6 Jan 2016

Akhbar "Harapan Baru" BUKAN Akhbar Rasmi Amanah

SUA: AMANAH tiada kaitan dengan akhbar 'Harapan Baru'

Parti Amanah Negara (AMANAH) menafikan sebarang kaitan dengan kewujudan sebuah akhbar dengan nama "Harapan Baru" yang sedang tersebar di laman sosial dan melalui aplikasi Whatsapp yang menggunakan logo parti.

"Ia bukan dikeluarkan oleh AMANAH dan kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan yang timbul dari penerbitan akhbar tersebut," kata setiausaha agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir.


Dalam satu kenyataan, beliau sebaliknya berkata, AMANAH sedang berusaha ke arah menerbitkan akhbarnya sendiri.

Menurutnya, ia kini di fasa akhir menyiapkan segala dokumen diperlukan untuk dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memohon permit penerbitan.

"Bagaimanapun AMANAH tetap menghargai sebarang usaha daripada ahli, penyokong atau mana-mana pihak yang bersemangat untuk mempromosikan parti yang baru berusia hampir lima bulan ini.

"Jika akhbar seperti yang gambarnya sedang tersebar itu benar-benar wujud, AMANAH mempelawa pihak terbabit untuk datang berbincang langkah-langkah yang boleh diambil ke arah mempromosikan AMANAH secara strategik dan mengikut saluran yang betul," tambahnya.

Beliau menegaskan bahawa penerbitan akhbar rasmi parti AMANAH akan dibuat mengikut prosedur dan proses undang-undang yang telah ditetapkan.

"Sehubungan itu, AMANAH menasihatkan semua pihak bersabar dan menunggu akhbar rasmi yang akan dikeluarkan dalam sedikit masa lagi selepas permit penerbitan diluluskan oleh KDN," tegasnya. -mk

ULASAN GB

Dalam keghairahan mendokong dan menyayangi parti AMANAH, ada pihak yang sampai dah terbitkan akhbar. Mungkin rasa tak sabar untuk mempromosikan AMANAH di kalangan orangramai atau untuk melaporkan keadaan sesama kepada semua ahli.

Ia juga satu "signal" jelas kepada pihak parti AMANAH supaya jangan terlalu lambat untuk mengeluarkan akhbar parti. Jika urusan permit jadi alasan, ia kenA diberitahu kepada ahli-ahli. Zaman "terhegeh-hegeh" buat keputusan telah berlalu. Kita perlu bergerak dan laju tetapi dengan cara yang kemas dan teratur.

Ahli AMANAH sudah ramai, sudah tentulah keresahan melanda jika mereka diabaikan. Buatlah sesuatu untuk melibatkan mereka, misalnya pertandingan mencipta logo akhbar AMANAH, pencarian dana, promosi-promosi pra-penerbitan dan sebagainya.

9 ulasan:

Timnajib Jomfikir berkata...

Semuanya gara-gara, rakyat sudah benci dan tidak boleh maafkan kerosakan negara yang dibuat oleh rejim Najib/UMNO/PAS/BN. Dengan kelembapan Access internet yang limited dan penduduk luar bandar masih ketinggalan dengan berita luar dan dalam negeri. Jalan terbaik untuk menyebarkan maklumat adalah dengan mengeluarkan suratkhabar.
(Pemimpin2 AMANAH sila take note) bertindak A.S.A.P! Kerana, UMNO sekarang ini, berada di dalam keadaan sangat kritikal. Dengan tindakan yang pantas, maklumat senang di cari, InsyaAllah Najib/UMNO/PAS/BN senang untuk dikalahkan .

Generasi muda masakini, adalah generasi yang advan.mereka boleh berfikir secara 2 hala. boleh membaca pembohongan dan lakonan rejim mana yang penipu.

Kepada AMANAH..jangan sia-sia peluang terbuka ini..masa sekaranglah..kalian semua pasang perangkap dan bom masa.

Tanpa Nama berkata...



Di satu masa, kita minta AMANAH berhati-hati dan buat kerja dengan betul. Di satu masa, kita desak AMANAH buat cepat-cepat dan jangan terhengeh-hengeh.

Tapi apabila ada orang lain yang dahulu melakukannya, AMANAH sudah tidak ada masa yang banyak.

Semuga AMANAH terus maju !

omar daud berkata...

Salam:

Betuljuga cakap GB,Amanah too slow,tak terfikirka masa nak dapat kelulusan dari ROS dulu,Permit terbitan akbhar tak disertakan sekali ka!!!.

Walauapapun anggaplah semua itu sebagai pengalaman dan cabaran.diucapkan tahniah pada gerakerja Amanah,memang senang nak berbicara tapi nak melaksanakan terlalu sukar,tambah pula Amanah adalah pembangkang.


sekian.

Tanpa Nama berkata...

Harap-harap Amanah segera menerbitkan akhbarnya. Saya tercari-cari akhbar pengganti dari yang saya beli tiap minggu ini yang dilihat tidak relevent dengan keadaan siasah sekarang ini. Seoga berita yang disalorkan itu benar, tepat dan kemaskini.

abrarmujahideen berkata...

Amanah jangan lembab..rakyat berbondong hendak menggerakkan AMANAH..tumpaskan kezaliman dan pendokong kezaliman..sistem da bobrok sgt2..kesianlah kat org bawah2 nie

Tanpa Nama berkata...

Biar lambat asal selamat. Nasihat org2 tua selalunya betul. Ingat tu.
(Lambat dlm erti kata merancang strategik dgn tersusun dan berkesan)

Abdul Said berkata...

Dari satu sudut lain saya berpandangan bahawa Amanah bukanlah seperti yang diperkecil-kecilkan orang-orang tertentu. Amanah berada pada satu landasan yang betul. Ia berpotensi untuk berkembang dan kini sudah pun mula menggugat pihak tertentu. Sekarang teserlah seluas-luasnya perangai dan tabiat sebenar seseorang ketua. Dulu ramai kita hormat dan kagum. Sekarang dengan adanya Amanah 'hijab' pun terbuka maka kita tidak nampak kopiah dan serban. Kita sudah mula nampak tanduk-tanduk. Jubah-jubah pun ada yang terselak dan menampakan ekor-ekor yang panjang. Segala jenis kerja-kerja bukan Islamik dibuat untuk mempertahankan pengaruh dan kuasa. Keadaan sebeginilah diambil kesempatan untuk mengeluarkan akhbar oleh kaum pemodal. Kaum opportunis tahu dimana wang boleh diperolehi bila keadaan menjadi kelam-kabut!! Samalah seperti tokey-tokey keranda, kain kafan dam body bag bertindak bila ternyata peluang luas terbuka (peperangan)!!

Tanpa Nama berkata...

kena siasat akhbar tu

kita khuatir musuh menggunakan tektik lebih halus

selain menyerang terbuka, musuh guna tektik sokong bawa rebah

iaitu utk mencalarkan sikit2 lama2 jadi bukit kepada amanah

tektik yg mencalarkan imej bg menunjukkan pengurusan amanah
tidak teratur.

maka ia memberi GAMBARAN BAHAWA ANAMAH TIDAK PROFESSIONAL sebagaimana
mereka dikenali sebagai professional dlm pas dulu

tektik begini kalau si zuhdi tu memang mahir lah

tektik btn dan agen2 perang saraf umnu

Tanpa Nama berkata...

WELL THAT AKHBAR KELUAR BEFORE ADA AKHBAR RASMI, THEN DEAL DENGAN ORG YG TERBIT AKHBAR TERSEBUT SUPAYA MENEPATI STANDARD YG DITETAPKAN OLH PARTI