yg berbaki? Nampak sama taraf dgn Ahmad Maslan, Ismail Sabri dan Hasan Malek ja yg tinggal. Bodohnya berlapis2 pulak. Tak uvah mcm UMNO.

Patut la nak berUG pun.. sekufu rupanya..


Tanpa Nama berkata...

tahniah gb..

walaupun amanah tk perlu buang masa layan parti sakit jiwa tu tp perlu jg dijawab.

jwb dgn cepay... bola tanggung smash kuat2 segera kt dahi mereka tu.

sbb pengundi sikit sebnyak ada yg akn termakan. kita bkn nk berkat sj dlm perjuangan dgn redo apa musuh buat tp kita nk kemenangan didunia jg kerana dunia kita dipertanggnjwbkn utk mentadbir

akhirat Allah akn mentadbir

musuh kita bkn sj berbaju assobiyah tp sudah assobiyah bergincu islam. kita kena corengkn gincu itu biar nmpak wajah sebenar mereka yg huduh itu.

tambahan...

nama greenboc klu blh tukar g kpd o pun dh cntik

greenboc jadi orenboc... saja je

Tanpa Nama berkata...

Ya, jgn layan la kenyataan selekeh org2 Pas ni, abaikan jer. Fokus pada isu yg lebih bermanfaat.

Unknown berkata...

D.taki patut tak perlu bicara pasal parti amanah.kan ke amanah ni parti nyamuk aje dan jangka hayatnya sgt pendek spt kata tuan presiden.pas kan kuat bila bersendirian apa perlu layan org amanah nak masuk pas semula.

Tanpa Nama berkata...

Boleh tengok filem biruuuu..

Tanpa Nama berkata...

kenyataan yang menampakkan kegusaran

memujuk hati apabila lapangan semakin sepi

tinggal borang kosong belum diisi

nak cari siapa lagi kalau bukan kami

namun pada yang terus bermimpi

kami katakan bahawa kami tidak akan kembali

semoga korang terlingkup tertiarap sendiri

buatlah jalan dan haluan menuju mati


dari pendukung AMANAH
Parlimen Batu Pahat
kekal menyokong
ketika makan sop sitam
depan hsbc
dia pun dah menyampah dengan PAS

Tanpa Nama berkata...

Dah murtad boleh masuk PAS balik ke?
Keluar balik, murtad balik lah.

Jika benar, PAS sepatutunya jadikan tarikan supaya ramai lagi yang tinggalkan AMANAH. Kalau ikut seni politik lah...

Adakah cadangan PAS supaya budak-budak bawah umur dibenarkan jadi ahli PAS tidak mendapat sambutan??

Ancient mariner berkata...

HARAP PEMIMPIN AMANAH JANGAN KELUARKAN STATEMENT YANG MENYAKITKAN HATI PAS, JANGAN BUAT GELARAN APAPUN, JANGAN HIRAUKAN MEREKA. FOKUS PADA STRATEGI DAN PEGUKUHAN PARTI.
SATU HARI NANTI ORANG RAMAI AKAN DATANG SENDIRI MEMBERI SOKONGAN, PERCAYALAH. HIDUP AMANAH!!

Tanpa Nama berkata...

Alaaahh...

biasa lah tu org tukar parti...
bukannya benda pelik pun...
selalunya org2 yg tukar2 parti ni tak lebih drp 1% pun...
kekadang setakat beberapa org je drp beribu, berpuluh/beratus ribu...

bising nya aje yg lebih...
lumrah manusia suka kompang lebih...

Tanpa Nama berkata...

Bro, jgn kutuk org, takkan ko nk jmpa dia mintak maaf nnti. Kita fokus dgn agenda AMANAH. Tak perlu kutuk org dgn gelaran mcm2.

otaiblues.blogspot berkata...

ramai yg lari dan terus akan lari..antara sebab nya..dulu umno bn musuh utama...termasuk dalam amanat hj hadi..
kini ia telah bertukar..umno rakan utama pas setelah menolak pr yg kini bertukar jd musuh.
hj hadi pun dah jadi penasihat umno...
ape nak tunggu lagi.
pemimpin ps yg ada sekarang...cakap tak serupa bikin..
buat la kumpulan parti uztaz korang sendiri.beri la label yg buruk2 pada bekas ahli yg selama ini herjuang tanpa penat lelah.

Tanpa Nama berkata...

PAS dah kuat sekarang..x perlu bergabung dgn mana2 parti..mmg lah kuat..kuat membohong..menipu..mengampu..

Tanpa Nama berkata...

AKU OK JE KALAU PAS LAWAN AMANAH TAPI UMNO YG MENANG.
BIAR SELANGOR DITADBIR OLEH PKR DAN DAP SAHAJA. AMANAH MUNGKIN MENANG BEBERAPA KERUSI BOLEH MENJADI EXCO DAN SELANGOR DITADBIR OLEH PAKATAN HARAPAN.

MAKA JADILAH UMNO. PAS, MCA DAN MIC MENJADI PEMBANGKANG DI SELANGOR

PUNCA....PAS MENGARUT KERANA MENJEBON, MENTOLOL DAN MEMBARUA JEMAAH SENDIRI. INI TIDAK BOLEH DIMAAFKAN.

BANGUNLAH BERSAMA BARISAN KEPIMPINAN CAI

Tanpa Nama berkata...

Saya menjadi ahli Pas sudah 28 tahun, pernah memegang jawatan Setiausaha 2 Cawangan Pas, no ahli 22xxxx....tak sedikit pun rasa menyesal meninggalkan Pas. Bagi saya nak cari ketokohan pemimpin2 Pas sama macam bekas-bekas Presiden seperti Allahyarham Dr Burhannudin, Dato' Asri, Yusuf Rawa dan Dato' Fadil Noor nampaknya pada hari ini tak adalah lah. Cakap pasal kembali kepada Pas....minta maaflah, meluat tengok muka-muka yang ada dalam kepimpinan yang ada sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Yang ada dlm parti pas sekarang adalah org2 yg hilang walaupun belum lagi gila...jadi sesiapa yg baru masuk pas mestilah dari jenis penyakit gila.

Tanpa Nama berkata...

Buat semua teman2 dari PH...atau pun dari umno dan pas...terjemahkan kata2 yg sopan...saya mohon dan merayu pada tuan2 semua...beradaplah jika berkata2...kerna kata2 kita mencerminkan diri kita...malu la ckit...harus diingat dan berjaga2 dgn mahluk yg suka mengambil kesempatan...ada puak2 yg cuba nk memanaskan lagi antara PH dan pas...hati2...tiba2 terdetik dlm hati sebegini...ada yg cuba nk melagakan lg kita...lama2 kita boleh kenal siapa dia...

Tanpa Nama berkata...

Terbaiklah...semoga Amanah terus maju dan utuh!!!saya juga sebgai peniaga diparit raja akan terus menyokong amanah dan pakatan harapan...hidup PH!!!!