25 Jan 2016

Nasha: Penyatuan Niat UMNO - PAS Penting Untuk Kerjasama

Umno, PAS perlu ‘penyatuan niat’ jayakan agenda Najib, kata Nasharudin

Umno dan PAS perlukan "penyatuan niat" untuk menjayakan agenda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memupuk kesederhanaan melalui Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), kata Nasharudin Mat Isa.

Ketua pegawai eksekutif GMMF itu berkata, 2 parti tersebut perlu duduk bersama bagi menjayakan agenda negara.


"Saya tidak katakan kedua-duanya (Umno dan PAS) perlu bergabung. Idea saya ialah pucuk kepimpinan 2 parti berkenaan duduk semeja membincangkan perkara sama.

"Kita duduk dan bekerjasama. Jangan tinggalkan usaha ini kepada parti politik semata-mata, malah mana-mana NGO (badan bukan kerajaan) yang mempunyai ruang juga perlu turut serta," katanya seperti dilaporkan BH Online hari ini.

Bekas timbalan presiden PAS itu mengakui, dengan kedudukannya kini, beliau mempunyai akses kepada kedua-dua parti itu walaupun tidak semestinya dapat memuaskan hati semua pihak.

Nasharudin yang mengendalikan GMMF sejak Oktober lalu berkata, ruang ketika ini membuka peluang baginya menemui lebih ramai pihak daripada pelbagai organisasi.

"Platform sebagai CEO di sini memberi saya ruang luas untuk menghampiri pelbagai agensi dan menemui pihak berkepentingan," katanya apabila ditanya sama ada beliau selesa dengan kedudukan sekarang.

"Perlu ditegaskan, saya bukan bekerja untuk Umno atau PAS.

"Saya akui, ada yang skeptikal dan sinis terhadap keupayaan saya, namun saya menerima jawatan ini kerana yakin dengan agenda berkaitan penyatuan," katanya.

PAS di bawah pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang semakin rapat dengan Umno selepas penentang kerjasama itu keluar parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).

Hadi dan Najib juga sebelum ini duduk sepentas dalam sebuah program di Kuala Lumpur.

ULASAN GB

PAS tidak perlu lagi berdoalk-dalik. Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Bahawa kini Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (yang masih ahli PAS) adalah "duta" PAS bagi tugas penjalinan kerjasama dengan UMNO.

Tepat sekali apa yang GB ulas sebelum ini. Petikna;

Nasharuddin Mat Isa merupakan "man behind the screen" untuk tugas mempersatukan UMNO-PAS. Beliau sudah pernah membuat pengakuan, tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh pimpinan PAS terhadapnya. Bererti pengakuan beliau itu benar. Malah sehingga kini beliau masih seorang ahli PAS. beliau dilaporkan mempunyai hubungan akrab dengan beberapa pimpinan tertinggi PAS yang lain termasuk ahli Majlis Syura.


Di peringkat bawahan, mereka kebingungan. Yang pertahankan Hadi dengan yang tidak. Dulu, jika disebutkan mengenai kerjasama UMNO-PAS, ahli-ahli PAS akan kata itu FTNAH. KIni bila di tanya semula.... ada yang menjawab, apa salahnya?

Perpecahan yang melanda PAS ini memang sudah dijangka. Presiden PAS masih begitu sikapnya. Membiarkan ahli-ahli partinya saling bertentangan dan bercakaran.

p/s
Ada kawan kata, TPPA - Tinggalkan PAS, Pilih AMANAH! Patutlah PAS geram dan memaki hamun AMANAH :)

16 ulasan:

air gunung berkata...

Alahai PAS...
Dlm minggu ni aku bnyk terdiam.
Psl lps sorg2 bebudak muda bwh aku yg merupakan 'aamilin PAS pakat bengang n cabut dr PAS then joint ARIF(amanah)
So AMANAH tak yah sibuk2 dgn org yg meroyan..nanti tak wat kerja yg wajib..
Ingat!!
Harapan masyarakat sgt tinggi dgn Abg Mat Ust Ahmad Awg Abg sallehuddin and the geng.

Dont kluk klek kluk klek..
Pong pang pong pang..
Salak2 pengkhianat babi bukit..
Barua2 broker2 pil khudda2
Komeneh2 DAP2.
Christian2.Cina2.

Tak pyh ikut style mereka..
Walaupun hati terasa sgt pedih..
Walau rasa layak nak balas perkataan mereka yg kotor lg jijik tu..
Kerana....
MEREKA BUKAN GURU KITA.
So tak layak kita ikuti ajaran keji tersebut...




Tanpa Nama berkata...

terjemahan : Pas dan umno/bn menjalinkan kerjasama untuk mengalahkan pembangkang. pas akan bertanding di semua kerusi dun/parlimen *supaya undi pembangkang pecah*. deposit pilihanraya bisa diatur. fanatik bulan tetap pangkah bulan.

Tanpa Nama berkata...

Pas pengkhianat rakyat dan islam yg inginkan keadilan berjalan di bumi Malaysia..Tolak Pas Pilih Amanah..TPPA..

Timnajib Jomfikir berkata...

TPPA=Tolak Pas Pilih Amanah. i like.

Selamat pengantin baru PAS..

Tanpa Nama berkata...

Soghang dah mula buka mulut sebab dia dahdibagi habuan oleh UMNO diatas kejayaan pinang Presiden PAS untuk UMNO tingai soghang lagiHasang Ali bila lagi nak dapat jawatan dari UMNo diatas kesungguhan hingga dipecat dari PAS untuk memporakperandakan PR dulu .

Tanpa Nama berkata...

Memang sah PAS tidak akan bersuara menentang TPPA dalam parlimen

Kena sebut Trans Pacific Partner Agreement. Boleh berbelit lidah pak lebai.

Tanpa Nama berkata...

Bagus lah PAS nak join UMNO...lagi cepat lebih bagus...supaya semakin ramai yang tinggalkn PAS..bior tinggal tuang presideng sorang2...

Tanpa Nama berkata...

Orang yang menyokong AMANAH kata Tolak PAS Pilih AMANAH... Orang PAS kata bukan tapi kata Tuan Presiden Partner Agreement ..

Penyatuan niat.. untuk memupuk kesederhanaan... Jumlah hutang negara banyak macam itu pun masih sederhana jugak lagi ke ? Kes 1MDB dah tertangguh dengan alasan yang di reka cipta pun masih sederhana !

Kedua-dua pemimpin tidak menunjukkan sikap sederhana Satu dalam membalun duit rakyat dan satu dalam menuduh dan membalun AMANAH dan DAP.

Niat yang bersih datang dari hati yang bersih. Hati kedua-dua pemimpin ini telah kotor kerana di cemari dengan dosa fitnah dan dosa mungkir janji.



Tanpa Nama berkata...

"Perlu ditegaskan, saya bukan bekerja untuk Umno atau PAS.

Tetapi saya mendapat jawatan CEO kerana UMNO dan saya masih lagi ahli PAS.

Dari kata-kata, dia dah menunjukkan niat dia yang sebenarnya. UMNO sokong TPPA. PAS tolak TPPA.

Al-Ahmad Othman berkata...

Sudah terbukti,semuanya FULUS/DUIT, persaudaraan atas nama ISLAM wayang kulit semata-mata yg hanya untuk menutup pekung sebenar(Nafsu cinta Dunia),Kepada Penyokong fanatik PAS jangan kamu semua TERTIPU dengan sandiwara kepimpinan yg ada hari ini,wala'-wala'dimainkan hari2, pelbagai istilah "bahasa arab" dikeluarkan hanya untuk menyedapkan sebutan,jangan kamu anggap PAS tu AGAMA? Buka sikit mata hati tu,mereka senang-lenang menghabiskan Elaun wakil Rakyat jadi MP,lepas tu dapat elaun pencen Wakil Rakyat(Pi melancong),apa masalah rakyat yg mereka perjuangkan dalam Parlimen selama ni? TIADA... Permasalahan rakyat takkan selesai selagi golongan macam ni jadi wakil rakyat.Mereka semua ni PENIPU dan Wajib diturunkan.

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah nik aziz masih ada, dilempangnya mulut si nasha talam dua muka ni...

Tanpa Nama berkata...

TPPA = Tuanguru Presiden Ponteng Again?

mansor berkata...

menjijikkan bila parti yg memperjuankan ISLAM kini menjadi prnasihat pemimpin yg menyusahkan rakyat.....bagaimana boleh berubah tu ye....demikianlah manusia...

lelaki dicermin berkata...

Aku saja nak bercerita kesah org pas.. dlm satu muktamar pas.. tak ingat bila.. bekas ajk pemuda pas yg sekarang ketua pemuda amanah.. en sany. Ucapan dia di atas pentas.. ingat lagi. Kalau tak salah lebih kurang begini.. kalau sultan memilih pas sebagai MB.. kita hendak lah menolaknya.. sbb kita ada perjanjian awal antara parti..utk MB selangor ini di peruntukkan utk PKR
. Aku mcm tak percaya..bila ucapan dia tu di booooo..sedangkan dr ayat dia perjanjian awal antara parti..yg dengar ucapan tu.. 85% aku lihat memakai kopiah puteh..takkan pakai kopiah puteh.. tak faham apa maksud perjanjain.. senang2 di langgar. Macamana kita nak hormat org pakai kopiah puteh..

Tanpa Nama berkata...

Bukan lempang...diludahnya...

Tanpa Nama berkata...

Dah mcm2 perkara berlaku dah sekarang ni....seakan tiada keberkatan dlm negara...pas diwakili tn presidennya ingin menjadi penasihat bagi umno kononnya yg hanya melibatkan kepentingan islam rakyat malaysia...dari sudut bekerjasama utk kepentingan islam tu bagus...setuju...cuma rakan kerjasama tu aku xberapa setuju...yg xmasuk akal aku tu sbb dlm pemikiran aku begini; dalam sebuah rimba, seekor kancil merupakan ketua bagi sekumpulan ayam di dalam hutan..ayam ni tiap2 hari mati dimakan binatang buas..tp mereka xtau angkara siapa..jadi kancil xtau mcmna nak berhadapan dgn pembunuh ayam..oleh itu dia bekerjasama dgn ketua musang utk menjaga keselamatan ayam2 dibawahnya...kancil rasa lebih selamat dibawah penjagaan musang kerana musang binatang yg hebat bertempur dan powerful...itulah kisahnya...hopefully ayam selamat lah ye...musang pun cerdik
..kancil xakan dibahamnya melainkan selepas semua ayam dibawah jagaannya lesap satu persatu...hj hadi kalaupun nak putus dgn dap, aku blh terima...hak parti utk menarik diri dr keejasama tp jgn bekerjasama dgn umno...jgn dihina dap..kata barua dan sbgnya..tu bukan akhlak muslim...setelah aku perhatikan pernagai presiden begitu, bagi aku xlayak dia sbg naib presiden kesatuan ulama sedunia...cara dia lontarkan maki hamun makin buat org ramai pn akan maki dia...