4 Jan 2016

CEO IPB Cabar Penggantungannya Kerana Dedah Rasuah

Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif Institut Profesional Baitulmal (IPB), yang dimiliki oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), telah memfailkan injunksi terhadap penggantungannya selepas beliau melaporkan rasuah dalam institusi pendidikan Islam berkenaan.

Dr Syed Omar Syed Agil berkata, institusi pendidikan tinggi swasta itu kemudian mengeluarkan surat tunjuk sebab kepadanya pada 29 September, 2015, iaitu hari yang sama apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan penggeledahan dan penyitaan di premis IPB di sini.


"Setelah bekerja dengan Defendan selama hampir setahun dan melihat wujudnya beberapa keputusan tertentu mengenai kewangan dan aktiviti-aktiviti yang mencurigakan yang telah dibuat oleh beberapa pegawai dan/atau kakitangan tertentu, saya sesungguhnya percaya terdapat salah urus kewangan dan/atau penyelewengan, serta tindakan pegawai dan/atau pekerja Defendan yang saya sesungguhnya percaya merupakan kesalahan tatatertib dan/atau kesalahan jenayah, saya membangkitkan isu-isu ini dalam Institut dan kemudiannya membuat pendedahan yang sama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ("SPRM ") dan Polis Diraja Malaysia (" Polis ") masing-masing pada 14-8-2015 dan 1-9-2015 ("Pendedahan Saya Terhadap Perbuatan Salahlaku ")," kata Syed Omar di dalam afidavit untuk menyokong permohonan injunksi interim beliau, lapor wartawan Malay Mail Online yang melihat affidavit berkenaan..

SPRM, bagaimanapun, tidak dapat menjalankan penggeledahan dan penyitaan kerana pegawai IPB yang berkenaan mengambil cuti sakit dan sebaliknya menyerahkan waran itu kepada Syed Omar sendiri.

Syed Omar berkata, dalam afidavitnya bahawa beliau percaya IPB telah menyedari pendedahannya terhadap salah urus kewangan yang didakwa di institusi apabila dia menghantar e-mel kepada "beberapa" pegawai atau pekerja IPB, selepas pegawai-pegawai SPRM meninggalkan premis IPB ini, meminta kehadiran mereka ke pejabat SPRM pada hari berikutnya.

Syed Omar juga berkata beliau telah menghantar surat tunjuk sebab 18 halaman pada 5 Oktober tahun lepas, yang menyatakan kekecewaannya terhadap tuduhan yang "tidak jelas, tidak berasas dan tuduhan yang lewat dibuat terhadapnya (hanya selepas pendedahan penyelewengannya kepada SPRM) dan caranya bertindak selaku Ketua Eksekutif Institut dipertikaikan oleh pegawai dan/atau pekerja Defendan ".

IPB, bagaimanapun, teloay menghantar beliau notis sehari kemudiannya memberitahunya bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadapnya. Beliau telah digantung sejak 7 Oktober tahun lepas.

Syed Omar, yang mula berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif IPB pada September 2014, setelah memenangi injunksi ex-parte terhadap penggantungan dan siasatan dalaman terhadap beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 21 Disember lalu sementara menunggu pendengaran permohonan injunksi interim itu lewat hari ini.

Pihak polis telah mengesahkan menyiasat aduan Syed Omar di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah jenayah oleh penjawat awam.

IPB Sdn Bhd dimiliki 70 peratus oleh MAIWP.

Akhir tahun lalu, IPB akhir tahun lalu kerana dikatakan menempatkan 500 pelajar di sebuah bangunan di Kajang yang belum menerima sijil layak menduduki.

Dakwaan-dakwaan rasuah terhadap IPB datang di tengah-tengah dakwaan rasuah melibatkan satu lagi institusi Islam, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), yang didakwa telah membiayai seorang menteri pusat untuk membeli-belah dan bermain golf di Amerika Syarikat.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


Atas 'nasihat' siapa Syed Omar di gantung kerja ?

Tanpa Nama berkata...

Hal-hal macam ini Raja-Raja Melayu tidak boleh masuk campur ke?

Semakin terhakis lah keyakinan masyarakat terhadap Majlis Agama.. Kita baru cakap satu, belum yang lain-lain.

Sebelum ini di dedah pengemis mendapat beribu-ribu ringgit sebulan dan kerap di tangkap, jauh berbeza dengan Pegawai Majlis Agama sebab berkot dan bersongkok.

omar daud berkata...

Salam:


Dimanakah penasihat 25% berada?Takkan masih "Bersedondon"lagi.

Anti Fitnah berkata...

Apa nak jadi ni? Harapkan pagar, pagar makan padi.
Ini terbukti bahawa sijil/diploma/ijazah/ijazah sarjana/ijazah kedoktoran dalam bidang Islam sekali pun belum tentu janji depa tu ALIM, TELUS, BERINTEGRITI, ... dan seterusnya melayakkan diri mereka mejadi "ULAMAK".
Apa kata kita sekarang? Adakah kita masih salahkan DAP? atau PKR? atau ...

Tanpa Nama berkata...

Begitulah jadinya.....bila pemimpin di atas jadi penyamun sebab bertuhankan wang ringgit dan bebas pula dari tindakan undang-undang, makan yang dibawah pun jadi penyamun juga sebab yakin akan bebas dari tindakan undang-undang juga.....

Tanpa Nama berkata...

Jabatan agama pun rasuah. Lingkup le malaysia. Sbb tu negara kita tak maju2 mcm singapura, hong kong dn korea selatan. Buka matalah org2 melayu. Kita tetap ketinggalm dgn cina, india jika tak ubah pemimpin kita.

Tanpa Nama berkata...

Aku pun heran..kat Malaysia ni..sapa lagi besar..PM ke Agong?..mcm tak ada fungsi jer tengok..

Tanpa Nama berkata...



Kalau Najib, dia kata 'derma', kan.?
Kalau Jabatan Agama, ini lah di namakan 'sedekah'.

Yang pasti Zuhdi mungkin akan di lantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Profesional Baitulmal yang baru.

Tanpa Nama berkata...

INIKAH CONTOH ISLAM TERPUJI YG PAS DAN UMNO YG PERJUANGAN UTK BANGSA MELAYU YG PD MASA YG SAMA MAJORITI BRRAGAMA ISLAM PD NAMA DAN IC SHJ. LIKE SAID BEFORE THIS DARI SEMUA BANGSA MELAYU BERAGAMA ISLAM ONLY 1% DARI KALANGAN 99% QUALIFIED LAYAK DI PANGGIL MUSLIM SEJATI. YG LAIN LAYAK DIPANGGIL UMAT MELAYU RATHER THAN UMAT ISLAM. WALLAHUALAM.

Tanpa Nama berkata...


Orang yang amanah mencegah rasuah yang di ambil tindakan.

PAS sokong. PAS bersama dengan kerajaan UMNO yang zalim.
Jangan cari mana yang benar dan mana yang tidak benar. Tapi tanya mana yang dosa dan mana yang pahala.

Benbrahem berkata...

Pemimpin2 yang berpink bersedondon yang dikatakan "bersatu" untuk membangunkan "bangsa" dan "agama" adalah hanya gimik untuk menutup pelbagai skandal @ kemungkaran yang melanda negara sekarang. Pas diheret ke arah itu. Terkambuskah kawah hutang negara yang begitu besar, hampir RM700b ditambah bebanan hutang 1MDB hampir RM47b?

Abdul Said berkata...

Dulu selalu saja saya memandang sinis atau pun memberi komen yang keterlaluan bila membaca kes-kes penyelewengan dalam institusi-institusi ugama dan kebajikan bukan Islam. Kononnya perkara seumpama tidak berlaku dalam komuniti Islam. Rupanya saya silap besar. Dahulu saya berbaik sangka dengan orang berilmu ugama. Berbaik sangka dengan orang yang dikatakan waraq dan alim. Semakin umur meningkat semakin banyak yang kita ketahui dan semakin luas kemungkaran yang kita lihat. Kesilapan orang Melayu ialah memprcayai orang yang berilmu ugama berlebihan sangat. Ya kalau bidangnya bab tasawwuf memanglah itu kelebihannya. Namun kalau bab 'public finance' atau pun 'commercial law' ustaz itu atau tuan guru itu tetap 'jahil muraqab'. Kadang-kadang kita silap juga. Kalau ustaz itu ilmunya ialah Al Quran dan yang berkaitan, janganlah kita banyak bertanya hal-hal feqah yang 'comlicated'. Perkara ini tidak berlaku dalam bidang lain. Pakar perubatan telinga tidak akan menyebuk pasal sakit puan atau pasal penyakit lelaki mati pucuk!!. Ada seorang ustaz kata kalau ada masalah lantai 'tile' maka kita kena rujuk dengan tukang simen dan tukang bina lantai. Sama jugalah dengan pengendalian wang ummah. Kita perlukan pakar kewangan, akauntan-akauntan yang bertauliah serta ada ilmu ugama, kita perlukan peguam-peguam yang pintar dalam undang-undang komersial. Kita tak perlukan lebai-lebai pakar-pakar haid dan nifas dulu dalam lembaga penasihat!!.

Teringat pula satu kisah yang diceritakan oleh bapa saya. Saham kerajaan di syarikat tempat bapa saya bekerja telah diberikan kepada sebuah agensi ugama. Agensi ini diketuai oleh orang politik yang dah tak laku. Sepatutnya agensi itu menempatkan seorang yang pakar atau berkebolehan tentang pengeluaran atau pun kewangan. Namun tidak. Agensi itu mengunakan syarikat itu sebagai tempat untuk 'membuang' pegawai-pegawai yang 'jahat' dari ibu pejabat. Nak dibuang tak boleh kerana ia orang ugama. Ada saudara diperingkat atas. Maka sibahlol itu pun menyebuklah disyarikat itu dan masuk campur dalam hal yang ia tidak belajar. Ini berlaku dalam taun 70an dan agensi yang didmaksudkan itu masih lagi membuat 'taik' dalam masyarakat Islam di Malaysia!!

Tanpa Nama berkata...

Orang melayu amno kata kita mesti bersyukur dan redho sebab 1mesia jauh lebih baik dari Botswana, Chad, Zimbabwe, Laos, Bhutan, Tibet dan Nepal. 1amnomesia kena tunggu sampai kita jatuh lebih teruk dari negara2 diatas baru lah mrk bangun dari tido. Mampos dulu sebelum mati.

Tanpa Nama berkata...

Saya pernah berjumpa dengan Dr Syed di hari terbuka IPB. Beliau adalah seorang yang tegas dan tidak suka aktiviti yang tidak telus, tetapi benda yang sama tidak dapat saya katakan untuk staff IPB. Dr Syed telah mengurangkan tempoh para pelajar menunggu untuk mendapat wang biasiswa bulanan, dari 1 2 3 bulan kepada 2 minggu sahaja. Beliau cuba menaikkan taraf IPB tetapi ada BOARD MEMBER dan STAFF tidak senang kerana Dr Syed membuat banyak pembaharuan yang telus. Saya kasihankan anak anak ASNAF yang belajar disini tetapi terpaksa mengikat perut kerana menunggu bantuan bulanan yang tak nampak datang, dan Dr Syed pula di halang untuk menolong anak anak ASNAF ini dari belajar. Duit Baitul Mal pun nak di pusing pusing kan dan hasilnya di kongsi bersama keluarga mu? oh Jijik, Sedar lah wahai hamba allah,

Tanpa Nama berkata...

Jk pm tk betul....pm menyeleweng......semuuuuaaaaaaa jawatan semua pegawai akan ikut contoh kepinpinan dr prilaku pm.