4 Jan 2016

Isu Nik Omar: Tidak Menjadi Hal Untuk AMANAH

Amanah: Ambo tidak terlibat, kata Nik Omar

KOTA BHARU - Nik Omar Nik Abdul Aziz menafikan penyertaan beliau dalam‎ Parti Amanah Negara (Amanah) seperti mana yang dilaporkan portal berita.

Anak kedua bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun tidak‎ menolak kewujudan kepelbagaian parti, termasuk kehadiran parti Amanah dalam sistem politik tanah air.

Menurutnya, beliau lebih suka kepada gagasan penyatuan ummah dengan masing-masing membawa pendekatan meraikan satu sama lain.


“Ambo (saya) tidak terlibat, ambo bawa pandangan masing-masing, kena terima kewujudan dan menghormati satu sama lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam majlis makan malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya semalam, Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan Nordin Hussin‎ mengumumkan Nik Omar dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan.

Ditanya kenyataan itu bermaksud beliau menolak perlantikkan itu, Nik Omar yang juga Pengetua Mahaad Tahfiz Darul Annuar di Pulau Melaka‎ berkata, beliau sama sekali tidak terlibat.

Dalam masa yang sama, Nik Omar turut enggan mengulas ketika ditanya dakwaan mengatakan beliau telah menyertai parti itu dengan menggunakan nama samaran.

Nik Omar sebelum ini seringkali dikaitkan dengan Amanah setelah beberapa kali hadir dalam majlis anjuran parti serpihan Pas itu‎ beberapa bulan lalu.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.

ULASAN GB

Gegak gempita sekejap alam siber dengan isu Nik Omar sertai AMANAH.

Ia gara-gara dengan pengumuman MC majlis makan malam Amanah kelantan di Petaling Jaya yang mengumumkan Nik Omar dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan.

Nik Omar (samada telah atau belum sertai AMANAH) seperti biasa, memberi pandangannya bahawa beliau "tidak‎ menolak kewujudan kepelbagaian parti, termasuk kehadiran parti Amanah dalam sistem politik tanah air."

Beliau tidak mahu megguriskan hati ibunya, kerana sudah pasti pengumuman Nik Omar menyertai AMANAH akan menyebabkan ibunya akan diganggu oleh mereka-mereka yang tidak senang dengan perkembangan itu.

Terdapat sebilangan besar pimpinan dan ahli PAS yang "hilang akal" dan bertindak agresif samada melalui tindakan, ucapan atau tulisan sejak penubuhan AMANAH.

Banyak laporan sebelum ini apabila terdapat kaum keluarga "orang-orang penting" PAS menyertai AMANAH, mereka akan diganggu oleh mereka yang "tidak siuman" seperti apa yang menimpa ke atas anak saudara Presiden PAS iaitu Miqdad Zakaria. Ada seorang anak pemimpin PAS yang dilaporkan tidak siuman telah menyerang dan memaki hamun keluarga Miqdad.

Justeru itu untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku, Nik Omar tidak mengisytiharkan dirinya menyertai AMANAH secara terbuka.

Kenyataan Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub yang sebelum ini mengesahkan penyertaan Nik Omar ke dalam AMANAH seperti yang dilaporkan oleh portal MSTAR sebelum ini menjawab segala-galanya. Sudah tentulah sebagai Timbalan presiden parti, beliau mempunyai akses daftar keahlian AMANAH dan beliau tahu samada benar atau tidak nama Nik Omar ada tersenarai di dalam pendaftaran. Salahuddin tidak berbohong. Beliau bercakap di atas dasar fakta yang beliau ada.

Menjadi hak Nik Omar untuk tidak berterus-terang. Kerana ada hal yang perlu dipertimbangkan, seperti yang kita sebut di atas iaitu menjaga keselamatan dan ketenteraman ibunya.

Yang jelas, Nik Omar dilaporkan ada menyertai beberapa program AMANAH di Kelantan. Dan yang jelas juga Nik Omar tidak menyertai mana-mana program PAS di negeri itu.

Walau apapun, AMANAH tidak bergantung kepada satu-dua figur semata-mata. AMANAH adalah sebuah jemaah. Walaupun baru ditubuhkan 3-4 bulan, sambutan terhadap AMANAH cukup menggalakan. Biarlah Nik Omar tidak mengisytiharkan dirinya menyertai AMANAH. Namun kebenaran itu tetap kebenaran. Tiada kebatilan boleh menutup kebenaran.

AMANAH kini bergerak pantas dan laju - kita tidak lagi mampu melayan karenah-karenah yang melecehkan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Biarlah PAS bersama UMNO memperlekehkan AMANAH dengan isu Nik Omar ini. Ia tidak sekali-kali menjadi kudis kepada AMANAH sedikit pun.

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana pun; Go AMANAH Go!!!!!!!!!!!!!!!!
InsyaAllah

by smart

Tanpa Nama berkata...

Belum pasti samada Nik Omar benar2 telah menganggotai AMANAH atau tidak. Cuma kerana kita seperti mahu dilihat hebat dan diterima maka diumumkan perkara yg belum pasti ini. Adakalanya kita mmg telah diperangkap dan org disekeliling pun tahu seperti kes ZACK di changkat jering baru2 ini. Pun ada juga ketikanya kita nmpk kurang bijak dan berminat utk diperangkap. Dalam isu Nik Omar ini, saya kira Hanya kerana beliau adalah salah seorg anak TGNA dan kebetulan pula seperti menentang Nik Abduh, kita tanpa sedar (atau sedar sebenarnya) seperti mahu menjadikan isu ini satu perkara besar yg wajib dihebohkan sedangkan tuan empunya tubuh ntah suka ntahkan tidak. Hasilnya, dgn nada sinikal, umum menganggap kita mencipta cerita. Satu perkara yg perlu semua akui, AMANAH memang telah secara semulajadi berpemimpinkan pemain2 politik yg cukup matang dan telahpun kerapkali diuji. Watak2 inilah dahulunya menjadikan PAS diterima semua kaum. Nilai mereka masih begitu walaupun berbeza wadah. Penerimaan rakyat terhadap AMANAH saya yakin bertambah baik dan jgn lah direncatkan dgn kes2 penyertaan samar2 atau kelabu seperti ini kerana kesannya ialah kita akan menjadi punching bag dan bahan ketawa yg mana jika terlalu kerap berlaku akan pasti menjadi kudis.

Tanpa Nama berkata...

Diharapkan AMANAH membuka keahlian kepada bangsa & penganut agama lain yg berminat untuk jd ahli. Ramai yg berminat nih.... kita gempur BN habis habisan.

Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt sgt dgn anon 2.48 ptg. Kita kena lebih cermat dlm bab nk heboh keanggotaan seseorg, biarlah confirm masuk Baru kira masuk. Jgn kira borang losing lagi nnti x jadi bagi imprk negatif kat parti.

Anon 3.07, amanah dah buka keahlian of bukan Islam ramai dah jadi ahli.

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat. Jgn kita jadi punching bag dgn perkara yg samar-samar.

Tanpa Nama berkata...


Biar lah hanya mereka yang rapat sahaja yang tahu cerita sebenarnya mengapa Nik Omar berbuat demikian.

Tetapi jika Nik Omar menafikan penyertaan nya dalam AMANAH, mengapa dalam PAS nama anak TGNA ini tenggelam ? Atau adakah Nik Omar langsung tidak mahu terlibat dengan mana-mana parti ?

Hj Hadi dan pemimpin PAS pun berdolak-dalih dan akhirnya PAS dan UMNO berkerjasama juga. Tidak mustahil perkara sama terjadi pada Nik Omar.

Bukan sahaja mereka yang rapat sahaja yang tahu tetapi sebenarnya beberapa pemimpin PAS sendiri tahu samada Nik Omar bersama AMANAH atau tidak?

Orang yang berakal akan mempertimbangkan mengapa pemimpin AMANAH membuat kenyataan secara terbuka? Adakah dengan berbuat begini menguntungkan AMANAH ?

AMANAH parti yang baru di tubuhkan. Penyertaan Nik Abduh dalam PAS tidak menambah apa-apa. Tetapi penyertaan Nik Omar dalam AMANAH boleh dikatakan sangat penting kerana dia (Nik Omar) wajib meneruskan perjuangan ayahnya.

Kepada Allah kita kembalikan.



Unknown berkata...

Kadang-kadang, strategi perang saraf, saiko, yang terlalu over-over sangat.. pun..tidak elok. Umpama, kita sayang pada anak yang bijak sahaja. Anak-anak yang kurang pandai, kita tidak berikan perhatian sangat.

AMANAH terus maju ke hadaPAN...

Tanpa Nama berkata...

Katakanlah masa terdekat ini Nik Omar mengumumkan penyertaannya kedlm AMANAH, Alhamdulillah, kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan, tetapi katakan pula beliau tetap meletakkan dirinya DLM safe zone kerana sbb2 tertentu, adakah secara politik ia menguntungkan AMANAH? Maaf, saya hanya skeptikal dgn apa yg berlaku - diumumkan dlm majlis Pakatan Harapan, dinafikan oleh tuan punya diri. Apa sekali pun, jika situasi semasa diambilkira, dgn tukang2 spin (kini dr BN dan PAS) yg seperti diberikan peluru oleh kita sendiri, maka, suka atau tidak,kita akan dikatakan seperti hidung tak mancung, pipi tersorong2. Amanah mesti dilihat sebagai sebuah parti telah diuji fizikal dan mental, juga amat strategis dalam mendepani apa jua keadaan. Kepakaran bukan satu masalah dalam AMANAH (juga parti2 lain dalam PAKATAN HARAPAN), Cuma adaptasi perlu betul.

Tanpa Nama berkata...

Sejahtera semua.
Sekadar pandangan dari insan kerdil.
Saya berharap pihak amanah terus rasional dari yg lain.

Sebenarnyalah orang yg memperkatakan tetang parti , adalah gulongan
orang yg boleh berfikir dan terus berfikir.

Perkara yg rasional, tindakan yg rasional, tingkahlaku yg rasional
serta apa apa jua yang rasional akan berakhir dgn kemenangan.

Untuk amanah peganglah prinsip ini..inshaAllah akan selamat.
Rasional adalah berakal, walau pun apa yg berlaku kpd kita itu pahit
sekali pun ,ambil satu jalan yg boleh di terima akal.

Usah risau dgn orang yg ada nama dan masih enggan untuk sertai amanah
saya penuh yakin bila tiba masanya pasti ia bersama kita.

Daripada kita mempromosikan diri kita yg terbaik , ada baiknya
kita tunjukan tingkahlaku dan tindakan yang murni yang kita amalkan dan ianya memang dituntut oleh ugama kita.

Untuk ahli pas yg masih kekal ,taat pada HH ,tak perlu kita memaksa mereka untuk
sertai amanah.Kalau mereka rasa pas masih selesa maka teruskan lah.

Kalau mereka merasa HH itu orang yg boleh mereka percayai maka teruskan..

Kita dah banyak pengalaman berpolitik. Kalau perkara yg tak betul
pimimpin lakukan maka akan sumbanglah nyanyian dan rentak tarinyanya.

Umno dan Pas sekarang dah jadi macam orang tempang tapi nal menari jugak.Kita yg dengar ni langsung tak masuk...semua hujahnya
tempang belaka.

Akhir kata satu hari nanti pasti ianya akan terkubur jua...



Unknown berkata...

Sebenar bg aku cara pimpinan amanah membicara soal nik omar ni salah.kalau betul nik omar ada mengikuti aktiviti amanah biarkan je...gunakan nama nik omar utk strategi PRU 14.biar pas terkedu.dah kalau seorg ibu yg melahirkan anak2 .. menyata nik omar mempunyai sikap2 spt bapa... ianya satu modal besar utk amanah di pru 14 nanti..harap2 jgn ada isu nik omar ni lagi...kecuali 6 bulan sebelum pru14 di umumkan masuk parti amanah.bg aku kalau nik omar berminat dgn amanah suatu nilai tambah yg patut di jaga..

Unknown berkata...

Semoga succes... Berharap sangat.... Amen

Tanpa Nama berkata...

Siapa pun yg masuk ke xmasuk amanah ni, xkisahlah..tp pemimpin pas di peringkat pimpinan atasan, kamu hendaklah sedar,barangkali pemimpin atasan umno yg kamu ketemu secara peribadi, memang dorg ni kelihatan baik..muka deme tu talam bermuka2...jd kamu andaikan mereka memerlukan 'islam' kamu..sedangkan ketika mereka beramai2 memimpin, habis segala hak rakyat dinafikan..kamu pemimpin2 pas yg sering diperdaya, kebanyakan antara kamu tidak pernah merasa teraniayai oleh umno..seorg pemimpin umno bertemu seorg pemimpin pas, mmg tdk lagsungla nampak kezalimannya..kezaliman mereka pada pemerintahan yg tidak adil.ketika mereka beramai2 dan ketika itu engkau seorg, engkau akan merasaikannya..ketika mereka kuat dan kau lemah, kau tidak dipandangnya.tp ketika kau kuat mereka lemah, kau akan disembah sujud...oleh itu, bertegas lah ketika berhadapan dgn mereka, supaya engkau tidak mudah diperdayakannya..kamu ingin menasihati mereka,tp kenapa kamu tidak pula menggunakan platform di parlimen yg ada semaksimum mungkin sbg cara kamu utk menasihati kerajaan????kamu ponteng mesyuarat...tindakan mu sungguh mengelirukan...bila kritik ulama, dituduh pula kita golongan liberal..

Tanpa Nama berkata...

Aku penyokong Amanah, bagi cara begini agak memalukan amanah,nampak seolah-olah amanah begitu terdesak mahukan nik omar join amanah seolah-olah amanah terlalu Ketandusan ahli hingga sanggup menjual nama anak nik Aziz utk meraih sokongan. Bagi aku xsemua anak pemimpin2 pas tu bagus,tgk la nik Abduh mcmne,100% tidak mengikut nik Aziz.mungkin Juga nik omar sama mcm nik abduh. Jgnla terlalu baik sangka,sila ambil pelajaran. Spt yg belaku diperak baru2 ni kerana terlalu berbaik sangka akhirnya Amanah dipandang Hina.Diharapkan Amanah lebih matang dan berhati2 selepas ini.Teruskn perjuangan. Rakyat akan sokong perkara yg mulia

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya dalam keghairahan berucap, lidah tersasul. Tak ada niat pun nak dedahkan.

Nik Omar kena renung kan ada kah ini kelemahan manusia atau 'kerja' Tuhan menyampai memberi petunjuk ?

Tanpa Nama berkata...

Diharap pada masa yang akan datang pemimpin2 Amanah janganlah gelojoh sangat. Hebat sangat ke anak arwah TGNA tu?

Tanpa Nama berkata...

Sindrom ostad-ostad - U-TURN & dolak-dalik..camane orang nak caye..kpd Amanah..takyah la cari glamer atas nama anak-anak TGNA..fokus pd misi asal jer..Amanah dah Ada follower..jgn bimbang.

Tanpa Nama berkata...

Peminpin Amanah jangan lagi memainkan isu Nik Omar ini.biarkan dia dengan gayanya tersendiri.jangan kita ambil pedulu.ini tidak mneguntungkan parti sekiranya orang sebegini menjadi peminpin.TAKUT untuk menyatakan kedudukanya.

Tanpa Nama berkata...

tolong hentikanlah kerja2 bangang dan bahlol spt ini. menjejaskan imej Amanah.

dimasa akan datang sebelum mengumumkan keahlian seseorang, pastikan boring keahlian yang telah diisi sendiri oleh ahli tersebut ada dalam rekod.

cuba selidik siapa yg mulakan berita2 dongeng ini. elok lah dicantas org2 spt ini dr awal2 lg seblum melibatkan perkara2 besar.

ingatlah apa yg berlaku dlm pas. dlm keghairahan menerima ahli2 baru, pas gagal diselidik latar belakang ahli tsb. sbb itu org2 spt hadi dan pelakun2 forum perdana serta zuhdi sneak lepas masuk dan dpt jwtan dlm pas.

Tanpa Nama berkata...

Kita amanah parti baru.. kena mula bljr dr bawah,ambil masa utk jd parti yg besar,xde jalan shortcut,jgn brgantung pd populariti org,yg wajib ialah kena kita amanah mesti di tarbiyah siasah peribadi

Unknown berkata...

Apa kecoh. Apa hebat sangat tuan sheikh ni. Nama pun jarang dengar

Tanpa Nama berkata...

harap amanah lebih berintegriti.. jangan terlalu ghairah.. bila ckp berdolak dalik.. akan hilang kepercayaan masyarakat. biar ada satu badan shj yang buat kenyataan.. org lain jgn buat kenyataan syok sendiri.. nanti mkn diri.

Abdul Said berkata...

Maaf sangatlah kepada tuan dan puan kerana keluar tajuk. Yahoo News memetik berita dari The Malay Mail Online mengatakan bahawa Dr Syed Omar bin Syed Agil, CEO Institut Professional Baitulmal telah membawa ke mahkamah bagi kes beliau digantung kerja kerana melapurkan penyelewengan dan rasuah dalam intstitut itu. Institut ini adalah kepunyaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Hebat betul orang-orang yang dipanggil ulama ini. Tak boleh ditegur dan tak boleh dibetulkan bila membuat silap dan salah. Ini adalah satu sebab besar mengapa kalau hendak bersedekah dan berzakat kita perlu memberi sendiri kepada penerima yang layak. Sampaikan agensi yang menjalankan tanggungjawab ugama pun tidak boleh dipercayai. Ini bererti kepala gondol atau rambut panjang atau bersongkok atau berserban atau berkopiah atau berjubah sama sahaja. Lagi mulia Mat-Mat Rempit. Mereka berlumba kalau jatuh atau berlanggar sendiri cedera dan mati. Tak ambil pun duit orang ramai. Tak mintak rasuah dengan kontraktor pun. Tak naikkan harga projek pun.

air gunung berkata...

Bagus.....
Cara sahabat2 bg pandangan kritikan dlm ni makin maju dan bertamadun..

AMANANAH perlukan pendokong sebegini..
Bukan melulu tanpa rasa malu dgn ilmu.
Menyokong tp mulut/hati penuh pekong.

Insya Allah AMANAH akn maju dgn pandangan/dokongan/kritikan sebegini.

Pemain utama hendaklah mempunyai jiwa yg besar.
Banyakkan berkata2 dgn perbuatan(praktikal)
Lidah tak bertulang.
Nak pusing pulas kot mana pun kacang.

GO AMANAH GO..

Tanpa Nama berkata...

Amanah jgn ghairah

Jgn terburu2 buat kenyataan

Selagi seseorg tk serah borang ahli, dia bukan ahli

Tapi kita positif beliau cenderung dn akan mengundi Amanah

Kita faham keadaan serba salah dan tekanan yg dihadapi

takpe yg penting berikan undi pd Amanah

kulit hijau.. pangkah oren

senang saja kan.. tk perlu ckp atau ceramah apa2

Unknown berkata...

Akhir tahun lepas anak belajar kat Insistut tu. Anak seorg pelajar di situ dah dengar khabar angin..ceo tu akan kena.. tp cerita khabar angin tu.. ceo tu yg menyeleweng... rupanya cerita anak benar rupanya. Apalah nasib rakyat malaysia.. selagi BN tak di tukar.. undang2 malaysia ni.. sape yg buat baik.. dia akan kena...

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkah.. blom apa2 dah flip flop.. mamat ni ibarat pergi tersepak pulang terlanggar.. tiada lonjakan apa2 pun masuk AMANAH..

Lebih elok tok siak masjid masuk AMANAH dari umumkan org2 terkenal atau entah mak bedah mana nak masuk AMANAH.. Sindrom nak bergantung dgn populariti nama TGNA sepatutnya sudah berlalu. Sumer orang tahu dia sudah mati dan dia pergi tanpa meninggalkan waris yg setaraf dengannya mahupun anak2 didiknya yg bersesuaian dgn cuaca politik ekonomi skrg..

Isu ini diharap AMANAH lebih berhati2.. perkukuhkan unit AMAL AMANAH jauh berjuta2 kali bagus dari mengharapkan seekor ayam togel join parti.

Ingatlah.. PAS lingkup sbb yg join AMANAH dari PAS adalah org yg buat kerja. Bukan kaki berkokok ke hulu ke hilir.

Kedai tomyam laris sbb tukang masak, bukan sbb tauke dia yg x reti memasak. Lari tukang masak, lingkuplah kedai.. sodakollah la bisnes..