26 Jan 2016

Tabung Haji Goyang, Paras Rizabnya "Merah"...

Bank Negara beri amaran, paras rizab Tabung Haji negatif

Paras rizab Lembaga Tabung Haji negatif dan tidak akan dapat membayar 8.8 juta pencarum sebarang dividen tahun ini jika tidak mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz kepada lembaga itu baru-baru ini.

Dalam surat bertarikh 23 Disember yang dilihat The Malaysian Insider, Zeti memberitahu Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti.


Seksyen 22 Akta Tabung Haji menyatakan Lembaga Tabung Haji tidak boleh mengisytiharkan pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang daripada nilai kesemua obligasinya.

Dalam satu surat berasingan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada tarikh sama yang turut dilihat The Malaysian Insider, Zeti memberi amaran keadaan kewangan Tabung Haji boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan.

Zeti berkata, ini kerana Putrajaya menjamin sepenuhnya simpanan deposit di Lembaga Tabung Haji.

Beliau memberitahu Jamil disebabkan perkara ini, keberkesanan Lembaga Tabung Haji dalam membantu umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah haji mungkin terjejas.

Sementara itu, dalam suratnya kepada Azeez, Zeti berkata Lembaga Tabung Haji mungkin terpaksa melupuskan aset pelaburannya pada skala besar dan masa yang singkat untuk memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit.

Beliau berkata, ini akan mengurangkan nilai aset Tabung Haji, dan kestabilan sistem kewangan dan sistem ekonomi negara pada risiko yang lebih tinggi melalui "kesan penularan".

Ini kerana ia akan memberi kesan kerugian nilai pelaburan bagi institusi kewangan dan pelabur lain yang turut terdedah kepada aset terbabit; tekanan kecairan kepada institusi perbankan ekoran pengeluaran deposit Lembaga Tabung Haji dan kesan negatif terhadap sentimen para pelabur, katanya.


Zeti menyalahkan amalan Lembaga Tabung Haji kerana membayar dividen lebih daripada kemampuan kepada pendeposit sejak 2012.

"Amalan pengagihan dividen dan bonus tidak berhemat secara puratanya melebihi keuntungan semasa (purata sebanyak 107% bagi tempoh 2012-2014) menyebabkan paras rizab terkumpul Lembaga Tabung Haji yang sememangnya rendah untuk terus merosot, sehingga tidak mencukupi untuk menangani prestasi lemah portfolio ekuiti yang lemah pada 2015.

"Ini seterusnya menyebabkan rizab Lembaga Tabung Haji menjadi negatif
," kata Zeti dalam surat itu.

Menurut Zeti, satu lagi masalah ialah deposit Tabung Haji tertumpu di kalangan sebilangan kecil penyumbang – 5% pendeposit terbesar merangkumi kira-kira 75% jumlah keseluruhan pendeposit.

Zeti berkata, ini akan menyebabkan risiko pengeluaran deposit secara besar-besaran, sekiranya pendeposit hilang kepercayaan terhadap Tabung Haji.

Beliau mencadangkan Lembaga Tabung Haji agar segera merangka dasar rizab dan pelan pelaksanaan yang sudah diluluskan Lembaga Pengarah kepada Bank Negara pada 31 Mac 2016.

Selain itu, mencadangkan kepada Jamil untuk menambah bilangan ahli Lembaga Pengarah yang mempunyai pengalaman dan kepakaran luas dalam bidang kewangan.

Jamil tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen dan tidak menjawab kiriman teks daripada The Malaysian Insider.

Azeez memberitahu The Malaysian Insider beliau perlu menyemak dengan pejabat Lembaga Tabung Haji esok sama ada surat itu benar.

Tetapi beliau menegaskan Lembaga Tabung Haji tidak mempunyai masalah untuk membayar dividen tahun ini, dan pendeposit perlu menunggu selewat-lewatnya pada Mac untuk pengumuman.

Sementara dalam kenyataannya malam tadi, Lembaga Tabung Haji mengatakan mereka perlu memastikan semua proses audit awal dilaksanakan terlebih dahulu serta mendapat kelulusan dalaman sebelum mengumumkan dividen atau bonus kepada pendepositnya.

“Lembaga Tabung Haji meminta orang ramai tidak membuat spekulasi tarikh pengumuman bonus pendepositnya bagi 2015.”

Bahagian hal ehwal awam dan komunikasi korporat Lembaga Tabung Haji dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya berkata, pada kelazimannya bonus akan diumumkan kepada pendeposit pada suku pertama (Januari-Mac) tahun semasa.

Kenyataan itu menyebut Lembaga Tabung Haji pernah mengumumkan bonus pendeposit pada hujung Februari dan awal Mac sebelum ini.

Sementara itu, bahagian hal ehwal awam dan komunikasi korporat Lembaga Tabung Haji masih belum membalas e-mel The Malaysian Insider untuk mendapatkan pengesahan berkenaan kebenaran surat itu.

Bagaimanapun blog yang tidak diketahui pemiliknya memuat naik surat sama hari ini.

Penulis blog Syed Akbar Ali turut memuat naik semula surat itu.

Tahun lalu, Lembaga Tabung Haji mencetuskan kontroversi apabila membeli tanah 0.64 ha di Tun Razak Exchange (TRX) berharga RM188 juta daripada 1Malaysia Development (1MDB) untuk membangunkan sebuah menara kediaman.

Lembaga Tabung Haji membayar 43 kali ganda lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB daripada Putrajaya 5 tahun lalu.

Disebabkan tekanan orang ramai, Lembaga Tabung Haji pada Mei berikrar untuk menjual tanah itu akan tetapi sehingga kini, tidak ada apa-apa berita mengenainya. -TMI

ULASAN GB

Tanung Haji bermula dengan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji yang ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan beroperasi pada 30 September tahun 1963. Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja Yang Mulia Profesor Di Raja Ungku Aziz bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959.

Kini anak Ungku Aziz, Zeti Aziz yang merupakan Gabenor Bank Negara memberi amaran "paras rizab Lembaga Tabung Haji negatif dan tidak akan dapat membayar 8.8 juta pencarum sebarang dividen tahun ini jika tidak mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini."

Inilah akibatnya apabila kaduk naik junjung, apabila Abdul Azeez Abdul Rahim dilantiuk sebagai Pengerusi TH walaupun dipersoalkan banyak pihak tentang kkredibilitinya. Najib sengaja memekakkan telinganya terhadap kritikan-kritikan tersebut kerana baginya Aeez penting untuk diletakkan di TH supaya akur segala keputusan yang bakal dibuat oleh Lembaga Pengarah TH.

Kita telah mengingatkan mengenai sebuah hadith Rasulullah riwayat Bukhari yang menyentuh tentang amanah: "Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran."

Apakah Tabung Haji akan hancur binasa lantaran meletakkan orang yang tidak berkeahlian untuk mengemudinya berdasarkan hadith di atas?

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila setan berkuasa..

Anti Fitnah berkata...

Entahlah ...
Bila ...
Umat Islam di Malaysia akan sedar akan sabda Rasulullah ni. Bukan sahaja Tabung Haji akan musnah malahan negara akan musnah disebabkan yang dok mentadbir tu bukan ahlinya. Yang ada hanya ahli jilat juboq.
Lepas ni akan jadi Pak Pandirlah kita semua. Menang Sorak Kampong Tergadai.
Sifat asyik menyalahkan orang lain terutama orang bukan Melayu bukan caranya untuk cemerlangkan orang Melayu. Orang Islam Melayu mesti berubah daripada kebergantungannya pada pemimpin yang dok ada sekarang ni yang memang korup ... korup bukan sahaja dari segi kewangan malahan korup dalam segala-galanya iaitu tindakan, kelakuan, nilai, ...
Bila kita dah selalu dok ambil "makanan" tidak halal, hati kita jadi keras dan enggan berbuat baik malahan kita lihat kemungkaran itu sebagai satu kebaikan.
Hidup Malaysia. Hidup Melayu. Haramjadah sungguh laungan itu.

Tanpa Nama berkata...

Ada beranikah hj hadi dan ustaz haron "perli"(kira ni paling halus,klu nak suruh hantam..nnti di kata pula..kita ada ta'won)kerajaan dan nasihat pak jib dlm isu tabung haji!!

mustapa m said berkata...

Mungkin Najib dan Azeez tidak tahu tentang hadis itu. Menteri dan Penasihat2 Khas yg bertanggungjawb tentang hal2 agama Islam pun mungkin tidak pernah memperingatkan Najib dan para pemimpin UMNO yang lain tentang hadis tersebut. Para Mufti pun duk diam saja.

Kita tengok sejauh mana keberkesanan PAS menjadi Penasihat kpd Najib dn UMNO.

Unclenuar berkata...

Masyallah

Arnab Jingga berkata...

yg pelik berkenaan laporan diatas ialah nilai 75% simpanan datangnya dari jumlah 5% penyimpan.

buat apa sykt2 glc menyimpan duit dlm th? ini membuktikan bhw th buat duit dr rakyat yg pergi haji. kalau tak krn keuntungan besar, sykt2 glc takkan melabur dlm th dan ceo x dpt bonus rm300k.

pergi haji ini sudah jadi perniagaan. sudah dikomersialkan. matlamat murni utk membantu rakyat menunaikan fardhu agama sudah bertukar kpd membuat keuntungan dr penyimpan.

pergi haji ni kena GST juga ke?

Saadun Sulaiman berkata...

Tanpa Nama, Jangan lupa bahawa yang memberi kuasa kepada sepasang setan itu ada lah DAJJAL Yang bernama Mahathir Muhammad. Yang menyokong DAJJAL itu juga seorang DAJJAL. Bukan kah DAJJAL kedua ini yang bertungkus lumus hingga ke Singapura untuk menjatuh kan Mr. Clean. Walau pun di gelar Mr. Clean tetapi tak seCLEAN mana. Akhir nya DAJJAL kedua ini tergolek dog di sepak oleh Najibtuyya.

Itu sebagai mukadimah nya.
Sebenar nya di hari pertama si mamak yang tak berkelulusan dalam bidang ekonomi di lantik ke kerusi tersebut pehak pehak yang punyai autority sepatut nya menolak pelantikan beliau habis habisan. Ini tidak kerana ada yang bersuara stelah nasi menjadi bubur dan bubur itu pula sudah basi.

Mana pergi para ulamak yang kerap mengulas tetang "KEBATILAN" yang mengingat kan rakyat terbanyak agar melakukan penentang. Mungkin kebanyak para ulamak memiliki "IMAN YANG LEMAH KOT" kerana menentang di dalam hati sahaja. ALLAH tidak akan merobah nasib se seorang atau kaum kecuali mereka yang melakukan nya.

Aku nak lihat di PRU ke 14 nanti di tahap mana pemikiran orang melayu, Masih di takuk lama atau berubah.

Al-Ahmad Othman berkata...

Wahai Mufti/menteri Agama diMalaysia, apakah kamu tidak nampak kehancuran yg bakal/sedang terjadi/menimpa kepada Rakyat Malaysia?Kamu sengaja memekakkan telinga,membutakan mata kamu dari melihat kemungkaran berterusan yg dilakukan oleh PM Malaysia dan menteri Pak turut,dimana suara Presiden PAS? Sebelum ini begitu lantang bersuara menggelarkan mereka seperti "Anjing Menyalak Bukit"?Begitu lantang kamu melebel/menggelar mereka yg berbeza pandangan,apa ganjaran PM kepada kamu sehingga suara kamu tidak kedengaran langsung?Adakah kamu nak salahkan Cina DAP jugak?kamu didik ahli-ahli,taat-taat,istiqomah,tingkah laku kamu sebagai pemimpin Parti Islam langsung tidak boleh dijadikan Contoh.Adakah kamu semua sengaja menempah BALA dari Allah untuk Rakyat Malaysia?Kamu hanya pandai mencari salah bangsa lain tanpa melihat bangsa kamu sendiri.Mudah- mudahan Allah taala memberi kamu dan Parti kamu peluang&ruang untuk berubah.

Tanpa Nama berkata...

para peneroka mencarum

tanah felda sudah terawang2an, kini caruman TH pula dlm bahaya.

dn mereka diceruk2 kampung itulah yg sampai mati menyokong umnu.

apakah ini kifarah kerana tidak membuka pintu hati utk membuat perubahan kerana berakidah hanya umnu yg boleh beri mereka makan.

kesian pun ada.. padan muka pun ada.

selagi monggol berkuasa.. selagi itu kita dijajah menjadi bangla di negara sendiri

Tanpa Nama berkata...

Inilah bala...semua akan kena.bukan pemimpin negara n da geng je...bala akan mengenai semua org...yg sokong atau xsokong dia pun kena bala...bagi yg dah berjuang menentang kezaliman, tahniah...kerana kebatilan semakin tersingkap...sekarang, hanya rakyat yg perlu berubah...kalau kamu fikirkan masa depan generasi akan datang,anak cucu kamu, ubahlah dari sekrang...kalau kamu sekarang pun merasa susah dan semakin terhimpit,bagaimana anak cucu kita nanti...jgnlah melakukan apa2 kerosakan dan rasuah kerana rantaiannya amat panjang dan menjejaskan semuanya...undang2 yg dibina utk menjamin kesejahteraan...kalau seseorang berbuat kejahatan tetapi dikecualikan hukuman, undang2 tiada makna...berlakulah pelbagai ketirisan...

Tanpa Nama berkata...

Bila lantik org politik yg bodoh,ni la jadinya,berlagak mcm pandai realitinya masa sekolah menengah dulu pun cukup2 makan.Syor org politik diharamkan dlm mana2 GLC,tak kira parti cap apa pun!!!

Abdul Said berkata...

Saya mencadangkan semua anggota lembaga TH yang tidak ada kelulusan dalam bidang perakaunan, kewangan antarabangsa dan awam, undang-undang komersial, pengalaman 20 tahun lebih dalam kewangan atau perakaunan atau pun perundangan dalam syarikat-syarikat kewangan dan pelsaburan atau bank antarabangsa eloklah cepat berambus sebelum TH bankrap. Kalau setakat pengalaman politik setempat eloklah jadi pengerusi lembaga perusahan cokkodok atau pun perusahaan lintah ataupun cacing!! Biarlah harta orang ramai diurus oleh mereka yang layak, berpengalaman atau pun kalau dah bangang sangat tak kan tak ingat kepada legasi-legasi Almarhum Tun Dr Ismail atau pun Almarhum Tun Ismail Ali. Takkan pihak berwajib tidak tahu membezakan orang yang berintergriti dengan belukang!!!

Tanpa Nama berkata...

DAH BANYAK ORG YG BUKAN AHLI TELAH DILANTIK JADI MENTERI. SELAIN PENGERUSI TH, YG SATU MR.AHMAD MASLAN ALSO OTHER ONE YG BUKAN AHLI KALAU TAK DIA TAKKAN BUAT KENYATAAN YG BODOH SETIAP HARI.

mansor berkata...

badan2 yg bersifat kewangan harus diterajui oleh orang2 yg mempunyai kemahiran ttg kewangan...bukan yg suka wang...

Husmad Ahmad berkata...

Aku tak rela salah guna duit aku di tabung haji.

lelaki dicermin berkata...

Bila teringat dato azeez ni teringat zaman DRM.. tim menteri pelajaran lulusan ting 6..tim. menteri jaga universiti lubuk org cerdik pandai. Mungkin Betul ke yg aku dengar kecuh pasal perlantikan ketua pengarah lembaga TH dulu.. dia lulusan
tingkatan 6 je.kalau betul memang bala lah malaysia ni.. simpanan org melayu berbelion2 di ketuai oleh lulusan tingkatan 6... yg aku tgk org malayu kat malaysia tak kesah apa2 terjadi.terbalik tengelam di makan bumi kuala lumpur dan putrajaya org melayu tak kesah.. asalkan org melayu dpt makan nasi dgn ikan kering.kalau ikan kering takde pun org melayu tak kesah lagi.. masih boleh makan nasi,garam dan ulam.. sampai lah beras takde.. baru org melayu memberontak..jadi kita tunggu jelah beras dah abis nanti baru semua org melayu tersedar.. mcm skg ni demo TPPA.. sah2 pakcik2 dan makcik2 kat kampung2 dan felda.. ckp org berdemo org jahat.. menganggu keamanan. Itu lah bangsa ku yg di banggakan oleh HANG TUAH..sah2 kalau kita tanya apa itu TPPA.. jawapan mudah.. tak tahu pakcik..ckp org puteh...

rizal yusof berkata...

mana pegi prof tuan guru hj hadi awang? kata nak bagi nasihat....xkan masalah ni xblh settle kot?

Tanpa Nama berkata...

Jom kita main dan haji di bangunan TH
Tak dapat pergi haji dapat jugak naik haji

Tanpa Nama berkata...

Mari pakat2 kita semua keluarkan wang simpanan masing2

Tanpa Nama berkata...

Setiap tahun bila musim Haji keluar lah kenyataan yang beberapa negara lain ingin mencontohi TH dalam pengurusan jemaahnya. Sekarang yang bermasalah TH negara lain ok je.

Kalau nak lupuskan aset, lupus kan Azeez dulu.

Tengok cara dia berniaga tak hairan tahu-tahu nanti TH sewa bangunan dia sendiri yang telah dijual kepada taukeh cina.

Abdul Said berkata...

Tadi tengok facebook. Ada orang hantar cerita yang mengatakan bahawa melontar boleh dibuat dibangunan TH sebab kat sana ada ramai setan termasuk setan-setan yang bersongkok!!

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Jika semua pendeposit mengeluarkan semua simpanan mereka yang berjumlah RM54.358 bilion, Tabung Haji kekurangan RM351 juta. Memang tidak dapat dinafikan, setiap institusi kewangan yang lembaga pengarahnya dianggotai oleh orang-orang politik Umno, maka institusi-institusi tersebut mengalami masalah salah tadbir dan urus. Hakikat ini dapat dibuktikan dengan kegawatan yang dialami oleh Tabung Haji, KWSP, KWAP, dan paling trajis bankrupnya Bank Bumiputera. Harapkan pegar, pegar makan padi. Harapkan Melayu, pemimpin Melayulah yang menelungkupkan institusi-institusi kewangan Melayu. Berlainan pula dalam kes Tabung Haji, Pengerusinya Datok Abdul Azeez Abdul Rahim bukannya berdarah Melayu. Beliau berdarah 100% India yang dilihat sebagai Melayu oleh ahli-ahli Umno.

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah menghukum mereka yang salah guna kuasa semasa mereka dibumi ini dan di campakkan kedalam neraka pada hari kemudian kelak. Aamiin.

wan amero berkata...

Cuba pukul talipon superman,mana tahu kot dia boleh tulung advice.