15 Jan 2016

PAS Cuba Pujuk Salahuddin Kembali Ke Parti Itu Semula...

Salahuddin Ayub Adalah Sibghah PAS oleh Subky Latif

ADA penyokong PAS yang setia datang bertanya, betulkah PAS sedang memujuk Salahuddin Ayub yang lari daripada PAS supaya kembali semula kepada PAS?

Saya tidak tahu akan sesuatu. Yang saya tahu hanya membuat tafsiran dan analisis atas semua kemungkinan. Tafsiran dan analisis ada tepat ada tidak. Biasanya ia dibuat mengikut logik.



Orang yang bertanya itu berkata, dia dimaklumkan oleh orang kuat parti orang-orang PAS yang lari itu bahawa PAS sedang berusaha memecahkan parti itu dengan memujuk Salahuddin kembali kepada PAS.

Analisis saya ialah tiada banyak orang PAS pandai memujuk orang PAS yang keluar kembali kepadanya, bahkan menghalang jangan keluar pun kurang. Yang banyak dan pandai ialah memujuk orang PAS keluar daripada partinya. Yang saya paling tidak seronok ada yang suka orang yang keluar itu keluar kerana ia dikira sebagai pemutihan kepada PAS.

Yang saya hajati dalam mengatasi hal yang dihadapi PAS ialah jangan penyelesaian itu hingga mencicirkan barang seorang pun anggota PAS yang sejuta itu.

Apapun tentang Salahuddin itu ialah dia adalah seorang sibghah PAS. Kalimah sibghah dalam Quran itu diterjemahkan sebagai celupan atau sepuhan.

Kalau hendak diselamatkan dia bukanlah justeru disasarkan kepada mana-mana pihak tetapi orang yang dicelup PAS dari mula itu seelok-eloknya wajar diselamatkan.

Seelok saja dia baligh, tentunya sesudah berkhatan, gerakan Islam yang mula diketahuinya dan lekat padanya ialah PAS. Sengat PAS itulah yang menjalar pada nadi dan dalam darahnya.

Orang lain yang sebaya dengannya, justeru jamaah Islam selain PAS sudah mulai ada di sana sini, mereka sudah dihinggapi sibghah yang lain. Sebagai anak muda mereka dapat celupan daripada persatuan pelajar Islam atau belia Islam dan macam-macam NGO dakwah dan badan kebanjikan seperti Perkim dan lain-lain.

Setelah mereka keluar sekolah atau tidak aktif lagi dalam mana-mana badan, justeru cenderung kepada gerakan dan politik, ada yang menyertai parti-parti politik lain dulu antaranya ada yang tersesat dalam Umno. Sesudah dalam politik itu tidak kena dalam politik ini pun tidak kena, maka barulah atas sibghah-sibghah yang lain mereka dapat sibghah PAS.

Akan tetapi Salahuddin diketahui semua dari awal sudah sibghah PAS dan kalau PAS itu ada usrah dan tarbiyah, besar dan dewasanya adalah dengan usrah dan tarbiyah PAS. Dan dengan sibghah PAS itulah dia menyepuh pemuda-pemuda PAS dan lain-lain lapisan PAS dengan celupan yang sebati dengan darah dagingnya.

Yang dapat celupan daripada berbagai-bagai jamaah dan parti politik lain dulu jika antaranya lucut daripada celupan PAS apa boleh buat, tetapi jika Salahuddin terlondeh sama daripada sibghah PAS adalah suatu yang amat tdak patut. Jika yang sebati sibghahnya sepertinya lekang daripada sibghahnya, nescaya ada ruginya. PAS rugi dia pun dikira rugi juga. Kerugian itu nescaya mendatangkan sia-sia.

Sebelum semua jadi sia-sia eloklah Salahuddin diselamatkan supaya yang sibghah PAS dari mula kekal dalam sibghah PAS. Pada yang lain saya sayang juga, tapi Salahuddin adalah tersangat sayang. Tiada siapa boleh pujuk dia. Dialah yang boleh memujuk hatinya.

ULASAN GB

Ada dua yan GB ingin ulaskan, pertama tentang Subky yang menulis rencana di atas dan kedua tentang Salahuddin Ayub, figura yang menjadi tumpuan penulisannya kali ini. kedua-duanya GB kenal in person, walaupun seorang daripadanya mungkin sudah tak berapa cam lagi dengan GB kerana masing-masing kini sudah masuk di dalam kategori warga emas.

Dahulu, Subky, amat GB kagumi. Kagum dengan tulisannya. Kagum kerana keberaniannya. Kerana beliau satu-satunya pelupor "kewartawanan alternatif" waktu itu. Tidak ramai yang menulis dengan gaya pemikiran kritikal dan lateral. Bekas wartawan Utusan, Subky dan WATAN amat sinonim satu ketika. Sebelum WATAN. GB sentiasa mengikuti tulisan beliau di Suara Rakyat dan Suara Merdeka. Lain-lain penulis seperti Chamil Wariya dan Azran Abd Rahman telah hilang entah ke mana.

Pendekkan kisah, sewaktu PAS berpecah diantara golongan progresif dengan golongan ulamak, Subky mengambil pendirian menyokong golongan ulamak. Dan sejak itu tulisan-tulisannya mula memaparkan "Subky" yang sebenar. Baginya, golongan "ustadz" adalah golongan yang suci dan tidak berbuat salah walaupun beliau tidak pula mengulas mengenai Ustadz Ahmad Awang dan Ustadz Abdul Ghani Shamsuddin yang kedua-duanya kini menjawat dua jawatan teringgi di dalam Parti Amanah Negara sebagai Penasihat Umum.

Itu hak Subky, itu pendirian masing-masing. Dan Subky juga tidak berhak menghalang orang lain untuk mengambil pendirian terhadap mereka yang menyokong golongan progresif "yang telah dihalau keluar dari PAS" dan Subky adalah benar apabila beliau menyatakan Yang banyak dan pandai (dalam PAS) ialah memujuk orang PAS keluar daripada partinya. Yang saya paling tidak seronok ada yang suka orang yang keluar itu keluar kerana ia dikira sebagai pemutihan kepada PAS.

Bererti beliau sedar "fikrah" kumpulan yang disokongnya di dalam tulisan-tulisannya.

Cukup sekadar itu ulasna GB kerana yang penting Subky tahu siapa pendokong PAS kini - iaitu kumpulan orang yang suka "menghalau orang keluar dari jemaah (PAS) kerana itu adalah proses pemutihan PAS". Dan kita ucapkan terima kasih kepada Subky lantaran pengakuannya itu.

Tentang Salahuddin, beliau seorang pemimpin yang agak muda (dan handsome) berbanding dengan pemimpin-pemimpin AMANAH yang lain. Beliau mengenali GB in person dan beliau di dalam ucapan atau ceramahnya (seperti pimpinan "parti sejarah" yang lain-lain) akan menyebut nama GB jika beliau terperasan GB ada bersama-sama di dalam majlisnya. Mana mungkin melupai Salahuddin kerana Salahuddin adalah seorang yang suka membantu orang susah tanpa diketahui orang lain walaupun orang yang dibantu itu tidak pernah mengingati jasanya.

Salahuddin ditewaskan di dalam pemilihan muktamar PAS walaupun telah berkhidmat dan berjasa kepada parti sejarahnya sebagai Naib Presiden selama beberapa penggal, hanya semata-mata kerana nama beliau tidak tersenarai di dalam "cai".

Ada yang menuduh Salahuddin gagal menjadi Khalid Al-Walid yang "istiqamah walaupun tidak berjawatan". Tetapi mereka lupa, Khalid tidak pernah dihina dan dicaci maki oleh anggota jemaah sewaktu beliau diturunkan dari jawatan jenderal/komander tentera Islam oleh khalifah Umar Al-Khattab.

Berbeza dengan situasi PAS dimana sebelum, sewaktu dan selepas pemilihan, Salahuddin bersama-sama pimpinan yang yang progresif, dihina, dicaci maki malah dihalau keluar dari PAS.

Maka tindakan Salahuddin bersama pemimpin progresif yang lain-lain meninggalkan PAS adalah betul kerana mereka itu berjuang kerana Islam, menghormati "permintaan" orang yang menghalau mereka.

Kumpulan progresif tetap dengan perjuangan Islam, maka tertubuhlah AMANAH, dengan "sibghah" (pinjam istilah Subky) yang lebih tulus dan lebih murni. Walaupun dari kalangan PAS kini masih penuh dengan mereka yang mencaci-maki dan memfitnah, kumpulan progresif yang membentuk AMANAH terus "istiqamah" dengan "perjuangan Islam", sebagai golongan yang tidak takut dan tidak kisah dengan "celaan orang yang mencela".

"Perjuangan Islam" tidak semestinya melalui PAS semata-mata. PAS itu hanyalah "wasilah". Dan sebagai menutup ulasan ini GB lampirkan kata-kata Syeikh Al-Qardhawi dan Hassan Al-Bana terhadap mereka yang menyertai jemaah Islam yang lain:




Dan ini pula penjelasan dari Setiausaha Agong Kesatuan Ulamak Sedunia, Shaikh Ali Muhyiddin Al-Qardhagi yang disampaikan melalui Timbalan Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin



26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bayangkanlah kalau lebai-lebai PAS tu cerdik sedikit dgn memasukan nama seperti Salahuddin dan empat figura profesional yang lain dalam senarai chai mereka....mungkin AMANAH tidak akan muncul!

Tanpa Nama berkata...

'pemutihan' juga telah berlaku dipondok pengajian - ada tok guru yang dah'halau' mereka yang tak bersama PAS lagi

Tanpa Nama berkata...

Aku dengar khabar PAS telah hantar surat kpd PKR meminta YB Kamaruddin Jaafar tidak menyertai program kemana pergi 2.6B yg akan diadakan di Kg. Laut, Tumpat Kelantan. Apa ni PAS? Program tu bukan nak balun PAS. Ianya juga diadakan dlm Parlimen YB Kamaruddin, yg kamu dok sibuk2 nak sekat tak tentu pasal ni apa? Tak kan kamu nak control parti lain sampai begitu sekali, tak cukup lagikah dgn control ahli parti sendiri. Sedar sikit PAS bukan setakat pemimpin UBN malah ahli2 UBN dikampong2 pun dah dok senyum2 kambing dgn kebodohan berpolitik PAS.

asri adnan berkata...

Jangan kita bersama-sama dengan orang yang zalim biar pun siapa pun mereka.

Tanpa Nama berkata...

Kpda gb,sy dpt msg dr org pas,just nak info!

ARAHAN TERBARU UNTUK HIMPUNAN MEMBANTAH TPPA

Oleh kerana PAN juga mengarahkan ahlinya menghadiri Himpunan Membantah TPPA di Dataran Merdeka 23 Januari ini,Maka semua Ahli PAS dikerah dan DIWAJIBKAN hadir dengan memakai tshirt hijau FASTAQIM dan lilitan kepala berwarna hitam.

Ini untuk mengelakkan kehadiran ahli PAS dimanipulasi oleh puak PAN..

Sebarkan...!!!!

Tanpa Nama berkata...

Mcm kata seorang yb, mereka menghafal quran dan hadis tp bila nak apply mereka tak pandai!!!

Itu la sikap ostad2 pas!!

Tanpa Nama berkata...

Itu pandangan Pak Subky, tetapi agak mengecewakan kerana Pak Subky tidak mahu memahami dan menganalisis kenapa pentingnya Salahudin kepada Pas selain istilah 'sibghah' yang cuba digunakan. Wajar ditonjolkan pentingnya Salahudin dan perlihatkan betapa tidak bijaknya kalangan ulamak Pas yang berpolitik di sebalik topeng ulama yang mereka pakai.

Sekarang yang tidak sehaluan/ menolak Pas terus dihukum. Kawan yang dahulu ditatang, kini menjadi musuh yang tidak boleh berbaik sekali pun atas apa alasan. Sedangkan rakan yang lain bersama wadah baharu sentiasa terbuka menerima jalinan persahabatan.

Cukuplah apa yang melanda Pas sekarang memperlihatkan kegagalan pasukan pimpinan 'cai' dari presiden hingga ajk...majlis syura...pemuda dan muslimat dilihat kehilangan arah tuju. Sebaliknya beberapa 'pemuka' mengambil tempat membuat kenyataan yang amat mengharu birukan Pas sebagai organisasi islam.

Islam apakah yang mahu diketengahkan? Mengisytiharkan pihak lain sebagai musuh, tetapi dalam peluang lain boleh menerima musuh duduk bersama demi pangkat dan wang yang dinikmati.

Pas wajar disedarkan oleh ahli-ahlinya sendiri sama ada melakukan teguran secara terbuka atau berhijrah bersama-sama Amanah yang terus mendokong Islam sebagai Rahmat Sekalian Alam.

Tanpa Nama berkata...

1000% setuju dgn ulasan GB

Tanpa Nama berkata...

Ketika pas tidak berpecah begini, aku melihat figura figura tertentu sperti ulama sbg tunjang kekuatan PAS...ttp kini slpas berlaku perpecahan...aku tidak melihat semua itu...bagi aku pejuang yg hebat adalah yg bijak berhujah...bukan imej agama semata2...dr asri sebgai contoh golongan ulama mesti berfikiran luas dalam islam...dlm politik sahaja aku tidak setuju dgn pendekatan harun din...dlm ilmu islam aku menyanjung keilmuannya...kesimpulannya,ulama xblh buat kerja yg bukan kepakarannya...jadi, tidak salahlah anggapan aku bahawa xsokong pas bukan bermakna xsokong ulama...cuma urusan politik, serahkan pada pakarnya yg telah lama berpolitik...

Tanpa Nama berkata...

Rupa-rupanya dahulu pas kelihatan hebat kerana adanya golongan profesional. Kehadiran mereka (gol.pro) telah memberi gambaran bahawa parti pas ini kelihatan sangat relevan dengan permasalahan kehidupan /sosial rakyat. Namun bila mereka keluar ternyata golongan ostad ini terlalu bodoh dalam hal-hal spt ekonomi dan permasalahan rakyat. Sebagai contoh lihatlah klip ucapan nasarudin temerloh di dlm parlimen ketika cuba nak cakap pasal ekonomi ! Terseliuh-seliuh lidah hingga menjatuhkan maruahnya.

Abdul Said berkata...

Tuan-tuan kena bersabar. Kekalutan PAS dan kesawanan yang dihidapi oleh pemimpin-pemimpin mereka hanya akan reda selepas PRU akan datang. Sambil menunggu episod itu tuan-tuan tengok sajalah kerenah mereka yang tidak berapa waras itu. Sekarang akhbar harakah pun sudah ditadbir urus seperti akhbar-akhbar dan tv umno. PAS dan UMNO sudah sealiran walaupun ada beberapa orang ketua mereka cuba berlakun disebaliknya. Pihak Amanah kena teruskan usaha dan jangan layan sangat Pas dan sentiasa berhati-hati dijalanraya. Manalah tahu kalau ada seorang dua pemimpin PAS melintas tanpa amaran ketika tuan-tuan memandu. Walaupun tuan ikut peraturan jalanraya namun melanggar orang gila boleh membuatkan tuan-tuan didakwa!!

Tanpa Nama berkata...

Kain yang di celup cepat pudar warnanya dan lama-kelamaan warna jadi lusuh. Itu sebab ada yang tukar warna ke merah jambu!

Salahuddin bukan di celup tetapi jiwa, hati, akal... hingga ke urat-urat nadi nya di rendam hingga cukup tempuhnya.. Orang macam Salahuddin, tidak perlu di selamatkan. Dia tidak akan bertukar warna perjuangannya mengikut nama parti.

Dari awal lagi sepatutnya Subky dengan penulisannya memujuk pemimpin ulamak PAS dan tidak memihak 100% kepada pemimpin ulamak. Kerana kalau tidak semua ahli PAS tetapi hampir lebih dari separuh yang kagum dengan penulisan Subky.. Dan keputusan dan tindakan yang di buat PAS juga telah mempengaruhi oleh apa yang telah di tulis oleh Subky.

Jangan sehingga Subky jadi seperti Raja Petra sudah lah..

DinSerati berkata...

Hanya kalimah "Subhanallah" yang aku boleh ucapkan bila saudara aku Subky Latif menulis mengenai Salahuddin sebagai "sibghah" kepada PAS.
Mungkin juga Subky sudah terlalu berumur untuk menjejak liku-liku politik PAS semasa, terutama selepas ketiadaan TGNA.
"Sibghah PAS" yang dirujuk kepada Salahuddin bermaksud beliau merupakan pejuang dan aktivis parti hasil dari didikan PAS. Umur muda beliau dihabiskan dalam perjuangan PAS dan dibimbing sebagai kader parti oleh jenerasi terdahulu PAS sebagai pemimpin parti. Keikhlasan pada perjuangan parti dan daya tahan beliau meneruskan perjuangan telah membuktikan beliau mesti diikhtiar tetap bersama PAS.
Namun Subky masih mahu berkeras untuk mensabitkan bahawa AMANAH dipenuhi atau sarat dengan "sibghah" dan ikon PAS. Bahkan "sibghah-sibghah" PAS sebenarnya lebih banyak berada dalam AMANAH dan yang menyamar dalam "harum manis" berbanding dalam PAS sendiri.
Tertubuhnya AMANAH dan terkeluarnya para "sibghah" PAS dari parti telah menimbulkan rasa tidak puas hati ahli-ahli akar umbi dan penyokong-penyokong PAS.
Mereka mula merasa curiga dan ragu-ragu dengan kemampuan pimpinan baru parti. Tambahan pula gaya tunjuk percakapan dan penampilan pimpinan baru menampakkan mereka bukan lagi mahu meneruskan perjuangan PAS yang menjadi asas kepada mereka.
Mungkin pimpinan baru PAS boleh berbangga dengan istiqamahnya ahli-ahli parti kepada PAS. Namun pimpinan baru PAS lupa bahawa ahli PAS hanya memberi kesetiaan dan memberi memberi wala' yang tidak berbelah bahagi hanya kepada PAS dan perjuangannya. Wala' dan kesetiaan mereka tidak terikat dan bebas dari mana-mana manusia yang boleh merosakkan parti dan perjuangannya.
Ini bermakna mana-mana individu tidak mempunyai nilai kepada ahli-ahli dan penyokong PAS, apabila mereka melihat terdapat individu, sama ada pimpinan parti atau orang luar yang merosakkan masa depan perjuangan PAS.
Pertambahan penyertaan dan penyokong AMANAH, sebenarnya menzahirkan tiadanya ketenangan ahli dan penyokong PAS kepada pimpinan parti. Ini disebabkan AMANAH hanya akan diisi oleh mereka yang tidak puas hati kepada tindak tanduk kepimpinan baru PAS. Ini bermakna era dan hayat AMANAH akan berakhir dengan sendiri apabila pimpinan baru PAS berubah sikap atau ahli-ahli PAS sendiri bangun dengan penuh semangat untuk mengislah semula perjuangan parti.
Kita tidak boleh menjangka siapakah yang akan menjadi "Imam Mahadi" atau "Salahuddin al-Ayubi" untuk memulih semula semangat dan menyatu padu ahli-ahli PAS. Namun ahli-ahli PAS mesti bersedia untuk menganti "Tuan Guru Nik Aziz" sebagai seorang pemimpin yang "tegas dengan musuh parti dan amat berlembut dengan ahli-ahli parti".

Terima kasih Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Khalid Samad dan lain-lain bekas pimpinan PAS, kerana tidak mengambil kesempatan yang terhidang diketika pimpinan baru kami dalam kelemahan dan hanyut. Kami yakin inilah tanda cinta kasih sayang kamu masih lagi bersama PAS.

Saadun Sulaiman berkata...

Pada pandangan saya bahawa apa yang berlaku kini ada lah gara gara tidak mau berbincang dan terus menerima cadangan Mokhtar Al-Maunah. Kini walau pun sudah hampir tujuh bulan perkara itu berlaku tetapi kelihat PAS-cai masih tidak tenteram dan terus meroyan. Sepatut nya PAS-cai terus "BERSUKA RIA" tetapi mengapa jadi bergini?

Perkara sudah berlaku, tak kan nak U-Turn, betul tak?

Lain kali apa bila menerima satu satu usul, pertimbang kan dulu dari segenap aspek sebelum menyetujui nya. Dek kerana itu lihat lah apa yang berlaku kepada PAS=cai kini,terus meroyan dan kemungkinan kena "STROKE".

Buat saudara Salahuddin Atub saya harap saudara tidak melayan karenah PAS-cai ini. Terus kan lah perjuangan kamu bersama dengan AMANAH.

Tanpa Nama berkata...

Pas angkuh bongkak mulai merasai keperitan akibat kebodohan sendiri. Terimalah hukuman dr rakyat next pru nt.Allahuakbar

Tanpa Nama berkata...

mana surat yg ditulis oleh Syeikh Qardhawi berkenaan dgn pengharaman Amanah?

ada org kata Syeikh ada tulis pd dia...

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya yakin dengan wadah yang dipilih berjalanlah dengan yakin dalam perjuangan kerana Allah dengan berada di jalan yang diredhainya.

Zadir Rakib berkata...

Salam GB,
Sejak kami muda dan d univ, yg kami kenal PAS itu (selain tok guru) ialah abg mat, salahudin ayub, khalid samad, dr zul, husam dan mahfuz.
Kami tak kenal pun siapa tu zaharudin, sanusi, azli taliban, mokhtar senik, dll yg kini ajk pas.
Insya Allah kini dah bekerja dan kami bersama dgn PAS yg kami kenali wpun namanya bukan lagi PAS.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak silap saya, khabarnya selepas muktamar tahun lepas, Salehuddin, Mahfuz dan Taufek telah dilantik sebagai AJK yang dilantik (tambahan) Pas pusat, namun hanya Mahfuz sahaja yang memberi jawapan menolak lantikan tersebut demgan alasan. Difahamkan Salehudin dan Taufik tidak menjawab langsung surat lantikan tersebut. Habis nak pujuk apa lagi...tak kan pak2 lebai yang menang AJK Pas pusat tu tak ada aura untuk menarik sokongan masyarakat kepada Pas, mestilah yang menang pemilihan lebih baik dari yang kalah (di usir keluar). Tuduh pulak yang tubuhkan Amanah ni golongan yang kalah, habis Mazliman Aliman menang pun cabut...apa hal? Pas dah tak ada apa2 lagi daa....

Tanpa Nama berkata...

Sygnya subki baru tersedar ke? golongan hebat yg membentuk amanah kini lah yg membentuk pas suatu ketika dulu...gandingan hebat dgn ketokohan ulama2 hebat dlm pas...tp kini, musnah...ulama2 yg hebat sudah tiada lg...yg ada pun hanya nama..jiwa perjuangannya tiada seperti dulu...Tengoklah pas skrg...sunyi sepi perjuangan...setakat penyokong je ramai..Tp yakinlah, penyokong akan lari sedikit demu sedikit jika pas berterusan perlahan dlm gerak kerja...

Ahmad Khalil berkata...

Sy setuju 100% dgn tindakan menyemak tersebut sbb yg membaca pn tempias sama atas kemungkaran itu.....tq

Tanpa Nama berkata...

Salehuddin ayub.... Jgn masuk pas balik....nnt di perli oleh puak puak chai....malu....terus dgn amanah....perkuat dan perkasakan amanah.....pasti parti amanah akan jd lbh kuat lbh hebat..... Bla dh hebat bru ajak puak chai nie bertaubat.

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa subky ni baru tersedar ditipu oleh ularmak chai. Dulu dia ingat ulamak tak reti nk tipu. Dia ingat pas parti islam. Kalu baca perlembagaan nampok cantik jer. Mgkn lambat pickup. Takpe. Better late than never. Haha. Ulamak pun bila dapat kuasa dia pun akan diuji oleh allah samada ikhlas dgn perjuangan atau hubbu dunia. Nabi dan rasul pun diuji oleh allah. Wallahuaklam

Tanpa Nama berkata...

benar sekali. well said.

Tanpa Nama berkata...

Salam wth/
Hari ni sy faham kenapa puluhan tahun kami tunggang-terbalik bekerja untuk parti islam (PAS)tp x jugak menang2.Rupanya Allah menghalang Islam dimenangkan atas nama parti PAS. Bayangkan betapa akan jadi kiranya golongan PAS atas nama ISLAM/USTADz menjadi pemerintah dan menunjukkan belang masing-2. Adat kata ISLAM akan dipandang serong oleh masyarakat. Terima kasih AMANAH. Buat Sdr Timbalan, jadilah Solahuddin al-Ayubi II.. HIDUP RAKYAT..

01110610116...

Tanpa Nama berkata...

Kenanglah jasa2 pejuang islam yg sebenar...saya juga dilahirkan dlm jamaah islam iaitu pas...dari baby sampailah dewasa...bila mengenangkan apa yg berlaku dlm pas...cukup terkilan...ayah saya satu tika dulu org kuat dlm pas johor...calon tahun 80an dimuar johor yg popular...bayangkan saudara2 semua...pada saat itu dr hatta ramli yg naikkan bendera2 ditiang lampu2 jln...sedih melihat pas yg ada skrg...pada tahun 90an saya sudah pun berkerja sebagai petugas pas dimelaka...zaman itu..tiada lg poster plastik...semua guna tin biskut...bukan shj salahudin ayub seorg shj dari acuan pas...ramai lagi...cuma tak kedepan..lebih suka jadi perkerja dari memegang jawatan...sejarah pas sudah berubah...mungkin tak boleh dibaiki lagi...ayah saya dan seluruh ahli kluarga saya.adikberdik saya...semua ahli pas seumur hidup...termasuk ipar duai anak2 dan isteri...tp skrg..semua sudah berpindah ke amanah...maafkan saya dan seluruh ahli kluarga saya...Allah jadikan kita sempurna kerna kita mempunyai akal..tiada pada mahluk lain..jadi kawan2 semua...gunakanlah sebaik mungkin...semoga kalian dpt menyedari yg benar dan yg salah...