25 Jan 2016

Demo Anti-TPPA Dicemari Dengan Maki-hamun PAS Terhadap AMANAH

Demonstrasi anti-TPPA protes tak menjadi

Protes Bantah TPPA semalam adalah sia-sia.

Jumlah kehadiran protes itu saja sudah cukup untuk membezakan antara retorik dan realiti.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengaggarkan jumlah peserta kira-kira 25,000 di Padang Merbok saja.

Bagaimanapun pemerhatian Malaysiakini di situ dan Dataran Merdeka, jumlah kehadiran maksimum adalah kira-kira 5,000 orang saja.


Kehadiran itu berlaku selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang - yang tidak hadir bersama orang ramai - melancarkan kempen mengajak rakyat turun membantah pelaksanaan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) itu.

Sebahagian besar penunjuk perasaan pula adalah ahli PAS dan ia jauh lebih rendah daripada kehadiran yang mampu digerakkan parti berkenaan seperti sebelum ini.

Ditanya mengenai jumlah kehadiran yang kecil itu, salah seorang ahli PAS dari Terengganu memberi alasan, rakyat belum memahami benar mengapa TPPA perlu ditentang.

"Orang ramai tak memahami isu ini. Sebab itu rakyat terutama dari kawasan luar bandar tak turun," kata Abdul Rahman, 55, kepada Malaysiakini.

Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen bersetuju dengan alasan itu.

"Kalau saya kongsikan video (dalam media sosial) seekor kucing bermain piano akan ada ratusan ribu orang menonton, tetapi jika saya poskan sesuatu mengenai TPPA, jumlah yang melihatnya haya antara 5,000 hingga 10,000," katanya kepada media.

Kata ahli PKR itu, rakyat kebanyakannya bosan dengan pelbagai masalah bebanan ekonomi seperti kos hidup yang tinggi serta pengangguran.

Satu lagi sebab mengapa protes Bantah TPPA tidak mendapat sambutan ialah kegagalan DAP menggerakkan ahli bawahannya.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago adalah pemimpin paling menonjol semalam.

Beliau juga mengakui DAP sepatutnya lebih ramai penunjuk perasaan boleh digerakkan.

"Kita boleh lakukan lebih baik tetap rasanya kita menolaknya," kata beliau.

DAP yang didominasi ahli Cina bagaimanapun tidak semestinya bersikap anti-TPPA.

Sementara itu protes semalam juga menunjukkan bersatu atas perjuangan sama bukan alasan memadai untuk mengetepikan persaingan.

Ketika Naib Presiden PKR Tian Chua menyebut Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam ucapannya di Padang Merbok dia dikutuk penyokong PAS yang melaungkan "Hancur AMANAH".

Nampaknya perpecahan antara PAS dan AMANAH begitu parah dan seorang pemimpin pembangkang berpendapat ia menyumbang kepada kegagalan menggerakkan protes lebih padu.
Ketika sebahagian penunjuk perasaan berkumpul di Padag Merbok, sebahagian lain pula berada berhampiran Dataran Merdeka.

"Kami tak mahu sebarang pergaduhan berlaku kerana ia akan memberi kesan buruk," kataya yang enggan dinamakan.

Namun ia tidak menghalang sesetengah anggota Unit Amal PAS dan penyokong parti itu - kebanyakannya berbaju hijau - meninggalkan Padang Merbok untuk melihat keadaan di Jalan Tuaku Abdul Rahman.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali pula mengumumkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin akan turun bersama mereka.

Bagaimanapun Dr Mahathir tidak muncul. Begitu juga penyokongnya.

Kegagalan Bantah TPPA semalam menandakan sesuatu yang buruk - cubaan Putrajaya untuk mendapat restu menyertai TPPA minggu depan akan berdepan tentangan yang kecil. -mk

ULASAN GB

Semenjak semasa dan selepas tertubuhnya AMANAH, pemimpin dan ahli PAS seperti orang yang telah hilang pertimbangan akal. Malah sebelum daripada tertubuh AMANAH lagi, mereka telah memaki hamun. Bukan saja di alam siber malah juga di alam nyata. Dan mereka mendakwa diri mereka di bawah kepimpinan ulama!

Mencaci dan memaki hamun itu menggambarkan satu keadaan tekanan dan penyakit jiwa yang amat kronik yang tridak mudah untuk diubati dalam tempoh yang singkat.

Tidak seperti pemimpin dan ahli parti AMANAH yang sentiasa "cool" walaupun dituduh dan difitnah dengan pelbagai lemparan penghinaan.

Ahli-ahli AMANAH tidak perlu gusar mengenainya kerana segala tuduhan dan fitnah itu akan kembali kepada orang yang menuduh dan memfitnah itu sendiri. Itu hukum kebenaran dan keadilan, itu hukum alamiah, itu hukum Allah swt.

Kita tidak perlu menjawab lagi segala tuduhan dan fitnah itu apatah lagi mengikut rentak dan tari pemimpin dan ahli PAS yang memaki hamun itu.

Kita telah menjawabnya sebelum ini, tetapi hanya mereka sengaja memekakkan teliga untuk mendengar hujjah kita.

Apabila mereka dikatakan persis meniru sikap kumpulan pelampau seperti ISIS, mereka melenting ke langit dengan memaki hamun juga. Alangkah buruknya perangai itu.

Mereka menuduh AMANAH anti-hudud, mereka menuduh AMANAH balaci DAP, mereka menuduh AMANAH anti-ulama.

Sedangkan kita memperjuangkan hudud dengan strategi dan ilmu bukan dengan emosi atau nafsu melulu. KIta terus berdakwah dan terus bertahaluf siyasi dengan semua pihak termasuk DAP. Parti AMANAH kita diterjaui oleh ulama-ulama seperti Ust Ahmad Awang dsan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, dua orang ulama terkenal di peringkat antarabangsa.

Biarlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya, biarkan biarkan....

Berikut GB perturunkan semula petikan kata-kata Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusof Al-Qardhawi.


Ini kata-kata dari Imam Syahid Hassan Al-Bana:


Dan ini pula penjelasan dari Setiausaha Agong Kesatuan Ulamak Sedunia, Shaikh Ali Muhyiddin Al-Qardhagi yang disampaikan melalui Timbalan Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin

Bukankah "fatwa-fatwa" Presiden PAS yang dikuti dan dipegang oleh ahli-ahli PAS itu ternyata melamapau (guluw) dan tidak sewajarnya diikuti?

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Yang melampaui batas itu akan tetap menerima balasanNya.

Orang yang difitnah akan sentiasa tenang namun mereka yang memfitnah dan memaki hamun itu akan sentiasa hidup dalam keadaan gundah gulana dan menunggu balasan berat dari Allah swt.

GB ingin mengingatkan tentang firmanullah s.w.t:


Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

11 ulasan:

kaltara 16 berkata...

Parti PAS itu tidak bermasalah. Perlembagaannya juga jelas. Parti ini telah melalui perjuangan yang panjang oleh pemimpinnya yang terdahulu. Saya tekankan lagi tiada masalah dengan Parti PAS ini. Yang kita kecewakan bukan partinya tetapi pemimpinnya yang memimpin sekarang. Pemimpinnya tidak lagi menunjukkan contoh yang baik seperti yang mereka sampaikan.
Saya masih sayangkan parti ini dan sama seperti kebanyak orang lain kami harus meninggalkan parti kerana sikap pemimpinnya tidak dapat dicontohi. Mungkin kita akan kembali bersama parti ini jika pemimpinnya yang takabur itu ditukar ganti. Demikian.

Tanpa Nama berkata...

Pada aku, cadangan kaltara 16 tu dah terlambek. Aku dapati ahli PAS dan didominasi orang bangang dan bahalul.

By smart

benartetapbenar berkata...

Demo hipokrit! Depan najib, Bajet 2016 melibatkn gst pas tdk tolak. RM2.6 bilion nak tanya pong x brani bagai alasan lwn dgn ilmu& iman, tak masuk akal lah, dtg depan rakyat nj tunjuk hero lwan tppa... sudah lah wahai walaunta!

Arnab Jingga berkata...

pelikkan?

yg pergi berunding ialah org melayu UMNO yg hadi sokong. yg akan tandatangan pun org melayu UMNO yg hadi sokong.

tp knp hadi marah pd cina DAP?

dia tak marah pula pd cina MCA, india MIC, rojak PPP dsb.

dah 2 kali masuk hospital masih tak ubah perangai. apakah solat2 ko tak dpt mengubah perangai ko sama spt org2 kanan ko?

ingatlah! org yg bersolat tp solatnya tidak mencegah dia dr keburukan akan hanya menjauhkan diri dia dr Allah swt.

Tanpa Nama berkata...

Tujuan PAS turut serta bantah TPPA adalah untuk mengeboo AMANAH dan menyalahkan pihak penganjur apabila tidak ramai yang hadir.

Sebelum ini, perhimpunan rakyat mendapat sambutan bukan digerakkan oleh pemimpin PAS. Ia bergerak atas nama Pakatan Rakyat. Jika PAS boleh mengumpul lebih ramai kehadiran, pemimpin PAS tidak perlu pura-pura mengangkat plakad untuk sekadar bergambar untuk tunjukkan kepada umum. Lebih malang, presiden sendiri sekali lagi terus ponteng dalam hal-hal rakyat.

Bersih 4, ahli PAS dan petugas tidak turut serta dan angka yang hadir begitu ramai, tetapi berjalan lancar. Apa tujuan PAS kalau tidak menimbulkan kebencian yang kemudian saling salah-menyalahkan dan memberi kemenangan kepada UMNO.

Apa yang ada pada Malaysia sebuah negara yang kecil dan pemimpinnya tidak bersuara di pentas dunia. Dalam banyak hal pemimpin sering berkata Malaysia berkecuali.

Kita tenguk dalam parlimen bagaimana Presiden dan kuncu-kuncu nya berhujah. Jika tidak hadir kerana masuk hospital, faham-faham lah

Tanpa Nama berkata...

memang benar ramalan aku,
tuan brahim dan mat deris akan mewarisi PAS tidak seperti pimpinan sakaranh mewarisinya dari TGNA.
jika keadaan seperti hari ini berterusan, maka PAS akan mengalami yang kelam.
PAS akan menjadi seperti UMNO, dipenuhi dengan mereka yang berkepentingan.
Jika ahli-ahli PAS sayangkan PAS dan ingin mewarisi perjuangan PAS kepada jenerasi selepas mereka, maka jangan malu dan ada perasaan bersalah untuk pimpinan yang ada.

Tanpa Nama berkata...

Fatwa yg dikeluarkan oleh adalah mirip.fatwa syiah..ini membuktikan parti pas adalah parti kaum2 fahaman syiah.

Abdul Said berkata...

Jangan nak hairan dan pelik. Kalau ketua mencuri, pengikut-pengikut pun mencuri, kalau ketua suka dan gemar maki hamun maka pengikut-pengikut pun sama juga. Ada orang tidak tahu berfikir dan mudah meniru perangai ketua-ketua tanpa usul periksa.

Tanpa Nama berkata...

Perangai busuk ketua memang senang diikuti!

Bukan seorang dua, tapi hampir kesemua pemimpin memaki-hamun AMANAH. BINAWE punya pemimpin parti sgama!!!

fissal berkata...


hadi ...ularmak yang melingkupkn pas ..meranapkan citacita kita ke putrajaya...makhluk perosak kpd ape yg telah dibina selama ini ... kite sudah hampir pada matlamat untuk menjatuhkn umno..

hadi memang jahat .

Tanpa Nama berkata...

Presiden suruh dan kerah walaun2 pergi demo. Tapi presiden sendiri tak datang..TUANG...memonteng. Maka tuan presiden jadi TUANG Presiden...Walaun2 jadi lah Walunta2. Walaunta2 dah kena tipu beb!!!