31 Jan 2016

Isu Kedah: Mukhriz Jadi Mangsa Dalam Pertelagahan Najib-Mahathir

Pimpinan baharu Kedah layak digelar ‘kertas tandas’

KUALA LUMPUR: Cubaan pemimpin UMNO Kedah yang mahu menjatuhkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar disifatkan sebagai suatu gerakan mafia.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan menjatuhkan Mukhriz itu hanyalah sebagai usaha untuk menyelamatkan UMNO dan bukannya mengatasi masalah rakyat.


“Saya sangat kesal dan kecewa tentang apa yang berlaku, kerana alasan yang diberikan adalah Mukhriz gagal mengukuhkan UMNO,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Ketua Whip PAS itu menyatakan, rakyat Kedah secara umumnya tidak mempunyai masalah dengan pentadbiran Mukhriz sebaliknya tidak selesa dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

“Orang banyak masalah dengan Najib. Afdhalnya adalah kita menukar Perdana Menteri dan bukannya tukar Menteri Besar.

“Kelemahan Perdana Menteri lebih besar dari kelemahan Menteri Besar. Mengekalkan Mukhriz adalah lebih baik dalam keadaan sekarang,” tegasnya.

Selain itu, Mahfuz menyatakan jika Mahfuz berjaya disingkirkan, kerajaan yang bakal dipimpin kelak merupakan pimpinan dari ‘kertas tandas’.

“Tindakan menyingkirkan Menteri Besar itu tidak melalui proses demokratik. Jika berlaku perubahan nanti, saya akan anggap ia hanya boneka dan kerajaan kertas tandas,” katanya. -FMT


Kerajaan baru Kedah tiada moral politik

Kerajaan baharu yang akan dibentuk di Kedah tiada moral politik untuk mentadbir, kata ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menegaskan, akuan bersumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN daripada Umno yang dikumpulkan untuk dipersembahkan kepada Sultan dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi menunjukkan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Adun Kedah adalah tidak sah.

Hal ini kerana ia dilakukan selepas berlaku ‘kong kalikong’ dalam usaha rampasan kuasa.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Mahfuz berkata dakwaan itu dikuatkan lagi dengan pendedahan Adun Kota Seputeh Datuk Abu Hassan Sarif bahawa beliau diburu dan dipaksa menyokong kumpulan yang menolak Mukhriz.

“Kejadian tersebut mengesahkan lagi kenyataan saya sebelum ini bahawa Akuan Bersumpah Adun-adun Kedah adalah tidak sah kerana ia diberi tanpa niat untuk hilang kepercayaan kepada Mukhriz sebagai menteri besar.

“Kertas akuan bersumpah tersebut hanya setaraf kertas tandas kerana diperoleh secara tidak demokratik seperti yang didakwa oleh Adun Kota Seputeh,” kata beliau.

Rabu lalu Abu Hassan pada perhimpunan penyokong Mukhriz di Kampung Sanglang, Ayer Hitam menceritakan bahawa beliau lari dan hampir-hampir jatuh di laut kerana diburu dan dipaksa menyokong kumpulan yang menolak Mukhriz.

Mahfuz yang juga Yang Dipertua Pas Pokok Sena turut berkata, sebarang Akuan Bersumpah yang dibuat secara paksa adalah satu penghinaan kepada Sultan.

“Sebarang dokumen Akuan Bersumpah Adun Umno Kedah yang dipersembahkan ke bawah Duli Tuanku Sultan dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk menunjukkan yang Mukhriz tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Adun Kedah adalah suatu penghinaan kepada ke bawah Tuanku Sultan,” katanya.

Semalam Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata telah menyembah maklum beberapa cadangan kepada Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah berhubung krisis Menteri Besar negeri itu.

Bagaimanapun, Najib yang juga Perdana Menteri, tidak menyatakan cadangan tersebut dan memberitahu bahawa perkembangan selanjutnya mengenai perkara itu akan diumumkan nanti.

"Saya maklumkan pada MT (Majlis Tertinggi Umno) bahawa saya sudah menghadap Pengerusi Jemaah Diraja (di sini) pada pagi tadi, dan saya telah sembah maklum akan beberapa cadangan atas nama pihak Umno.

"Perkembangan selanjutnya akan dimaklumkan kemudian," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Kuala Lumpur.

Beliau diminta mengulas sama ada mesyuarat MT ada membincangkan mengenai kedudukan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Diminta mengulas mengenai laporan media berhubung tiga nama yang dikatakan telah dikemukakan bagi menggantikan Mukhriz, Najib berkata: "Nanti saya maklumkan, tiada penolakan (terhadap cadangan yang dikemukakannya), majlis itu berjalan dengan baik."

Najib berkata, beliau selaku presiden Umno, mengambil maklum dan memberi pertimbangan serius mengenai krisis kepimpinan di Kedah.

"Kita dengar adanya permasalahan, tapi ini diputuskan oleh ketua-ketua bahagian Umno, ada 14 ketua bahagian putuskan perkara ini.

"Jadi sebagai presiden, saya kena ambil maklum dan beri perhatian yang serius kepada pendirian ketua-ketua bahagian Umno ini," katanya.

Kedudukan Mukhriz menjadi teka-teki susulan pengumuman pada 20 Jan bahawa hampir keseluruhan pimpinan Umno Bahagian di Kedah hilang kepercayaan terhadap beliau selaku Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.
-malaysiadateline


ULASAN GB

1) Apa yang dilakukan Najib terhadap Mukhriz adalah semata-mata untuk menutup mulut Mahathir yang lantang mengkritiknya. Ini kerana sehari sebelum tercetusnya "kemelut Kedah", TDM telah membuat kenyataan untuk meneruskan usaha menjatuhkan Najib.

2) Politik Najib adalah politik gangster yang merbahaya. Beliau sanggup apa saja untuk survival politiknya. Apa yang berlaku di Kedah sebenarnya adalah perulangan terhadap kudata Perak 2009.

3) Stail Najib ialah menggunakan wang ringgit untuk terus berkuasa. Akhbar arus perdana yang sudah hampir nazak memang mengharapkan "bantuan kewangan" dari Najib untuk terus hidup. Prinsip Najib, "I help u, u help me" tegunapakai. Maka itu kini media arus perdana, kesemuanya menyokong dan membodek Najib.

4) Begitu juga dengan cybertrooper UMNO. Mererka adalah agen berbayar. Justeru tidak hairan di alam siber penuh sarat dengan mereka yang menyokong kepimpinan Najib.

5) Tapi kesemuanya terlupa bahawa hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. TERBARU: Switzerland dedah AS$4 bilion disalah guna syarikat kerajaan Malaysia dalam isu 1MDB. Mana mahu lari?

5 ulasan:

Awanama berkata...



Ini bukan pasal Ayah dengan anak. Tetapi pasal anak yang menyokong ayahnya. Si ayah akan lebih bersuara apabila anak nya di singkir se demikian rupa. Apabila anak yang bersetuju dengan ayahnya menampakkan ada yang tidak kena pada Najib sekiranya tidak di singkirkan.

Cukup si anak berdiri di belakang ayahnya apabila si ayah mengeluarkan kenyataan yang membidas Najib. Atau si anak berkecuali di dalam mesyuarat yang membuat keputusan mengenai ahli-ahli yang menentang Presiden.

Yang tak faham sangat ialah mengapa jemaah pemangku Sultan sendiri tidak minta DUN UMNO mengangkat sumpah atau membaca sumpah surat akuan tersebut ?

Sekarang bukan rakyat sahaja yang mesti berubah, Raja-Raja Melayu pun mesti berubah. Raja dan Rakyat mesti bersatu selamatkan Malaysia.

benartetapbenar berkata...

Perebutan kuasa dlm UMNO. RAKYAT jadi MANGSA

Awanama berkata...

Di mana-mana pun, tanggungjawab raja adalah melindungi rakyat bukan menjaga kepentingan indivudu-individu yang mahu mempertahankan kuasa dengan apa cara sekali pun. Rakyat yang mendaulatkan raja, justeru kepentingan rakyat wajib diutamakan.

Awanama berkata...

Hak umno bercelaru ni...biar depa teruskan....tuan gb....yg funny la ni...pas nak tanding 11 kusi prn swak nnt...nak lawan dap....hiiii...aku cabar mustofa tanding smua krusilah kat sana april nnt...al mustofa....din ayam...al zuhdi...al abduh...ingat tu...tanding smua kusilah.....

Awanama berkata...

Mukhriz boleh kena kan najib dengan sokongan rakyat kedah..sekarang sudah ada ketua cawangan yang menyatakan sokongan kepada mukhriz..bayangkan jika lebih ramai Ngo2 dan persatuan2 dikedah menyatakan sokongan dan mengantar memorandum kepada sultan kedah..pastinya sultan kedah akan mendahulukan kemahuan rakyatnya