Dr M: Najib patut ditangkap bawah Sosma
Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dipenjarakan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2015 (SOSMA).
Mahathir mengaitkan Najib dengan pemenjaraan bekas pemimpin bahagian Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang selepas membuat laporan polis dalam isu 1MDB.
“Saya ingat Najib perlu disiasat polis dan ditahan bawah Sosma lebih lama daripada Khairuddin.
“Kalau orang seperti Khairuddin, kena soal sebab buat laporan polis, saya ingat Najib kena soal dalam Sosma kerana tidak demokrasi.
“Najib kongkong mesyuarat agung dan tidak benarkan orang bercakap,” katanya kepada 1,000 hadirin di Kelab Sultan Sulaiman malam ini.
Mahathir turut berkata, Najib tidak layak menjadi perdana menteri kerana menggunakan kekerasan terhadap mereka yang mengkritik presiden Umno itu.
“Najib tidak layak jadi PM, dia akan guna kekerasan untuk tangkis desakan kepadanya, dia guna kekerasan untuk bagi amaran kepada kita.
“Kalau awak bercakap kami akan ambil tindakan.
“Itu negara demokratik ala Najib, kalau dia terus kekal, negara ini akan hancur, yang jadi mangsa bukan sahaja Melayu, Cina, India turut jadi mangsa,”
Mahathir turut mengingatkan hadirin yang hadir untuk mempersoalkan isu berkatan 1MDB dan derma RM2.6 bilion tanpa gentar.
“Jangan terima Datuk Seri Najib dalam apa cara sekalipun, persoalkan 1MDB, RM2.6 bilion tanpa gentar.
“No risk no gain, kalau balik nak senyap sahaja nanti akan jadi pengemis dalam negara kita,” katanya. -mk
ULASAN GB
GB tak mahu campur urusan UMNO.
Lagipun Muhyiddin menyatakan beliau "UMNO totok", jadi pembangkang tak usah nak merayunya.
Namun di dalam senario yang ada kini, kita rakyat jelata sekadar memerhatikan perkembangan terkini yang berlaku di dalam UMNO.
Buat sementara waktu, kita boleh gunakan teknik perang Sun Tzu... "the enemy of my enemy is my friend"...
Namun jangan lupa hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan... "tiada sesuatu pun yang kekal di dunia ini... waimma UMNO, BN, PAS, malah Najib atau Rosmah sekalipun..."
Ia tetap tertakluk dengan hukum "huduthul sekalian alam ini". Semua akan mati, yang membezakan ialah khusnul-khatimah (saat kematian yang baik) atau suul-khatimah (saat kematian yang buruk) ... Najib dan Rosmah terlupa mengenainya, itu sebab dia berbuat sesukahatinya...

Berehatlah, Muhyiddin beritahu Najib
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno, Tan Seri Muhyiddin Yassin mencadangkan agar Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak berehat daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri buat seketika sehingga kemelut yang melanda negara hari ini selesai.
Muhyiddin membuat cadangan itu semasa berucap di hadapan lebih 5, 000 orang yang hadir pada ceramah beliau di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, di sini, malam ini.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, Najib perlu berehat daripada jawatannya bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menyiasat isu yang membelenggu negara terutamanya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion.
"Saya cadangkan Perdana Menteri berehat seketika. Adil? Berehat bukan berhenti, supaya siasatan dapat berjalan bebas, telus, adil tak ada orang syak wasangka.
"Ada pemangku, tak apa lah rehat sebulan dua bulan atau masa yang diperlukan. Ambil cuti sehingga kes selesai. Jika tak terlibat balik semula sambung tugas, saya doa (Najib) tak terlibat.
"Dengan cara ini orang akan yakin bahawa tiada campur tangan. Saya percaya kalau buat begitu nama dan imej Umno dapat dibersihkan," katanya.
Muhyiddin yang berbaju Melayu Merah mendapat tepukan gemuruh apabila isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion itu dibangkitkan. -SH
ULASAN GB
GB tak mahu campur urusan UMNO.
Lagipun Muhyiddin menyatakan beliau "UMNO totok", jadi pembangkang tak usah nak merayunya.
Namun di dalam senario yang ada kini, kita rakyat jelata sekadar memerhatikan perkembangan terkini yang berlaku di dalam UMNO.
Buat sementara waktu, kita boleh gunakan teknik perang Sun Tzu... "the enemy of my enemy is my friend"...
Namun jangan lupa hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan... "tiada sesuatu pun yang kekal di dunia ini... waimma UMNO, BN, PAS, malah Najib atau Rosmah sekalipun..."
Ia tetap tertakluk dengan hukum "huduthul sekalian alam ini". Semua akan mati, yang membezakan ialah khusnul-khatimah (saat kematian yang baik) atau suul-khatimah (saat kematian yang buruk) ... Najib dan Rosmah terlupa mengenainya, itu sebab dia berbuat sesukahatinya...
18 ulasan:
Apakata kalau kita bergabung dengan musuh kepada MUSUH sebenar kita untuk menjatuhkan MUSUH kita.
Dengar cerita MUSUH kita telah berasmara dengan janda kita!!!!?
Salam:
Sebagai keturunan UMNO totok,zaman kapal layar dulu-dulu,berita baik untuk PH,apabila perkelahian antara umno dgn umno,gelombang TSUNAMI politik negara akan bergegar,umpamanya TSUNAMI(1) KULI-S46 dulu,TSUNAMAI(2) anwar, dan berkemungkinan TSUNAMI (3) Muhyidin pulak.PH kena ambil kesempatan peluang KEEMASAN ini,biarkanlah PAS melalak sorang2 TIADA kesan langsung dgn rakyat majority.
Diharap PERKELAHIAN ini BERTERUSAN sehingga PR14.SYARAT yg UTAMA pada PH jangan berkelahi sesama sendiri,AMANAH,PKR(group DSAI) dan DAP.KENA BERSATU-HATI,BEKERJA-KUAT dari sekarang,semua TINDAKKAN POLITIK hendaklah dilakukkan di atas PERSETUJUAN BERSAMA.PERGI kepada rakyat,TUNJUKKAN CONTOH-TELADAN YG BAIK TAWARAN PH untuk RAKYAT.
INSYALLAH RAKYAT AKAN BERPEHAK PADA PH/Kalau ada sikit2 selisih faham,cepat2 selesaikan,jangan sampai merebak.Tentang PAS/aZMIN biarkan diaORNG meLALAK sorang2 sebab PERSAHABATAN mereka bukan IKHLAS untuk rakyat,cuma nak jaga PERIOK nasi masing2,PAS nak jaga periok nasi exco2,Azmi/kuncu2nya nak jaga MB ITU SAJA.
PH NAK JAGA RAKYAT DAN NEGARA.Disamping menitikberatkan NILAI-NILAI AGAMA.
wASSALAM.
Muyhiddin dan Tun M. Sama2 makan duit rakyat. Satu sen pun tak berguna utk kita sokong depa. Bagus, biaq depa bergasak dengan Najib and the geng.
Nanti, agak-agak Najib dah nak kalah..
Depa akan tarik PAS turut serta.
Jgn lupa juga doa org yg dizalimi (anwar) tiada hijab antaranya dgn Allah...sebab itu umno bn telah bergoncang skrg...tiada yg mustahil di sisi Allah swt...
SESUNGGUHNYA...
HEBAT ANUGERAH YG ALLAH BERIKAAN KPD ANUAR IBRAHIM..
PENCACINYA SEKARANG SEDANG MENERIMA PADAH.
SAMA SAMA KITA PIKIR DAN SAKSIKAN.
Dari dulu amno buat "divide and conquer"....seperti kata Tuan GB, hukum kebenaran da buktikan, amno yang berpecah2....Alhamdulillah..
Najib dh blh baca politik,tu sbb najib blh kautim dgn pas
Betul telahan GB, jangan ambil kisah puak2 dlm UMNO bertelagah, jatuh menjatuh lawan masing2 cuma mana2 ahli2 UMNO lari ke kem PH baru ambil peduli.
Betul tu...yg kita nak tukar bukan sekadar individu tapi yg lebih penting adalah dasar...mohon PH akan gantikan BN...in shaa Allah...
Sapa pun tak mau janda tua nyanyuk. Dah le nyanyuk, asyik merayau sambil membebel. Mulut komat kamit kata semua orang tak betul. Betul2 macam setan.
Janda tua yang beriman sebenarnya cool dan tenang. Menjaga akhlak dan lidah. Banyak tunduk dan berzikir. Hampir2 tak peduli dah hal dunia ini. Hanya pikir jap lagi nak mati. Nak jumpa pencipta. Lalu sering menangis teringat dosa2.
Kalau ada anak cucu berbalah, dia segera damaikan. Beri nasihat dengan kasih sayang.
Janda setan macam mana? Dia mana ada ingat mati. Setan sendiri pun tabik dengan dia!
"the enemy of my enemy is my friend"
Sebab itu PAS cakap UMNO is now my friend.
Tapi sebaliknya PAS yang di pergunakan oleh UMNO.
Kita suka pada musuh yang berkelahi dengan musuh kita lalu kita anggap seperti kawan bukan macam PAS yang terus buat kawan baik sedangkan 'musuh yang jadi kawan' tak buat apa-apa pun pada parti PAS.
Najib hari-hari di sos oleh Ma.
Jika lah Pakatan Rakyat masih lagi ujud, pasti Pakatan Rakyat semakin kukuh dan kuat. Tetapi peluang ini telah di musnahkan oleh Hj Hadi dan oleh cai-cai nya.
Deal dengan Pak Lah hanya dapat jawatan sahaja tapi deal dengan Najib, macam-macam dapat. PAS tak kemana pun. Jika PAS yang memerintah demokrasi Hj Hadi lagi teruk dari demokrasi Najib.
Ada juga rasa syukur kerana Najib yang jadi PM bukan Hj Hadi.
walaun umno dengan walaun pas apa beza?
Gali-gali-gali-gali-gali lobang
Gali-gali-gali-gali-gali lobang
Lobang digali menggali lobang
Untuk menutup lobang
Tertutup sudah lobang yang lama
Lobang baru terbuka
Gali lobang tutup lobang
Pinjam uang bayar hutang
Gali lobang tutup lobang
Pinjam uang bayar hutang
Gali-gali-gali-gali-gali lobang
Gali-gali-gali-gali-gali lobang
Gali-gali-gali-gali-gali
Gali lobang tutup lobang
Menggali buat menutup
Gali lobang tutup lobang
Sana rata sini lobang
Gali lobang tutup lobang
Tetap saja ada lobang
Gali lobang tutup lobang
Lobangnya tak pernah hilang
KISAH IBLIS DAN DATUK SERI FIRAUN
teringat kisah iblis dan firaun
maka disatu pagi perhimpunan parti firaun, respect gila dan tabik dirajalah si iblis kpd firaun
berkata iblis pd firaun;
"Datuk Seri..salah i bukan tak sujud pada Allah tapi hanya tak sujud(hormat) pada Adam maka i dipecat dr jawatan ketua malaikat.
"Tapi Datuk Seri (firaun) lebih hebat lagi; sampai mengaku Tuhan". huhhh caya lah!" Sejahat2 i tak pernah mengaku Tuhan".
.............
begitulah perumpamaannya lebih kurang apabila kini madey sendiri pun sudah menentang kezaliman najib. bukan nk samakan depa dgn iblis.. pasug jgn silap faham nnti pi repot polis pula... mcm Ayahanda Kipidap
NAJIB MERASA BETUL DENGAN SOKONGAN PAS
tiba2 ada pula haji misai kontot yg memujuk rayu dan membelai org itu.. menawar2kan diri utk jadi tuan penasihat.
Dengan sikap PASUG menjadikan najib merasa betul dan tidak bersalah. Jika dia bersalah sudah tentu ulamak tidak akan merafak sembah kpd nya. Maka makin hanyutlah najib itu.. bersama2 ulamak itu. nasihat benar2 jadi makan nasi utk sihat.
Berjayakan pasug utk memakaikan najib dan umnu serban.. atau mereka sendiri yg akan memakai songkok hitam?
NOTA:
terjumpa pula tulisan ini :
http://drmaza.com/home/?p=1145
Seorang tabi’in yang terkenal dengan soleh dan warak Salamah bin Dinar pernah berkata di hadapan Khalifah Sulaiman bin ‘Abdul Malik:
“Telah berlaku di mana para umarak (pemerintah) mencari ulama, lalu mengambil manfaat daripada mereka. Maka yang sedemikian kebaikan untuk kedua-dua pihak. Namun hari ini, ulama pula yang mencari umarak, lalu cenderung dan inginkan apa yang dimiliki oleh mereka. Lalu umarak menganggap: TENTU APA YANG DICARI ADA DITANGAN KITA INI LEBIH BAIK DARIPADA APA YANG ADA DITANGAN MEREKA".
Ibn, ‘Asakir, Tarikh Dimasyq, 22/29).
Demikianlah, kita dapati sesetengah golongan agama boleh dijadikan dagangan politik. Puncanya, kerana menghina diri di hadapan orang berkuasa.
Betul kata GB.
Tak perlu ulas tentang hal UMNO ni sebab lebih 190 ketua bahagian UMNO ni semuanya adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu khasnya dan Rakyat Malaysia amnya.
Sesiapa yang percaya bahawa RM2.6 bilion sudah tentu orang yang IQnya "rendah" malahan setanding dengan beruk makyeh.
Sebagai seorang pegawai kerajaan, Tok Jib sudah melanggar etika perkhidmatan awam iatu tidak istihar pemberian oleh orang lain sama ada wang, hadiah atau apa sahaja. Tok Jib sudah tentu akan dipanggil mengadap JK Tata Tertib dan in shaa Allah akan dikenakan tindakan tata tertib. Itu sebab pegawai perkhidmatan awam dikehendaki membuat proses istihar harta setiap 3 tahun. Tok Jib dahlah tidak istihar malahan cuba menyembunyikannya. Ini sudah cukup membuktikan Tok Jib memang salah dan Wajib dikenakan tindakan tata tertib (itu yang seringannya). Ini hujah asas dan tak mungkin difahami oleh peguam negara yang tinggi IQnya. Orang Bodoh pun boleh Faham, inikan pula peguam negara yang dikenali begitu cerdik. Jadi siapa yang BODOH, kitakah atau peguam negara? Yang faham Bodoh atau yang tidak Faham Bodoh?
Sudah bertahun2 negara kita dapat menghasilkan menteri bertaraf DUNIA. Tahi yang busuk akan dikatakan wangi dengan syarat keluar dari dubur ketua depa. Kalau keluar dari orang lain, semuanya busuk belaka. Kenyataan demi kenyataan yang makin hari makin "berkualiti" dikeluarkan yang menyebabkan rakyat Malaysia termasuk saya, terasa makin tercabar dengan keHEBATan menteri kita. Depa boleh tilik, depa boleh ramal, ... semata-mata untuk mengHALALkan cara dan kenyataan depa. Yang penting, depan kamera mesti cakap macam orang cerdik walaupun sebenarnya ... sebaliknya.
Hidup Malaysia. ..... sambung
Macam ni punya tur pun ada jugak orang sokong. Kalau yang sokong tu orang tak sekolah, atau sekolah tapi tak pandai, atau ada otak tak boleh berfikir atau pun sekolah tinggi-tinggi tapi tak dapat taufik dan hidayah tak kisahlah. Yang hairannya yang sokong tu dari kecik dah pakai jubah, lepas bersunat dah pakai kopiah, seumur hidup tak pakai jeans, dari muda usung kitab siang malam...tiba-tiba manusia yang dikutuk rakyat siang malam disokong mereka. Siap nak jadi punaisihat lagi!! Dunya, dunya apa sudah jadiiii.
Presideng pas tawar diri sebagai penasihat presideng umno
Ada beza ker pas dan umno?
Catat Ulasan