6 Jan 2016

"Checkmate" - Tun M Akui Simpan Banyak Rahsia Zahid Hamidi

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu mendedahkan kisah buruk mengenai Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi walaupun beliau menyimpan banyak rahsia dan kisah silam Timbalan Perdana Menteri itu.

Menurut Dr Mahathir, beliau boleh mendedahkan kisah buruk Ahmad Zahid pada masa lampau namun, memilih untuk tidak mengaibkan pemimpin nombor dua dalam kerajaan itu.


“Saya tidak suka hendak cungkil ‘benda-benda kotor’ yang dari waktu belakang (silam). Kita semua banyak buat dosa, tetapi banyak orang tidak mahu sebut. Kalau hendak kata saya buat salah, katalah. Semua orang terimalah,” katanya.

Dalam satu wawancara eksklusif bersama FMT, Dr Mahathir turut mendedahkan bahawa beliau mengenali secara mendalam sikap dan tingkah laku Ahmad Zahid memandangkan beliau sendiri yang melantiknya sebagai menteri kabinet.

“Dia (Ahmad Zahid) dapat jadi menteri pasal saya juga. Kalau saya cerita hat (perkara) lama nanti jadi buruklah,” ujarnya.

Sebelum ini, Ahmad Zahid menggesa semua pihak tidak menyalahkan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaliknya melihat apa yang dilakukan pentabiran kerajaan sebelum ini.

Dakwaan itu merujuk kepada zaman pemerintahan Dr Mahathir susulan beberapa isu yang disifatkan berat sebelah khususnya mengenai kenaikan tambang ERL sebanyak RM55 daripada RM35.

“Disebabkan najis yang terpalit dulu, jangan salahkan kita sepenuhnya, walaupun bukan 100 peratus kita kena faham, mahasiswa nakkan tadi supaya ada diskaun kad untuk ERL, cuma semua harus faham bahawa kalau rombak, kita terpaksa bayar puluhan ribu sebab melanggar perjanjian konsesi,” kata Ahmad Zahid. -FMT

ULASAN GB

Akhirnya Ahmad Zahid Hamidi kena "checkmate", dalam istilah lain... "mati kutu".

Banyak rahsia Ahmad Zahid Hamidi di tangan TDM. Ahmad Zahid Hamidi tidak akan berupaya untuk menyerang TDM lagi.

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan.... sebelum anda menyerang orang lain, pastikan orang yang anda serang itu tidak mempunyai rahsia anda dan tidak berupaya menyerang anda semula.


13 ulasan:

Unknown berkata...

Dulu Asal Bukan Umno (ABU) dan sekarang...Asal Bukan Pas(ABP)

Tun Mahathir ka, Zahid Hamidi ka, Najib Tun Razak ka..semua pemimpin Umno..memang depa ada kisah silam yang menyeramkan. Lantak pii lah..
Depa nak berahsia2..di antara mereka.

Rakyat sudah tidak hairan dengan kisah silam mereka tu..apa yang rakyat mahukan sekarang..adalah naikkan dahulu kehidupan rakyat dan negara. Kisah silam no 2.

Unknown berkata...

Salam:

Setahu saya Ahmad Zahid adalah orang kanan Anwar semasa Anwar menjadi TPM,masa itu Zahid adalah ketua pemuda umno.Anwar dikelilingi inner-circlenya seperti Zahid,Zamri,Azmin dan Ezam .

Zahid adalah keturunan Minang Indon,dia adalah Warisan Keseimbungan warigh-warigh indon ka MMalaysia seprti Megat Joned dan Sanusi Joned.Mereka-mereka inilah semua bertanggung jawab membawa masuk juta-juta rakyat Indon ka-Malaysia.Mereka ambil kesempatan ruang yg ada,ka atas kelemahan UMNO,Apabila kuasa Mamak susut,seperti Mahathir,Zam ,Ali bhapooo dan sewaktu dgnnya.

Bagaimana Zahid and the geng MANUPULATE,kelongaran sistem immegration Malaysia.Di Zaman Mahathir membuka pintu besar-besaran dibuka pada pekerja asing.Hanya 2 kategory sahaja.Untuk lelaki hanya pekerja labour construction dan bagi wanita hanya "MAID"/orang gaji.Jika mereka buat lain selain dari kerja yg ditawarkan.Mereka wajib dihantar balik.

Tapi apa sudah jadi,semuanya sudah "TONGGANG -LANGGANG".Orang asing boleh buat biness macam orng tempatan.Bila dpt tangkap kena hantar balik negeri,tapi orang yg sama datang balik ka Malaysia.Ini ialah perbuatan group al-Jonet, tak percaya..kedai2 pemborong bersepah2 diseluruh Malaysia,kedai2 runcit Acheh merata-rata...kena tangkap tak sampai sebulan ada kedai lagi besar.Orang2 yg sama.Separuh geng2 ketua umno diketuai oleh group2 ini.Mereka tak kisah apa nak jadi pada negara ini yg penting orang2 mereka padat memenuhi bumi Malaysia ini.Di negeri 9,sudah ada geng2 ini memenuhi felda-felda dan kawasan tanah penerokaan baru.INGAT PEMUTIHAN...ini kerja siapa,tentu sekali orang2 Zahid nak dapatkan IC BIRU..dari IC Merah......tujuan untuk apa..untuk pilihanraya.untuk cover-line di ambil juga orang 2 bangla Nepal dan lain-lain negeri.

ADA JOKE yg di buat oleh BIJAKPANDAI....saorang pemberita bertanyakan saorang pendatang indon,setibanya dari KLIA. ya bapak!!kamu baru tiba dari jogjakata!! ya!! jawab orng indon itu!!Tanya pemberita itu lagi,bagaimana agaknya jika indon mahu menguasai Malaysia!!Tak payah report-repot pak!!!kami 10 orang sudah cukup nak conquer Malaysia!!!kehairanan pemberita itu,bagaimana ya bapak!!!!hahahah sekarang ini rakyat indon sudah menjangkau 10juta di seluruh pelusok Malaysia termasuk dijawatan2 penting dlm kerajaan.Kami cuma bagi Isyarat "Greenlight sahaja PAK!!go........habis Malaysia..tunggu saja Zahid jadi PM.

BEGINILAH HURU-HARANYA mALAYSIA YG KITA CINTAI,DITERAJUI OLEH UMNO,Habis lumat-luncai dibuatnya..siapa ada kisah duit jatuh teruk,sapa ada kisah harga barang naik mencanak.. siapa ada kisah tol akan naik berkali-kali...UMNO nak kisah..dia takkan kisah sebab separuh leader-leader umno datangnya dari indon..Raja-raja kita didudui dibuaian yg empok2,penguasa polis,askar ,immegresion ketua2nya di BERI MAKAN CUKUP-CUKUP...NAK HARAP PENASIHAT...DAPAT JAWATAN PENASIHAT Kapal-terbang...tengelam-punca..tak faham apa makna billion dan derma.

Malaysiaku-oh Malaysiaku......hanya Allah sahaja pengharapan kita.

sekian,Wallah'ualam.

Tanpa Nama berkata...

Tidak pernah menyokong Najib tetapi pada ketika yg sama TDM bukanlah satu ikon yg saya kira perlu disokong secara meluas. Mengambil kira pembunuhan karekter yg dia lakukan semasa berkuasa,pelbagai jenis salahurus Wang negara, penjelmaan jutawan2 segera yg hampir semuanya terdiri drp para kroninya, kekayaan melampau anak2nya yg hingga kini diragui, kenyataan2 pasif dan sinikal terhadap Islam ugama anutannya sendiri, peristiwa memali dll adalah bukti nyata bahawa bekas PM yang paling lama memerintah ini sewajarnya ditolak terus drp dianggap seorg iconic utk negara kita. Kemelaratan apa sahaja yg sedang kita alami sekarang tidak boleh dianggap berlaku tanpa permulaan yg bertitiktolak dr era TDM. Dia bukanlah pejuang rakyat, penentangan yg dizahirkan adalah kerana kebimbangan terhadap kemungkinan tumbangnya UMNOBN yg akan menjadi seperti susunan domino yg kemudiannya akan secara pantas membuka pekung yg dia tutup selama ini. Pak Lah juga tewas diuji material dan menjadi berani berbuat onar kerana dia melihat TDM telah melakukan lebih drp itu. Najib juga menjadi yakin utk memborosi harta rakyat juga kerana melihat contoh2 sebelumnya. Keadaan menjadi semakin hodoh apabila keborosan itu dimajujayakan oleh isterinya dan para menteri disekelilingnya. Semua ini adalah bukti jelas bahawa, selagi negara ini terus diperintah oleh mereka drp mangkuk yg sama, akan semakin sengsaralah rakyat. Di hati mereka telah tertancap satu prinsip iaitu, semasa berkuasalah kita Mesti mengumpul apa yg boleh. Kita kadangkala tersilau dgn permainan para pengkhianat dan perasuah ini. Benarkan mereka kini bergaduh atau pengalihan isu sdg berlaku? Sekali lagi, anggaplah mmg benar TDM sdg menyerang Najib semahu2nya tetapi adakah kerana melihat kesengsaraan rakyat atau dia sendiri takut menjadi sengsara?

Bosan berkata...

Itu namanya sembang deras. Cakap aje. Lagi satu tabiat penyokong pembangkang bila sesuatu BEKAS menteri atau ahli umno menyokong pembangkang secara automatik Mereka anggap macam dosa mereka dah terhapus. Punya lah puji melambung tahap dewa. Contohnya ada kat dalam sg buloh atau yg bawak duit tunai di Australia.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama 6.50,
Kamu punya cerita tu berkenaan TDM sebiji macam PKR guna zaman reformasi tahun 1998/1999 apa kamu ni ceduk atau recycle cerita ka ,sudah la dah basi.. samapai hari ini tinggal cerita kosong tampa bukti anuar pun masuk balik sg buloh , kalau nak merapu pasai TDM cuba reka yang baru sikit , lebih lagi ahmad maslan walau pun bodoh. hihihih

Tanpa Nama berkata...

Dahla pemerintah makin teruk...pembangkang pulak rapuh..makin bercakaran sesama sendiri..parti mana yg stabil yg perlu dpercayai utk memerintah? PAS? Ala2 umno jugak... AManah? Belum kukuh...DAP? Dilihat terlalu alergic dgn islam.. Keadilan? Faktor Anwar yg dilihat berjaya.ketiadaan anwar sekarang menyebabkan berlaku sedikit ketempangan..Hanya sekembalinya Anwar mungkin mencerahkan kembali pembangkang...Anwar dilihat xpernah memburukkan pemimpin2 dlm pakatan.walaupun ketika isu mb selangor dulu...Doaku sentiasa utknya walaupun terpenjara kerana keperibadiannya sentiasa kuperhatikan...semoga beliau dibebaskan dengan terhormat..pemimpin yg sebeginilah yg harus diangkat..diuji dgn sberat2 ujian..bersabar ketika dihina dan difitnah smaada 'kawan' dan lawan..Itulah mahathir..apa yg berlaku ketika ini adalah sebba dr tgn kamu jugakdulu....tanggunglah

arai berkata...

Terkini TDM cuba bermain dengan sketsa silam seseorang. Konon tersirat kisah yang akan memberi keaiban dan sudah tentulah menjadi tandatanya apa maksud atau kisah sebaliknya? TDM tak jemu-jemu dengan serangan demi serangan dengan rentaknya tersendiri meskipun diusia yang gejolak ini. Eloklah TDM berundur terus dari menyibukkan diri berceramah sana sini melayan kerenah jemputan institusi-institusi umat yang kecewa dengan pergolakan politik semasa. Akhirnya yang rugi adalah bangsa sendiri kerana sikap memandai-mandai konon nak perbaiki situasi sana dan sini. Suasana politik sememangnya kecuh sejak dulu-dulu lagi, dan yang berketrampilan menonjol pastinya naik kesuatu tahap sedangkan pada dasarnya ia memberi komitmen yang tak seberapa. Banyak ragam orang-orang politik yang seleweng dan terselindung. Tak siap pun boleh mengungkap dengan jelas kecuali dengan balasan Allah taala sahaja.

Tanpa Nama berkata...

dah tau salah masa tu kenapa tak pajangkan. bwk p mkamah@ tindakan disiplin ka dsb.. ni masalah klu pemimpin tak takut allah.. jenuh jwb kat akhirat...

Anti Fitnah berkata...

Ahmad Zahid tidak layak menyalahkan kabinet sebelum ini sebab waktu itu, beliau juga adalah salah seorang anggota kabinet. Begitu juga Tok Jib. Ini yang dikatakan meludah ke langit, akhirnya muka sendiri juga yang terkena ludahnya.
Memang benar kabinet dulu yang salah tapi kerajaan yang dok ada hari ini adalah warisan BN juga. Jadi tidak layak depa menyalahkan kabinet yg lepas.
Seperti biasa, sindrom penafian yang digunakan semakin memperlihatkan betapa kuat sifat kemunafikan pemimpin yang sedia ada? Orang Melayu memang tak sedar bahawa depa dipermainkan oleh pendatang yang seagama dengan depa. Pendatang ini juga dok salahkan pendatang lain terutama Cina demi untuk menutup kepincangan yang dilakukan mereka.
Bayangkan PM Malaysia keturunan Bugis Indonesia, TPM pulak minang Indonesia, ... belum lagi yang lain. Berapa ramaikan Melayu tempatan yang jadi menteri ya?

Tanpa Nama berkata...

Aku lebih berminat dengan rahsia Hadi Awang dan Dr Zuhdi

by smart

Abdul Said berkata...

Itulah sebabnya Malaysia tidak boleh maju seperti Korea Selatan Jepun dan Taiwan. Bani Melayu satu kumpulan yang lemah. Lemah segalanya. Ujian yang diberi oleh Allah s.w.t. pun jenis gred 3. Baru diberi sedikit kuasa sudah sombong, kuat membelit, menipu, khianat, pecah amanah, pentingkan diri sendiri. Slogan berjuang untuk bangsa dan negara hanya satu lagu mendodoi orang-orang bodoh agar terus lena selena-lenanya. Bangsa Jepun adalah satu bangsa yang jitu. Ancaman gempa bumi dihadapi setiap hari, pelbagai ancaman bencana dihadapi setiap tahun. Kekalahan perang menghancurkan banyak industri dan modal insan. Begitu juga Korea Selatan. kehancuran mereka berakhir pada tahun 50an. Taiwan pun begitu juga. Semua menghadapi ujian berat dari Allah s.w.t. Berbanding dengan Melayu dugaan untuk mereka lagi berganda beratnya. Apa yang terjadi sekarang? Mengapa kita mundur? Mengapa tiak boleh maju macam Singapura yang dihalau keluar dari Malaysia? Jawabnya kita telah memilih orang-orang jahat dan bodoh sebagai ketua. Kenapa kita pilih merka? Sebab keturunan dan bangsa kita terdiri dari orang-orang yang jahat dan bodoh!! Cukuplah Al Quran dan hadit Rasulillah sebagai petunjuk!!

Tanpa Nama berkata...



Semua yang pemimpin UMNO yang buat salah, rahsia nya ada pada Mahathir. Kalau Zahid jaga mulut, Mahathir tak akan cakap yang dia banyak rahsia kesalahan Zahid.

Kerana Mahathir sembunyikan semua kesalahan, bukan kecil tapi kesalahan yang besar, ahli UMNO pun lantik mereka jadi pemimpin dan rakyat memberi undi memilih mereka sebagai wakil penyamun.

Bila kita senang-senang cakap semua orang buat dosa maka kita rasa buat dosa tu tak salah.

Apa macam UMNO cakap ? Alaaah kalau PH memerintah pun serupa..!

Tanpa Nama berkata...

susah nak percaya org skrg ni. umno atau DNA umno aku tak percaya. bila dapt kuasa segalanya dirembat demi anak bini cucu cicit kroni kronik... rakyat pegi mampus. lebai pas pun gelap mata bila berkuasa. susah nak cari peribadi mcm arwah TGNA.