8 Jan 2016

Akhbar Putar Belitkan Kenyataan Amanah Selangor

Kerusi PBT: Amanah Selangor ucap terima kasih

Walaupun PAS Selangor secara terbuka melahirkan rasa tidak puas hati dengan pengagihan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), lain pula reaksi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri.

Pengerusi Amanah Negeri Selangor, Ir Izham Hashim menyambut baik dan berterimakasih dengan kesediaan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Selangor memberi ruang kepada Amanah Selangor berperanan dalam PBT negeri.

Menurut beliau, apa yang penting bukanlah bilangan kerusi PBT yang diperolehi Amanah tetapi memastikan Pakatan Harapan terus kukuh di Selangor.


"Amanah Selangor akan meneruskan rundingan dengan pimpinan Kerajaan Pakatan Harapan bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah tepat dan bersesuaian bagi memastikan Pakatan Harapan terus kukuh di Selangor.

"Sokongan dan komitmen kami terhadap Pakatan Harapan adalah tetap utuh dan kukuh," ujarnya.

Lapan kerusi ahli majlis PBT bagi penggal 2016-2017 dibahagikan kepada wakil Amanah.

Menurut Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah, kontroversi pembahagian kuota ahli majlis PBT selesai hasil perbincangan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam.

"Tidak penting untuk tahu parti mana yang serahkan kerusi untuk Amanah tapi perkara ini telah diputuskan kerajaan negeri.

"Penggal baharu 2016-2017akan bermula 15 Januari ini dengan 288 kerusi akan diisi namun berbaki dua lagi kerusi milik PKR dan DAP yang belum diputuskan nama ahli majlis di Petaling Jaya dan Kuala Langat," katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat MMKN.

Menurut Ean Yong, buat masa ini lima kerusi sah milik Amanah antaranya di Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

"Untuk ahli majlis MBPJ dan MDKL kita (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) masih belum muktamad nama ahli majlis.

"286 kerusi sudah dimuktamadkan bagaimanapun sebelum 15 Januari ini semua senarai nama akan dipenuhkan," katanya.

Sebelum ini, Amanah mengemukakan permohonan 34 kerusi dengan dua ahli majlis untuk setiap PBT. -MD


Amanah tidak puas hati dapat lapan kerusi

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor tidak berpuas hati dengan bilangan diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada parti itu untuk mengisi jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengerusinya, Izham Hashim masih menyimpan harapan untuk meneruskan rundingan dengan pimpinan Pakatan Harapan dan berharap berlaku pertambahan kerusi kepada ahli majlis Amanah.

"Kita akan teruskan lagi rundingan, saya anggap angka itu (lapan) belum muktamad.

"Amanah Selangor akan meneruskan rundingan dengan pimpinan kerajaan Pakatan Harapan bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah tepat dan bersesuaian bagi memastikan Pakatan Harapan terus kukuh di Selangor," katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, hasil perbincangan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan lapan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dibahagikan kepada wakil Amanah hasil persetujuan antara PKR, Pas dan DAP.

Bagaimanapun, tambah Izham lagi, Amanah Selangor menyambut baik dan berterima kasih atas kesediaan kerajaan negeri memberi ruang peranan kepada parti mereka dalam PBT.

Sebelum ini, Izham menegaskan tetap dengan keputusan meletakkan kuota antara 24 hingga 34 ahlinya di 12 kerusi ahli majlis PBT.

Menurutnya, setiap satu PBT, pihaknya mahukan sekurang-kurangnya dua kerusi diisi oleh Amanah dan jika berkurang pihaknya akan menolak tawaran berkenaan. an memberi laluan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) untuk mendapatkan kuota ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di dalam kerajaan negeri.
-SH


ULASAN GB

Boleh tahan jugak belit akhbar SINAH HARIAN ni. Lain yang disebut oleh AMANAH Selangor, lain pula yang dituliskan pada tajuknya sehingga menimbulkan persepsi negatif kepada pimpinan Pakatan Harapan dan para pembacanya.

Seolah-olah AMANAH Selangor gila jawatan seperti PAS Selangor yang telah membuat kenyataan tidak mahu mengiktiraf kewujudan AMANAH.

Bila masa pula AMANAH Selangor menyatakan AMANAH tidak berpuashati dengan pembahagian kerusi PBT itu? Sedangkan di dalam kenyataan Pengerusi AMANAH Selangor JELAS sekali menyatakan "apa yang penting bukanlah bilangan kerusi PBT yang diperolehi Amanah tetapi memastikan Pakatan Harapan terus kukuh di Selangor."

Mungkin inilah akibatnya apaila kita tidak mempunyai lidah rasmi sendiri dan apabila mengharapkan pihak lain untuk menyiarkan berita untuk kita. Mujurlah ada portal baharu, Malaysia Dateline yang melaporkan berita yang sebenar untuk AMANAH.

GB dari dulu memang mempunyai sedikit sangsi dengan akhbar SH ini. Tetapi apakan daya, dalam banyak-banyak akhbar hanya SH yang ada memberi sedikit ruang untuk Amanah dan Pakatan Harapan. Namun ia tidak terlepas daripada menjalankan agenda tersembunyanya .... sebab umum mengetahui Editor Pengurusan Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub adalah orang yang kuat mempertahankan UMNO dengan mempromosi dan mengusahakan kerajaan perpaduan UMNO-PAS disamping tidak senang dengan kehadiran AMANAH dan Pakatan Harapan.

Jadi kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan seperti Rafizi Ramli tidak perlulah mengulas berita yang keluar di Sinar Harian itu dengan menyatakan kononnya AMANAH tidak boleh meluahkan rungutan mereka secara terbuka seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Sepatutnya Rafizi perlu merujuk kepada Pengerusi AMANAH sendiri samada benar atau tidak kenyataan itu dikeluarkan.

Apa-apa pun semuga Pakatan Harapan tidak terjejas den gan laporan nakal berkenaan dan semuga Pakatan Harapan terus kukuh di persada politik tanahair kita.

7 ulasan:

Timnajib Jomfikir berkata...

Ini baru pertengahan..nanti,nak dekat dengan PRU 14..lagi dahsyat beritanya.

Kerja wartawan, editor, pengarang, pengarah urusan mesti hendak lakukan suratkhabar. lagi banyak berita yang mengkonfiuskan lagi bagus. Orang ramai akan cari, beli..terutama org2 kampung..mereka memang suka berita berunsur gossip dan sensasi pemimpin berbalah, berebut.

Tanpa Nama berkata...

Sinar Harian milik karangkraf, UMNO punya geng. Semua org dah tahu. Cuma hairan betoi YB-YB pembangkang ni, suka sgt pi forum bahas anjuran Sinar Harian. Jgn dilayan jemputan ke forum2 mereka tu. Nampak je macam akhbar yg neutral tp sebenarnya ada muslihat.

Husmad Ahmad berkata...

Harian perdana semuanya menyokong umno, bacalah akhbar milik parti atau pun blog pembangkang kurang sakit hat.

Tanpa Nama berkata...

Sinar harian sekarang ni jadi kitab rujukan Pas.......mungkin atas nasehat apco, almaklumlah harakah dah tak laku!

Tanpa Nama berkata...

Tumpukan kepada dasar perjuangan kurangkan politiking

Tanpa Nama berkata...



Nak harapkan Utusan dah tak boleh, sedondon jugak lah dengan Harakah.

Yang tidak puas hati ialah PAS sebab jika AMANAH dapat satu atau dua kerusi pun PAS kira sudah keciwa. Lepas ini jangan lah dok ulang AMANAH ejen DAP kerana AMANAH Selangor sudah ada peranan sendiri dalam PBT negeri.

Tapi nak panggil apa ya, Kerajaan Selangor ini. Pakatan Rakyat dah tidak ujud lagi. Nak panggil Pakatan Harapan pun, susah jugak. Macam itu panggil lah Kerajaan Pakatan Harapan Rakyat ( HAYAT ).

Hj Hadi tak komen ke ? Lantak lah, asalkan menantu aku selamat...

Tanpa Nama berkata...

tn greenboc kini menjadi lidah tk rasmi Amanah
yg berkesan.

bertindak menepis dan memberi pencerahan segera
setiap kali ada serangan musuh.

CEPAT DAN BERKESAN

nk tunggu akhbar harian Amanah memakan masa
tp tetap penting kerana akhbar menjadi sebaran
segolongan rakyat yg tiada kemesraan internet

kalau isu Amanah rakyat akan terus merujuk greenboc

dan dasar greenbc menapis komen2 musuh yg lebih
berupa org mabuk todi merapu maki hamun amat
tepat dan perlu diteruskan

kita tk mau layan sampah2 umnu dan pasug yg
bermentaliti tahap selipar nippon. adapun hujah
ilmiah amat dialu2kan

syabas tuan blog dan teruskan menjadi lidah tk rasmi
Amanah yg berkesan