5 Jan 2016

AMANAH Tetap Akan Diberi Kerusi PBT - MB Selangor

Nanti saya umumkan kerusi Amanah, kata Azmin Ali

KAJANG - “Saya akan umumkan...,” itu jawapan ringkas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, ketika ditanya pemberita sama ada Parti Amanah Negara (Amanah), akan diberi ruang dalam pembahagian pelantikan kerusi ahli majlis, di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

Azmin sebelum itu berkata, adalah adil pihaknya memberi ruang kepada Amanah untuk bersama-sama menyumbang khidmat di peringkat PBT.

Beliau berkata, perbincangan juga berjalan dengan baik dan lancar di peringkat parti serta Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum ini.


“Tak habis-habis lagi ke isu ahli majlis ni...tiada masalah yang timbul, ketika mesyuarat baru-baru ini, cuma kita tetapkan tidak ada penangguhan, pada 16 Januari kita akan umumkan ahli majlis baru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Bas Smart Selangor dan Aplikasi i-Kajang, di Kompleks Hentian Kajang, Jalan Reko, hari ini.

Ketika ditanya reaksi berhubung kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abd Samad yang menyatakan Pas tidak mahu memberi laluan kepada Amanah untuk kerusi ahli majlis PBT, Mohamed Azmin menjawab itu hanya andaian pihak media.

“Tidak ada masalah, saya cukup gembira kerana proses perbincangan sebelum ini berjalan baik dan lancar. Sudah pastinya kita mengalu-alukan kehadiran sahabat baru kita Amanah dalam gerakan reformasi ini,” katanya.


Pas tak akan beri laluan kepada Amanah

SHAH ALAM - Pas Selangor tidak akan memberi laluan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) untuk mendapatkan kuota ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di dalam kerajaan negeri.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kemarahan akan timbul di kalangan ahli Pas di peringkat akar umbi sekiranya parti memberikan laluan.

“Baru-baru ini di dalam pemilihan nazir masjid, calon-calon Pas yang berkebolehan tidak dipilih oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), walhal calon-calon Umno dan Amanah telah terpilih.

“Jika Pas diminta memberi laluan pula untuk ahli majlis, ahli-ahli Pas di Selangor akan bertambah marah lagi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, kuota seharusnya diminta daripada DAP dan bukan Pas yang tidak ada hubungan politik dengan Amanah.

“Pas tak ada hubungan dengan Amanah dan kuota sepatutnya diambil dari DAP yang ada hubungan baik dengan Amanah.

“Saya bimbang dengan perkembangan ini kerana ia akan memberi kesan kepada hubungan baik sedia ada di antara ketiga-tiga parti di dalam kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, Pas akan kekalkan bilangan kuota sedia ada dan tidak akan memberikannya kepada Amanah.

Katanya, terpulang pada PKR dan DAP untuk menyerahkan kuota masing-masing kepada parti baru berkenaan.

“Amanah bukan sebahagian daripada kerajaan negeri dan mereka tidak mewakili suara rakyat,” katanya.

Kelmarin, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa Pas dan DAP memberi laluan kepada Amanah dalam isu pengagihan dan pelantikan ahli majlis PBT.

Beliau berkata, hal tersebut sudah dimaklumkan dalam Majlis Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri baru-baru ini yang turut diwakili oleh PKR, DAP dan Pas.
-SH


ULASAN GB

Teruk betul perangai dan busuk betul hati orang-orang PAS Selangor ni...

Sampaikan kerusi PBT pun tak mahu diberikan peluang lansung kepada AMANAH.

Walhal sepatutnya PAS sudah disingkirkan dari kerajaan negeri Selangor kerana PAS tidak menyertai Pakatan Harapan sedangkan Pakatan Rakyat telah pun dibunuhnya.

Yang anehnya mereka mendakwa Pakatan Rakyat masih wujud di Selangor. Oleh itu mereka berhak menyertai kerajaan Selangor.

Setelah dikutuknya DAP, dikutuknya PKR... kini mereka masih terhegeh-hegeh mahu kekalkan jawatan di dalam kerajaan Selangor.

Kasar sedikit bunyi ulasan GB kali ini. Tetapi tidaklah sekasar kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor di atas.

Bagaimanapun kita berharap Menteri Besar Selangor akan teguh dengan pendiriannya untuk memperuntukkan kerusi kepada AMANAH agar rakyat secara keseluruhannya akan memperolehi perkhidmatan terbaik dari PBT di negeri Selangor.

15 ulasan:

Unknown berkata...

Salam:

Itulah sebabnya PAS bila dia ada kuasa sikit betapa "greedynya" takada had,terbukti di Terengganu dan Kedah bila dia control,kawan-kawanya seperti PKR dan DAP cuma dapat "Kuah" sahaja.PAS cuma dapat memerintah hanya satu penggal.

Motto PAS,Dulu,KINI DAN SELAMANYA.

HAK orang HAK Aku.
HAK Aku HAK Aku.
Orang lain selain PAS,Islamnya tak menepati piawaian islam sebenar.
Bila Anwar bekerjasama dgn umno,anwar berada dalam tong tahi,bila PAS bekerjasama dgn umno,PAS berada dlm sangkar Emas.
Bila bab dunia/jawatan/harta/pangkat boleh makan setalam dgn DAP.
Bila nak dapatkan sokongan dari ahli-ahli akar umbi,DAP agent israel/yahudi ,perosak bangsa melayu.
Bila nak bekerjasama dgn umno,gunakan ayat "TALI-ALLAH".buang katepi ayat-ayat yg melarang dari bekerjasama dgn pemerintah yg zalim.

so moral of the story,yg untungnya hanyalah pemimpin-pemimpin PAS sahaja.

President PAS,sekurang2nya 100k sebulan termasuk elaun+++++++++++
Ulamak PAS//hARUN dIN COMING SOON jadi penasihat penerbangan....
Usta nasha....dah dapt habuan dah.......
zuhdi....mungkin sedang menunggu habuan...jika "Researchnya tentang hipotesis DAP dgn israel berjaya mempengeruhi rakyat"..Najib sedang monitor!!!
Tentang mohkthar snake,nampak gayanya lambatlah sikit dpt habuan..sebab mimpinya jumpa nabi/sahabat tak memberangsangkan.

Ahli-ahli biasa PAS...hampehhhhhh...kais pagi makan tengahmalam!!Nak jadi ahli PBT...Amanah dah kacau...diterenganu/kedah dah terlepas...
Terpaksalah merengek dekat iskandar/TITM/dan Pak deris.Tapi nak buat guano,menantu Hadi,nik abedoh sudah tibai dulu.Di Kelantan pulok geng-geng Nik Amar dah kawtim dgn geng2 mustapha(umno)........
Wal-hasil balik Hasal.......ahli-ahli biasa PAS..Cuma diperlukan dlm PAS hanya naikkan bendera,meramaikan himpunan..(dapatlah mkn serapan/tengahari air mineral free)...disamping teriakkan sokongan pemimpin dgn allahuakbar.

sekian,wassalam.

Tanpa Nama berkata...

itulah pas selagi hadi memegang tampuk pemerintahan parti. kacau-bilau parti dibuatnya. walaunta di bawah bercakaran berebut jawatan dalam kerajaan negeri. syabas hadi!

Tanpa Nama berkata...

Komen di atas memang tepat danmenyenuh hati, ahli ahli biasa PAS hanya berperanan sebagai meramaikan himpunan, undi dan menyokong utk pemimpin mendapati habuan dunia.. huh apa nak jadi.
Semakinhari semakin.banyak kita dah tahu.
Sebagai ahli, saya rasa tersentuh..perkara ni di depan mata..
Semuanya untuk DUNIA!!!

Tanpa Nama berkata...

Tudia... hebat dan padu..

Yg paling kesian sekali ialah Unit Amal.. mentang2 sukarela krn Allah.. dikuda dan dibodohkan cukup2 tenaga percuma derang.

Pak2 Aji ngan lebai2 ni.. tunggu masa ja nak jual nama, ayat2 Allah dibibir.. sekali petik ayat ja.. hang terus jadi bodoh dan ikut cakap dia secara halus.

Yg penting, ko buat kerja dan jadi bodoh untuk dia kononnya berkhidmat utk Allah. Yg dia sebok menghapal kitab kuning oren dan hijau. Ko nak hapal, dia ajaq la sikik2.. kalo ko pandai.. nanti melawan pulak. Lebih baik terus bodo selama mana boleh. Selagi engko bodo, senang la pak2 aji lebai ni nak cucuk hidung ke haper..

Tanpa Nama berkata...

Terimakasih MB yang bijak. kerana beliau tahu reaksi rakyat terkini .silap2 jadi Hadi.

Tanpa Nama berkata...

Go AMANAH Go

by smart

Tanpa Nama berkata...

Bila penyokong akar umbi PKR bersuara pemimpin atasan beri jawapan itu ulasan media tapi ahli semua bukan buta dan pekak dan tak juga mahu jadi orang bisu mereka nampak dan dengar sendiri apa yang sedang berlaku apakah pemimpin atasan parti politik telah mangli dengan teguran dari ahli yang menaikan mereka ketahab yang boleh membezakan antara pengundi dan pemimpin,sila beri pencerahan wahai pemimpin yang bongkak dan sombong.

Tanpa Nama berkata...



PAS Selangor cakap apa pun, yang menjadikan keadaan macam ini ialah PAS jugak. Sebelum ini sikap PAS seolah-olah menunjukkan PKR sangat bergantung pada PAS.

Tetapi sekarang PKR pulak yang menunjukkan yang PKR sangat bergantung kepada PH- Amanah.

Azmin seharusnya memberi satu jawatan sahaja kepada PAS dan dua kerusi kepada UMNO. Ini kerana Azmin akan melantik PAS Selangor sebagai Penasihat MB Selangor.

Dengan hanya satu jawatan pun, percaya lah PAS akan terima dan terus bersama PKR. Kerana tujuan nya ialah untuk memusnahkan Pakatan Harapan !!

Tanpa Nama berkata...


Keluar tajuk.

Nampaknya isu Nik Omar sudah menjadi masalah kepada Amanah.
Tuan Ibrahim telah membidas Amanah kerana Nik Omar menafikan penyertaan nya bersama Amanah dan jangan melibatkan keluarga Tuan Guru.

Apa yang sepatutnya di lakukan oleh Nik Omar apabila Amanah di malukan ?

Sebaik-baik nya Amanah menjauhkan diri dari semua keluarga TGNA. Di panggil tidak, di halau pun tidak.

Unknown berkata...

Salam

Adakah PAS ada kuasa legitimate untuk menghalang MB Selangor memberikan kerusi PBT kepada Amanah?

MB Selangor. Buatlah yang adil dan kita akan sokong kamu.

Unknown berkata...

Betul.barisan kepimpinan AMANAH semuanya sudah cukup hebat.

Apalah hebat sangat dengan keahlian Nik Omar? Apa jasa beliau tentang isu politik, kemasyarakatan, ekonomi, agama yang telah beliau suarakan ?Setakat Tumpang nama TGNA tak payah dihebohkan.

Kalau nak dibandingkan antara Nik Omar dan Mejar Zaidi,
Mejar Zaidi lagi hebat.

Kepada segelintir ahli AMANAH..jangan excited sangat, siapa-siapa nak masuk AMANAH nanti.

Pesanan: Please treat people sama rata.

abrarmujahideen berkata...

Sebab jawatan...Dr Rani yg tawadduk pun tetibe muncul...apa la nak heran sgt

Unknown berkata...

Amanah akan berdiri gagah sama pkr Dan DAP kecuali pasmno

Tanpa Nama berkata...

beri saja ketua jabatan agama diperangsang kpd rani kulup. dia lebih dilihat berjuang. siayam pun dah senyap sejak YB Husam pulang dr Cina.

dr menantu sampai ke anak, semua tak brani nak berdebat. kalau pergi mahkamah boleh belajar dr bapa dan mertua cara2 nak berlakon depan hakim.

apa lagi siwalaun hijau dan merah yg rajin meratip pasal org cina. najib yg disokong oleh hadi telah jual harta negara kpd mnc orang CINA.

Tanpa Nama berkata...

Bab keahlian nik Omar tu, hrp pemimpin/penggerak amanah lebih berhati2 d masa depan. Dulu kes d Perak dah teruk malu jgn smpai org anggap amanah kemaruk keahlian. Biar org masuk amanah kerana paham perjuangan serta objektifnya dgn rela hati. Mana yg malu2 x pyh dihrp sgt lebih2 lagi jika ia memberi kesan kpd tanggapan umum kpd amanah yg kita baru betatih ni.

Ahli/pemimpin/penggerak jgn buat kerja cincai dan ambik mudah dlm semua hal.