3 Jan 2016

Jangan Lama Sangat Jadi Harum Manis, Pesan Salahuddin

Ayuh bersama Amanah jika mahu tumbangkan UMNO-BN

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub menegaskan parti itu tidak bersendirian dalam perjuangan menumbangkan Umno-BN walaupun Amanah parti yang baharu ditubuhkan tetapi ia mampu menjadi kuat apabila berada dalam Pakatan Harapan.

“Amanah telah buktikan gelanggang kita free for all. Parti ini inklusif, progresif, sesiapa yang mahu berdepan dengan Umno-BN ayuh mari kita bersilat bertarung di gelanggang ini.


“Orang kata kita (Amanah) tak ada tokoh besar macam Anwar Ibrahim, Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh orang perkecilkan kita, kita terima. Tetapi kita ada pasukan terbaik dalam Pakatan Harapan untuk menumbangkan Umno BN,” ujarnya ketika berucap dalam majlis makan malam anjuran Amanah Kelantan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam.

Bekas naib presiden PAS itu juga sempat memperli ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar yang digelar “harum manis” iaitu masih berada dalam PAS tetapi seolah-olah menyokong Amanah.

“Seorang lagi rakan kita Datuk Mahfuz Omar. Sampai bila mahu jadi harum manis,” katanya.

Salahuddin turut mengenang kembali pesanan bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa bagi menumbangkan Umno, dua tongkat mereka perlu dipatahkan iaitu MCA dan MIC.

Beliau berkata, tongkat itu berjaya dipatahkan oleh DAP sewaktu dalam Pakatan Rakyat

“Hari ini sejujurnya kita sebagai orang perjuangan mesti mengakui DAP telah berjaya mematahkan tongkat MCA dan MIC.

"DAP tidak mampu melakukannya seorang diri tetapi berjaya apabila bertahaluf siayasi dalam Pakatan Rakyat.

“Tetapi bila Umno dalam kritikal ada pula orang datang bawa tangki oksigen,”
katanya merujuk kepada PAS yang ingin mengadakan kerjasama dengan Umno.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam ucapannya di majlis sama berkata, DAP akan menyaman seorang ahli politik yang mendakwa parti itu ditawarkan RM1.2 bilion sebagai pertukaran dengan sebuah pangkalan tentera laut Israel di Port Dickson.

Beliau tidak menamakan "pemimpin politik kanan" berkenaan tetapi berkata individu itu akan disaman kerana memfitnah.

"Menurut al-Quran, memfitnah adalah satu jenayah yang lebih buruk daripada membunuh. Saya menjangkakan peguam DAP akan memulakan prosiding undang-undang dalam satu atau dua hari lagi," katanya yang juga Ketua Parlimen DAP.


Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga berkata, pembohongan tersebut menunjukkan "budaya terdesak politik di negara ini".

Beberapa hari lalu, Pengarah Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki mendakwa DAP ditawarkan wang sebagai pertukaran dengan pangkalan tentera laut Israel.

Dakwaan itu timbul apabila Ketua Biro Ekonomi Perak DAP Chong Zhemin mengecam Kementerian Belia dan Sukan dalam kes atlet Israel yang dinafikan visa dan akhirnya tidak mengambil bahagian dalam acara sukan luncur antarabangsa di Langkawi.

Chong bagaimanapun kemudiannya menarik balik kenyataannya dan DAP mengatakan ia pandangan peribadi beliau sementara parti itu tetap dengan pendiriannya tidak menyokong Israel. -MD

ULASAN GB

Betul juga kata Salahuddin yang memperli rakannya Mahfuz Omar apabila secara berseloroh bertanya, sampai bila mahu jadi harum manis?

Kita jangan lama-lama jadi buah harum-manis, nanti buah itu akan menjadi busuk dan tidka boleh digunakan lagi.

Sekarang AMANAH sedang menyusun gerak kerja di segenap pelusok negara. Dilakukan dan disertai oleh mereka yang yakin dan percaya bahawa dengan Pakatan Harapan kita bakal akan dapat menumbangkan kerajaan UMNO BN. Yang harum manis semacam tunggu, tengok dan lihat. Kata mereka, jasad bersama PAS, tapi hati bersama AMANAH.

Menjadi harum manis ada tempohnya. Tidak boleh terlalu. Sebab perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan memerlukan insan yang tegas dan bergerak pantas. Jika tidak kebatilan dan kezaliman akan terus bermaharajalela. Dan salah siapa jika berlaku demikian?

Justeru itu, tinggalkan segera kapal yang dah nak karam. Jom bersama di dalam kapal baharu bernama AMANAH dan Pakatan Harapan. Kita tak tahu bilakah ribut dan gelombang besar akan tiba.... kudrat dan iradat Ilahi tidak boleh terduga...

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pelan-pelan bro. Tetapi oklah tu. InsyaAllah.
GO AMANAH GO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

by smart

Tanpa Nama berkata...


Walaupun Mahfuz buat kenyataan membidas UMNO, pemimpin PAS tidak boleh buat apa-apa. Tetapi nampaknya seperti Mahfuz berseorangan tidak sepertimana Husam yang melibatkan pihak lain terutama ahli-ahli PAS yang menyokong nya.

Ramai yang mengharap Mahfuz bersama AMANAH dan penantian yang terlalu lama membuatkan orang menjadi jemu.

Harap Mahfuz akan tunjukkan muka menghadiri majlis solat hajat yang di anjurkan oleh Husam.

myazzam berkata...

Ayuh AMANAH...insyaallah pru yg akan dtg nanti undi ini utk kamu....

Unknown berkata...

Salam:

Saya ingin lontarkan beberapa "hidden issue",yg ramai majority tak perasan!!!

Kenapa Najib "BERIYA-IYA" adakan "MKN"Majlis Keselamatan Negara" di mana kuasa terletak 100% di bawahnya.BYPASS Raja-raja dan yg dipertuan agong.Bukankah bapanya Tun Razak berbuat demikian.Ianya merupakan persediaan awal jika tewasnya PR14 nanti.Bapanya built up case bangsa melayu awal 1960'an lagi.Bila tewas PR 1969,kekacauan kaum berlaku.Malang sekali ketika itu internet tiada.Ingat Najib sudah menukarkan "PEGUAM NEGARA" berpehak disebelahnya.

Ada dua options, Jika SPR tidak dapat menolongnya semsa PR14 nanti:
Najib sudah menyediakan kes-kes itu seperti bapanya.Pertama Issue perkauman sudahpun dibina,baju merah diketuai oleh Jamal pak tongkol dan ahli tinju.Testing ground sudahpun dibuat semasa himpunan baju mereh dulu.Ingat issue di low yat dan di petaling street mereka akan memulakan kekacauan.."HIT and RUN".Mereka cuma nak provoke bangsa cina,jika mereka melawan,"Najib akan beri "greenlight".

Jika option pertama gagal,Yahudi/israel akan digunakan.Disini PAS dan para-para fanatik Hadi digunakan semahu-mahunya.Seperti mahathir gunakan dimemali utk jatuhkan musa hitam.Bayangkan Zuhdi dgn sewenang-wenangnya menuduh DAP beri bantuan israel dan support israel,bukankah ideanya untuk menarik fanatik Hadi untuk "BERJIHAD".Walaupun dibawa mahkamah,"PEGUAM NEGARA" semua hakim2 Najib yg pegang.Issue ini akan dibina sehingga PR14 nanti.Ia akan dibiarkan "SENSASI" oleh media perdana "electronic" dan cetak akan memainkan issue ini.

Apa yg perlu PH buat, kesemua komponen PH kena bersatu hati,tumpukan issue2 seprti "Buku JINGGA" sahaja.Jika ada masaalah perkauman cepat-cepat bertindak.Jika ada issue Israel/agama jangan dibenarkan individu membuat statement,Alhamdulillah issue DAPSY Taiping cepat di selesaikan.Kempen-kempen ahli dan rakyat diperluaskan.
Bila berkempen PR14 nanti cuba hindarkan caci-mencaci,hina-menghina hanya tumpukan "TAWARAN PH" Sahaja.Dipercayai "PROVOKASI-PROVOKASI Ganas" iras-iras 13mei akan dilakukkan.semua kena bersatu.Diingat kan tiada individu-individu komponen PH nak tunjuk "HEBAT" melakukan "BERSENDIRIAN" walaupun apa-apa issue.

NAJIB tak boleh ambil "RISK" Kekalahanya PR14 NANTI,Risiko kehidupanya dan keluarganya.Tak macam pemimpin2 lain kalau kalah pilihanraya.Tiada risiko masuk penjara atau hukuman tali gantung. dIA UMPAMA ORANG YG "kelemasan" dan sanggup bergayut pada apa sahaja yg terlintas di depannya.

Sebagai orang2 islam kita mesti berdoa,dan meminta pada Allah agar melembutkan Hati Najib dan sekutunya Hadi.Agar Allah memelihara "Malaysia"neagara tercinta ini.

"WALLAH'UALAM.

Tanpa Nama berkata...

Hidup Amanah..Tumbangkan rejim zalim Benyamin Netanyahu = BN =Babi Negara.Sokong DAP saman Zuhdi Gendut padan muka ko baru ada jawatan mulut kerap cirit birit biar bertemu buku dengan ruas.

Tanpa Nama berkata...

WHAT WE WAITING FOR. TAKKAN NAK STAY KAT KAPAL YG DAH NAK KARAM (UMNO) ATAU STAY KAT PERAHU (PAS) FOR SURE AKN TENGGALAM APABILA OMBAK TINGGI MELANDA? KAN BODOH NAMANYA, KALAU MENGHARUNGI LAUTAN YG LUAS KITA GUNA PERAHU UTK BELAYAR DAN KALAU BLH PUN MAMPU U NAK HARUNGGI OMBAK YG BESAR BERSEORANGAN?. SO FIKIRKANLAH.

Tanpa Nama berkata...

Tracking wan rosli aka An Anonymous.. musang berbulu ayam tu lama tak singgah nampak..

Tanpa Nama berkata...

Biar LKS saman si Zuhdi ni.. kalau kalah gugur jawatan kat UM .. baru dia tahu langit tinggi ke rendah..

Saman biar praktikal .. asal menang dan pastikan dia terkeluar dari UM.. bila dia keluar baru kita tahu kiblat dia...masa tu nanti kalau UMNO tolong dia maka tahulah kita dia adalah hantu raya belaan UMNO dlm PAS

Tanpa Nama berkata...

Ada lagi...saya wan rosli...najib n hadi takkan kalah punya....x percaya...tgk hr tu kome buat himpunan bantah tol ke apa d sg besi....x ramei pun...mana 50k org amanah...mana geng pkr..mana geng dap...ohhhh...tgh bercuti kan....hihihu...

wan rosli@anonymous...hihihihibibjbjbjhi

Rusli Rashid berkata...

Takut lama-lama ranum lebih jadi busuk