Ramai yang bertanya: ke manakah gagasan "politik matang" yang diwarwarkan oleh PAS sebelum ini apabila tiba-tiba pimpinan dan ahli PAS mengangkat plakad tanda bantahan terhadap TPPA?
Sebelum ini sewaktu PKR, DAP dan AMANAH mengangkat plakad "Mana RM2.6 Bilion" di parlimen, pemimpin PAS tidak bersama mengangkat plakad, dengan menyatakan bahawa kononnya PAS mengamalkan politik matang. Tindakan mengangkat plakad itu dianggap "kerja budak-budak" malah salah seorang ahli jawatankuasa PAS, Dr. Zuhdi Marzuki menyatakan parlimen kanak-kanak pun tak angkat plakad!
Tiba-tiba pemimpin-pemimpin dengan tidak segan silu mengangkat plakad menentang TPPA. Masing-masing menonjol-nonjolkan muka, tersengih-sengih sehingga terlupalah kata-katanya dulu bahawa angkat plakad adalah tindakan tindak matang dan tidak memberi kesan kepada Najib dan UMNO.
Apa sudah jadi?
Seperti yang GB ulaskan sebelum ini, nampaknya PAS cukup-cukup tertekan dan terdesak. Halang ahlinya dari menyertai program Amanah dan DAP, anggap AMANAH musuh baru, putus kerjasama dengan DAP tapi boleh pula di Selangor kerana kepentingan jawatan dan pangkat, adalah bukti-bukti NYATA PAS cukup terdesak.... walaupun sebelum ini Timbalan Presiden PAS menuduh kononnya "bukan sekali AMANAH terdesak". Kini ayat itu telah kembali kepada partinya sendiri. Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan, hukum alamiah, hukum sunnatullah...
Malah tindakan-tindakan agresif dan fitnah-fitnah yang dilakukan oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS tetap akan menerima "hukumanNya". Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.
Sebelum ini sewaktu PKR, DAP dan AMANAH mengangkat plakad "Mana RM2.6 Bilion" di parlimen, pemimpin PAS tidak bersama mengangkat plakad, dengan menyatakan bahawa kononnya PAS mengamalkan politik matang. Tindakan mengangkat plakad itu dianggap "kerja budak-budak" malah salah seorang ahli jawatankuasa PAS, Dr. Zuhdi Marzuki menyatakan parlimen kanak-kanak pun tak angkat plakad!
Tiba-tiba pemimpin-pemimpin dengan tidak segan silu mengangkat plakad menentang TPPA. Masing-masing menonjol-nonjolkan muka, tersengih-sengih sehingga terlupalah kata-katanya dulu bahawa angkat plakad adalah tindakan tindak matang dan tidak memberi kesan kepada Najib dan UMNO.
Apa sudah jadi?
Seperti yang GB ulaskan sebelum ini, nampaknya PAS cukup-cukup tertekan dan terdesak. Halang ahlinya dari menyertai program Amanah dan DAP, anggap AMANAH musuh baru, putus kerjasama dengan DAP tapi boleh pula di Selangor kerana kepentingan jawatan dan pangkat, adalah bukti-bukti NYATA PAS cukup terdesak.... walaupun sebelum ini Timbalan Presiden PAS menuduh kononnya "bukan sekali AMANAH terdesak". Kini ayat itu telah kembali kepada partinya sendiri. Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan, hukum alamiah, hukum sunnatullah...
Malah tindakan-tindakan agresif dan fitnah-fitnah yang dilakukan oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS tetap akan menerima "hukumanNya". Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.
Zuhdi: 'Parlimen kanak-kanak' pun tak angkat plakad
Pemimpin PAS menyindir rakan pembangkang parti itu bertindak melebihi kanak-kanak apabila mempamerkan plakad “mana 2.6 bilion?” selepas belanjawan 2016 dibentangkan.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki mengaitkan langkah itu dengan rancangan ‘mini parlimen’ pada tahun 1970-an yang dikendalikan oleh Allahyarham Jamal Muhamad atau lebih dikenali sebagai Pak Cik Jamal.
“Sekitar akhir 1970-an dan awal 1980-an, ada satu rancangan kanak-kanak yang dikendalikan oleh Pak Cik Jamal, iaitu Parlimen Kanak-kanak. “Seingat saya tiada kanak-kanak yang menjadi ‘ahli parlimen’ dalam rancangan itu bertindak angkat plakad seperti sebahagian ahli parlimen pembangkang semalam,” katanya melalui tulisan di Facebook.
Jumaat lalu, tulisan ‘mana 2.6 bilion’ itu dipamer selepas Najib selesai membentangkan belanjawan 90 minit, yang dikira ringkas berbanding sebelum-sebelum ini.
Bagaimanapun, berdasarkan gambar dikongsi di Internet, kelihatan beberapa ahli parlimen daripada PAS tidak mengangkat plakad itu, termasuk Nik Abduh Nik Aziz (Pasir Mas) dan Nasrudin Hassan (Temerloh).
Pendirian PAS jelas
Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari berkata, langkah PAS tidak mengangkat plakad di parlimen bukan bermaksud mereka menyokong kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.
Sebaliknya, katanya PAS sudah membuat pelbagai kempen membantah isu kemasukan dana itu selain menyatakan pandirian jelas dalam isu itu.
“Jadi kalau setakat tak angkat plakad dalam parlimen pun terus di label sebagai penyokong RM2.6 bilion, nampak agak keterlaluan lah saudara.
“Cari-carilah modal lain kalau nak hentam PAS pun,” tulisnya di Facebook.
Isu dana itu pada mulanya didedahkan oleh akhbar kewangan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ).
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan dana itu sebagai "derma".
Najib menafikan sebarang salah saku dalam isu itu. -mk (25/10/16)
21 ulasan:
TITM kata undi pas untuk hapus dosa arwah tok nenek, mak bapak yang dulu sokong umngok?? Sambung nyawa umngok boleh plak?? Tak dosa ke neraka ke??
Kat selangor dap bukan musuh sblm pru14.. boleh ke tak boleh ni kerjasama dengan musuh islam, penentang hudud, ajen yahudi??kalau mati sebelum pru14 macam mana??
Tokoh kat kelantan pulak dok pikir ke tongkat ali je.. kepala balut serban lima kilo tapi otak macam budak baru cukup umur..
Orang yang masih dengan pas tak nampak ke pas makin mengarut?? Heran betul aku.. mungkin dalam mindset diorang kalau nak masuk syurga mesti sokong pas, sama la kalau sayang melayu mesti sokong umngok. Susah nak ubah mindset ni..
hadi kt tk beradab angkat plakad isu 2.6b
sudah tidak beradab hadi ini angkat plakad bntah tppa pula
bukti jelas bahawa pas diseret sama dlm hubungan intim hadi dgn najib
sbb 2.6b itu jenayah peribadi najib maka hadi marah pembangkang angkat plakad
tp dlm isu tppa nungkin hadi fikir bukan kena mengena dgn najib.. jadi boleh angkat plakad
mungkin hadi fikir yg bersalah dlm isu tppa ialah mustafa mohamad dn bukn najib
so apa sebenarnya hadi nak dr najib. tk mungkin hadi peminat kak ros maka kelihatannya hadi mengidam barang secubit rasa dpd 2.6b itu
Salam>
Nak gelak,nak ketawa pun dah malas dah!!hanya senyum sinis sahaja.
Inilah bahananya bila pemimpin-pemimpin atasan PAS,Mengangap mereka sahaja yg BENAR/BETUL dalam segala HAL.Sehingga mereka pernah mengeluarkan statement-statement mengatakan mereka hanya nak jadi "KETUA" dan "KING MAKER" dalam Pakatan rakyat dulu tak nak jadi pak turut.Sebab utama mereka keluar PR dulu ,kerana tak nak jadi pak turut DAP,nak jadi pembuat dasar dan king maker dalam PR dulu.
Tapi alih-alihnya Tuhan nak tunjukkan,yg mereka cuba nak meniru apa yg dibuat oleh seterunya...apa yg mereka kata kebudak2an dulu.Tapi kali ini,tuang president dan naib-naib president mereka yg jadi "KETUA" pula ..melakukan apa yg mereka kutuk dulu..........
Nasib baik PR tak menang PR13 dulu,ada hikmahnya,kalau tidak bergaduh besar antara pemimpin-pemimpin DAP/PKR dan PAS..Terutamanya PAS yg memanjang nak jadi ketua dan king maker.
pemimpin-pemimpin PAS tidak pernah mahu "mengukur baju dibadanya sendiri" dan muhasabah diri.Mereka menganggap mempunyai "LESEN BESAR" bila menjadi penganut agama islam dan ada ilmu agama.Semua apa yg dilakukan orang lain tak "BETUL" walaupun apa yg dilakukan orang lain tadi "BETUL".Yg penting bagi pemimpin-pemimpin PAS,IALAH segala perbuatan2 orang lain kena dapat "endorsement" dari PAS DULU...walupun perbuatan2 itu nampak bodoh,ataupun dilarang oleh agama.
Kita ambil contoh,Najib terang-terang sapu 2.6billion,tapi disebabkan Najib mendapatkan "endorsemnt" dari Hadi/haron..segala perbuatan Najib tiba2 tiada cacat-celanya.umno terang2 dapat penasihat apco/yagudi,manakala DAP belom tentu lagi bekerjasama dgn israel,disebabkan DAP tidak dapat "endorsement" dari Hadi/haron.Maka DAP terpaksa menjawab tuduhan Zuhdi tentang kerjasama dgn israel.
Bayangkan betapa lemahnya "PEMIMPIN=PEMIMPIN"PAS kini,Bagaimana nak jadi "KHALIFAH" atau ketua negara.Bagaimana agaknya bila Hadi jadi PM nanti:
Nak hapuskan rasuah???di kelantan negeri PAS controlpun dia tak boleh buat apa2.
Nak hapuskan KRONISMA,nak nasihatkan menantunya pun dia tak berani.
bagaimana nak buat hudud!!!nak nasihatkan isteri najibpun tak berani..bagaimanapula nak nasihatkan raja2 dan agong tentang hudud.
bagaimana nak naikkan ekonomi negara!!!sedangkan setiap polisi pembentangan parlimen dia selalu "PONTENG"
bagaimana polisi dgn israel,umno didepan matanya mendapat nasihat apco pun dia boleh "sedondon dgn najib.
Bagaimana peimpin-pemimpin PAS yg ada sekarang nak bekorban untuk agama dan rakyat..sedangkan mereka yg ada ini tiadak pernah mengalami kesusahan/kepayahan langsung.
Perhatikan Hadi..walaupun amanAtnya mengancam negara..beliau tak pernah sekalipun ditangkap dibawah ISA.malah pendapatannya mengalahkan CEO BANK kat malaysia ini.Haron lagi,tak pernah susah,tenguk sahaja rumahnya/keretanya..(kalau nabi masih hidup..menangis nabi melihatnya..ulamak pewaris nabi..nabi bersama 9 orang isterinya tinggal rumah ala kadar sahaja..sehingga nabi nak sembahyang tahjud terpaksa menguis-guis kaki syaidina aishah.)Iskandar/TITM/Idris/zuhdi......pernahkah mereka dipenjara/bersusah payah kerana rakyat???sebagai ahli-ahli PAS,anda2 kena perhatikan semuanya ini....kEMANAKAH pemimpin-pemimpin sebegini nak bawa anda........KALAU SETAKAT AYAQ-LIUK saja....saya rasa Mat maselan/hassan malek lagi hebat..sekurang2nya mereka tak gunakan ayat2 allah untuk mendapat sesuap nasi.
sekian,Wallah'ualam
Gian nak angkat plakatlah tu.
Inilah pas dah jadi parti haru biru orang yang ankat plakad mengata macam macam bila kena batang tubuh Sendiri diam pula.
Innalila...
TITM kata undi pas untuk hapus dosa arwah tok nenek, mak bapak yang dulu sokong umngok?? Sambung nyawa umngok boleh plak?? Tak dosa ke neraka ke??
Kat selangor dap bukan musuh sblm pru14.. boleh ke tak boleh ni kerjasama dengan musuh islam, penentang hudud, ajen yahudi??kalau mati sebelum pru14 macam mana??
Tokoh kat kelantan pulak dok pikir ke tongkat ali je.. kepala balut serban lima kilo tapi otak macam budak baru cukup umur..
undi pas untuk hapus dosa. ini ajaran islam ke kristian?.
Macam ini rupa nya cara bagi ' nasihat' oleh si penasihat ..
Kalau semasa angkat plakad pakai baju kot hitam dan bertali leher, budak-budak lah ya.
Yang angkat plakad pakai serban, pakai jubah, apa pulak ??
macam Jebon ? atau macam
Ini membuktikan PAS secara terang-terang melindungi tindakan Najib berhubung dengan duit 'derma' sedangkan apa jua tindakan orang politik walaupun bergurau memberi kesan kepada rakyat !!
Bila PAS berkerjasama dengan UMNO, Subky ambil contoh apa yang Nabi saw buat tidak semua orang akan faham dan tahu mengapa. Sekarang, apa yang Hj Hadi buat pun kita tak akan faham. Nabi saw buat orang tak faham sebab dalam banyak hal Nabi saw mengalah. Tetapi Hj Hadi buat dan kita tak akan faham ialah kerana orang lain buat salah tetapi Hj Hadi buat yang salah pun kira betul !!
Maafkan lah kat mr presideng tu! Dia tu mana ada kredibiliti utk jd pemimpin besar, jd pendakwah mungkin boleh!!
Org yg tkder bkredibiliti inilah diamgkat utk menjadi presiden!
Malu aku dgn tingkah puok ostad2 yg mengata orang, aku lah yg lebih ini.
Ini orang panggil..politik kepala hotak..dia boleh..orang lain tak boleh..
Janganlah marahkan pemimpin-pemimpin PAS. Bertimbang rasalah sikit. Banyak perkara mereka hadapi dan fikirkan. Kalau keluar dari kerajaan Selangor kerana tak kawan dengan DAP, kat mana pencacai-pencacai tu nak cari makan? Kat mana nak cari kerja yang bayar ribu-ribu? Walau pun Presiden kata nak berkawan dengan UMNo, ramai juga ahli-ahli yang tak setuju. Ini pun satu hal pulak. Kalau baik dengan Amanah nampak sangat jilat kahak sendiri. Dulu dah kata macam-macam dan hari-hari terus mengata-ngata. Lagi pening. Kalau boleh nak tendang saja presiden dan pembodek-pembodeknya untuk selamatkan parti. Tapi tak boleh sebab takut masuk neraka. Jadi dari sekarang kena rancang nak buat apa selepas 2018. Berkebun ke? Atau makan duit pencen ke? Atau jual air liur keliling negeri, atau jual ubat, atau jual kepok lekor, atau masuk UMNO atau masuk MCA atau masuk parti Gerakan. Sekarang pulak gulungan Sunnah dah mula bertapak. Susah jugak nak cari makan kalau takde tahlil arwah dan sebagainya. Itu belum lagi kerenah anak menantu dan bini-bini. Jadi tolonglah sikit jangan ganggu pemimpin-pemimpin PAS. Mereka ada banyak hal (banyak kerja tak taulaaa...). Fikiran tengah kusut, sedang serabut.
Dalam UMNO, ahli-ahli yang bertahan dalam parti ialah jenis yang agak angkuh dan kaki ampu.
Dalam PAS, ahli-ahli yang bersama dengan Hj Hadi dan pemimpin PAS yang ada sekarang ialah jenis yang se olah-olah menunjukkan orang nya tenang dan tidak cepat melatah.
UMNO, sebab dapat pengaruh dan masyuuuk. Yang dapat besar macam itu yang dapat sikit pun macam itu.
PAS, jenis ini ialah jenis ostad-ostad. Bila tenguk orang melenting dan marah, dia lagi relax. Yalah kena mempratikkan cara Islam. Orang yang tenang ialah orang yang hebat sedangkan sebenarnya mereka mencari-cari alasan dan berbagai helah untuk tetap bersama parti. Mereka tidak akan tinggalkan parti kerana pengaruh dan pandangan yang telah di potraikkan selama ini. Tidak kelam-kabut dan tidak mengelabah.
Mereka tidak salahkan diri sendiri tetapi salahkan orang lain, semua kerja setan dan jika kehendak Tuhan bagai... Itu sebab mereka relax dan tenang. Segala tindakan pemimpin nya bersebabkan demi Islam, jadi ikut sahaja lah.
Konon-konon nya, kerja yang baik pada permulaan nya selalu menghadapi berbagai cercaan dan pertentangan. Sedangkan tindakan yang di ambil terkeluar dari landasan Islam kerana ahli-ahli nya sudah berjuta kali baca Al-Fateha. Sebab itu mereka tidak risau dengan masalah parti sekarang. Sebagaimanma Allah menjaga Islam begitu lah Allah menjaga PAS. Setiap malam mereka bertaubat tetapi mereka tidak pernah kembali ke pengkalan jalan.. mereka terus berjalan.
Sedangkan semua yang baik datangnya dari Allah dan yang tidak baik datang pada diri kita sendiri.
Wallah'ualam
Dulu saya respect dengan Tuan Ibrahim, kenapa sejak ni dah rasa kurang dah. Itulah kalau dah terlibat dalam politik, banyak pura-pura,bermuka-muka, cakap dah macam angkuh, cakap berbelit-belit, ...alahai
...kata dulang, paku serpih.......labalabalabala...bala!
Pascai ... parti yg jual Islam utk kepentingan poket sendiri.. langsung tk ada nilai dakwah..
Apalah nasib si lebai2 malang ni..aku tengok dah mcm orang tak keruan..
Saya Sokong...PAScai....wang besar wang besar ....
Pemnpin baling taik kepada Amanah dan DAP serta PLR tiba2 taik tersebut menerpa ke muaka sendiri.tak sempat nak tutup dengan serban .bayangkan bau taik DAP yang langsung tak basuh.taik amanah ada juga kesan basunua.baunya harum semermak mengelilingi jemaah Pas dalam dewan tersebut.padan muka.
Klau pegang placard di perlimen atau di jalan raya ada juga lojiknya tetapi bila pegang placard dalam dewan dan tunjuk kepada siapa .siapa ada dia ats pentas tersebut ketika peminpin ualamk Pas pegang placard tersebut? Jajib dengan Mustafa Mohd kot.kalau takda orang atas pentas ini menunjukakan bahawa peminpin Pas sudah separuh biul.
wahai abdul said .kau tak takut ke ustaz jin sedang membaca apa yang kau tulis.tetapi sebenarnay jin dia pun pening .apa sudah jadi dengan ulamak dia.menyokong peminpin zalim ,menghina sehina2nya bekan rakan seperjuanagn .kiat tak tahu ilmu islam mana yang di baca oleh Hadi dan hulamaknya.biarkan.biarkan hadi dan hulamaknya terjun ke laut marang .
Terbaik..
Catat Ulasan